You are on page 1of 2

DOA SEMPENA LADAP












pada hari yang penuh keberkatan ini kami menadah tangan sambil melafazkan kesyukuran
atas segala nikmat, rahmat, inayat dan pertolongan Mu, nikmat iman, nikmat islam, nikmat
kesejahteraan dan keamanan
Ya Allah, Jadikanlah Kursus LADAP pada kali ini sebagai wasilah ke arah mempereratkan
hubungan antara kami. Perkukuhkan azam dan iltizam kami bersama demi mencurahkan
usaha dan tenaga kepada agama, bangsa dan negara. Sempurnakan khidmat bakti kami ini
sebagai satu ibadah yang dicontohi dan disegani, eratkanlah kasih sayang di kalangan kami,
limpahkanlah cahaya petunjuk untuk kami terus melaksanakan tanggungjawab dengan adil
demi kesejahteraan masyarakat dan negara.
uu
u
Kami memohon agar satukan dan perteguhkanlah hati-hati kami, siramilah hati kami dengan
cahaya ketaqwaan, jadikanlah kami di bawah lindungan-Mu. Kami memohon kesejahteraan
dan kebahgiaan berkekalan untuk kami di dunia dan akhirat.

u
Suburkanlah sifat-sifat yang mulia di dalam jiwa-jiwa kami, dengan sentiasa merasa redha di
atas nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami, mesrakanlah di antara hati-hati
kami,tunjukkanlah kami jalan yang selamat, hindarilah diri kami dari sifat-sifat mazmumah
dan siramilah kami dengan sifat-sifat mahmudah.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan
perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Ya
Allah permudahkanlah segala urusan kami, jauhkanlah kami dari segala bala bencana
kebinasaan dan kerosakan dan apa-apa perkara yang menjauhi kami daripada rahmat-Mu.

You might also like