You are on page 1of 38

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN


MOTIVASI DAN SUKAN
Disediakan oleh: *Gopinath a/l Kumarasamy P7E (Pendidikan Jasmani)

ISI KANDUNGAN
DEFINISI DAN KOMPONEN MOTIVASI TIGA MODEL MOTIVASI PANDUAN UNTUK MEMBINA MOTIVASI TEORI MOTIVASI PENCAPAIAN PENGGUNAAN MOTIVASI PENCAPAIAN DAN KEGIGIHAN BERTANDING DALAM LATIHAN

DEFINISI DAN KOMPONEN MOTIVASI


Motivasi didefinisikan sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu arah usaha dan mengekalkan prestasi yang diingini (Wann, 1997). Dalam konteks ini arah merupakan tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi. Manakala usaha pula merujuk kepada tahap kesungguhan individu itu ke arah menghampiri atau menjauhi situasi tersebut.

Motivasi penting kerana dapat mempertingkat semangat dan insiatif atlet untuk berjaya dalam bidang sukan. Penyertaan seseorang individu dalam bidang sukan dipengaruhi oleh motivasi instrinsik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran). Penyertaan dalam aktiviti disebabkan minat atau seronok melakukannya diklasifikasikan sebagai motivasi intrinsik.

Sebaliknya jika penglibatan dalam aktiviti disebabkan keinginan untuk mendapatkan ganjaran atau penghormatan diklasifikasikan sebagai motivasi ekstrinsik.

Sumber Intrinsik Melibatkan usaha dalaman untuk meningkatkan kecekapan diri atlet, memperbaiki pencapaian, berjuang, bersaing bagi mencapai kejayaan dan tidak dipengaruhi oleh ganjaran atau pengaruh luaran.

Sumber Ekstrinsik Berdasarkan faktor luaran seperti keinginan untuk mendapatkan ganjaran berbentuk kebendaan, pujipujian, penghormatan atau anugerah tertentu serta kebenaran dan galakan ibu bapa.

MOTIVASI

TIGA MODEL MOTIVASI

Model Motivasi Keperluan Tujuan


Model motivasi keperluan dan tujuan dimulai

dengan perasaan keperluan individu. Keperluan ini kemudian ditransformasi menjadi perilaku yang diarahkan untuk mendukung pelaksanaan perilaku tujuan. Tujuan dari perilaku adalah untuk mengurangkan keperluan yang dirasakan. Secara teori, perilaku mendukung tujuan dan perilaku tujuan berkelanjutan sampai keperluan yang dirasakan telah berkurangan atau dipenuhi.

Model Ekspektasi Motivasi Vroom


Pada kenyataannya, proses motivasi adalah

situasi lebih rumit dibandingkan dengan yang digambarkan oleh model motivasi keperluantujuan. Model Ekspektasi Motivasi Vroom mengatasi beberapa kerumitan tambahan. Seperti halnya dengan model keperluan-tujuan, Model Ekspektasi Motivasi Vroom didasarkan pada premis bahawa keperluan yang dirasakan menyebabkan perilaku kemanusiaan.

Model Ekspektasi Motivasi Vroom


Akan tetapi, disamping itu Model Ekspektasi

Motivasi Vroom mengungkapkan isu kekuatan motivasi. Kekuatan motivasi adalah peningkatan keinginan individu untuk menjalankan sesuatu perilaku. Ketika keinginan meningkat atau menurun, kekuatan motivasi dikatakan berfluktuasi.

Model Motivasi Porter-Lawler


Porter dan Lawler telah mengembangkan suatu

model motivasi yang menggambarkan huraian proses motivasi yang lebih lengkap dibandingkan model motivasi keperluan-tujuan atau Model Ekspektasi Motivasi Vroom. Model Motivasi Porter-Lawler ini konsisten dengan dua model sebelumnya dimana model ini menerima premis bahawa keperluan yang dirasakan akan menyebabkan perilaku kemanusiaan dan usaha yang dilakukan untuk mencapai suatu tugas ditentukan oleh nilai balas jasa yang dirasakan.

PANDUAN UNTUK MEMBINA MOTIVASI

Bina paradigma dan prinsip hidup yang matang


Benteng semangat juang ialah moto diri

atau falsafah hidup seseorang. Moto atau falsafah hidup adalah pegangan, prinsip atau pendirian yang dijadikan sebagai asas panduan mencapai kejayaan.

Kenalpasti dan tetapkan matlamat dan halatuju hidup


Seseorang yang tidak mempunyai matlamat

hidup yang jelas seolah-olah meniti kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana sampainya. Binalah matlamat dan halatuju kehidupan anda secara bertulis agar anda lebih yakin pada diri anda.

Bina pelan tindakan kejayaan diri


Setelah anda sudah membina matlamat-

matlamat yang jelas dan mantap serta motomoto hidup yang hebat, anda hendaklah membuat pula pelan tindakan kejayaan diri secara bertulis.

Sentiasa tingkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman serta pendedahan


Dengan

sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, bukan sahaja anda akan dapat mengikuti atau mengetahui perkaraperkara baru atau isu-isu semasa malah anda akan dapat pula menggunakan pengetahuan atau ilmu-ilmu baru itu untuk meningkatkan lagi keupayaan anda menangani cabaran semasa.

Tingkatkan kemahiran diri


Anda akan lebih yakin diri apabila anda

mempunyai kemahiran yang tinggi atau secukupnya dalam melakukan sesuati kerja.

Amalkan keteraturan dan kesiapsiagaan


Biasanya kita akan merasa risau atau rasa

tertekan apabila khidmat kita diperlukan secara tiba-tiba dalam keadaaan kita tidak atau kurang bersedia.

Jaga kualiti kesihatan, kecergasan dan ketrampilan diri


Kesihatan

diri kita amat berkait rapat dengan keyakinan diri. Jika kesihatan diri kita baik, badan kita juga sudah tentunya lebih cergas. Jika kurang sihat atau sakit-sakit, badan kita akan lemah, fikiran jadi kusut dan kurang bermaya. Keadaan begini boleh menjejaskan keyakinan diri kita.

TEORI MOTIVASI PENCAPAIAN


Kecederungan seseorang atlet sama ada mendekati atau mengelakkan diri dari situasi yang kompetitif atau berasaskan pencapaian. Manusia akan melakukanapa saja untuk mencapai matlamat. Atlet dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman yang mendorongnya untuk menyertai sesuatu acara sukan. Ciri-ciri atlet yang berjaya memiliki semangat keperluan pencapaian yang tinggi.

Bagi atlet yang mempunyai tahap keperluan pencapaian yang tinggi, beliau akan berasa seronok apabila berjaya, kurang menunjukkan simptom kebangkitan fisiologi (peningkatan kadar denyutan jantung, pernafasan/perperluhan), lebih rasa bertanggungjawap terhadap hasil persembahan, berkeyakinan untuk mengetahui keputusan sebaik saja tamat perlawanan.

Model McClelland dan Atkinson


Berdasarkan motif untuk mencapai kejayaan dan takut akan kegagalan. Motif untuk mencapai kejayaan lahir dari motivasi intrinsik atlet. Takut gagal adalah komponen kebimbangan kognitif (sebelum dan semasa pertandingan). Jika yakin berjaya akan melibatkan diri dalam pertandingan. Tarik diri jika tidak / kurang yakin dengan kebolehannya dalam pertandingan.

Faktor yang mendorong mengharapkan kejayaan:

atlet

untuk

motivasi untuk mencapai kejayaan persepsi terhadap kemungkinan berjaya

nilai insentif positif terhadap kejayaan

Faktor yang mendorong untuk berasa bimbang terhadap kegagalan:


motivasi untuk mengelak daripada gagal persepsi terhadap kemungkinan akan gagal nilai insentif yang negatif terhadap kegagalan

Teori Self Efficacy oleh Bandura


Keyakinan berkemampuan serta kebolehan melakukan sesuatu tugasan dengan jayanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Sebagai kayu ukur sama ada menyertai atau menjauhkan diri dari situasi yang berasaskan pencapaian. Semakin tinggi tahap self-efficacy, semakin tinggi pencapaian individu dan semakin menurun kebangkitan emosinya. Self-efficacy merupakan asas kepada kecekapan atau prestasi yang mantap.

Self-Efficacy boleh ditingkatkan melalui beberapa cara:


perlakuan/prestasi yang berjaya pengalaman lalu kata-kata semangat/perangsang kebangkitan emosi

Individu/kumpulan yang mempunyai selfefficacy yang tinggi lazimnya akan berusaha bersungguh-sungguh, kekal lama dalam melaksanakan tugasan tersebut serta mencapai tahap pencapaian yang tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang rendah tahap self-efficacy.

Teori Motivasi Kecekapan Harter


Menjelaskan motivasi pencapaian berdasarkan kepada aspek kecekapan diri atlet. Atlet yang berasa bahawa mereka mempunyai kecekapan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugasan lazimnya akan menghampiri situasi tersebut. Manakala mereka yang tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan akan menjauhi atau mengelakkan diri dari situasi tersebut.

Setiap individu mempunyai keinginan serta motivasi untuk menonjol kecekapan dalam perkara yang melibatkan pencapaian. Bagi memenuhi keinginan tersebut, individu tersebut akan berusaha untuk menguasai serta memahirkan diri dengan kemahiran tersebut.

Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey


Menjelaskan fenomena motivasi pencapaian dan keyakinan diri dalam bidang sukan dengan merujuk sukan secara spesifik. Definisi keyakinan sukan, keyakinan yang dimiliki seseorang tentang kemampuannya untuk berjaya dalam sukan. Atlet yang berjaya dalam sesuatu bidang sukan akan membawa bersama keyakinannya untuk terus berjaya dalam kejohanan yang baru.

Teori Persepsi Kebolehan Nicholls


Gabungan dan lanjutan Teori SelfEfficacy Bandura dan Teori Motivasi Kecekapan Harter. Motivasi pencapaian berdasarkan fasa pembangunan manusia (bagaimana kanak-kanak membentuk persepsi tentang kebolehan diri mereka) Persepsi tentang kebolehan berbeza dari satu tahap pembangunan ke tahap pembangunan yang berikutnya.

Tahap umur antara 2 hingga 6 tahun


Kanak-kanak melihat serta menilai kebolehan

diri mereka berdasarkan prestasi atau pengalaman lepas. Sekiranya kanak-kanak dapat melihat peningkatan yang telah dilakukannya,mereka akan membuat kesimpulan bahawa kebolehan mereka semakin meningkat dan mereka berkemampuan untuk melakukan tugasan tersebut. Kanak-kanak akan menunjukkan usaha yang tinggi untuk menguasai kemahiran dalam tugasan tersebut diklasifikasikan sebagai berorientasikan tugasan.

Tahap umur 6 tahun ke atas


Melihat

kebolehan diri dengan membandingkan pencapaian mereka dengan rakan-rakan yang lain. Sekiranya mereka dapat mengatasi rakan dalam apa jua tugasan bermakna mereka jauh lebih baik serta berkebolehan dari rakan lain diklasifikasikan sebagai berorientasikan ego. Kemampuan melakukan sesuatu tugasan tidak lagi boleh dinilai berdasarkan prestasi atau pengalaman lalu malahan ia mesti mengatasi kebolehan orang lain.

Atlet yang berorientasikan tugasan mementingkan proses menguasai kemahiran atau tugasan yang dilakukan dan cenderung kepada strategi dan usaha untuk meningkatkan kemahiran diri Atlet yang berorientasikan ego lebih mementingkan keputusan kejayaan diukur berdasarkan kemampuan mengatasi orang lain.

Atlet yang berorientasikan ego akan menggunakan cara serta tindakan yang menyalahi peraturan untuk mencapai kejayaan. Sekiranya berhadapan kegagalan atau kesukaran, besar kemungkinan atlet ini tidak akan melibatkan diri serta menunjukkan perlakuan serta motivasi yang kurang memberangsangkan.

PENGGUNAAN MOTIVASI PENCAPAIAN DAN KEGIGIHAN BERTANDING DALAM LATIHAN

Sebagai guru atau jurulatih yang bertanggungjawab merancang dan menjalankan aktiviti sukan maka guru dan jurulatih perlu mewujudkan keadaan-keadaan berikut:
Memastikan

tugasan yang dilaksanakan dipelbagaikan agar atlet tidak jemu malahan ingin terus belajar.

Libatkan atlet dalam perancangan sesuatu

aktiviti atau penilaian sesuatu program latihan supaya mereka dapat memantau peningkatan diri. Ganjaran kerana menyertai aktiviti mestilah khusus kepada individu tersebut dan bukannya kepada persaingan. Atlet disatukan dalam kumpulan agar mereka dapat berkerja sama dalam meningkatkan kemahiran sendiri. Penilaian perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah yang pelbagai serta menjurus kepada peningkatan usaha dan pencapaian kendiri.

Winterbottom (1953) dan Rosen dan D Andrade (1959) mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam konteks motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding ini. Antaranya ibu bapa perlu:

menanam

serta menggalakkan berdikari kepada anak-anaknya.

sifat

bersifat terbuka dan sentiasa menerima

(khususnya ibu) anaknya. memberikan sokongan yang sepatutnya apabila anak-anak berhadapan dengan kegagalan atau sesuatu yang di luar jangkaan. menerima hakikat bahawa untuk berjaya anak-anak perlukan masa untuk menguasai sesuatu kemahiran. berikan tumpuan kepada usaha yang membuahkan kejayaan dan jangan mengungkit kegagalan. sentiasa melihat usaha, mendengar masalah serta cuba memahami perasaan anak-anak.

Sekiranya penggunaan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding diambil secara bersepadu maka kita dapat membantu dalam meningkatkan lagi keyakinan serta motivasi atlet serta memberi pengalaman sukan dan aktiviti yang lebih bermakna.

BIBLIOGRAFI

Mohd Khairi bin Zawi & Borhannudin bin Abdullah (2005). Sains Sukan Tingkatan 5. Selangor. H.I.Holdings Sdn Bhd. Dzulkifli bin Ismail & Jamaliyah binti Ahmad (2006). Sains Sukan Tingkatan 4. Selangor. H.I.Holdings Sdn Bhd. http://www.scribd.com/doc/47655837/MOTIVA SI-DAN-SUKAN http://psychemate.blogspot.com/2007/12/selfefficacy.html http://tkampus.blogspot.com/2012/04/pengerti an-motivasi-dan-teori-teori.html

GopyNut_21

You might also like