You are on page 1of 6

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia MENGHIDUPKAN RAMADHAN (12 JULAI 2013 / 3 RAMADHAN 1434H)

Muslimin Yang diRahmati Allah, Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan mulia ini, maka marilah kita mengambil peluang keemasan untuk membaiki dan meningkatkan prestasi diri agar dapat melaksanakan segala perintah Allah SWT dengan sebaik baiknya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan Ramadhan kita kali ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ini ialah: MENGHIDUPKAN RAMADHAN 1

Muslimin Yang diRahmati Allah, Hari ini kita berada pada hari ketiga dalam bulan Ramadhan . Bulan yang penuh keberkatan ini merupakan masa gembira kepada orang yang beriman yang ditunggu kehadirannya kerana setiap saat ada ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT. Setiap hari dalam bulan Ramadhan adalah hari penuh barakah dan peluang untuk menyucikan diri dan mendapat pahala daripada Allah SWT. Rasulullah SAW sendiri merasa gembira setiap kali kedatangan bulan ini dan kegembiraannya di sampaikan pula kepada para sahabat Baginda. Hadith Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah SWT telah memfardukan ke atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan di kunci segala pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan. Justeru bulan yang mulia ini dilipat ganda ganjaran pahala khususnya bagi membersihkan segala dosa

serta mengembalikan fitrah akhlak manusia. Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan seruan (dari langit) menyeru : Wahai orang yang ini berbuat kebajikan teruskanlah (mara berbuat kebajikan), wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah melepaskan ramai orang dari neraka. Seruan itu pada tiap-tiap malam.(Riwayat alKhamsah). Muslimin Yang di Rahmati Allah, 2

Berdasarkan kepada hadith-hadith Rasulullah SAW banyak menceritakan tentang kelebihan malam pada bulan Ramadhan antaranya dengan melaksanakan solat sunat Tarawih. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Siapa yang bangun untuk beribadah pada malam- malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan (akan keredaan Allah), maka diampunkan dosanya yang telah lalu.(Riwayat Muslim) Menurut pandangan Imam an-Nawawi bahawa yang dimaksudkan dengan qiyam Ramadhan ialah dengan mendirikan solat Tarawih. Namun ada pandangan ulama yang mengatakan bahawa menghidupkan malam Ramadhan itu dengan melakukan qiyamullail dan melakukan amalan solat sunat di waktu malam. Mimbar ingin menyatakan bahawa solat Tarawih yang dilakukan dengan sempurna mampu mengawal segala kemaksiatan dunia dan dapat mendidik jiwa menjadi lebih tenang dan membentuk diri menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah SWT. Justeru, mimbar yang mulia ini menyeru para jemaah dan umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita menghidupkan bulan Ramadhan dengan menunaikan solat Tarawih, penuhilah surau-surau dan masjid dengan membawa anak-anak dan keluarga kita untuk sama-sama melakukannya. Muslimin Yang diRahmati Allah, Bagi menghidupkan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini, maka kita hendaklah menggiatkan ibadah terutamanya dengan mengisi ruang-ruang yang ada seperti solat tarawih, solat sunat witir, bertadarus, bersedekah, membaca al-Quran, beriktikaf, menuntut ilmu dan sebagainya bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT di dalam usaha mencari keredhaan-Nya. Ingatlah bahawa setiap amalan samada wajib dan sunat di sepanjang bulan ini merupakan latih tubi insan kepada pembersihan hati, mendisiplin anggota badan, mengukuhkan akhlak dan mencegah

penyakit serta diberi ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Setiap amalan anak-anak Adam itu dilipat-gandakan, satu kebajikan dilipat-gandakan dengan 10 sehingga 700 kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk Ku. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika ia menjumpai tuhannya. Dan bau mulut orang yang berpuasa di hadapan Allah lebih harum dari wangian misk. (Riwayat al-Bukhari). Yakinlah bahawa bagi menghidupkan bulan Ramadhan dengan segala ibadah dan memperolehi ganjaran pahala yang ditawarkan oleh Allah SWT, maka jiwa kita hendaklah diasuh dan dididik untuk mendekati dengan Allah SWT serta bermujahadah melawan hawa nafsu. Pada bulan Ramadhan tugas untuk mengawal hawa nafsu dipermudahkan oleh Allah SWT melalui latihan-latihan dan keistimewaan yang di sediakan secara khusus pada bulan Ramadhan dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT. Masa inilah yang akan menentukan peluang dan ruang untuk kita mendapat keberkatan dan menjadi penebus segala kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan selama ini. Inilah masanya yang Allah SWT janjikan kepada kita semua sekiranya kita benar-benar beriman kepada-Nya sebagaimana Rasulullah SAW: 4

Maksudnya : " Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya di penuhi rahmat, pertengahannya di penuhi dengan keampunan dan akhirnya di penuhi dengan pahala yang menjadi penebus api neraka.(Riwayat Muslim)

Justeru, mimbar yang mulia ini menyeru marilah sama-sama kita mendidik anak-anak kita untuk memahami erti Ramadhan yang sebenar. Bukanlah satu langkah yang bijak jika kita ingin mendidik anak-anak kita sekadar hanya lapar dan dahaga sepanjang bulan ini, kerana ibadah di bulan Ramadhan pada hakikatnya begitu luas dari segi maknanya. Secara ringkasnya mimbar ingin menyatakan beberapa kaedah bagi mengalakkan anak-anak kita melakukan ibadah terutama berpuasa antaranya, Pertama: Bercerita kepada mereka tentang kelebihan dan keberkatan Ramadhan; Kedua: Berikan galakan kepada mereka bukannya paksaan; Ketiga:Sediakan jadual Ramadahan kepada mereka ; Keempat: pastikan mereka bersahur; Kelima: Pujuklah mereka berpuasa dengan lembah lembut; Keenam:Raikan mereka semasa berbuka puasa dan Ketujuh: Ceritakan kemenangan bagi mereka yang berpuasa semasa di Idulfitri. Muslimin Yang diRahmati Allah, Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru marilah kita sama-sama mengambil kesempatan peluang disepanjang bulan Ramadhan dengan menjana kekuatan jati diri kita untuk beribadat kepada-Nya. Bulan impian ini merupakan anugerah Allah kepada hamba-Nya yang hanya datang setahun sekali. Penuhilah ruang dan masa dengan melakukan perkara-perkara kebaikan kerana mungkin bagi tahun yang mendatang kita tidak merasainya lagi. Mimbar menyeru umat Islam sekalian marilah sama-sama kita memenuhi masjid dan surau untuk melakukan 5

ibadah terutamanya solat tarawih yang banyak keistimewaannya. Ingatlah, bukan sahaja pahala dilipat-gandakan bahkan di samping itu juga nilai persaudaraan dan perpaduan sesama muslim dapat diperteguhkan. Bayangkan..alangkah harmoni dan bahagianya kehidupan masyarakat Islam hari ini jika tiada persengketaan, permusuhan, dengki, dendam dan perbalahan. Malah, ia boleh menjadi langkah mula untuk memesrakan diri kita dengan rumah Allah. Oleh itu, janganlah kita lalai dengan kesibukkan mengejar dunia hingga kita lupa mempersiapkan amalan soleh sebagai bekalan bertemu dengan Allah SWT. Mudah-mudahan Ramadhan yang kita tempuhi tahun ini akan menjadi titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi insan yang bertakwa dan diredhai Allah SWT di dunia dan di akhirat. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 97:

Maksudnya:

Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

You might also like