You are on page 1of 12

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

PRENATAL
Nurul amirah binti hazizi Wan nurzaleha wan zaidi

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN


PRENATAL Biokimia Biofizikal Struktur dan fungsi yang bersepadu, kompleks dan tepat Jangka masa prenatal secara purata ialah 9 bulan atau 40 minggu.

PERINGKAT PERTUMBUHAN PRENATAL


Terdapat 3 peringkat: 1) persenyawaan ovum (zigot) - merangkumi 2 minggu selepas persenyawaan -tempoh pembahagian sel yang pesat - Semasa sel-sel membahagi, satu gumpalan sel yang berbentuk buah beri terhasil dan dikenali sebagai morula. - Semasa minggu ke-2, selepas persenyawaan, blastosit akan menempel di dinding uterus dan beberapa lapisan sel akan kelihatan dengan jelas. Lapisan yang paling penting akan membentuk embrio manakala lapisan lain berfungsi untuk pemakanan embrio yang sedang membesar, pembentukan plasenta dan tali pusat.

2) Embrio Tempoh bermula dengan pembentukan embrio dan terdiri daripada minggu kedua ke minggu kelapan. Tempoh ini adalah masa di mana pertumbuhan dan pembahagian sel berlaku dengan pesat. Pembahagian sel akan membentuk tisu, organ dan sistem.

3) Fetus Tempoh bermula dari minggu ke-9 hingga minggu ke-40. Merangkumi pertumbuhan saiz dan jisim yang pesat, perubahan bentuk dan perkembangan fungsi- fungsi di dalam tisu, organ dan sistem.

PERTUMBUHAN JANIN ATAU FETUS


-

Bercirikan kepada pertumbuhan dan penambahan saiz badan, kadar pertumbuhan dan komposisi badan. Saiz badan Keluk pertumbuhan janin adalah berbentuk Satau sigmoid iaitu keluk yang menggambarkan perubahan berat badan. Kadar pertumbuhan Pada usia 2 bulan, janin lazimnya mempunyai kepala yang lebih besar berbanding saiz badan keseluruhannya dan mempunyai anggota badan yang kecil dan pendek. Apabila mencapai peringkat pertengahan kehamilan, janin masih mempunyai kepala yang besar tetapi pertumbuhan pesat telah berlaku di bahagian pinggang dan anggota badan yang lain. Perubahan ini akan berterusan sehinggalah kepala janin, badan dan anggota yang lain berkembang mengikut kadar pertumbuhan yang sepatutnya.

Komposisi badan Walaupun berat dan panjang badan adalah petunjuk utama di dalam pertumbuhan janin, namun berat badan lebih diutamakan. Kadar kandungan air dalam badan akan berkurangan apabila berat janin bertambah. Kadar kandungan lemak akan meningkat apabila berat janin meningkat kepada 1500g Kepekatan nitrogen akan meningkat selaras dengan berat janin, begitu juga dengan kepekatan kalsium ( pembentukan tisu tulang) dan fosforus( disebarkan antara tisu lembut dan keras)

AKTIVITI MOTOR JANIN


Denyutan jantung dikesan dalam tempoh 4 minggu selepas persenyawaan. Dalam tempoh 5-6 minggu, pergerakan di bahagian atas tulang belakang boleh dikesan dengan alat ultrabunyi. Pergerakan lengan dan kaki boleh dikesan dalam tempoh 8-9 minggu. Perubahan otot saraf adalah berbeza mengikut umur. Janin yang dilahirkan selepas 28 minggu akan mempunyai otot saraf yang berbeza berbanding janin yang dilahirkan selepas 25- 26 minggu. Pantulan asas, tonus otot, tindak balas, dan tingkah laku deria motor akan berubah secara ketara kerana tempoh kelahiran yang berbeza.

FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BERAT JANIN


Jenis baka ( genotaip) Jantina Status sosioekonomi ( tempat tinggal, persekitaran) Berat semasa ibu mengandung Bentuk badan ibu Berat badan yang diperolehi semasa hamil Status pemakanan Tabiat merokok atau meminum alkohol Tabiat senaman

Lelaki biasanya lebih berat daripada perempuan. Bayi yang pertama juga lazimnya lebih ringan berbanding kelahiran seterusnya. Bayi sulung dikenali sebagai primaparous manakala yang seterusnya dikenali sebagai multiparaous.

You might also like