You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2012 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI PUTERI KUALA ROMPIN, PAHANG Tarikh

Hari Masa Tempat : 27 Disember 2011 : Sabtu : 10.00 pagi : Bilik Gerakan SMK Sungai Puteri

KEHADIRAN:
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. En. Ahmad Bin Ab. Rahman En. Abu Yami Bin Dzulkafly En. Che Parizan Bin Ayob Pn. Hjh Anita Binti Mohd Zain Pn. Sarina Binti Idrus Pn. Norlina Binti Ahmad Nor Azmi Pn. Wan Maheran Binti Wan Hanafi Tn. Hj. Aminuddin Bin Md Dom En. Mohd Ghauth Bin Zainal Abidin Pn. Nurul Amilin Bt Badruddin Pn. Zati Binti Sapeni Pn. Anita Binti Yasin Pn. Chai Siew Wai En. Hatim Bin Abdul Hamid Pn. Julina Binti Tandang En. Nizam Bin Arshad En Zuhairi Bin Mohamed @Shafie En. Nik Ishak Bin Nik Lah Pn. Nooratiah binti Abdul Rahman Pn. Nur Fatiehah binti Naupal Pn. Norzaini Binti Salleh Pn. Nur Anif Zuraimi Binti Mohd Noar Cik Nurul Rahiah Binti Musa Pn. Wan Norazlina Binti Wan Ismail Cik Zamila Binti Zamri Pn. Zanariyah Binti Zailin Pn. Zuriati Binti Khalik Cik Nurulaida Binti Mohd Cik Azmalinda Binti Azai En. Syarfulafkar bin Abdullah En. Noor Salam Bin Mohamad Cik Amy Hanis Binti Zainuddin Cik Anisah Binti Ahmad Razali Pn. Roslinda Binti Mohd Deris GPK Pentadbiran GPK HEM GPK Ko-Kurikulum GKMP Bahasa GKMP Kemanusiaan GKMP Sains & Matematik

TIDAK HADIR: 1. En. Mustapha Bin Che Wil 2. Pn. Fizarlidia binti Aurani 3. En. Mohamad Rosdi Bin Ismail 4. Cik W. Norhanisah Binti W. Ibrahim 5. Pn. Zuraini Binti Ismail 1.0 Ucapan Pengerusi

(Bersebab) (Bersebab) (Bersebab) (Bersebab) ( Cuti Belajar)

1.1 En. Abdul Rahman memulakan mesyuarat dengan bacaan ummulkitab, Al-Fatihah. Beliau mengalu-alukan kedatangan guru ke mesyuarat pada kali ini. 1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas usaha gigih yang dilakukan sepanjang tahun 2011. Secara keseluruhannya, perlaksanaan aktiviti pada tahun 2012 dapat disimpulkan seperti berikut: 1.2.1 Akademi Prestasi PMR 2011 meningkat iaitu sebanyak 64.71% di mana seorang pelajar mendapat 8A, 3 orang pelajar 7A, dan 3 orang pelajar 6A. Semua subjek meningkat dengan cemerlangnya. 1.2.2 Makluman daripada PPD a) Pelaksanaan KPI (Key Performance Indeks) diharapkan dapat menuju ke arah sifar ponteng di sekolah dan pihak sekolah perlu mengadakan program-program untuk mengatasi masalah ini. b) Target Negeri Pahang untuk pencapaian akademik PMR adalah sebanyak 2.05 dan tiada pelajar yang gagal dalam semua mata pelajaran c) Peringatan kepada semua guru supaya menepati masa bagi kehadiran di tempat kerja 1.2.3 Makluman daripada Pengurusan Sekolah a) Pengerusi juga mengingatkan kepada guru-guru yang memegang kunci Bilik Khas perlulah memulangkan ke pejabat dan merekodkannya. b) Mesyuarat Induk Kurikulum akan diadakan pada 7 Januari 2012 (Sabtu) jam 9 pagi. c) Jumlah subjek untuk Tingkatan Empat ditetapkan untuk kelas 4 Bestari adalah 8 subjek di mana pemilihan subjek Perdagangan atau Geografi manakala untuk kelas 4 Cekal adalah 7 subjek. 1.2.4 Ucapan Akhir Perpisahan Mantan Pengetua a) En. Mohd Nasir mengucapkan jutaan tahniah kepada guru-guru di atas usaha keras yang dilakukan dan juga ribuan terima kasih di atas sokongan guru-guru terhadap beliau. Beliau juga mengucapakan selamat maju jaya kepada semua guru dan sekolah.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Dicadangkan oleh En. Nizam Bin Arshad dan disokong sebulat suara.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit 3.1 Pendaftaran Tingkatan 1 akan diadakan pada 31 Disember 2011 3.2 Jadual waktu bagi tahun 2012 akan dirangka mengikut kesesuaian dan bagi kelas PMR akan dipinda lebih awal iaitu pada bulan 2 atau 3. 3.3 Penggunaan Kad keluar kelas perlu diperketatkan untuk mengurangkan pelajar keluar masuk kelas. 3.4 Taklimat dan pemantauan oleh Cik Zamila, Pn. Zanariyah dan Pn. Wan Norazlina bagi pelaksanaan subjek-subjek Tingkatan 1 untuk Penilaian Berdasarkan Sekolah (PBS). 3.5 En. Ahmad turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit Disiplin terhadap penambahbaikan dalam disiplin sekolah. 3.6 Pn Nor Anif Zuraimi memaklumkan penyerahan buku teks bagi Tingkatan 2 Cekal dan 3 Cekal akan diserah pada Hari Pendaftaran Tingkatan 1 pada 31 Disember 2011 manakala untuk Tingkatan 4 ditangguh terlebih dahulu. Makluman dan tindakan: Semua guru 4.0 Pengurusan Pentadbiran 4.1 Berdasarkan Buku Pengurusan Sekolah: 4.1.1 Bilik kosong akan dijadikan bilik Bahasa Inggeris manakala terdapat pembetulan untuk nama , gred dan tarikh lantikan guru. 4.1.2 Tingkatan 4 Cekal tetap dengan 7 subjek sahaja manakala penambahan subjek Tingkatan 4 Bestari akan ditentukan sama ada subjek Geografi mahupun Perdagangan. 4.1.3 Pn. Zuriati Binti Khalik dilantik sebagai Setiausaha Pelestarian Sekolah iaitu di bawah Jawatan kuasa keceriaan, keselamatan dan kesihatan sekolah. 4.2 Buku Rekod Mengajar: 4.2.1 Semua butiran dalam Buku Mengajar perlu diisi dan dilengkapkan seperti Jadual waktu kelas dan individu. 4.2.2 Penulisan Buku rekod perlulah mengikut format dan ditulis selengkapnya. 4.2.3 Markah-markah ujian dan Headcount perlulah dimasukkan dalam Buku Mengajar sebelum Hari Raya Cina untuk disemak oleh ketua bidang dan pihak pentadbiran. 4.2.4 En. Zuhairi mencadangkan supaya Rancangan Tahunan perlu diselaraskan untuk subjek yang sama untuk semua guru mata pelajaran. Selain itu, Rekod PerancanganTahunan perlu diletakkan didalam fail Ketua Panitia. 4.3 Kewangan: 4.3.1 Guru perlu merujuk kepada Ketua Panitia dan Ketua Bidang masing-masing. Selain itu, guru-guru juga perlu bertanya kepada kerani kewangan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

4.3.2

En. Che Parizan mencadangkan supaya urusan kewangan atau bajet aktiviti perlu diserahkan kepada pengetua untuk disahkan dan diserahkan kepada kerani kewangan selari dengan kertas kerja yang diberikan. Makluman dan tindakan: Semua guru

5.0 Laporan Kurikulum 5.1 Pn. Hjh Anita Binti Mohd Zain memaklumkan untuk mencapai target TOV dan ETR pada tahun 2012 memerlukan usaha yang berlipat ganda bagi mengekalkan atau menaikkan prestasi . Untuk makluman, kedudukan GPS bagi calon PMR iaitu Tingkatan 2 pada 2011 adalah 4.16 manakala bagi calon SPM iaitu Tingkatan 4 adalah 7.34. 5.2 Selain itu, sasaran peratus perlulah meningkat setiap tahun iaitu sebanyak 5 peratus. Sasaran peratus bagi tahun 2012 ialah 69 peratus lulus. 5.3 Pn. Sarina Idrus juga mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru ke SMK Sungai Puteri iaitu Pn. Roslinda Binti Mohd Deris dan Cik Anisah Binti Ahmad Razali. 5.4 Beliau juga mengingatkan supaya lebih banyak program kecemerlangan dijalankan bagi menaikkan prestasi sekolah seperti ceramah motivasi daripada Kaunselor sekolah, LADAP bagi pelajar dan guru serta mencontohi proses pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang. 5.5 Pencerapan dan pemantauan akan diadakan 2 kali setahun bagi penambahbaikan kaedah dan teknik guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5.6 Kemampuan seseorang guru untuk mengajar kelas peperiksaan perlu diambil kira dimana hanya dua kelas peperiksaan untuk seorang guru bagi meningkatkan kualiti pengajaran. 5.7 Kelas tambahan bagi kelas peperiksaan SPM dan PMR akan ditetapkan secepat yang mungkin bagi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar. Makluman dan tindakan: Semua guru 6.0 Laporan HEM 6.1 Ust. Abu Yamin Bin Dzulkafly memaklumkan bahawa Pendaftaran pelajar tingkatan 1 akan dibuat sekali lagi pada 31 Disember 2012. Seramai 228 pelajar dari kawasan Leban Chondong dan Sungai Puteri akan dibahagikan kepada empat buah kelas. Perhatian terutamanya kepada guru kelas tingkatan 1 perlulah mengira borang pendaftaran manakala guru koperasi serta guru buku teks dapat menyiapkan kelengkapan secukupnya. 6.2 Guru-guru kelas diminta bersedia dimana guru yang pernah memegang kelas atas berkemungkinan akan megambil alih kelas bawah. Selain itu, terdapat rombakan guru kelas di mana guru kelas yang memegang kelas terlebih awal perlulah melengkapakan maklumat dalam buku pendaftaran. 6.3 Selain itu, tiada kutipan yuran sekolah pada tahun ini manakala kutipan PIBG akan ditetapkan kemudian. 6.4 Penyerahan buku teks bagi pelajar tingkatan 1 akan diserahkan pada Hari Pendaftaran dan begitu juga untuk jualan koperasi.

6.5 Peringatan kepada guru-guru tingkatan untuk mendapatkan no. telefon penjaga atau ibu bapa bagi membasmi ponteng sekolah seraya dengan Program Ponteng Sifar. Makluman dan tindakan: Semua guru

7.0 Laporan Ko-kurikulum 7.1 En Che Parizan Bin Ayob mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru kerana menerima tugasan yang diberikan. 7.2 Program Kokurikulum Dasar 1 Murid 1 Sukan akan dilaksanakan dan diharapkan guru dapat melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan manakala Kejohanan Sukan Tahunan akan diadakan seawal-awalnya pada pertengahan bulan Jun. 7.3 Beliau juga mengingatkan para guru kelab dan permainan supaya merancang aktiviti sepanjang tahun bagi memudahkan perjalanan aktiviti kelab dan permainan. Puan Zuriati binti Khalik juga mencadangkan supaya tarikh yang sesuai perlulah dirancang untuk aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan. 7.4 Selain itu, Jawatankuasa Kerja Perhimpunana dan Majlis Rasmi sekolah perlu mengadakan mesyuarat untuk melantik ahli jawatankuasa. Makluman dan tindakan: Semua guru 8.0 Hari Pertama Persekolahan 8.1 Peringatan kepada guru-guru pada hari pertama persekolahan, semua guru dikehendaki masuk ke kelas masing-masing untuk mengelakan daripada mendapat surat teguran dari PPD. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu diteruskan walaupun tiada jadual waktu tetap. 8.2 En. Nizam mencadangkan koperasi sekolah akan dibuka sepanjang hari untuk kemudahan ibu bapa dan akan dikelola oleh guru-guru koperasi. 8.3 En. Ahmad mengingatkan semua guru untuk memeriksa disiplin pelajar seperti kelengkapan pakaian dan rambut pelajar. 8.4 Selain itu, semua guru perlu membuat persiapan kelas dan memeriksa kecukupan alatalatan di dalam kelas. 8.5 En. Hatim memaklumkan kepada semua guru supaya memantau hari pertama persekolahan untuk member imej yang baik kepada pihak ibu bapa dan penjaga. 8.6 Program orientasi tingkatan 1 dan 4 akan berlaku pada hari ke dua persekolahan iaitu hari khamis. 8.7 En. Nizam juga mengingatkan setiausaha perhimpunan dan guru-guru bertugas untuk menyiapkan persiapan untuk perhimpunan seperti kerusi guru, bendera dan sistem PA . Ketua guru bertugas mingguan perlulah membahagikan tugas dan guru perlu bertugas di kantin sehingga akhir waktu persekolahan. 8.8 Terdapat pelajar bukan islam dalam Tingkatan 4 Bestari dan 4 Cekal dan jadual waktu kedua-dua kelas perlulah diselaraskan. Makluman dan tindakan: Semua guru

9.0 Hal-hal lain 9.1 En Ahmad mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru iaitu Pn. Roslinda Bin Mohd Deris dan Cik Anisah Binti Ahmad Razali ke SMK Sungai Puteri 9.2 Pn. Zanariyah memohon untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi Kelab Guru dan Staff dan beliau mencadangkan supaya melantik barisan ahli jawatankuasa baru untuk mengambil alih Kelab Guru dan Staff. 9.3 Pn. Wan Norazlina Binti Wan Ismail selaku bendahari Kelab Guru dan staff 2011 memaklumkan baki penyata akaun kelab adalah sebanyak RM31.20. 9.4 Bagi lantikan jawatan kuasa yang baru Pn. Zaini mencadangkan Pn Julina Bt Tandang sebagai pengerusi kelab manakal En. Ahmad Bin Abdul Rahman mencadangkan Pn. Nur Fatiehah Binti Naupal untuk mengambil alih jawatan sebagai pengerusi. Ahli mesyuarat sebulat suara memilih Pn. Nur Fatiehah sebagai pengerusi Kelab Guru dan Staff 2012. 9.4.1 Pengerusi: Pn Nur Fatiehah Binti Naupal 9.4.2 Naib Pengerusi: En Syarfulafkar Bin Abdullah 9.4.3 Setiausaha: Cik Anisah Binti Ahmad Razali 9.4.4 Bendahari: Pn. Roslinda Binti Mohd Deris 9.4.5 AJK: Cik Azmalinda Binti Azai : Pn Norzaini Binti Salleh : Pn Nooratiah Binti Abd Rahman : Cik Nurul Rahiah Binti Musa : En. Nik Ishak Bin Nik Lah : Pn. Nor Anif Zuraimi Binti Mohd Noar : En. Noor Salam Bin Mohamad : Cik Nurul Aida Binti Mohd 9.5 Pn. Wan Norazlina Binti Wan Ismail mengingatkan guru-guru Tingkatan 3 dan ketua panitia untuk mengemaskini Headcount 1 dan target Headcount 5. 9.6 Tn. Haji Aminuddin Bin Md Dom mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas segala kerjasama dan usaha yang berterusan perlu dipertingkatkan pada tahun 2012. 9.7 En. Mohd Ghauth Bin Zainal Abidin selaku penyelaras PMR mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana dapat menebus maruah dengan penglibatan menyeluruh dalam semua program yang telah dijalankan. 9.8 Selain itu. Pn Norlina memaklumkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik Tingkatan 1 akan dijalankan dalam Bahasa Melayu. 9.9 En. Che Parizan Bin Ayub memohon agar aktiviti kokurikulum diberi ruang pada waktu pagi ataupun dua waktu terakhir. 9.10 Ustaz Abu Yami Bin Dzulkafly memaklumkan tempat pendaftaran akan diadakan di makmal bahasa dan pada Hari Pembukaan Sekolah,pelajar digalakkan memakai pakaian kemas terutamanya pelajar-pelajar asli 9.11 En. Abdul Rahman Bin Rahman merakamkan ribuan terima kasih kepada semua gurudan memohon sumbangan dari segi tenaga dan buah fikiran untuk mengekalkan atau meningkatkan prestasi sekolah pada tahun 2012. Beliau juga menggalakkan guru melipat gandakan usaha supaya tahun 2012 akan menjadi lebih cemerlang. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada mantan pengetua SMK Sungai Puteri. Makluman dan tindakan: Semua guru

10.0

Penutup 10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sentiasa komited dengan kerjaya demi kecemerlangan sekolah. 10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.10 tengahari dengan bacaan surah Al-Asr dan Tasbih Kaffarah.

Disediakan oleh, .. (CIK AMY HANIS BINTI ZAINUDDIN) Setiausaha, Mesyuarat Guru, SMK Sungai Puteri, Kuala Rompin, Pahang.

Disemak oleh, .. (EN AHMAD RAZIMI BIN MOHD ALI) Pengetua, SMK Sungai Puteri, Kuala Rompin, Pahang.

You might also like