You are on page 1of 6

MAJORITI ulama dunia menerima tahlil sebagai amalan yang

membolehkan pahala ibadat ini disedekahkan kepada orang


yang telah meninggal dunia.
Meskipun terdapat pandangan berbeza mendakwa tahlil
sebagai bidaah (amalan ibadat sekarang yang tidak ada secara
khusus dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW), ulama
terkemuka menerima konsep tahlil.
Pensyarah Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya (UM), Dr Luqman Abdullah, berkata tahlil
atau sebarang perkataan yang merujuk kepada kalimah 'tiada
Tuhan melainkan Allah' dilakukan di kebanyakan dunia Islam.
Katanya, tahlil berjemaah sudah sebati dalam masyarakat
Islam negara ini, terutama apabila berlaku kematian, malah kini
menjadi program rasmi peringkat negara untuk menyambut
perayaan tertentu.
“Sebenarnya ulama dunia seperti Mufti Besar Mesir,
Sheikh Ali Gomaa, mengakui bahawa memang ada konsep tahlil
dalam Islam. Bukan beliau saja, kebanyakan ulama lain
mempunyai pandangan sama,” katanya.
Beliau berkata, tahlil juga adalah aktiviti sosial bermanfaat
kerana umat Islam berkumpul dan berzikir untuk mengingati
Allah.
“Saya tidak nampak ada masalah dari segi hukum syarak.
Mungkin perbezaan dari segi tempat seperti bertahlil di
Malaysia dan Indonesia tidak sama dari segi cara. Perbezaan ini
lebih kepada faktor budaya, tetapi prinsip amalan tetap sama,”
katanya.
Dr Luqman berkata, prinsip tahlil ialah pahala ibadat ini
disedekahkan kepada si mati dan ini juga adalah pandangan
majoriti ulama.
Katanya, ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Sayyid
Muhammad Alawi, menyatakan bahawa orang yang meninggal
dunia boleh mendapat manfaat daripada amalan soleh orang
yang masih hidup, tetapi bentuk manfaat itu tidak diketahui.
“Terserah kepada Allah. Mungkin manfaat dalam bentuk
pahala dan atau dosa diringankan. Prinsipnya adalah sampai
kepada si mati,” katanya.
Beliau tidak menafikan ada yang menganggap tahlil
sebagai bidaah, tetapi jika dilihat dari sudut ini, ini bermakna
banyak perkara yang dilakukan umat Islam sekarang adalah
bidaah.
“Kita tidak boleh menghukum setiap perkara yang Nabi
Muhammad SAW tidak buat sebagai bidaah dan sesat,” katanya.
Mengenai amalan mengadakan majlis tahlil pada hari
Khamis malam Jumaat, katanya selain berasaskan kelebihan
malam Jumaat, ia mempunyai kaitan dengan pada zaman dulu,
Jumaat adalah hari cuti menyebabkan masyarakat memilih hari
itu.
Sepanjang Ramadan pula, katanya majlis tahlil semakin
kerap diadakan kerana kelebihan beribadat sepanjang bulan ini
mendapat pahala berlipat kali ganda.

Tahlil arwah:

Pertama: Amalan tahlil merupakan amalan yang baik dan


berpahala kerana ia dipenuhi dengan zikir dan bacaan ayat-ayat
al-Quran. Setiap huruf dan ayat al-Quran yang dibaca akan
diberikan pahala oleh Allah sebagaimana sabda Baginda
bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-
Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan
digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’
satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu
huruf. (Riwayat Tirmizi)

Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa


yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan
baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa
yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat.
(Riwayat Ahmad)

Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam tahlil akan


sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya.
Dalam kitab Fatawa Syar'iyah karangan As-Syeikh Hasanain
Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul
Islam Ibnu Taimiyah: “Bahawasanya mayat itu mendapat
manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan
bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta seperti
sedekah dan seumpamanya.” Oleh itu kita boleh menghadiri
majlis tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah.
Kedua: Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil
seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah
yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi
apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan
pada hari-hari tertentu.
HUKUM mengadakan majlis tahlil adalah harus, asalkan
tidak mengambil harta si-mati tanpa hak. Keluarga si-mati pula
tidak dibebankan dengan bayaran yang tinggi.
Sementara jiran tetangga boleh membantu keluarga si-mati
dengan menyediakan makanan untuk tetamu yang majlis
berkenaan.
Mengenai hadis 'terputus amalan si-mati kecuali tiga
perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak
yang soleh yang mendoakan' adalah benar.
Bagaimanapun, ia tidak menafikan doa orang lain yang
mendoakan kepada kesejahteraan roh si-mati, lebih-lebih apabila
ia datang atas usaha anak atau keluarga si-mati.
Dalam al-Quran sendiri Allah menyarankan agar kita
berdoa kepada orang yang sudah kembali lebih awal daripada
kita seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang-orang
Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan)
berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-
dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam
iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki
dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya
Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” (al-
Hasyr:10).

You might also like