You are on page 1of 1

Matlamat Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan

keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Selain itu, ceram ah bertajuk Fungsi & Peranan PPD/Unit/PKG telah menjadi aktiviti bagi Program BIG ini juga dapat menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan, supaya semua bakal guru dapat lebih memahami apakah fungsi beberapa badan tersebut semasa pada waktu perkhidmatan pada masa kelak.