You are on page 1of 15

Model Skim Pembiayaan Kepada Usahawan Asnaf: Kemungkinan Pelaksanaannya Dalam Perbankan Islam. Muhammad Ridhwan Bin Ab.

Aziz Abstrak Tulisan ini cuba mengetengahkan satu skim pembiayaan yang khusus yang boleh dilaksanakan dengan usahasama di antara pihak bank Islam, pusat zakat dan Baitulmal dengan golongan usahawan asnaf fakir dan meskin. Dengan terlaksananya skim pembiayaan seperti ini, ia dapat meningkatkan taraf hidup mereka dan seterusnya membangunkan usahawan Muslim yang benar-benar berdikari yang dapat menampung kehidupan mereka dan tanggungan mereka ke tahap yang lebih baik di samping membina kekuatan umat Islam melalui pembangunan ekonomi ummah yang mapan. Metodologi penyelidikan dalam artikel ini adalah melalui penganalisaan dokumen-dokumen berkaiatan dengan pembiyaan di dalam Islam. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa usahasama yang rapat boleh dijalinkan antara Bank Islam, Pusat Zakat/Baitulmal dan usahawan asnaf dalam membina pembangunan usahawan Muslim yang berjaya. Kata Kunci: Usahawan Asnaf, Bank Islam, Pusat Zakat, Baitulmal, Kontrak al-Mudarabah. Abstract

Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), ridhwan.aziz@usim.edu.my.

This article tries to propose a special financing scheme that can be introduced through a joint venture between Islamic bank, Pusat Zakat/ Baitulmal and Asnaf entrepreneur. It is hoped that by introducing this type of financing scheme, the poor and needy Asnaf able to enhance their living standards and a way to develop independent Muslim ummah, which subsequently foster the development of Muslims economics. The methodology of research in this article is through document analysis of relevant financing scheme in Islam. The finding shows that a close and tight joint venture could be established between Islamic bank, Pusat Zakat/ Baitulmal and Asnaf entrepreneur in developing success Muslim

entrepreneurs in the future. Keyword: Asnaf Entrepreneur, Islamic Bank, Pusat Zakat, Baitulmal, Contract alMudarabah.

Pengenalan.

Pelbagai kaedah pengagihan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan mahupun bukan kewangan telah disediakan dan disumbangkan oleh pihak-pihak berkaitan dengan pengurusan dan pengagihan wang zakat seperti pusat zakat dan Baitulmal kepada golongan asnaf1 terutamanya bagi golongan fakir dan meskin. Di samping itu,
1

Asnaf merupakan golongan yang layak menerima pengagihan zakat yang terdiri daripada lapan golongan iaitu fakir, meskin, amil, muallaf, hamba, orang yang berhutang, golongan fi sabilillah dan Ibnu Sabil. Lihat misalnya Abu Bakr al-Jazairi (1979), Minhaj Muslim, Beirut: Dar al-Jil, h.310-311; Dr. Mustofa alKhinn et.al., (2009), Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, h.374-376. Pembahagian zakat kepada kelapan-lapan asnaf ini berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Tawbah ayat 60.

terdapatnya program usahawan zakat bagi asnaf fakir dan meskin yang telah diperkenalkan bertujuan untuk memberi peluang kepada asnaf terbabit yang proaktif, mempunyai kecenderungan dan berkebolehan bagi mendapatkan bantuan kewangan dalam bentuk modal perniagaan, input pertanian dan modal pusingan2.

Namun, program-program yang amat baik ini telah menimbulkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya terjadi. Keberkesanan program-program pembangunan usahawan asnaf fakir dan meskin masih belum tercapai dengan jayanya3. Disebabkan oleh masalahmasalah sebegini maka, perlunya satu skim pembiayaan yang lebih teratur dan terperinci sekiranya matlamat untuk melahirkan usahawan asnaf fakir dan meskin ingin dicapai melalui penglibatan daripada pihak institusi perbankan Islam yang berperanan untuk membangunkan ekonomi umat Islam.

1. Pembiayaan Sebagai Satu bentuk Pembangunan Usahawan.

Misalnya Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperkenalkan dua program untuk usahawan asnaf fakir dan meskin iaitu Program Ekonomi Berkelompok yang terdiri daripada Projek Pasar Rakyat Asnaf, DAsnaf Kraf, DAsnaf Edar dan kedua, Program Keusahawanan iaitu Projek Mobile Entrepreneur, Projek Dobi Point, Projek Perusahaan Kerepek dan Projek Serbuk Halia dan Serbuk Bali. Lihat Azman Ab. Rahman (2009), Penjanaan Ekonomi Asnaf Fakir dan Miskin Melalui Program Usahawan Zakat di Lembaga Zakat Selangor, dalam Proceeding International Seminar on Muamalat, Islamic Economics and Finance 2009, Bangi: Department of Syariah, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, h.75-78. 3 Terdapat segelintir asnaf fakir dan meskin yang mengikuti program ini dengan mengambil kesempatan atas pemeberian yang disalurkan kepada mereka dengan menyalahgunakan bantuan modal yang telah diberikan termasuk mesin dan peralatan-peralatan perniagaan yang disediakan oleh LZS untuk tujuan perniagaan mereka. Ada juga di kalangan mereka yang langsung tidak menghargai bantuan yang telah diberikan kepada mereka malah, menjual peralatan bantuan perniagaan tersebut kepada pihak-pihak lain dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran bagi mendapatkan wang tunai. Lihat Azman Ab. Rahman (2009), ibid., h.80.

Dalam Islam, zakat4 diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang tertentu bagi memenuhi keperluan-keperluan asas mereka. Tujuan pengagihan sumber zakat ini adalah bagi memenuhi pelbagai keperluan peribadi mereka sama ada untuk jangka pendek mahupun jangka panjang5.

Sekiranya institusi zakat ini dapat beroperasi dan pengagihan dana zakat dapat dilaksanakan seoptimum mungkin maka, keperluan dan kebajikan golongan asnaf-asnaf ini dapat ditingkatkan dan dibaiki dari masa ke semasa.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapatnya pusat zakat di negara ini yang mengagihkan dana zakat untuk pembangunan program usahawan asnaf terbabit namun, jumlah pemberian dana tersebut masih dianggap kecil dan terhad bahkan tidak diberi dalam bentuk tunai tetapi lebih tertumpu kepada pemberian peralatan untuk perniagaan.

Keperluan terhadap tunai adalah amat penting dalam pembangunan dan perkembangan usahawan dalam bidang perniagaan. Kekurangan modal boleh membawa kepada kecacatan dalam proses kemajuan sesebuah perniagaan dan memungkinkan sesebuah perniagaan itu lumpuh sepenuhnya. Sebagaimana yang diketahui sesebuah perniagaan terutamanya yang bersifat kecil dan sederhana biasanya berurusniaga secara

Zakat dari sudut bahasa membawa pelbagai definisi seperti subur, berkembang, bertambah dan suci. Dari sudut istilah, zakat membawa pengertian harta tertentu yang diwajibkan untuk dikeluarkan oleh orang yang layak, yang cukup tempoh (Hawl) dan ketetapannya (Nisab). Lihat Abu Bakr al-Jazairi, op.cit., h.300; Dr. Mustofa al-Khinn et.al., (2009), op.cit., h.325; Hifzur Rab (2006), Economic Justice in Islam: Monetary Justice and the Way out of Interest (Riba), Kuala Lumpur: A.S. Noordeen, h.102. 5 Patmawati Hj Ibrahim (2008), Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal, Jurnal Syariah, Jil.16, Bil.2, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h.226.

tunai di mana mereka mempeolehi semua bahan mentah dan keperluan-kepeluan lain daripada pembekal dan pemborong dengan membeli secara tunai6.

Oleh sebab itu, satu skim pembiayaan yang baru dan lebih inovatif perlu diperkenalkan oleh bank-bank Islam di negara ini bagi membantu golongan asnaf fakir dan meskin untuk memajukan diri mereka dan bidang perniagaan yang diceburi oleh mereka dan seterusnya menjadi seorang usahawan yang dapat berdikari dan kemudiannya membantu golongan yang lain melalui pemberian zakat apabila mereka telah mencapai tahap kelayakan untuk membayar zakat nanti.

Walaupun bank-bank Islam seperti Bank Rakyat, Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalah telah memperkenalkan pembiayaan melalui skim al-Rahnu7 yang menjadi satu bentuk pembiayaan mikrokredit kepada usahawan kecil dan mereka yang berpendapatan rendah namun, pembiayaan melalui skim al-Rahnu ini memerlukan gadaian tertentu (marhun/security) yang biasanya dalam bentuk barangan kemas (emas) sebelum sesuatu pembiayaan diberikan kepada pelanggan.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Muhammad Yunus, pensyarah ekonomi di Universiti Chittagong, Bangladesh, golongan meskin tidak berupaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka adalah kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi dan jarang melibatkan diri dalam dunia perbankan. Lihat Amanah Ikhtiar Malaysia, http://www.aim.gov.my/~cms/KenaliAIM/Sejarah.htm., 5 Disember 2009.
7

Al-Rahnu merupakan satu skim di mana satu item yang bernilai digadaikan sebagai satu cagaran untuk mendapatkan pinjaman dan dalam menebus balik pinjaman yang tidak dapat di langsaikan oleh peminjam. Dalam sistem ini, pihak penggadai dapat memperolehi wang tunai dengan mudah berdasarkan nilai marhun tersebut dan pihak yang menerima gadaian juga adalah terjamin dari segi mendapat balik wang yang telah dipinjamkan tersebut kerana adanya cagaran yang telah diberikan oleh peminjam. Skim ini manggabungkan tiga prinsip dalam Syariah iaitu Qard al-Hasan (pinjaman berkebajikan), Rahnu (gadaian) dan Wadiah (simpanan). Lihat misalnya Kamal Khir et.al., (2008), Islamic Banking: A Practical Perspective , Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd., h.187-188; Saiful Azhar Rosly (2007), Critical Issues on Islamic Banking and Financial Markets, Kuala Lumpur: Dinamas Publishing, h.129; Dr. M. Tahir Mansuri (2007), Islamic Law of Contract & Business Transactions, Delhi: Adam Publishers & Distributors, h.315.

Skim al-Rahnu ini mungkin tidak dapat membantu asnaf fakir dan meskin yang ketiadaan sebarang barang gadaian yang bernilai disebabkan kesempitan hidup mereka. Dengan itu, satu skim yang khusus perlu diperkenalkan oleh perbankan Islam bagi membiayai usahawan asnaf yang benar-benar berminat untuk menceburi bidang keusahawanan ini.

2. Pembiayaan Melalui Kontrak al-Mudarabah.

Dalam bahasa Arab, Qirad adalah kata terbitan daripada Qard yang bermaksud potong. Ini kerana dalam kontrak ini, pemilik memotong sebahagian hartanya untuk diberikan kepada pengusaha dan juga memotong sebahagian keuntungannya untuk diberi kepada pengusaha. Perkataan Mudarabah dipetik daripada kalimah Yadribun fi al-Ard yang disebut dalam al-Quran yang bermaksud bermusafir mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah8.

Menurut istilah ulama fiqh, Mudarabah bermaksud satu perkongsian di mana pemilik menyerahkan hartanya kepada seseorang untuk diusahakan dan diniagakan manakala, keuntungan akan dikongsi bersama. Akad Mudarabah ini sah dan diharuskan oleh syara berdasarkan sebuah hadith nabi daripada Abu Hurayrah yang bermaksud9:

Mustafa al-Khinn et.al., (1992), al-Fiqh Manhaji ala Mazhab Imam al-Shafii , Damshiq: Dar al-Qalam, Jilid 3, h.71. Allah (s.w.t.) berfirman dalam al-Quran: Segolongan yang lain bermusafir ke serata alam untuk mencari kurniaan Allah Surah al-Muzammil ayat 20. 9 Imam Abu Dawud (1984), Sunan Abi Dawud, Kitab al-Buyu, Lahore: Muhammad Ashraf, No. Hadith:3383, h.1472.

Allah berfirman: Aku merupakan yang ketiga daripada dua orang yang berkongsi dalam sesuatu perniagaan selama mana mereka tidak mengkianati antara satu sama lain, apabila mereka berlaku khianat, Aku keluar dari kedua-duanya.

Di dalam akad Mudarabah ini, pemilik harta yang tidak mempunyai masa, peluang dan kemahiran dalam sesuatu perniagaan dan pelaburan yang menguntungkan dapat menyumbangkan harta mereka demi sesuatu pelaburan yang dapat memberikan keuntungan bukan sahaja kepada diri mereka malah, kepada pengusaha yang mempunyai kemahiran dan keupayaan tertentu dalam bidang perniagaan yang diceburi10.

Dalam pada ini, melalui akad Mudarabah ini, amalan perkongsian dan tolongmenolong dapat diwujudkan dalam masyarakat Islam yang dapat terhasil dengan menggabungkan pihak yang mempunyai banyak harta tetapi kurang berkemahiran dan keupayaan (pemodal) dengan pihak yang mempunyai keupayaan tetapi, kurang berharta seperti golongan asnaf fakir dan meskin terbabit11.

Di dalam akad Mudarabah ini terdapatnya beberapa rukun yang mesti dipenuhi sebelum ia dapat dilaksanakan iaitu pertama, pihak yang berkontrak (pemodal dan pengusaha). Kedua-dua pihak mestilah mempunyai kelayakan sebagai wakil dan pewakil. Pelabur bertindak sebagai pewakil dan pengusaha sebagai wakil apabila pengusaha mengusahakan modal pelabur dengan kebenarannya. Jika salah seorang pihak tidak

10 11

Al-Sarakhsi (1906), al-Mabsut, Mesir: Matbaah al-Saadah, Jilid 22, h.19. Mustafa al-Khinn et.al., (1992), op.cit., Jilid 3, h.73.

dibenarkan untuk menguruskan harta kerana safih (tidak bijak untuk mengurus harta) maka, kontrak ini menjadi tidak sah12.

Kedua, modal dan tertakluk kepada syarat-syarat seperti modal mestilah berbentuk matawang seperti dirham atau matawang semasa yang digunakan di sesuatu tempat. Modal tidak boleh dalam bentuk barangan perniagaan kerana ia membabitkan risiko yang besar. Selain itu, modal mestilah dalam jumlah yang tertentu di mana akad ini tidak boleh melibatkan suatu jumlah yang tidak tepat agar keuntungan kelak dapat dihitung dengan tepat bagi kedua-dua pihak13.

Ketiga, lafaz akad iaitu penawaran (Ijab) dan penerimaan (Qabul) dengan katakata yang menunjukkan persetujuan kedua-dua pihak untuk melakukan kontrak. Contoh lafaz penawaran ialah: saya serahkan urusan perniagaan kepada anda atau ambillah duit ini dan niagakanlah. Manakala lafaz penerimaan adalah saya terima atau saya setuju. Persetujuan dan penerimaan yang dibuat mestilah berturutan dengan penawaran dan tidak terpisah dengan waktu yang terlalu lama14.

Di samping rukun-rukun tersebut, terdapat beberapa syarat yang mesti dipatuhi oleh kedua-dua pihak antaranya ialah kebebasan menjalankan urusan tanpa tertakluk kepada syarat tertentu. Pelaburan yang dibuat mestilah bersifat terbuka di mana sesuatu pelaburan dianggap tidak sah jika pelabur menetapkan pengusaha perlu membeli

12 13

Ibid., h.74. Ibid., h.75. 14 Imran Ahsan Khan Nyazee (2006 ), Islamic Law of Business Organization , Kuala Lumpur: The Other Press, h. 258-259.

barangan tertentu atau terlibat dalam bidang perniagaan yang jarang dilakukan. Ia juga tidak harus terikat kepada tempoh masa tertentu15.

Kedua, keuntungan hanya dikongsi di antara pelabur dan pengusaha. Keuntungan disyaratkan mesti dikongsi oleh pelabur dan pengusaha. Pelabur akan mengambil hasil pelaburan modalnya, sementara pengusaha akan memperolehi hasil usahanya. Dengan itu, pelabur memperolehi keuntungan berdasarkan modal miliknya dan pengusaha memperolehi keuntungan berdasarkan hasil usahanya. Disyaratkan juga bahawa keuntungan mestilah ditetapkan pada kadar tertentu misalnya dengan pembahagian 60 dan 40. Sesuatu kontrak Mudarabah menjadi tidak sah apabila tidak diperincikan pembahagian keuntungan ini dengan jelas16.

Ketiga, pengusaha mestilah bebas untuk menguruskan modal dan kerja. Kontrak ini dianggap tidak sah jika wujud syarat yang menetapkan bahawa pelabur perlu bekerja bersama pengusaha. Syarat ini bermakna modal akan kekal di tangan pelabur. Apabila berlaku kerugian di dalam pelaburan ini maka, segala kerugian akan ditanggung oleh pelabur sahaja kerana pengusaha hanya dianggap sebagai orang yang memegang amanah. Pengusaha hanya mengalami kerugian dari sudut masa dan tenaga yang dicurahkan dalam perniagaan dan pelaburan itu sahaja17.

Kontrak Mudarabah ini akan tamat apabila berlakunya pembatalan oleh manamana pihak sama ada pemodal atau pengusaha pada bila-bila masa sahaja kerana kontrak
15 16

Ibid. Mustafa al-Khinn et.al., (1992), op.cit., Jilid 3, h.76. 17 Imran Ahsan Khan Nyazee, op.cit., h.260-261.

ini dianggap sebagai kontrak yang tidak lazim ( Jaiz). Kontrak ini dianggap juga batal walaupun tidak mendapat persetujuan oleh pihak yang satu lagi. Selepas kontrak dibatalkan, pengusaha tidak berhak untuk menggunakan modal pelaburan bagi membuat sebarang bentuk pembelian18.

Kedua, kontrak ini juga terbatal apabila salah satu pihak meninggal dunia. Ini kerana salah satu syarat sah kontrak adalah kelayakan untuk melantik wakil. Selepas salah satu pihak meninggal dunia, kelayakan ini terbatal dengan sendirinya. Ketiga, salah satu pihak menjadi gila kerana keadaan ini menyukarkan pelaksanaan tanggungjawab oleh mana-mana pihak dalam kontrak ini. Keempat, kemusnahan modal pelaburan yang menjadi subjek dalam kontrak ini. Dengan kemusnahan ini, kontrak tidak membawa apaapa makna lagi tidak kira kemusnahan itu disebabkan oleh bencana alam (banjir dan kebakaran) atau oleh perbuatan pemodal atau pengusaha terbabit19.

3. Mekanisme Pembiayaan Dalam Perbankan Islam.

Sistem perbankan Islam20 merujuk kepada satu sistem perbankan yang berteraskan prinsip-prinsip syariah. Dengan itu, elemen yng bertentangan dengan prinsip-prinsip syariah seperti riba (faedah), maysir (perjudian), gharar (ketidakpastian) adalah dilarang sama sekali dalam semua perjalanan dan pengoperasian dalam sistem perbankan Islam.
18 19

Mustafa al-Khinn et.al., (1992), op.cit., Jilid 3, h.80. Ibid., h.81. 20 Perbankan Islam didefinisikan sebagai perbankan yang selaras dengan sistem nilai dan etos Islam. Ia juga didefinisikan sebagai setiap pertubuhan yang terlibat secara langsung dengan amalan kewangan yang berdasarkan syariah Islam dan menggunakan kaedah-kaedah fiqh. Lihat misalnya Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya Di Malaysia , Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, h.255; Kamal Khir et.al. (2008), op.cit., h.2.

10

Tentunya, mekanisme pinjaman di antara bank konvensional dan pelanggannya dalam menawarkan pembiayaan mereka terutamanya bagi golongan asnaf fakir dan meskin ini tidak sesuai untuk diaplikasikan. Ini kerana golongan fakir dan meskin merupakan golongan yang tidak mampu untuk menyara diri dan tanggungan mereka bagi memenuhi keperluan utama (Daruriyyah)21 seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal apatah lagi untuk membayar balik pinjaman yang dilakukan.

Bagi mencapai kesempurnaan aspek keperluan Daruriyyah ini bersesuaian dengan matlamat syariah (Maqasid al-Shariah) maka, perbankan Islam dan pusat zakat seharusnya mengambil inisiatif dan tindakan proaktif untuk membantu golongan ini bukan sahaja untuk mengeluarkan mereka daripada kepompong kemeskinan malah, membangunkan mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Salah satu mekanisme yang boleh diperkenalkan oleh bank-bank Islam di negara ini ialah usahasama dalam bentuk Mudarabah dengan pusat zakat dan juga Baitulmal. Dalam hal ini, pusat zakat atau Baitulmal boleh menyediakan dana khusus kepada bank Islam untuk melaksanakan program atau skim usahawan asnaf terbabit. Pihak bank mungkin menyediakan program pemilihan terhadap golongan asnaf yang benar-benar layak. Ini kerana pihak bank dianggap lebih telus dan terperinci ( particular) dalam

21

Keperluan (al-Daruriyyah) adalah perkara-perkara yang menjadi keperluan utama bagi individu dan agama di mana jika keperluan-keperluan ini diabaikan akan membawa kepada kemusnahan dan ketidakstabilan, dan akhirnya membawa kepada kemudaratan kepada individu terbabit. Dalam Syariah terdapat lima nilai asas keperluan penting bagi individu yang mesti dijaga iaitu keperluan agama, nyawa, keturunan, intelek dan harta. Lihat Dr. Mohamad Akram Laldin (2008), Introduction to Shariah & Islamic Jurisprudence, Kuala Lumpur: CERT Publications Sdn. Bhd., h.18.

11

menguruskan pembiayaan kepada pelanggan-pelanggan mereka berbanding pihak lain seperti pusat zakat.

Ataupun pihak bank Islam menyediakan dana khusus dan pusat zakat atau Baitulmal menyediakan dan merencanakan program khusus untuk membangunkan usahawan asnaf ini bermula daripada pemilihan secara terperinci terhadap mereka yang benar-benar layak dan berkemampuan untuk meyertai program dan skim ini.

Usahasama Mudarabah yang kedua adalah di antara pihak bank Islam dengan usahawan asnaf terbabit di mana usahawan di sini akan dianggap sebagai pengusaha (Mudarib) dan bank Islam adalah pemodal atau penyedia dana ( Rabbul Mal) melalui dana mereka sendiri ataupun dana yang telah diperolehi daripada pusat zakat atau Baitulmal melalui usahasama yang pertama tadi. Keuntungan daripada perniagaan usahawan asnaf tersebut akan dikongsi bersama-sama di antara pihak bank Islam, usahawan dan pusat zakat atau Baitulmal.

Manakala, kerugian daripada perniagaan dan usahasama ini akan ditanggung sama ada sepenuhnya oleh pusat zakat/Baitulmal ataupun bank Islam. Modus operandi bagi skim pembiayaan ini boleh dilihat dengan lebih jelas melalui Rajah 1 berikut:

Rajah 1: Modus Operandi Skim Pembiayaan Usahawan Asnaf Menggunakan Kontrak al-Mudarabah.

12

1. Usahasama antara Bank Islam Bank Islam dan Pusat Zakat/Baitulmal Pusat Zakat/Baitulmal

2. Usahasama antara Bank Islam dan usahawan asnaf. 20% 30% Usahawan Asnaf 3. Keuntungan di bahagi antara Bank Islam, Pusat Zakat dan usahawan asnaf spt. 30:50:20. 100% 4. Kerugian ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Zakat/Baitulmal/ Bank Islam. 50%

Kesimpulan. Daripada huraian yang telah dibuat, dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak kaedah atau skim yang boleh diaplikasikan bagi membantu dan seterusnya membangunkan usahawan terutamanya usahawan asnaf fakir dan meskin. Skim pembiayaan ini pastinya tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa penglibatan yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak termasuklah pihak asnaf terbabit, pusat zakat, Baitulmal dan juga pihak bank Islam. Diharap lontaran idea melalui penulisan ini dapat membuka mata pihak-pihak yang berkenaan untuk terus melipatkan daya usaha bagi membantu menrealisasikan pembinaan usahawan asnaf fakir dan meskin tersebut.

13

Bibliografi. Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Abu Bakr al-Jazairi (1979), Minhaj Muslim, Beirut: Dar al-Jil. Al-Sarakhsi (1906), al-Mabsut, Mesir: Matbaah al-Saadah, Jilid 22. Azman Ab. Rahman (2009), Penjanaan Ekonomi Asnaf Fakir dan Miskin Melalui Program Usahawan Zakat di Lembaga Zakat Selangor, dalam Proceeding International Seminar on Muamalat, Islamic Economics and Finance 2009, Bangi: Department of Syariah, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dr. M. Tahir Mansuri (2007), Islamic Law of Contract & Business Transactions, Delhi: Adam Publishers & Distributors. Dr. Mohamad Akram Laldin (2008), Introduction to Shariah & Islamic Jurisprudence, Kuala Lumpur: CERT Publications Sdn. Bhd. Dr. Mustofa al-Khinn et.al., (2009), Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Hifzur Rab (2006), Economic Justice in Islam: Monetary Justice and the Way out of Interest (Riba), Kuala Lumpur: A.S. Noordeen. Imam Abu Dawud (1984), Sunan Abi Dawud, Kitab al-Buyu, Lahore: Muhammad Ashraf.

14

Imran Ahsan Khan Nyazee (2006), Islamic Law of Business Organization, Kuala Lumpur: The Other Press. Kamal Khir et.al., (2008), Islamic Banking: A Practical Perspective, Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Mustafa al-Khinn et.al., (1992), al-Fiqh Manhaji ala Mazhab Imam al-Shafii, Damshiq: Dar al-Qalam, Jilid 3. Patmawati Hj Ibrahim (2008), Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal, Jurnal Syariah, Jil.16, Bil.2, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Saiful Azhar Rosly (2007), Critical Issues on Islamic Banking and Financial Markets, Kuala Lumpur: Dinamas Publishing.

15

You might also like