You are on page 1of 9

1. Sukatan Pelajaran Pendidikan moral bagi sekolah-sekolah di Malaysia menekanlan pembentukan insan bermoral.

Jelaskan bagaimana anda sebagai pendidik murid dapat membentuk insan bermoral dari tiga aspek. Tiga aspek dalam pembentukan insan bermoral ialah Penaakulan moral Penaakulan moral, iaitu pertimbangan atau fikiran secara rasional dan berautonomi (bebas). Melalui aspek penaakulan moral ini, a)individu dapat memahami sesuatu isu moral. b)Mengenal pasti alternatif yang ada dan kesannya. c) Memberi pertimbangan yang adil dan objektif terhadap setiap pilihan alternatif itu. d)Memikirkan konsep nilai moral sejagat dan rasional. f)Rasional, bebas, normatif, tepat, tajam, kreatif, inovatif, kritis.

Emosi moral Mempunyai emosi moral spt suara batin, perasaan ini membawa kepada perlakuan individu secara moral. Emosi moral ini penting untuk mengawal perlakuan, menghalang individu membuat sesuatu yang bersifat antisosial. Contoh, perasaan empati menyebabkan seseorang individu membantu orang yang miskin tanpa mengira kepentingan diri. Inidividu dapat: a)Mengetahui asal usul sesuatu isu atau situasi. b) Memahami kesusahan, perasaan dan pemikiran orang lain. c) Menyatakan perasaan diri sendiri dalam keadaan yang sama. d) Membuat keputusan yang adil dan rasional. empati, simpati, murah hati, kasih sayang, belas kasihan, altruistik, sentimen, berjiwa. Tingkah laku moral a)merujuk kepada segala perlakuan yang dilakukan oleh individu berdasarkan

nilai-nilai dan Norma masyarakat. Dapat bertingkah laku moral, iaitu bertindak dengan penuh tanggungjwab mengikut kemampuan diri terhadap sesuatu keputusan berlandaskan penaakulan dan emosi moral. b)Bertanggungjawab, berdedikasi, berprihatinan, bekerjasama. 2. Pepatah orang-orang zaman dahulu-We need a village to raise a child/kita perlu satu kampung penduduk untuk mendididik seorang individual . Huraikan kenyataan di atas dari segi pembentukan insane bermoral. Moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat watak dan perangai. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, moral ialah ajaran atau pegangan bukan buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, akhlak, kewajipan dan lain-lain); yang berkaitan dengan apa yang betul atau adil. Ada pelbagai pandangan tentang konsep moral dan konsep pendidikan. Moral juga bersifat multi-dimensional (Sugarman, 1973). Seseorang yang berpegang pada pandangan yang tertentu akan mempengaruhi cara fikiran dan hidupnya dan seterusnya melahirkan insan yang berbeza dari aspek kemoralan. Cara seseorang guru atau ibu bapa mendidik murid atau anak akan dipengaruhi oleh pandangannya terhadap konsep moral. Konsep moral dibahagikan kepada tiga aspek, iaitu kandungan moral, bentuk moral, dan dimensi moral. Kandungan Moral Moral mempunyai sesuatu isi kandungan. Isi kanduangan moral merangkumi dua aspek, iaitu peraturan masyarakt dan keperibadian manusia yang mulia.

i Peraturan Masyarakat Manusia memerlukan peraturan-peraturan yang dapat membatasi kelakuan dan kebanyakan perbuatan manusia sendiri supaya manusia tiidak terlalu bebas sehingga 3 mengancam keselamatan dan hak asasi orang lain. Emmet, d.(1966) dalam buku Rules, Roles, and Relations mengatakan bahawa peraturan manusia tidak wujud sendiri, tetapi ialah hasil yang terkumpul daripada ilmu pengetahuan dan pengalaman baru dan lama dalam kehiduapan manusia. Emmet, d. (1987) terus memberikan penjelasan tentang tujuan manusia mengadakan peraturan, iaitu manusia lebih cenderung dalam mematuhi beberapa peraturan dan mengikut adat resam serta kelaziman hidup dalam menghadapi perhubungan dengan orang lain. Selain daripada itu, peraturan manusia juga boleh menjimatkan masa kerana ia merupakan satu kriteria rujukan bagi manusia semasa mereka membuat pemilihan dan keputusan atas sesuatu perbuatan yang perlu dilakukan oleh mereka. Walau bagaimanapun, kita perlu memahami keperluan untuk peraturan (yang secara sejagat disahkan sebagai bermoral) dalam masyarakat tetapi tidaklah pula mematuhinya tanpa berfikir. Ashmore, Robert B. (1987) dalam buku building a moral system mengatakan bahawa semua perkara dalam alam semula jadi bertindak mengikut peraturan atau hukum yang tertentu. Contohnya, semua objek fizikal bertindak mengikut hukum graviti. Hukum-hukum ini membenarkan kita meramal bagaimana sesuatu badan

semula jadi bertindak. Akan tetapi, selain mengikut hukum-hukum semula jadi ini, manusia boleh memilih cara mereka bertindak dengan sengaja terhadap sesuatu peraturan, undangundang, atau hukuman. Manusia berkebolehan menetapkan matlamatmatlamat hidupnya mengikut situasi-situasi tertentu, dan memformulakan peraturan-peraturan bagi mencapai matlamat-matlamat ini. Walau bagaimanapun, mamusia juga boleh melanggar peraturanperaturan yang ditetapkan mereka sendiri. Kata-kata pujian dan marah, ganjaran hadiah dan denda bertujuan untuk memperkuatkan pengesahan peraturan-peraturan ini dalam membatasi kelakuan manusia. Kepentingan atau fungsi peraturan masyarakat dalam pembentukan insan yang bermoral membolehkan masyarakat : 1. Mempertingkatkan mutu hidup manusia. 2. Mengembangkan intelek manusia supaya ia berfungsi dengan efektif. 3. Melindungi nyawa manusia dan membenarkan mereka terus hidup. 4. Mempertahankan hak asasi dan kebajikan manusia. 5. Mengelakkan keruntuhan akhlak dan sistem moral dalam masyarakat. 6. Menstabilkan keadaan dan suasana masyarakat. 7. Menjaga keamanan masyarakat. 8. Mewujudkan dan memelihara rukun sosial (social order). 9. Memelihara keamanan masyarakat dengan suasana yang harmonis. 10. Menjimatkan masa dan tenaga individu dalam masyarakat semasa melakukan sesuatu tindakan atau membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri dan orang lain. Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk semua orang mematuhi semua peraturan masyarakat dan kita juga tidak boleh memaksa seseorang berbuat demikian.

Oleh itu, apabila segelintir orang tidak mematuhi malah membantah sesuatu peraturan masyarakat, kita mengharapkan mereka dengan serta-merta mencari jalan penyelesaian masalah dengan membentuk peraturan-peraturan masyarakat baru yang boleh diterima oleh semua orang. Jika tidak, huru-hara akan berlaku kerana fungsifungsi peraturan masyarakat yang disenaraikan di atas akan dicabar dan sistem moral akan runtuh dengan mendadak. Sebagai kesimpulan, tujuan mengadakan peraturan masyarakat untuk memelihara kemuliaan manusia dan menjaga ketenteraman masyarakat adalah sama pentingnya. Kita sebagai insan bermoral tidak sepatutnya mengabaikan kenyataan ini 3. Huraikan konsep dalam pendidikan moral (a) Konsep baik Menurut kamus pelajar baru perkataan baik membawa memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Huraian baik di atas menunjukkan kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya. Sebenarnya idea baik itu boleh memberi makna yang berbeza mengikut situasi atau konteks tertentu seperti : a)baik dalam konteks pemilihan b)baik dalam konteks nasihat c)baik sebab memuji dan bersetuju d)baik kerana menghargai e)baik dalam hukuman dan nilaian serta tafsiran f)baik disifatkan kerana kecekapan (b) Konsep patut Dalam etika , patut digunakan dalam tiga aspek yang berlainan. Cuba lihat pada situasi-situasi berikut :

1.Tindakan patut kita dilakukan bermakna seharusnya dipilih setelah menimbangkan semua perkara atau tindakan alternative lain. Tetapi tindakan tersebut perlu diberitahu oleh seorang individu yang mengetahui segala-galanya. 2.Dalam bidang falsafah dan perbincangan biasa, istilah patut juga digunakan untuk membawa maksud jangan melakukan sesuatu yang seseorang itu patut. Ini bermakna dia patut membuat sesuatu yang salah, iaitu apa yang dia patut jangan lakukan. 3.Perhatikan lagi penggunaan patut di dalam ayat berikut : Tindakan yang patut saya lakukan. Ia bermakna satu tindakan yang digemari oleh saya walaupun ia mungkin bukan tindakan yang unggul.

(c) Konsep benar Menurut Kant, sesuatu tingkahlaku itu adalah betul sekiranya ia sejajar dengan tugas atau tanggungjawab dan salah sekiranya ia bertentangan. Bagi G.E Moore(ahli falsafah Inggeris) sama ada sesuatu pelakuan dilabel benar atau salah adalah bergantung kepada darjah keseronokan yang dihasilkan. Mengikut pandangan beliau hanya keseronokan mempunyai kebaikan instrinsik. 4.Hurikan maksud berikut dalam Pendidikan Moral a) Moral Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin mores yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupaka satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.

Mengikut kamus Oxford Advanced Learners, Edisi keenam, moral bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam bahasa asing disebut conscience, conscientia, gewissen, geweten dan dalam Bahasa Arab disebut qalb, fuad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul dalam bentuk kebebasan.

b) Amoral Amoral dan Immoral .Kata amoral dalam Concise Oxford Dictionary diartikan sebagai unconcerned with, out of the sphere of moral, non-moral . Jadi, amoral berarti tidak berhubungan dengan konteks moral, di luar suasana etis, nonmoral. Kata immoral dalam kamus yang sama dimaknai sebagai opposed to morality; moralyy evil. Jadi, immoral berarti bertentangan dengan moralitas yang baik, secara moral buruk, tidak etis. C) Etika Definisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa InggerisEthic dan bahasa Greek Ethos yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika dari segi istilah telah dikemukakan oleh para filosofi dengan maksud yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing. Menurut

Frankena(1973), etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Menurut Ahmad Amin (1983) pula, beliau mengertikan etika adalah ilmu yang menjelaskan baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dan menyatakan tujuan di dalam perbuatan mereka. Begitu juga menurut Abdul Fatah Hassan (2001), etika ialah tindakan menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Selain itu, menurutEncyclopedia Britanica, etika dinyatakan sebagai falsafah moral yang berkaitan dengan pembelajaran sitematik mengenai sifat dasar dari konsepkonsep nilai baik, buruk, harus, benar, salah, dan sebagainya. Berdasarkan definisi-definisi etika berikut, dapat dinyatakan bahawa etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayan menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatan baik atau buruk. Erti kata lain, etika adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi membezakan antara yang baik dan buruk dalam masyarakat serta membatasi perlakuan baik dan jahat . Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Fungsi etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku yang betul, apakah yang salah, apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan apakah yang tidak. d) Akhlak Akhlak boleh ditakrifkan melalui dua pendekatan iaitulinguistic(kebahasaan) dan pendekatan terminologic(peristilahan). Akhlak dari sudut bahasa berasal daripada perkataan arab, khuluq yang bermaksud budi pekerti. Menurut Iman Al Ghazali, akhlak merupakan gambaran tentang keadaan dalam diri manusia yang telah sebati dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan senang tanpa memerlukan pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam

membentuk tingkah laku manusia. Apa saja yang lahir dari manusia atau segala tindak-tanduk manusia adalah sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya. Dari sudut istilah pula, akhlak merujuk kepada tingkah laku, tutur kata, penampilan atau imej diri berlandaskan kepada ajaran Islam. Erti kata lain, akhlak adalah satu bentuk tingkah laku yang berkaitan dengan nilai-nilai murni yang mesti dilakukan oleh setiap individu. Merujuk Ibn Miskawih(w. 421 H/1030 M) yang terkenal sebagai pakar bidang akhlak terkemuka menerangkan takrif akhlak dari sudut istilah sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan. Manakala menurut Imam Al-Ghazali (1015-1111 M) yang lebih dikenali sebagaiHujjatul Islam(pembela Islam) telah mentakrifkan akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatanperbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan. Tingkah laku atau perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan pembawaan dalam hatinya. Sebagai contoh, analogi berkaitan akhlak ini boleh diumpamakan seperti pokok dengan akarnya yang membawa maksud tingkah laku atau perbuatan seseorang akan baik apabila baik akhlaknya. Sama seperti pokok apabila baik akarnya maka baiklah pokoknya. Jika rosak akar, maka akan rosaklah pokok dan cabangnya.

You might also like