You are on page 1of 2

2.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG

Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Perkhemahan I ( 4 hari 3 malam) yang akan dilaksanakan pada awal semester pertama. Aktiviti perkhemahan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG. Fokus aktiviti perkhemahan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar:

1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. 2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti 3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. 5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. 6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan sosial.

8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. 9. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan

3.

OBJEKTIF MODUL PELAKSANAAN BIG

Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

i.

Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG di Institut-Institut Perguruan di Malaysia

ii.

Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam pelaksanaan BIG di Institut-Institut perguruan Malaysia

iii.

Memastikan pelaksanaan BIG memenuhi matlamat kurikulum dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

You might also like