You are on page 1of 3

ANSUR MAJU BERDIRI DAN MEREJAM

Berdiri dengan kaki kiri di hadapan dan lembing ditarik ke belakang. Pastikan lembing dipegang dengan tapak tangan yang menghadap ke atas dan bahagian siku mengarah ke hadapan. Kemudian lembing ditarik ke hadapan dan direjamkan ke sasaran yang telah ditandakan. BERGERAK TIGA LANGKAH DAN MEREJAM

Sambil bergerak ke hadapan, dengan langkah pertam tarikkan lembing itu ke belakang, apabila sampai ke langkah ke tiga ledingkan badan ke belakang dan letakkan tumit kaki ( kaki kiri ) di hadapan sambil menekankan tumit itu ke atas tanah dan terus diikuti merejam lembing ke hadapan. Lakukan latihan secara berperingkat, iaitu merejam lembing sambil berjalan dahulu dan diikuti dengan merejam lembing sambil berlari anak. BERGERAK LIMA LANGKAH DAN MEREJAM

Setelah pelajar / peserta yakin dengan pergerakkan di atas, pelajar / peserta diperlukan untuk menarik lembing yang dipegangnya ke belakang sebaik sahaja dia mla berlari dan bersedia untuk melancarkan lembing itu pada langkah ke lima. Kesemua butir penting seperti di sebutkan diatas hendaklah dipatuhi. Mula-mula buatlah latihan ini secara berjalan dan kemudian diikuti dengan berlari.

BERGERAK LEBIH DARIPADA LIMA LANGKAH DAN MEREJAM Setelah semua langkah diatas dapat dilakukan, bilangan langkah boleh di tambah menjadi tujuh, sembilan atau sebelas langkah. Jarak atau bilangan langkah larian yang berpatutan adalah penting untuk membantu kemampuan merejam lembing. Pada latihan ini, penggunaan tandaan bolehlah diperkenalkan kepada para pelajar. Tandaan di tepi landas larian menandakan titik atau tempat di mana peserta perlu mula membuat persediaan untuk melancarkan lembingnya. Semasa mengadakan latihan merejam lembing cara berlari pantas, guru / jurulatih hendaklah menumpukan kepada tindakan merejam lembing yang berlandaskan teknik asas dan pergerakan ikut lajak oleh peserta / pelajar selepas lembing direjam.

You might also like