You are on page 1of 19

KAEDAH PENTAFSIRAN HUKUM

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER MEI 2011

ABSF2203 USUL FIQH 2

KAEDAH PENTAFSIRAN HUKUM

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

830628016095001 830628016095 0197152114 matt_noox@hotmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR

ABSF2203

BIL TAJUK 1 1.0 PENDAHULUAN

MUKA SURAT 2

2.0 AL-QURAN DAN SUNNAH SEBAGAI RUJUKAN UTAMA. 2.1 AL-QURAN 2.2 AL-SUNNAH 3-4

3.0 JENIS JENIS LAFAZ YANG MEMPUNYAI MAKSUD YANG JELAS 3.1 AL - ZAHIR 3.2 AL NAS 3.3 AL MUFASSAR 3.3.1 BAYAN AL-TAQRIR 3.3.2 BAYAN AL-TAFSIR 3.4 AL-MUHKAM

5 - 11

4 4.0 JENIS JENIS LAFAZ YANG TIDAK JELAS MAKSUDNYA 4.1 AL KHAFI 4.2 AL MUSYKIL 4.3 MUJMAL 4.4 AL-MUTASYABIH 5 5.0 PENGELUARAN HUKUM DENGAN MENGAPLIKASIKAN DUA JENIS LAFAZ 6 6.0 KESIMPULAN 17 16 12 - 15

7.0 RUJUKAN

18

ABSF2203

1.0 PENDAHULUAN Sumber hukum ialah sumber pengambilan di dalam menetapkan sesuatu hukum syarak, sama ada ia berasaskan sumber yang disepakati oleh ulama mujtahid ataupun sumber yang tidak disepakati oleh mereka. Sumber hukum dalam perundangan Islam secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Dalil QatI dan Dalil Zanni.

ABSF2203

2.0 AL-QURAN DAN SUNNAH SEBAGAI RUJUKAN UTAMA.

2.1 AL-QURAN

Para ulama telah mendefinisikan al-Quran sebagai kitab Allah s.w.t

yang mempunyai

mukjizat, diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dalam bahasa Arab, ditulis dalam bentuk mushaf, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas, disampaikan kepada kita daripada generasi demi generasi secara mutawatir sehingga ia diyakini bebas daripada sebarang keraguan sama ada berbentuk tambahan mahupun kekurangan dan tindakan membacanya sekalipun tanpa niat tetap sebagai suatu ibadat.

Al-Quran adalah sumber pokok yang disepakati para ulama dalam mengistinbat hukum, alQuran ada kalanya dijelaskan oleh al-Quran sendiri, seperti hukum perkahwinan, perceraian, iddah dan hukum waris. Dan adakalanya dijelaskan oleh Al-Sunnah, seperti tata cara solat, puasa, zakat dan haji.

2.2 AL-SUNNAH

Al-Sunnah adalah sumber hukum Islam yang kedua, salah satu kajian yang penting untuk dipelajari lebih mendalam. Al-Sunnah dari segi bahasa bererti jalan yang lurus dan berkesinambungan yang baik atau yang buruk, manakala menurut istilah pula terdapat perbezaan mengikut ulama. Menurut ulama hadith adalah seperti berikut: Setiap apa yang ditinggalkan (diterima) dari Rasul saw berupa perkataan, perbuatan, ketetapan, akhlak atau kehidupan, baik sebelum beliau diangkat menjadi Rasul mahupun sesudahnya, seperti tahanuts (berdiam diri) yang dilakukan di gua Hira atau sesudah kerasulan beliau Para ulama Hadits memberikan pengertian yang luas terhadap al-Sunnah disebabkan pandangan mereka terhadap Nabi Muhammad saw sebagai contoh yang baik bagi umat manusia, bukan sebagai sumber hukum. Oleh kerana itu, ulama Hadits menerima dan meriwayatkan al-Sunnah secara utuh atas segala berita yang diterima tentang diri Nabi SAW tanpa membezakan apa-yang diberitakan itu-isinya berkaitan dengan penetapan hukum syara ataupun tidak, juga menyebutkan bahwa perbuatan yang dilakukan Nabi sebelum atau sesudah beliau diangkat menjadi Rasul sebagai Sunnah.

ABSF2203

Ulama usul fiqh pula mendefinisikan al-Sunnah secara istilah seperti berikut: Setiap yang datang dari Rasul saw selain al-Quran, baik berupa perkataan, perbuatan maupun ketetapan yang dapat dijadikan sebagai dalil dalam menetapkan hukum syara. Melalui definisi diatas dapat disimpulkan bahawa segala sifat, perilaku, dan segalanya yang bersumber dari Nabi saw dan tidak ada kaitannya dengan hukum syara tidak dapat dijadikan sebagai al-Sunnah. Kerananya, jumlah al-Sunnah dalam pandangan ulama ushul sangat terbatas. Jika sekiranya, al-Sunnah itu bukan merupakan hujjah dan tidak pula merupakan penjelasan ke atas al-Quran, sudah tentu kita tidak akan dapat melaksanakan, bagaimana cara kita beribadah dan melaksanakan ajaran-ajaran yang terdapat di dalam al-Quran. Pada dasarnya, sebagaimana yang dinyatakan secara mutlak oleh Rasulullah: "Hendaklah engkau berpegangan dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin sesudahku -menurut riwayat yang lain- iaitu Khulafaur Rasyidin yang mendapatkan petunjuk sesudahku, pegangilah itu dengan taring gigimu teguh-teguh." Berdasarkan hadith di atas jelas menunjukkan bahawa al-Sunnah merupakan sumber kedua yang disepakati dalam menentukan sesuatu hukum syara.

ABSF2203

3.0 JENIS JENIS LAFAZ YANG MEMPUNYAI MAKSUD YANG JELAS

3.1 AL - ZAHIR

Zahir dari segi bahasa adalah lafaz yang dapat difahami maknanya secara langsung tanpa ada kesamaran. Zahir juga adalah lafaz yang jelas maknanya tanpa memerlukan qorinah untuk menafsirkannya, atau menjelaskan maksudnya, maknanya jelas dengan hanya mendengarkan bunyi lafaznya. Manakala dari segi istilah pula, zahir adalah lafaz yang menunjukkan makna yang dimaksud dengan gaya bahasanya sendiri tanpa ada tambahan dari luar, dan tanpa membuat sebarang penelitian terhadap ayat tersebut. Contohnya seperti dalam firman Allah:


Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba Ayat ini secara zahir menunjukkan bahawa dihalalkan jual beli dan pengharaman riba, kerana dapat difahami tanpa perlu qorinah akan tetapi konteks ayat menunjukkan perbezaan antara jual beli dan riba sebagai bantahan atas tanggapan orang-orang munafik yang menyamakan antara jual beli dan riba. Maksud dari ayat ini dapat difahami pada latar belakang diturunkannya ( asbabun nuzul). Kehalalan jual beli dan keharaman riba sudah diketahui sebelum diturunkan ayat, kehalalan jual beli adalah makna yang asas adapun keharaman riba dikatakan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Barr tentang ayat ini, adapun ayat pengharaman riba telah diturunkan jauh mendahului sebagaimana yang ditunjukkan oleh firman Allah SWT dalam surah Ali Imran:


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. Demikian juga diriwayatkan oleh Assuyuti dalam asbabul nuzulnya tentang ayat ini: Al Farabi telah mengeluarkan dari Mujahid beliau berkata, mereka melakukan jual beli dengan tempoh, apabila tempohnya tiba mereka akan menambahkan harganya dan memanjangkan tempoh tersebut, maka turunlah ayat ini. (Surah Ali Imrn ayat 130).

ABSF2203

Tentang status hukum lafaz zahir ini meskipun terdapat perselisihan samada lafaz zahir memberi makna yakin dan qoti, tapi para fuqaha dan ulama usul fiqh bersepakat akan kewajiban melaksanakannya menurut lahirnya selama ini tidak ada dalil lain yang menunjukkan selain dari lafaz itu. Penetapan hudud uqubat syarie dan kifarat sah dilakukan dengan lafaz zahir.

3.2 AL - NAS

Definisi nas menurut al-Sarkhasi adalah, lafaz yang mempunyai kedudukan di atas zahir dengan qorinah yang menyerupai lafaz dari mutakallim, ditunjukkan dengan sighah sendiri atas makna yang dimaksud dalam konteks, mengandung kemungkinan takwil, menerima naskh dan takhsis. Dari definisi ini menjadi jelas menunjukkan bahawa nas mempunyai dalalah yang jelas seperti mana zahir. Pemahaman maknanya tidak bergantung pada petunjuk dari luar sighahnya. Demikian juga makna nas tidak memerlukan penelitian akan tetapi dapat difahami terus pada sighahnya. Nas lebih jelas daripada zahir. Sebab menjadi lebih jelasnya nas dari zahir adalah disebabkan qorinah yang terdapat dalam kalam. Seperti firman Allah:


mereka berkata 'sesungguhnya jual beli itu sama seperti riba' Qorinah ini menunjukkan bahwasannya yang dimaksud dengan konteks ayat adalah menafikan persamaan antara jual beli dan riba dan menegaskan perbezaan diantara keduanya, sebagai bantahan terhadap orang kafir yang menyamakan kedua jenis transaksi tersebut. Ayat ini iaitu secara zahir penghalalan jual beli dan pengharaman riba dan nas terhadap perbezaan diantara keduanya. Qorinah kadang-kadang juga datang setelah kalam sebagai mana yang ada dalam Al Quran,

ABSF2203

Hukum nas sama dengan hukum zahir iaitu wajib melaksanakannya, sesuai dengan makna yang terus dipahami dan konteks kalam dengan terdapat kemungkinan takwil takhsis dan naskh. Namun apabila kemungkinan-kemungkinan ini tidak bersandar pada dalil maka hukum nas adalah qoti atau yakin. Meskipun berkedudukan yang sama dalam hukum iaitu kewajiban mengamalkannya berdasarkan pemahaman makna secara langsung akan tetapi nas lebih terang maknanya daripada zahir. Nas itulah yang dituju menurut ungkapan asal, sedangkan zahir bukanlah tujuan langsung dari pihak yang mengungkapkannya. Oleh kerana itu makna yang dituju secara langsung itu lebih mudah untuk diahami daripada makna yang lain yang tidak secara langsung.

3.3 AL - MUFASSAR Dengan ditempatkannya Al Mufassar pada kedudukan yang ketiga, ini menunjukkan ia lebih jelas dari dua lafaz yang sebelumnya. Al-mufassar bermaksud lafaz yang menunjukkan kepada makna yang jelas yang menjadi makna asal kepada ayat al-quran atau hadis. Ia tidak boleh di takwil tetapi masih boleh dinasakhkan pada zaman wahyu sedang diturunkan. Contohnya dalam firman Allah:


Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat.(Surah al-Nur:2) Firman Allah lagi:


Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat.(Surah al-Nur:4)

ABSF2203

Di dalam kedua-dua ayat ini terdapat perkataan ( 80) dan ( 100). Kalimah-kalimah inilah yang dikatakan sebagai mufassar kerana perkataan 80 dan 100 menunjukkan kepada bilangan tertentu, dan member pengertian yang jelas kepada akal manusia dan akal tidak perlu mentakwilkannya untuk mengetahui maksud yang sebenar. Oleh kerana secara umumnya bilangan ini dikhususkan kepada sebatan yang menjadi hukuman kepada pesalah qazaf zina, ia tidak perlu ditakhsiskan atau dispesifikkan dalam keadaan yang lain. Perkataan-perkataan ini boleh dinasakhkan sekiranya terdapat ayat al-Quran lain yang menasakhkannya. Seperti dijelaskan di atas, nasakh tidak berlaku kecuali ketika zaman Nabi Muhammad SAW iaitu ketika al-Quran sedang diturunkan secara beransur-ansur mengikut keadaan dan suasana. Dalam menerangkan suatu lafaz, Mufasssar terbagi dua bahagian: 3.3.1 BAYAN AL-TAQRIR Bayan al-taqrir ialah suatu keterangan yang menolak penggunaan yang khusus yang menjadikan lafaz tersebut pasti dari sudut maknanya. Seperti seorang suami melafazkan ceraikan dirimu sendiri dengan talak satu. Perkataan satu di dalam lafaz ini menafikan keharusan wanita itu untuk menceraikannya lebih daripada satu kali. 3.3.2 BAYAN AL-TAFSIR Bayan al-tafsir bermaksud satu keterangan yang menjelaskan sesuatu lafaz yang mengandungi maksud yang tersembunyi. Contohnya, di dalam surah al-Hijr ayat 30:


(Setelah selesai kejadian Adam), maka sujudlah sekelian malaikat, semuanya sekali. Perkataan malaikat di dalam ayat ini mengandungi maksud yang umum. Oleh itu, ia boleh ditakhsiskan kerana terdapat kemungkinan ia bermaksud semua malaikat sujud atau sebahagian sahaja yang sujud. Walau bagaimanapun, dengan dengan wujudnya perkataan kulluhum selepas perkataan malaikat secara tidak langsung telah menetapkan maksudnya kepada keseluruhan malaikat. Oleh itu, ia tidak lagi boleh 8

ABSF2203

ditakhsiskan. Selain itu juga, perkataan ajmaun di dalam ayat yang sama menjelaskan bahawa keseluruhan malaikat sujud secara bersama-sama tidak secara berasingan. Inilah yang dinamakan bayan al-tafsir. Orang Islam wajib beramal dengan maksud yang terkandung dalam lafaz al-mufassar dan maksud tersebut tidal boleh ditakwil atau ditakhsis tetapi boleh dinasakhkan. Walau bagaimanapun, nasakh tidak boleh dilakukan pada zaman ini kerana ia hanya berlaku pada zamannabi dan ketika wahyu sedang diturunkan. Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, wahyu telah pun terhenti dan semua hukum syarak di dalam al-Quran dan al-Sunnah telah menjadi sempurna dan jelas. Oleh yang demikian, sebarang pembatalan atau nasakh terhadap ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah tidak lagi berlaku.

3.4 AL-MUHKAM Dari sudut bahasa ( )al-Muhkam ( )bermaksud al-Mutqin ( )yang membawa erti yang mengukuhkan. Dari sudut Istilah pula al-Muhkam bermaksud, lafaz yang terzahir petunjuknya dengan sendirinya terhadap maknanya secara jelas dan kuat berbanding alMufassar. Dr. Wahbah al-Zuhailiy pula mendefinasikan al-Muhkam sebagai: Ia adalah lafaz yang bentuknya menunjukkan kepada maknanya dengan petunjuk yang jelas, dimana tidak ada bersamanya kebarangkalian untuk pentakwilan, pengkhususan dan pembatalan pada zaman risalah dan dalam tempoh penurunan wahyu. Ia tidak menerima pentakwilan dan pembatalan. Maka lafaz yang muhkam ialah lafaz yang tidak memiliki sebarang kebarangkalian untuk ditakwilkan, kerana kejelasan petunjuknya, hingga sampai ke tahap tidak memerlukan sebarang kebarangkalian untuk ditakwil kepada maksud yang lain.

ABSF2203

Sesuatu lafaz itu Muhkam, dengan tidak menerima pembatalan atau nasakh, kerana ia menunjukkan kepada hukum asas yang tidak menerima sebarang pergantian dan perubahan. Seperti contoh nas-nas yang menyebut tentang keimanan kepada Allah, hari kiamat, kepada para rasul, pengharaman berbuat zalim, kewajipan berlaku adil dan seumpamanya. Al-Muhkam juga merangkumi hukum-hakam furu yang ada petunjuk dari syara yang mengukuhkannya dan keberlangsungan hukumnya, atau bersamanya terdapat sesuatu yang menafikan sebarang kebarangkalian pembatalan hukumnya. Seperti susunan lafaznya sendiri menunjukkannya, contohnya firman Allah SWT:

,
Maksudnya: Dan tidak boleh kamu menyakiti (hari) Rasulullah tidak juga mengahwini isteri-isteri baginda selama-lamanya sesudah baginda wafat. (al-Ahzab: 53)


Maksudnya: Dan jangan kamu menerima penyaksian mereka selama-lamanya. (al-Nur: 4)


Maksudnya: Jihad itu berkekalan sejak aku diutuskan oleh Allah sehinggalah umatku membunuh al-Dajjal. Kalimah ( )yang bermaksud selama-lamanya, yang terdapat di dalam ketiga-tiga ayat di atas, menunjukkan tidak adanya sebarang kebarangkalian atau kemungkinan akan ada perubahan dan pembatalan hukumnya. Atau al-Muhkam juga tidak menerima kemungkinan pembatalan kerana Nabi SAW itu sendiri telah wafat dan tidak diketemui sebarang keterangan lain yang menunjukkan pembatalan atau perubahan sesuatu hukum.

10

ABSF2203

Al-Muhkam terbahagi kepada dua: 1. Al-Muhkam lizatih, ( ) atau disebut juga al-Muhkam liainih ( ) iaitu al-Muhkam dengan sendirinya, apabila tidak ada kemungkinan untuk pembatalan atau perubahan disebabkan sesuatu teks itu sendiri. Dan inilah yang dimaksudkan dalam perbahasan tentang al-Muhkam ini. 2. Al-Muhkam lighairih, iaitu al-Muhkam kerana faktor luar, kerana tidak ada nas lain yang membatalkannya, atau seperti disebabkan kewafatan Nabi SAW. Hukum beramal dengan lafaz yang Muhkam petunjuknya adalah wajib secara pasti tanpa ada sebarang keraguan, kerana lafaz yang muhkam tidak mengandungi kebarangkalian membawa maksud yang lain dan ia tidak menerima pembatalan.

11

ABSF2203

4.0 JENIS JENIS LAFAZ YANG TIDAK JELAS MAKSUDNYA 4.1 AL KHAFI Al-khafi ialah lafaz yang mengandungi makna yang tersembunyi dam maksud yang tidak jelas atau lafaz yang dilalahnya tersembunyi disebabkan terdapatnya kesamaran. Merujuk kepada usul fiqh pula, al-khafi ini bermaksud lafaz atau perkataan yang memberi maksud yang jelas dalam konteks ayat itu sendiri tetapi maksudnya menjadi tidak jelas apabila ia diaplikasikan kepada beberapa istilah yang mempunyai persamaan sifat dengannya. Al-khafi juga menduduki tahap kesamaran yang paling rendah bagi lafaz-lafaz yang terdapat di dalam teks al-Quran. Contohnya dalam surah al- Maidah ayat 38:

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Surah al-Maidah ayat 38) Perkataan pencuri mempunyai maksud yang hampir sama dengan perkataan penyeluk saku. Perkataan pertama bermaksud seseorang yang mengambil harta orang lain secara sembunyi tanpa kerelaan pemiliknya dan harta tersebut disimpan di tempat yang selamat. Manakala perkataan yang kedua memberi makna seseorang yang mengambil harta orang lain tanpa kerelaan pemiliknya dan ia dilakukan ketika pemilik tidak menyedarinya, walaupun dia hadir di tampat kejadian. Ahli-ahli fiqh berpendapat bahawa perbuatan penyeluk saku mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan perbuatan seorang pencuri. Oleh itu, hukuman yang dikenakan adalah sama. Ini adalah salah satu contoh yang berkaitan dengan lafaz-lafaz yang terdapat di dalam alQuran dan hadis yang dikategorikan sebagai khafi. Ulama usul telah berusaha untuk mengetahui maksudnya yang tepat dengan cara mencari persamaan atau melihat kepada lafaz ini berdasarkan kepada pemahaman dari sudut bahasa.

12

ABSF2203

4.2 AL MUSYKIL Al-musykil ialah salah satu daripada bentuk lafaz yang tidak mengandungi makna yang jelas. Ini adalah disebabkan oleh lafaz itu sendiri mengandungi lebih daripada satu makna seperti lafaz musytarak. Perbezaan al-musykil dan khafi ialah perkataan dan lafaz yang termasuk di bawah kategori al-musykil. Ketidakjelasan maknanya adalah disebabkan oleh perkataan itu sendiri yang mempunyai maksud yang tidak jelas. Maksudnya hanya boleh diketahui dengan merujuk kepada qarinah atau petunjuk yang menjelaskan maksud yang sebenar. Perkataan yang dikelaskan sebagai khafi ialah perkataan yang menjadi tidak jelas maksudnya kerana faktor luaran. Oleh itu, untuk menjelaskan maksudnya yang tepat perlulah bersandarkan kepada qarinah dari luar. Contohnya seperti firman Allah:


Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Perkataan di dalam ayat ini dikategorikan sebagai musytarak atau perkataan yang

mempunyai lebih daripada satu makna, iaitu suci dari haid. Para ulama telah mengkaji maksud perkataan ini dengan melihat kepada qarinah atau petunjuk dan dalil syarie yang lain. Mazhab Imam SyafiI dan Maliki mentafsirkan bahawa adanya tanda muannas pada adad (kata bilangan) yang menurut kaedah bahasa Arab madudnya harus muzakkar , iaitu (suci) dan bukan ( haidh) yang muannas. sementara itu pendapat yang diketengahkan oleh Imam Abu hanifah antara lain bahawa lafaz dalam ayat tersebut secara zahir menunjukkan sempurnanya masing masing diertikan sebagai haid. Sebab jika diertikan suci maka yang ada hanya dua lebih (tidak sampai tiga ) Wajib mengkaji dan meneliti perkataan yang musykil itu untuk mencari makna yang sebenar. Sebarang penjelasan daripada maksud yang diperolehi dari perkataan tersebut hendaklah diamalkan bersumberkan dalil dan qarinah.

13

ABSF2203

4.3 MUJMAL Al-mujmal adalah suatu lafaz yang hanya diketahui maksudnya oleh orang yang menyebut perkataan itu. Di dalam konteks ini, Allah SWT melalui al-Quran dan lidah Nabi Muhammad SAW menggunakan perkataan-perkataan tertentu untuk menerangkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan hukum syarak. Ia tidak dapat ditafsir dengan akal tetapi maksud perkataan tersebut boleh difahami hanya dengan merujuk kepada al-Quran dan hadis. Kedudukan al-mujmal adalah lebih rendah berbanding al-musykil kerana ia mengandungi pelbagai makna dan setiap daripada itu mempunyai persamaan yang terlalu hamper sehingga tidak dapat dibezakan dengan mudah kecuali setelah dijalankan penelitian yang mendalam. Terdapat tiga perkara yang menyebabkan lafaz itu dikaregotikan sebagai al-mujmal: (a) Perkataan itu mempunyai maksud yang banyak( musytarak ). (b) Perkataan itu asing dalam bahasa. (c) Perkataan itu ditukarkan maksudnya dari sudut bahasa kepada maksud dari sudut istilah. Semasa proses penurunan al-Quran semua perkataan yang mujmal diterangkan sendiri oleh Allah SWT. Ini adalah kerana lafaz atau perkataan itu mengandungi maksud yang samar dan sukar untuk difahami oleh manusia. Selain itu juga, perkataan itu tidak dapat dijelaskan malalui gaya bahasa atau sighah lafaz mahupun daripada petunjuk atau dalil yang lain. Oleh yang demikian, keterangan menganai maksud perkataan tersebut diperolehi daripada Allah SWT melalui al-Quran dan al-Sunnah. Apabila terdapat lafaz atau perkataan yang mujmal di dalam kalam Allah(al-Quran dan alSunnah), penjelasannya hendaklah diperolehi daripada kalam itu sendiri. Setelah maksud perkataan itu difahami, status perkataan itu akan bertukar kepada al-mufassar(perkataan yang telah ditafsir) dan semua hukum-hukum yang berkaitannya hendaklah terpakai. Contohnya solat,puasa, zakat dan haji hukumnya adalah wajib kepada setiap muslim. Oleh itu sekiranya ditinggalkan, seseorang itu telah berdosa kepada Allah SWT.

14

ABSF2203

Walau bagaimanapun, jika penjelasan terhadap maksud perkataan mujmal itu tidak dapat difahami dengan sempurna, status perkataan itu akan berubah kepada musykil. Oleh itu, para ulama hendaklah berusaha untuk menjelaskan meksud sebenar perkataan itu dengan menggunakan ijtihad mereka.

4.4 AL-MUTASYABIH Al-mutasyabih ialah suatu lafaz yang mana pengertian yang dikehendakinya sama sekali tidak dapat difahami kerana tidak terdapat qarinah yang boleh menghilangkan kesamarannya. Contohnya firman Allah Taala (al-Zumar 39:23) - Maksudnya: Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik iaitu al-Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. Yang dimaksudkan dengan mutasyabih (menyerupai) ialah kesemua ayat-ayatnya saling menyerupai dalam kesempurnaan, kualiti tinggi dan tujuan-tujuan terpuji.

15

ABSF2203

5.0

PENGELUARAN HUKUM DENGAN MENGAPLIKASIKAN DUA JENIS LAFAZ

Ayat yang diambil dari surah al-Baqarah mengenai fardhu puasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang berbunyi:

......
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian untuk berpuasa . )al-Baqarah ayat 183) Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa suruhan berpuasa bagi orang yang beriman. Ayat di atas menunjukkan bahawa lafaz yang digunakan adalah daripada lafaz al-muhkam pada perkataan wahai orang-orang yang beriman. Terdapat juga lafaz lain didalam ayat ini yang menunjukkan lafaz al-nas pada perkataan berpuasa. Di sini hukum dapat di aplikasikan bahawa setiap orang yang beriman adalah diwajibkan untuk berpuasa. Dan sekiranya hukum ini tidak dilaksanakan, maka berdosalah kepada si pelaku. Wallahu Alam

16

ABSF2203

6.0 KESIMPULAN Kesemua pembahagian di atas adalah penting dalam ilmu usul fiqh, kerana dalam rangka usaha memahami Islam secara keseluruhan, keilmuan dan pengetahuan yang luas amat diperlukan. Al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber utama yang mengandungi sejuta makna yang harus kita fahami. Tanpa ilmu usul fiqh kita tidak dapat memahami dan membezakan sama ada ayat hukum itu dapat diaplikasi dengan baik dan sempurna.

Sehubungan itu, para pengkaji perlu memanfaatkan segala kemudahan yang telah dikecapi oleh negara kini khususnya kemudahan dalam usaha untuk mencari maklumat bagi menambah ilmu pengetahuan berhubung dengan kejelasan ataupun ketidakjelasan sesuatu nas. Banyak bahan-bahan ilmiah, jurnal-jurnal, kajian-kajian mahupun maklumat daripada media elektronik mudah didapati dengan pantas. Tinggal lagi hanya bergantung kepada kehendak seseorang individu itu untuk mendapatkan maklumat tersebut ataupun meneruskan kehidupan rutin harian dengan sia-sia sahaja.

17

ABSF2203

7.0 RUJUKAN

Muhammad Abu Zahrah, ushul fiqh, (mesir: Dar al-fikr al-Arabi,1958) Abu Ishaq al- Syirazi, al-luma' fi ushul al- fiqh,(Makkah al- Mukarramah:al-Muniriyyah,tth), h.118 Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, m.s. 346, ctk: Muassasah al-Risalah Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, m.s. 179

18

You might also like