You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KELIMA SESI 2012/2013

Tarikh/Hari Masa Tempat Kehadiran AGENDA 1 : 22hb. Oktober 2012 / Isnin. : 2.45 petang. : Makmal ICT SK Selama. : 19 / 34 orang. PERKARA 1. Ucapan Aluan YDP PIBG: YDP PIBG 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah. 1.2 Pujian hanyalah unuk Allah dan bersyukur kerana dapat bermesyuarat lagi untuk 2 agenda penting; Ibadah Korban dan Hari Anugerah Kecemerlangan. 1.3 Ibadah Korban peringkat sekolah adalah perkara baru bagi kebanyakkan AJK, jadi mesyuarat ini adalah medium untuk memastikan kelancaran ibadah korban itu nanti. 1.4 Terima kasih kepada En Zuki yang sudi hadir untuk menyumbang tenaga walaupun bukan seorang AJK PIBG lagi. 1.5 Menyampaikan salam En Abidin yang tidak dapat hadir ke mesyuarat. 2 2. Ucapan Penasihat PIBG: 2.1 Puan Hjh. Ramlah selaku Penasihat PIBG mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK yang menunjukkan peningkatan kehadiran di dalam mesyuarat sesuai dengan program yang bakal dilaksanakan. 2.2 Insya Allah, yakin program Ibadah Korban akan lancar jika semua menyumbang tenaga. Turut bersyukur dengan bilangan lembu sebanyak 4 ekor untuk korban nanti. Mohon kerjasam AJK menghebahkan program-program sekolah untuk menarik lebih ramai AJK dan ibubapa menyertai program-program sekolah. 2.3 Makluman mengenai program-program akhir tahun: a. peperiksaan akhir tahun baru sahaja berakhir. Penasihat PIBG TINDAKAN

b. Ujian Penilaian Tahun 3, 4,dan 5. c. Perjumpaan dengan Waris Tahun 5 untuk menyerahkan keputusan UPTL selepas Hari Raya Korban. d. Modul Masa Cuti akan disediakan. Harganya diberitahu kemudian. Modul ini perlu diselesaikan waktu cuti kerana ulangkaji akan dibuat selepas buka sekolah. 2.4 PK KOKO En. Helmy Khan telah dinaikkan pangkat sebagai PK HEM di SK Relau. Oleh itu PK KOKO yang baru telah diisi oleh En Puteh bin Saad dari SMK Taman Selasih. 2.5 Perkembangan pendaftaran murid ke Tingkatan 1 diterangkan oleh Ustaz Zolkurnain: a. pendaftaran ke SMK Selama secara online yang sepatutnya dilakukan oleh waris sendiri telah selesai dilaksanakan dengan sempurna oleh guru-guru. b. Sebarang pertukaran perlu dilakukan sebelum sesi persekolahan baru 2013 bermula. c. 15 orang murid telah memohon SBP, Sekolah Menengah Kawalan Daerah dan Negeri. d. Terima kasih kepada Guru Besar yang telah membantu mengesahkan semua permohonan tersebut. 2.6 Terima kasih kepada En Zuki yang sudi hadir dan berharap dapat mengetuai pasukan memasak untuk program Ibadah Korban nanti. 3 3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Lalu: 3.1 Setiausaha membentangkaan minit mesyuarat AJK yang lalu. Cadangan minit diterima dan disahkan. Cadangan : En Jaafar Darus Menyokong : Pn Rohani bt. Mat Setiausaha

4. Perkara berbangkit: 4.1 Ustaz Zolkurnain menarik perhatian kepada perkara 4.3, berkaitan pembinaan surau baru, bahawa pembinaan biik mandi dan tandas akan dapat dilaksanakan melalui peruntukan daripada Pejabat Daerah selepas ditolah wang pendahuluan En. Zulkifli Wan Seman. 4.2 Ustaz Zolkurnain merujuk kepada perkara 5.3, berkaitan kewangan surau baru, laporan penuh akan dibentangkan pada mesyuarat agung nanti.

5. Pembentangan Penyata Kewangan Semasa:

5.1 Bendahari, Pn. Hjh Hasimah bt. Hj. Nasri memaklumkan, wang semasa PIBG berjumlah RM3,199.05. 6 Ibadah Korban 6.1 Ustaz Zolkurnain memaklumkan 4 ekor lembu untuk ibadah korban telah berjaya dikumpulkan. Melibatkan 4 peserta untuk aqiqah dan yang selebihnya adalah untuk korban. 6.2 Sembelihan akan dibuat di rumah sembelihan. Daging korban akan dikumpul dan diedarkan di sekolah. 6.3 Wang cengkeram untuk 3 ekor lembu sebanyak RM2,000 telah diserahkan kepada En Jaafar Darus. Seekor lembu lagi adalah sumbangan Cikgu Sarinah. 6.4 Daging akan dibungkus dalam 600gm setiap bungkus untuk diagihkan kepada semua murid, tidak terkecuali ibubapa yang tidak mempunyai anak di sekolah. Bagaimanapun, satu keluarga akan mendapat 1 kupon sahaja yang membolehkan mereka mendapat 1 bungkus daging. 6.5 Wang lebihan kutipan bahagian 3 ekor lembu (21 peserta X RM350) berbanding anggaran kos lembu sebanyak RM3,000 akan digunakan untuk jamuan kenduri dan belanja hangus lain. 6.6 Bahagian perut, kulit dan organ dalaman lain diserahkan kepada En jaafar Darus untuk diuruskan. 6.7 En Zuki mencadangkan menu air asam, sup tulang dan daging masak kicap sebagai jamuan kenduri. Pn Norsham bersetuju menyumbang ikan perkasam untuk digoreng di sekolah. Cadangan dipersetujui sebulat suara. 6.8Sembelihan dan lapahan kulit diuruskan sepenuhnya oleh kumpulan En Jaafar Darus. Sementara urusan daging di sekolah diuruskan oleh En Bidin. 6.9 Hari Korban akan turut diisi dengan Majlis Khatam AlQuran murid Tahun 6. 7 7.Sambutan Hari Guru 7.1 YDP pohon penjelasan Guru Besar. 7.2 Puan Hjh. Ramlah selaku guru besar memaklumkan mengenai Hari Kentin / Keusahawan telah selesai. 7.3 Puan Hjh.Ramlah juga menberi tahu sambutan hari Guru pihak guru teringin penglibatan para waris dalam tersebut.

7.4 Puan Hjh Ramlah ...................bacaan perutusan,ucapan Guru Besar dan persembahan murid. 7.5 Ustaz Zul cadangkan kepada guru-guru agar hasil jualan hari Kentin untuk dibuat kenduri Hari Guru untuk Guru,murid dan waris. - RM600 pihak PIBG - RM200 pihak Sekolah - ( ayam 30 ekor- masak Gulai.Nasi 40kg ) - Acar buah En Bidi sponsor - Sokong sebulat suara - Pinggan dan cawan budak bawa dari rumah. 7.6 YDP pohon apakah acara bersama yang dicadangkan guru,cadang guru lelaki dan waris lelaki lawan murid dalam acara bola sepak. 7.7 Ustaz Zul mengingatkan utazah Rohani supaya menglibatkan semua guru KAFA dalam sambutan Hari Guru nanti 8 8. Hal-Hal Lain 8.1 Pn Nor Sam Bt Johari wakil waris murid tahun 2,........buku aktiviti matematik tidak diperiksa langsung. - Guru Besar akan merujuk mengenai perkara tersebut kepada guru yang berkenaan. 8.2 Pn Noraini memberitahu ada waris tersentuh hati kerana ada guru perempuan yang suka memarahi anak/murid telah menyentuh hal-hal pribadi dan fizikal. 8.3 Ustaz Zul mencadangkan :- Tali leher digalakkan untuk semua pelajar lelaki. - Dijual dikoperasi pengguna. - Supaya murid nampak lebih kemas/berdisiplin. - Simpan sampai tahun 6. - .............. telah beri banyak peruntukan sekolah yang akan dijual (wajib)kepada murid tersebut.maklumat akan diberi kemudian. 8.4 YDP bertanyakan status permohonan keselematan berkaitan papan tanda kawasan sekolah,.......... melintas dan lampu berkelip. 8.5 Puan Hjh Ramlah memberitahu motivasi waris untuk semua waris mungkin dalam 2 fasa (1) Tahun 4,5,6 (2) Tahun 1,2,3.Beliau memohon AJK sama-sama cari penceramah yang diketahui

9.Penutup 9.1 Ucapan terima kasih kepada semua AJK yang hadir bermesyuarat. Mesyuarat ditangguh pada jam 5.05 petang.

You might also like