You are on page 1of 3

MISI SEKOLAH Menjadikan warga SERI berminda kelas pertama dalam semua aspek selaras dengan Aspirasi Negara

dan Falsafah Pendidikan Negara

VISI SEKOLAH SMK Seri Jengka sebuah sekolah unggul di peringkat nasional dan antara bangsa menjelang 2012.

MOTO SEKOLAH Ilmu Asas Kesejahteraan

FALSAFAH SEKOLAH Maruah Ditatang, Martabat Dijulang

Lagu SMK Seri Jengka


Bergerak ke arah satu tujuan Dengan semangat waja Bekerjasama sentiasa Membangun Negara kita Gembelingkan tenaga bersama Hadapilah cabaran Laksanakan tugas kita Bersatu berjaya Harapan kita menjadi nyata Berdisiplin dan berilmu Bersatu padu taat dan takwa Ilmu asas sejahtera Terus maju Seri Jengka Berganding bahu semua Bina hidup berkualiti Amalkan nilai murni

Sejarah Sekolah

SMK Seri Jengka telah dibuka pada 2 Disember 1991 di atas sebidang tanah seluas 35 ekar. SMK Seri Jengka ialah sebuah Sekolah Rancangan Khas iaitu sekoiah berasrama penuh dibawah kawalan JPN Pahang. Semua pelajarnya tinggal di asrama. Pengetua pertama ialah En Wan Bustama Bin Wan Abdul Hayat dibantu oleh 13 orang guru dengan bilangan pelajar seramai 163 orang. Dengan perkembangan pembangunan fizikal yang pesat dan pertambahan bilangan pelajar serta disokongan dengan pencapaian prestasi yang cemerlang SMK Seri Jengka telah dinaikkan taraf sebagai sekolah gred A pada 16.02.1998.

Pada tahun 2000 SMK Seri Jengka diberi kepercayaan membuka kelas Tingkatan 6 bagi menampung bilangan pelajar Tingkatan 6 di daerah Maran. Perkembangan ini menyebabkan pertambahan bilangan tenaga guru kepada 44 orang dan bilangan pelajar seramai 598 orang. Semenjak pembukaannya, SMK Seri Jengka telah mencapai pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai aspek kurikulum dan ko-kurikulum. Pada tahun 2001, sekoiah ini telah muncul sebagai sekolah terbaik dalam Peperiksaan SPM Kategori Luar Bandar Peringkat Kebangsaan dengan pencapaian GPK 2.98. Kejayaan ini telah mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. SMK Seri Jengka sekali lagi mengorak langkah dengan pembukaan kelas Tingkatan 6 Aliran Sains mulai 2005 dan seterusnya terpilih sebagai salah sebuah Sekoiah Rancangan Khas Negeri Pahang mulai tahun 2006. Bilangan tenaga pengajar setakat ini ialah seramai 51 orang dengan bilangan pelajar seramai 524 orang.

You might also like