You are on page 1of 8

Sifat Mahmudah

( korus ) Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah Yang patut ada pada diri kita Susah dimiliki payah dijaga Hanya yang punya Yang bermujahadah 2X Ikhlas itu jiwa yang murni Rahsia Allah di dalam hati Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan Jika disuluh dengan saksama Nista dan puji tiada berbeza

( ulang korus )
Redha sifat hati yang suci Ujian yang tiba rasa gembira Atau tiada apa terasa Kerna menerima anugerah Tuhannya Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza Ujian yang menimpa sakit dirasa Tapi dapat ditahan perasaannya Hanya bermain di dalam sahaja Di luar tidak nampak terang nyata
( ulang korus )

1. HIKMAH Berpengetahuan luas dan bijaksana bertindak berlandaskan AlQuran, Al-Sunnah dan alam Syahadah' serta dapat memberi alasan yang munasabah dan bukti yang sesuai. 2. Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu membuat pertimbangan, keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan ilmu naqli dan aqli.

3. Celik akal Pintar, cerdas dan berkemampuan memahami serta manaakul sesuatu dengan cepat dan tepat.
4. Maarifah Pengetahuan yakin dan pengalaman yang membolehkan sesaorang menjelas dan mengamalkan prinsip dan asas-asas Islam.

5. Bercakap benar Melahirkan kata-kata yang bernas, betul, dan jitu serta bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam secara berhikmah untuk faedah semua.
6. Menegakkan kebenaran Yakin dan berpegang teguh kepada kebenaran serta sentiasa menegakkan kebenaran dengan hikmah. 7. Kesyukuran Perasaan, ucapan dan perlakuan yang dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat kurniaan Allah S.W.T, sabar dan redha menerima ketentuan dan dugaanNya' serta berterima kasih terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi. 8. Takutkan Allah S.W.T. Perasaan takut dan kagum akan kehebatan Allah S.W.T. yang mendorong sesaorang melakukan ketaatan dan meninggalkan larangannya. 9. Kerajinan Usaha berterusan dengan penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kecemerlangan.

10. Prihatin Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat, menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya. 11. Berketerampilan Mempunyai kemahiran yang menyeluruh dalam berbagai-bagai bidang khasnya kebolehan berfikir, kemahiran belajar dan merekacipta.
12. 'ADAALAH Keadaan di mana sesuatu perkara itu diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut syariah Islamiah.

13. Kasih sayang Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan, lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu berteraskan prinsip Islam.

14. Silaturrahim Jalinan persaudaraan menghubungkan kaksih sayang berdasarkan pertalian nasab,musaharah, keagamaan, kejiranan dan kemanusiaan.
15. Berterima kasih Pengiktirafan, penghargaan dan ganjaran yang diberikan sebagai mengenang dan membalas sesuatu sumbangan dan jasa. 16. Baik pertimbangan Membuat pertimbangan yang wajar untuk menghasilkan keputusan saksama serta tidak menimbulkan sebarang penyesalan dan ungkitan. 17. Toleransi Sanggup bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya perselisihan dan pertelingkahan.

Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang. (Riwayat oleh alSyaikhan dari Ibn Amr)
Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua atau berpurapura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia bijak membuat janji tetapi dimungkiri dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah juga pandai bodek atau mengampu seseorang.

Hadis ini menyebut empat ragam sifat munafik:


1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremehtemehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaikbaiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya. 2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.

3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.
4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.

Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh.

You might also like