You are on page 1of 36

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

TAJUK 1
1.1 SINOPSIS

Pengenalan Kepada Kerohanian

Tajuk ini membincangkan konsep kerohanian menurut pandangan Islam dan agama agama lain seperti pandangan agama Kristian, agama Buddha dan agama Hindu. Tajuk ini juga membincangkan Akta Pendidikan 1996 seksyen 50 (1) berkaitan pengajaran Agama Islam. Seterusnya perbincangan menjurus kepada aspek-aspek yang menjadi fokus utama di dalam Pendidikan Islam seperti keimanan, kemanusiaan, ketatanegaraan dan kemasyarakatan. Selain itu pelajar juga akan didedahkan dengan medium-medium penerapan kerohanian iaitu melalui ilmu, kemahiran, amali dan pembudayaan.

1.2 HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan konsep dan amalan kerohanian dan moral menurut kefahaman agama Islam dan agama-agama lain. 2. Dapat mengetahui dan memahami apakah fokus utama Pendidikan Islam Prasekolah. 3. Boleh melaksanakan penerapan kerohanian melalui ilmu, kemahiran, amali dan pembudayaan.

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

1.3 Kerangka Konsep Tajuk.

Pengenalan kepada kerohanian

Subtajuk 1 Konsep kerohanian

Subtajuk 2 Pandangan mengikut agama-agama

Subtajuk 3 Akta Pendidikan 1996 seksyen 50 (1) Pengajaran Agama Islam

Subtajuk 4 Fokus Pendidikan Islam -keimanan -kemanusiaan -ketatanegaraan -kemasyarakatan

Subtajuk 5 Penerapan kerohanian melalui: -ilmu -kemahiran -amali -pembudayaan

1.4 Pengenalan Kepada Kerohanian Mari kita mulakan perbincangan dengan menghayati secara ringkas tentang konsep kerohanian. 1.4.1 Konsep Kerohanian

Menurut Kamus Dewan (1998) rohani bermaksud batin yang berkaitan dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani merupakan sesuatu yang berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar kepada sifat dalaman yang melibatkan semangat seseorang. Kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad, merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani 2

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik. rohani yang sempurna selalu dikaitkan dengan aktiviti beragama, individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu. Walaupun demikian, dari segi perspektif umum, individu yang mempunyai rohani yang baik diklasifikasikan oleh penentuan dan kepercayaan umum mengenai hal kelakuan kebaikan individu itu secara total.

1.4.2

Konsep kerohanian mengikut agama-agama

Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan baharulah kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan undang-undang. Menurut sarjana Islam Al Ghazali (1058-1111) rohani sebagai perkara yang terdiri daripada akal, hati, jiwa dan roh. Menurut al Ghazali (1058-1111) lagi potensi ilmu ada di dalam roh insan dan melalui pendidikan potensi itu akan dapat diserlahkan. Seterusnya Hasan Ali (1999) menambah bahawa kerohanian berkait rapat dengan kejiwaan iaitu kecenderungan. kerohanian Penciptanya. Mendidik kanak-kanak dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan rohani merupakan suatu kewajipan ibu bapa dan para guru yang telah diamanahkan. Ini adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud wahai orang orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka (Surah at Tahrim ayat 6). Menurut Islam, kanak-kanak dilahirkan suci dengan membawa fitrah beragama. Maka kedua orang 3 Menakala menurut Wahiduddin untuk Khan, maksud dengan adalah keinginan makhluk berhubung

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

tuanya yang bakal mencorakkan anak-anaknya samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. (Hadis riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah). Sayyidina Umar r.a bukan lagi zamanmu. berpesan ajarlah anak-anakmu dengan ilmu Imam al Ghazali (450-505 H) mensyaratkan semasa, kerana sesungguhnya mereka dicipta untuk suatu zaman yang kanak-kanak mesti dididik sejak lahir oleh wanita-wanita yang kuat beragama dan mulia tingkah laku. Seterusnya, kanak-kanak perlu dididik dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan dan minum, mencuci badan dan cara berwudhu yang betul serta bersolat (Hamid 1990). Di dalam agama Kristian pula ajarannya berpusat kepada empat tema iaitu kemuliaan tuhan, imej Christ, rohaniah tuhan dan kehidupan abadi. Dalam Perjanjian Baru, perkataan Yunani untuk utusan ialah aggelos, dari mana kita dapat perkataan Inggeris angel. Perkataan ini juga digunakan untuk kedua-dua utusan manusia dan rohaniah. Tuhan mengirim berbagai jenis utusan. Pertama, utusan-utusan manusia yang bernubuat (2 Taw. 36:15-16). Kedua, ada juga utusan-utusan rohaniah yang diutus kepada manusia dengan pesan atau fungsi khusus. Sebagai agen-agen Tuhan mereka dikirim ke bumi untuk melaksanakan semua keputusan Tuhan berkenaan hal-hal hukuman dan pembetulan manusia (Keluaran 12:23; Mazmur 104:4; Ibrani 11:28). Malaikat juga membawa pesan kepada nabi-nabi Tuhan dan melindungi umat Tuhan. Apabila para malaikat muncul kepada manusia ini selalunya dalama rupa bentuk manusia. Anak-anak rohaniah Tuhan juga ada disebut mempunyai pangkat dan kuasa berlainan (Zakharia 1:9, 11; Yudas 1:9). Mereka berkuasa (2 Tes. 1:7); dipanggil pahlawan-pahlawan perkasa (Mazmur 103:20); kudus (Lukas 9:26); pilihan (1 Tim. 5:21). Bagaimanapun, mereka harus jangan disembah (Kol. 2:18; Wahyu 19:10).

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Dalam agama Buddha, ajarannya pula menggalakkan para penganutnya melatih diri sendiri supaya mendapat kesedaran untuk melihat bukan sahaja sesuatu kejadian alam seperti yang berlaku pada diri sendiri, malah keadaan yang berhubung dengan sesuatu kejadian itu. mengikut fahaman mereka yang melakukan meditasi, maksud kerohanian adalah menjauhkan diri dari perkara yang dianggap keduniaan. Sementara kerohanian di dalam agama Hindu pula, menjurus kepada kepercayaan dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula (samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman (roh diri) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan). Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga sifatnya iaitu Brahma: Pencipta Vishnu: Pemelihara Shiv Ini mewakili Triniti Hindu atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin alam semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama: Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Sudahkah anda mendapat gambaran tentang konsep

kerohanian menurut perpektif agama-agama di atas? Cuba buat rumusan terhadap pendapat-pendapat di atas dengan menggunakan peta minda.

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

1.4.3 Akta Pendidikan 1996- Seksyen 50(1) Pengajaran Agama Islam Akta Pendidikan 1996-Seksyen 50 (1) Pengajaran Agama Islam menyatakan jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat 5 orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri.

Cuba anda layari internet dan dapatkan maklumat lengkap berkaitan Akta Pendidikan 1996 di atas.

1.4.4 Fokus Pendidikan Islam Secara umumnya Pendidikan Islam memberi tumpuan terhadap empat bidang utama iaitu keimanan, kemanusiaan, ketatanegaraan, dan kemasyarakatan. Mari kita sama-sama cuba hayati dan fahami penjelasan bagi semua bidang tersebut.

1.4.4.1 Keimanan Antara perkara yang dititik beratkan di dalam Pendidikan Islam ialah keimanan kepada Allah swt. Beriman kepada Allah Subhanahuwataala bererti seseorang Muslim itu mempelajari, memahami dan mempercayai dengan penuh yakin akan sesuatu yang wajib bagi Allah Subhanahuwataala dari segala sifat-sifat kesempurnaanNya, dan sesuatu yang mustahil baginya dari semua yang berlawanan dengan sifat-sifat wajib itu. Begitu juga, yakin dengan sifat-sifat yang harus bagi Allah Subhanahuwataala. Dengan lain perkataan, secara umumnya, seseorang Muslim wajib beritiqad bahawa segala sifat kesempurnaan itu adalah hak 6

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Allah Subhanahuwataala semata-mata, samada sifat-sifat itu yang berbentuk Uluhiyyah atau pun Rububiyyah. Begitu juga sebaliknya, segala sesuatu yang tidak sempurna tidak layak diletakkan kepada zat yang maha kudus itu. Beriman kepada Allah Subhanahuwataala juga bermaksud

seseorang muslim wajib beritiqad bahawa di sebalik alam kebendaan yang nyata ini, sudah wujud suatu zat yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera lahiriah manusia. Pada Zat itu terkumpul segala kekuasaan mutlak. Padanya sahaja ada sifat-sifat maha kuasa, maha mengetahui, maha bijaksana dan maha pentadbir. Zat itu adalah punca kejadian segala makhluk dan segala yang akan berlaku ke atasnya. zat itu punca hidayah, nur dan al-haq bagi manusia sejagat. Firman Allah Subhanahuwataala: Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang menghidupkan dan yang mematikan. (Dialah) Tuhanmu dan Tuhan bapak-bapakmu yang terdahulu . (Surah ad-Dukhan: ayat 8).

Berdasarkan maklumat di atas, sila buat rujukan tambahan mengenai konsep keimanan menurut Islam. Seterusnya bincangkan tentang kepentingan memberi penekanan dalam aspek keimanan terhadap pendidikan awal kanak-kanak prasekolah.

1.4.4.2 Kemanusiaan Pendidikan Islam juga menekankan tentang nilai-nilai kemanusiaan berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik dan eksistensinya, kehormatannya dan hak-haknya, dan juga memelihara 7

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

darahnya, hartanya serta kerabat keturunannya dalam kedudukan mereka sebagai individu anggota masyarakat.

Perbincangan dan catatan nota Sebagai seorang guru prasekolah, nyatakan langkah-langkah yang boleh anda laksanakan dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai kemanusiaan terhadap kanak-kanak.

Bincangkan bagaimana Pendidikan Islam memberi fokus tentang ketatanegaraan dan kemasyarakatan?

Berikan ruang untuk berehat sebentar. Tenangkan fikiran anda dan teguklah sedikit minuman agar dapat memberi sedikit tenaga kepada minda bagi meneruskan penerokaan modul ini. Katakan boleh kepada diri anda.

1.4.5 Penerapan Kerohanian Secara umumnya sesuatu yang berbentuk rohani atau kerohanian boleh diajar dan dipelajari. Dalam erti kata yang lain ia boleh diterapkan oleh seseorang individu kepada individu yang lain melalui medium-medium atau saluran-saluran tertentu. Antaranya melalui saluran ilmu, kemahiran, amali, dan pembudayaan. Ilmu berperanan sebagai pemangkin dalam mendidik rohani/jiwa ke arah kebaikan. Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. 8

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat. Ketika itulah ilmu berperanan untuk membentuk dan memandu manusia ke arah kebaikan. Nabi bersabda yang bermaksud sesiapa yang menghendaki dunia maka dia perlukan ilmu, sesiapa yang menghendaki akhirat maka dia perlukan ilmu, sesiapa yang mahukan keduanya maka dia juga perlukan ilmu, (hadis riwayat al Bukhari). Firman Allah dalam surah Luqman ayat 20 yang bermaksud Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk kamu apa yang dilangit dan apa yang dibumi dan menyempurnakan untukmu nikmatnya lahir dan batin. dan tanpa kitab yang memberi Dan di antara manusia ada yang Dari nas-nas di atas membantah tentang keesaan Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk penerangan. jelaslah bahawa ilmu merupakan sebagai medium dalam mendidik jiwa kerohanian manusia ke arah kebaikan dan ke arah kecemerlangan hidup dan mentauhidkan Allah swt. Penerapan kerohanian juga diterapkan melalui unsur-unsur

kemahiran, seperti kemahiran berenang, kemahiran memanah dan menunggang kuda. Ini terserlah melalui kata-kata saidina Umar al Khattab ajarlah anak-anakmu memanah, berenang dan perintahkan mereka melompat di atas punggung kuda (al-Qardhawi 2002). Penerapan kerohanian melalui amali dapat dilihat melalui arahan latihan mendirikan solat oleh Rasulullah saw pada kanak-kanak melalui sabdanya suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika umur mereka tujuh tahun, dan pukullah anakmu yang meninggalkan solat ketika mereka berusia sepuluh tahun. (Hadis riwayat Abu Daud)

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Perbincangan

Cuba anda jelaskan apakah yang dimaksud oleh Rasulullah saw melalui maksud hadis: Bermainlah dengan anak-anakmu sehingga 7 tahun pertama, ajarkanlah adab kepada anakanakmu sehingga 7 tahun kedua dan berkawanlah dengan anak-anakmu sehingga tajuh tahun yang ke tiga. Nyatakan implikasi diabaikan. yang akan timbul jika nilai kerohanian

TAJUK 2 Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah


10

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2.1 SINOPSIS Tajuk ini akan membincangkan tentang pengenalan kepada kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah, serta falsafah, matlamat dan objektif kurukulum tersebut. Selain itu, tajuk ini juga membincangkan kepentingan Pendidikan Islam pada peringkat awal kanak-kanak berdasarkan nas-nas dari al Quran dan al Hadis serta pandangan daripada Khalifah Islam Saidina Umar dan pandangan Hujjatul Islam Imam al Ghazali. Perbincangan seterusnya berfokus kepada kandungan-kandungan dan hasil pembelajaran Pendidikan Islam Prasekolah iaitu akidah, ibadah, sirah dan akhlak, serta Bahasa Arab, al Quran dan tulisan jawi.

2.2 HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan pengenalan tentang kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah, falsafah, matlamat, objektif dan kepentingan Pendidikan Islam pada peringkat awal kanak-kanak. 2. Memahami dan menjelaskan mafhum nas-nas berkaitan kepentingan Pendidikan Islam peringkat awal kanak-kanak. 3. Menghurai dan mengenalpasti kandungan dan hasil pembelajaran Pendidikan Islam Prasekolah. 4. Memahami konsep-konsep akidah,ibadah, sirah rasulullah, akhlak dan Bahasa Arab al Quran dan tulisan jawi yang diguna pakai dalam pendidikan Islam Prasekolah.

2.3 KERANGKA KONSEP TAJUK INI

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH

11

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Subtajuk 1 -Pengenalan -Falsafah -Matlamat -Objektif

Subtajuk 2 Kepentingan Pendidikan Islam peringkat awal kanak-kanak berdasarkan: -Nas-nas al Quran -Nas-nas al Hadis -Pandangan Saidina Umar -Pandangan Imam Ghazali

Akidah: Rukun iman -Konsep -Merancang aktiviti -Menyediakan bahan -Pelaksanaan aktiviti

Subtajuk 3 Kandungan dan Hasil Pembelajaran Pendidikan Islam Prasekolah

Ibadah: Rukun Islam -Konsep -Merancang aktiviti -menyediakan bahan -Pelaksanaan aktiviti

Sirah: Sirah Rasulullah -Merancang aktiviti -Menyediakan bahan -Pelaksanaan aktiviti

Akhlak: -Konsep -Merancang aktiviti -Menyediakan bahan -Pelaksanaan aktiviti

Bahasa Arab al Quran dan tulisan jawi: -Konsep -Merancang aktiviti -Menyediakan bahan -Pelaksanaan aktiviti

2.3.1 Pengenalan

12

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah mengandungi lima komponen utama iaitu akidah, ibadah, sirah rasulullah, akhlak dan bahasa Arab, al Quran dan tulisan jawi. Ia disusun sebagai suatu transformasi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Skop kandungannya telah dikurangkan setelah mendapat berbagai komen dari pelbagai pihak kerana standard yang hendak dicapai banyak dan peratus pencapaian murid masih ditahap minimum. Ia juga digubal agar wujud kesinambungan dan keselarasan dari prasekolah ke tahun satu sekolah kebangsaan. 2.3.2 Falsafah Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2008 digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adakah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 2.3.3 Matlamat Pendidikan Islam Prasekolah Pendidikan Islam Prasekolah melalui tunjang kerohanian, sikap dan nilai bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang rukun Iman, rukun Islam, Sirah Rasulullah dan kalimah syahadah. Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian 13

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

mengikut adab adab Islam. Pendidikan Islam Prasekolah juga bertujuan memperkenalkan kanak-kanak dengan asas bahasa al Quran, huruf hijaiyyah dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. 2.3.4 Objektif Pendidikan Islam Prasekolah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat (4) hingga enam (6) tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani. Bagi bidang Pendidikan Islam penekanan diberi terhadap aspek kerohanian iaitu mengamalkan nilai murni dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berteraskan tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai khususnya komponen Pendidikan Islam, murid dapat mengetahui asas rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah, dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah.

2.3.5 Kepentingan Pendidikan Islam peringkat awal kanak kanak

Pendidikan Islam pada peringkat awal merupakan sesuatu yang amat penting. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ilmu atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang (Department of Education and Science,1990).

14

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya (Mastura Badzis 2009).
Prof. Madya Dr. Mastura Badzis Pengarah, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia (Naib Presiden HELWA)

Di dalam al Quran terdapat banyak dalil-dalil yang menunjukkan kepentingan pendidikan Islam pada peringkat awal kanak-kanak. Antaranya ialah ayat 6 surah at Tahrim Allah berfirman Wahai orang orang yang beriman jagalah dirimu dan seluruh ahli keluargamu dari api neraka. Sural al Alaq ayat 1 bermaksud bacalah dengan namu tuhanmu yang telah menciptakan. Di dalam surah Luqman ayat 13 pula Allah telah merakamkan bagaimana Luqmanul Hakim mendidik dan membentuk keperibadian anaknya dengan katanya dan apabila Luqman berkata kepada anaknya dalam keadaan dia menasihat dan mendidik anaknya, wahai anakku janganlah kamu mensyirikkan Allah, sesungguhnya syirik itu merupakan suatu kezaliman yang amat besar. Ayat dari surah Luqman itu jelas menceritakan bagaimana didikan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam atau akidah anak-anak telah ditekankan dari tahap kanak-kanak kecil lagi. Ini terbukti dengan penggunaan lafaz arab Bunayya kata nama yang membawa maksud kecil bermaksud wahai anak kecilku.

15

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Di dalam hadis nabi juga terdapat banyak arahan-arahan berkaitan pendidikan Islam kepada kanak-kanak. Antaranya ialah sabda nabi saw bermaksud Saidina Umar r.a juga pernah berpesan "ajarilah anak-anakmu dengan ilmu semasa, sesungguhnya anak-anakmu dicipta untuk suatu zaman yang bukan lagi zaman kamu. Sementara imam al Ghazali pula (450- 505 H) pula mensyaratkan agar anak-anak dididik sejak lahir oleh wanitawanita yang kuat beragama dan mulia tingkah laku. Kanak-kanak juga perlu dididik dengan ilmu agama, adab bersopan, adab berdepan dengan makan dan minum, mencuci badan dan cara-cara berwudhuk dan solat (Hamid 1990) Kesimpulannya, Islam amat menitik beratkan pendidikan dalam kehidupan manusia bermula pada peringkat kanak-kanak lagi. Kanakkanak perlu diasuh dan dididik dengan nilai-nilai kerohanian dan kemanusiaan agar dapat membentuk mereka menjadi modal insan yang berguna serta mendapat kesejahteraan dan keredhaan hidup di dunia dan akhirat. Oleh itu, menjadi kewajipan bagi para guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada mereka untuk mencapai ke arah itu. Soalan Tutorial: 1. Perbincangan tentang pendidikan anak-anak menurut Islam. 2. Isu-isu semasa berkaitan dengan pendidikan awal kanakkanak

2.4

Pengenalan Kandungan dan hasil pembelajaran Pendidikan

Islam Prasekolah

16

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Dalam kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah terdapat lima tajuk utama yang diberi tumpuan, iaitu: akidah, ibadah, sirah Rasulullah, akhlak dan bahasa Arab al quran dan tulisan jawi. 2.4.1 Akidah: Rukun Iman Rukun Iman adalah asas dan sendi kepercayaan kita kepada agama Islam yang kita anuti. Dengan mempercayai apa yang diwajibkan kepada kita, maka barulah dinamakan kita beriman kepada Allah SWT. Ini kerana, di dalam Islam ada perkara-perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar tetapi wajib dipercayai dengan sepenuh hati. Ia adalah perkara-perkara samiyyat (yang hanya didengar). Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran pada awal surah al-Baqarah, ayat 3 bermaksud orang orang yang beriman dengan perkara ghaib, dan mendirikan solat dan mereka menafkahkan apa yang kami rezkikan. Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belum dikatakan beriman dengan iman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari tiga perkara tersebut, seseorang itu boleh digelar sebagai fasik, munafik atau kafir. Rukun iman terdiri dari enam perkara iaitu percaya kepada Allah, percaya kepada malaikat, percaya kepada rasul, percaya kepada kitab, percaya kepada hari kiamat dan percaya kepada qadha dan qadar. Bincangkan kaedah-kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran akidah . 2.4.2 Ibadah: Rukun Islam

17

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Perkataan 'rukun' jika diteliti dari sudut pengertiannya menerusi kamuskamus Arab, maka ianya bererti: a. sesuatu yang menguatkan b. yang mempertahankannya atau memuliakannya c. bahagian yang penting dan terkuat. Dari pengertian di atas dapat dikaitkan dengan rukun Islam itu sendiri iaitu ianya bererti; Islam itu ada berbagai-bagai cabang dan bahagiannya. Dalam ibadat mengucap pula ada bermacam-macam seperti syahadah, mengerjakan solat, membayar zakat, berpuasa,

menunaikan haji, melaksanakan amar makruf dan nahi munkar, berjihad pada jalan Allah dan sebagainya. Bahagian yang boleh menguatkan, mempertahankan, memuliakan Islam itu adalah yang terkandung dalam rukun Islam. Bahagian inilah yang penting dan terkuat. Rukun Islam dalam kontek ini merupakan suatu konsep tersendiri yang amat luas pengertiannya. la adalah nilai Islam itu sendiri pada diri seseorang. Rasulullah s.a.w. pernah menyebutkannya sebagai tiang agama. Dalam kontek solat sebagai contoh, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya, maka sesungguhnnya dia mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama yang terdapat di dalam dirinya. Rukun Islam terdiri dari 5 perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji.

2.4.3 Sirah: Sirah Rasulullah Sirah rasulullah saw ialah perjalanan kehidupan rasulullah saw. Kanakkanak akan didedahkan dengan cara menyebut nama Rasulullah saw dan ahli keluarga baginda yang terdekat seperti ibu rasulullah bernama Aminah, bapanya bernama Abdullah, datuknya bernama Abdul Muttalib, 18

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

bapa saudaranya bernama Abu Talib dan lain lain lagi. ketika rasulullah dilahirkan.

Juga cerita

tentang peristiwa kelahiran rasulullah saw. Perkara perkara yang berlaku

2.4.4 Akhlak Bahagian akhlak pula, kanak-kanak akan diberikan contoh bagaimana akhlak rasulullah saw semasa baginda menjalani kehidupan seharian. Akhlak-akhlak tersebut ialah amanah siddiq (bercakap benar), fatonah (bijaksana), penyabar dan lain-lain lagi. Akhlak juga termasuk amalan-amalan seharian dan termasuk cara

bagaimana melafazkan doa, contonhnya doa penerang hati dan doa menaiki kenderaan. Adab sebelum makan dan minum, semasa makan dan minum dan adab selepas makan dan minum. Cara melafazkan doa sebelum dan selepas makan, membezakan makanan yang halal dan makanan yang haram, makanan yang baik dan berkhasiat, adab adab memasuki tandas dan keluar tandas, doa masuk dan keluar tanda, adab menghormati ibu bapa, ahli keluarga,guru dan rakan sebaya.

Bincangkan kaedah-kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran akhlak . Sediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran bertajuk adab ketika makan.

2.4.5 Bahasa Arab, Al-Quran dan Tulisan Jawi

19

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Mengenalpasti bunyi huruf mengikut tanda bacaan yang betul. Tandatanda bacaan tersebut ialah baris atas, baris bawah dan baris hadapan. Mengetahui huruf jawi dan menghafal beberapa surah dari juzu Amma seperti surah al Fatihah, surah al Ikhlas, surah an Nas dan surah al Falaq. 2.5 Rumusan

Selepas mengikuti isi kandungan dan aktiviti-aktiviti dalam tajuk

ini

diharapkan anda telah dapat mengetahui dan memahami kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah, serta falsafah, matlamat dan objektif kurukulum tersebut. Selain itu, dengan mengetahui kepentingan Pendidikan Islam pada peringkat awal kanak-kanak berdasarkan nas-nas dari al Quran dan al Hadis serta pandangan daripada Khalifah Islam Saidina Umar dan pandangan Hujjatul Islam Imam al Ghazali, akan dapat membuka ruang untuk anda mendalaminya lagi. Seterusnya semoga perbincangan tentang kandungan-kandungan dan hasil pembelajaran Pendidikan Islam Prasekolah iaitu akidah, ibadah, sirah dan akhlak, serta Bahasa Arab, al Quran dan tulisan jawi akan memberi gambaran yang jelas kepada anda terhadap komponen Pendidikan Islam Prasekolah.

Bagimana keadaan anda sekarang? Masih mampu untuk berbincang tentang tajuk yang seterusnya? Kalau badan terasa letih dan otak pun terasa kurang motivasi, jangan memaksa diri. Cuba rehat seketika dan teguklah sedikit minuman mudahmudahan anda akan berasa segar kembali. Kemudian boleh sambung lagi...

20

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

TAJUK 3 Pengenalan Kepada Perkembangan Moral

3.1 SINOPSIS Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep-konsep dalam

perkembangan moral, komponen-komponen moral dan teori-teori berkaitan dengan perkembangan moral seperti teori psikoanalisis, teori kognitif, teori Piaget, teori Kohlberg, teori pemelajaran sosial dan lain-lain teori.

3.2 HASIL PEMBELAJARAN 1. Mengkaji dan mengenalpasti konsep-konsep dalam perkembangan moral dan komponen-komponen moral. 2. Merancang pengurusan pelaksanaan nilai-nilai Perkembangan Kerohanian dan Moral dalam kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

3.3 KERANGKA TAJUK

Pengenalan kepada perkembangan Moral

Konsep Perkembangan Moral

Teori-Teori Perkembangan Moral: -Teori psikoanalisis -Teori kognitif -Teori Piaget -Teori Kohlberg 21

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

3.3.1 Konsep Perkembangan Moral Moral ialah satu kesedaran tentang apa yang buruk dan apa yang baik, apa yang betul dan apa yang salah. Perkembangan moral pula merujuk kepada perolehan tentang apa yang betul dan apa yang salah berdasarkan kod-kod etika masyarakat setempat. Terdapat tiga komponen moral iaitu: afektif, kognitif dan tingkah laku. betul Komponen moral afektif atau emosi mengandungi unsur-unsur dan salah. Manakala komponen moral tingkah laku perasaan. Komponen moral kognitif mengandungi pemikiran atau konsep menggambarkan bagaimana kita bertingkah laku, contohnya apabila kita dihadapkan dengan cabaran-cabaran untuk berbohong, menipu atau mencuri. Kajian-kajian psikologi tentang perkembangan moral terbahagi kepada dua kategori iaitu sesetengah kajian tertumpu pada isu-isu seperti kenapa setengah kanak-kanak atau remaja mencuri, lari dari rumah, lepak dan sebagainya, apakah faktor-faktor yang menerbitkan tingkah-laku tingkah-laku tersebut serta apakah elemen-elemen yang mengikat kanakkanak dan remaja untuk bekerjasama, akur sesama sendiri dan sebagainya. Semua persoalan ini tertumpu pada menjelaskan tingkah laku seseorang dalam situasi-situasi moral serta tingkah laku moral. 3.3.2 Teori-Teori dalam perkembangan moral 3.3.2.1 Teori Psikoanalisis Freud menekankan soal afektif moral yang sering diperolehi apabila kanak-kanak berumur 5 atau 6 tahun iaitu semasa tahap falik. Superego akan menentukan cara-cara yang telah digunakan oleh ego untuk memuaskan impuls id betul caranya. Superego akan menentukan cara22

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

cara tersebut diterima oleh masyarakat.

Menurut Freud, kanak-kanak

dipenuhi dengan id, oleh sebab itu mereka sering bertingkah laku mengikut motif kendiri dan lantaran itu ibu bapa amat penting untuk mengawal mereka. Superego bertindak seperti ibu bapa di dalam kepala dan akan memberitahu apa yang betul dan apa yang salah. Superego juga akan menerbitkan emosi-emosi seperti rasa malu dan bersalah jika seseorang individu melakukan tingkah laku yang salah. 3.3.2.2 Teori Kognitif Teori ini menekankan soal penaakulan moral yang berlaku dalam tahaptahap invarian yang bermaksud tiap satu tahap bergantung pada perolehan pada tahap sebelumnya. Dengan kata lain, proses- proses pemikiran akan menentukan samada sesuatu itu betul atau salah. Salah seorang pelopor teori ini adalah Jean Piaget (1869-1980). 3.3.2.3 Teori Kognitif Piaget Piaget memperkenalkan teorinya berdasarkan pemerhatian semula jadi ke atas kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan moral kepada dua tahap iaitu: 1- Moraliti Heteronomus (6-10 tahun) Kanak-kanak percaya yang undang-undang atau peraturan datang daripada ibu bapa atau orang orang yang berautoriti yang lain. Peraturan juga dilihat sebagai suci dan tidak boleh diubah. Oleh kerana kanakkanak bersifat egosentrik semasa ini, mereka hanya dapat melihat satu perspektif peraturan sahaja. Pelanggaran peraturan adalah salah jika ia

23

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

membawa kepada konsekuen yang merosakkan walaupun orang yang melanggar undang-undang itu mempunyai niat yang baik. 2- Moraliti Autonomus atau Kerjasama (10-11 tahun ke atas) Tahap ini dicirikan oleh kelenturan atau fleksibiliti moral. Kanak-kanak sudah kurang egosentriknya dan mereka melihat peraturan sebagai persetujuan antara individu-individu. Peraturan tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang tidak boleh berubah atau yang mutlak tetapi ia boleh berubah mengikut individu. Misalnya Henry lebih tidak bermoral daripada John. Autoriti orang dewasa sebagai punca ketaatan utama tidak lagi dihormati. Saling menghormati dan kerjasama dengan rakan sebaya mula menjadi dasar penaakulan moral. 3.3.2.4 Teori Kognitif Kohlberg Lawrenc Kohlberg (1984) berpendapat moraliti juga berkembang mengikut satu siri tahap. Ia berkembang secara universal dan dalam tiga tahap iaitu tahap satu bagi awal kanak-kanak, tahap dua bagi masa kanakkanak dan tahap tiga bagi masa remaja. Dalam satu tahap pula terbahagi kepada dua peringkat. Kohlberg membina teorinya berasaskan gerak balas kanak-kanak terhadap satu set dilema. Kohlberg berpendapat bahawa kanak-kanak pada tahap awal peringkat pertama berumur 7 tahun patuh kepada arahan kerana tidak mahu didenda. Manakala pada peringkat kedua pula mereka mematuhi peraturan untuk mendapat ganjaran, atau perkongsian untuk mendapat balasan.

Sila rujuk buku-buku, jurnal, sumber-sumber utama dan sekunder lain bagi mendapat penjelasan yang lebih mendalam berkenaan teori perkembangan moral kanak-kanak. 24

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

TAJUK 4 Penaksiran Perkembangan Kerohanian dan Moral


4.1 SINOPSIS Tajuk ini akan membincangkan tentang penaksiran perkembangan kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah. Terdapat beberapa cara dalam membuat taksiran iaitu melalui pelaksanaan pemerhatian, hasil kerja, amali, hafazan surah dan doa, senarai semak dan pelaporan. Melalui modul ini perbincangan mengenai penaksiran hanya tertumpu kepada pelaksanaannya dari sudut pemerhatian sahaja. Pemerhatian merupakan suatu cara pengesanan dan peningkatan potensi kanak-kanak. Melalui modul ini, pelajar dapat memahami konsep penaksiran / pemerhatian dalam perkembagan kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah.

4.2 HASIL PEMBELAJARAN 1. Mengenalpasti cara-cara mengesan perkembangan kanak-kanak prasekolah. 2. Menerangkan pelbagai jenis pemerhatian dalam proses penilaian kanak-kanak. 3. Meningkatkan potensi kanak-kanak prasekolah melalui pelbagai kaedah pengajaran.

25

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

4.3 Kerangka Konsep Tajuk Ini

2.Pelaporan Pelaporan 2.
PENAKSIRAN PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

1.Pelaksanaan Pelaksanaan 1.

Pemerhatian Pemerhatian Hasil Kerja Hasil Kerja Amali Amali

Hafazan Hafazan Surah /doa Surah /doa

Senarai Senarai semak semak

4.3.1 Pengenalan Kanak-kanak adalah unik, dinamik, mempunyai keperluan dan ciri-ciri yang berbeza. Bagaimana kita dapat mengenal pasti keperluan mereka yang berbeza? Bagaimana kita menilai perkembangannya yang berterusan bagi memenuhi keperluannya dan merancang pengajaran dengan berkesan? Penilaian kanak-kanak merupakan proses yang berterusan dan memerlukan strategi yang bersepadu serta dilaksanakan berdasarkan input daripada pelbagai sumber. Salah satu cara membuat penaksiran perkembangan kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah ialah melalui pemerhatian.

26

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

4.3.2 Konsep Pemerhatian Salah satu cara membuat penaksiran perkembangan kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah ialah melalui pemerhatian. Pemerhatian ialah memerhati secara sistematik tingkah laku, aspek perkembangan, pertumbuhan dan pencapaian kanak-kanak. Perkembangan yang perlu diperhatikan adalah daripada segi fizikal, emosi, bahasa, kreativiti, kognitif dan sebagainya. Pemerhatian ke atas kanak-kanak itu perlu direkodkan tanpa disedari oleh kanak-kanak. Mengikut NAEYC (1987), pemerhatian merupakan asas kepada merekodkan perkembangan kanak-kanak. Maklumatnya boleh digunakan di dalam realistic curriculum di mana matlamat dan tujuan dirancang untuk keperluan individu bagi melihat kekuatan dan minat mereka. Kurikulum mesti bersesuaian dengan umur dan kebolehan individu.

4.3.3 Objektif Pemerhatian 1. Mengesan kebolehan, keperluan dan minat kanak-kanak prasekolah. 2. Menentukan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak prasekolah dari segi perkembangan yang menyeluruh. 3. Membuat perancangan berasaskan keperluan individu. 4. Memantau kemajuan secara berterusan. 5. Memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai pertumbuhan kanak-kanak. 6. Membuat rujukan kepada ibubapa dan pakar mengenai kesihatan, pertuturan dan mental. 7. Menyimpan rekod kemajuan kanak-kanak bagi tujuan bimbingan dan penempatan yang akan datang. 8. Merancang persekitaran belajar yang sesuai dan berkesan.

27

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Murid yang bermasalah pembelajaran mempunyai ciri ciri berikut : Masalah kelewatan penguasaan bahasa,komunikasi dan literasi seperti sukar memahami apa yang diperkatakan,pelat dan gagap. Masalah berkaitan dengan visual atau penglihatan seperti : -Sukar melihat perbezaan dan persamaan saiz,bentuk,warna dan kedudukan objek. -Tidak boleh membentuk huruf atau menulis huruf secara terbalik -Sukar mengingat sesuatu yang dilihatnya -Mudah terganggu dan menukar tumpuan kerja -Hiperaktif iaitu sentiasa bergerak, tidak boleh duduk diam dan selalu resah. Masalah berkaitan dengan pendengaran.

4.3.4 Cara Membantu Murid Bermasalah Pembelajaran Setelah mengenal pasti murid yang bermasalah pembelajaran,guru dan pelaksanaan prasekolah harus merancang strategi untuk memenuhi keperluan pembelajaran mereka. Berikut adalah cadangan untuk membantu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan yang berbeza beza. 1. Bagi murid yang memerlukan bantuan dari segi komunikasi, bahasa dan literasi guru perlu menggunakan: Komunikasi bukan lisan seperti lambang dan syarat Bahan visual dan bertulis/ bercetak dalam pelbagai saiz dan format Bahan komunikasi teknologi maklumat dan bahan teknologi yang lain 28

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2. Bagi membina kefahamn melalui pengalaman semula sebenar ( handon experience) dan deria,guru perlu menggunakan : Bahan dan sumber yang murid gunakan melalui penglihatan ,pendengaran, sentuhan dan bau. Bahan komunikasi dan teknologi maklumat dan bahan teknologi yang lain. 3. Bagi melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti fizikal dan praktikal, guru perlu : Mempunyai sokongan dan bantuan daripada orang dewasa yang lain Menyesuaikan aktiviti dan persekitaran Mempunyai bahan dan peralatan yang khas Menghargai dan memuji usaha murid Membantu murid menghargai dan menghormati sumbagan sendiri dan Orang lain Memberi peluang kepada mereka meningkatkan kemahiran dan pengetahuan Murid pintar cerdas mempunyai ciriciri berikut: Belajar dengan mudah,cepat dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi Mempunyai mudah. Peka dan menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu tugasan dan berupaya menyelesaikan masalah. Penyesuaian sosial dan kawalan emosiyang baik. 29 kosa kata yang banyak, tepat dan mengekal/mengingat apa yang dibaca dan didengar dengan

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Berminat dalam pembelajaran dan pencapaian akademik yang tinggi. Melebihi purata dari aspek ketinggian,berat badan,kekuatan dan kesihatan..

4.3.5 Cara Pemerhatian

SOSIOMETRI DURATION REKOD SENARAI SEMAK

RUNING REKOD

SKALA PEMERINGKATAN CARA MEMBUAT PEMERHATIAN

REKOD ANEKDOT REKOD PERISTIWA INTERVEL REKOD TIME SAMPLING

4.3.6 Bidang Pemerhatian Sosial-Cara berinteraksi. Emosi-Tingkah laku bukan lisan Fizikal 30

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Intelek-keupayaan, keputusan dan masalah Rohani-mengamalkan perilaku yang berasaskan nilai Bahasa-perbualan, mendengar, menulis Kreativiti-cara menghasilkan sesuatu pergerakan

Pengalaman masa mengajar berasaskan sekolah Pelajar membuat refleksi ke atas pengalaman mengajar melalui taksiran yang dibuat berdasarkan pemerhatian semasa mengajar kanak-kanak yang bermasalah. Pelajar berbincang dengan rakan sebaya mengenai perkara di atas dan membuat laporan bertulis kepada pensyarah.

4.3.7 Kepentingan menilai dan mengesan tahap perkembangan Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang normal dapat dikesan secara menyeluruh. Bagi kanak-kanak yang mempunyai kesulitan pembelajaran dalam aspek tertentu, guru boleh merujuk dan bekerjasama dengan pakar kesihatan semoga bantuan dapat diberikan pada peringkat awal lagi. Tidak semua kanak-kanak dapat menerima maklumat baru ketika guru mengajar. Oleh itu guru hendaklah membuat beberapa pemerhatian bagi melihat tahap penerimaan maklumat baru serta perubahan kemahiran yang dicapai oleh setiap kanak-kanak. Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi, guru dapat mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam bentuk aktiviti bimbingan atau pengayaan. Aktiviti kelas boleh dijadikan sebagai aktiviti beberapa kumpulan kecil. Respons kanak-kanak semasa rutin harian dan aktiviti memberi gambaran berkenaan status penerimaan. Guru perlu

31

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

membuat pengubahsuaian daripada segi strategi untuk mencapai pembelajaran yang dikehendaki. Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dalam pembelajaran daripada semasa ke semasa untuk meningkatkan potensi kanak-kanak. Guru juga dapat memerhati tingkah laku kanakkanak dengan lebih jelas semasa dia berada di tadika. peluang, masa dan bimbingan kepada mereka. merupakan bukti yang kukuh. Rekod prestasi perkembangan ini dapat dibincangkan bersama ibu bapa sekurang-kurang dua kali setahun. Kanak-kanak yang mempunyai masalah daripada segi kesihatan seperti lambat daripada segi perkembangan bahasa boleh dirujuk kepada pakar yang berkaitan. Perkara ini dapat diatasi jika diberi bantuan di peringkat awal. Kanakkanak diberi peluang membuat refleksi atau menceritakan semula apa yang telah dia hasilkan. Dengan cara begini mereka merasakan hasil kerjanya dihargai. Secara tidak langsung ini dapat meningkat keyakinan diri mereka kerana pencapaiannya diukur dan dibandingkan dengan pencapaian yang lampau. Bagi menggalakkan kanak-kanak menjalankan aktiviti, guru boleh memberi ganjaran serta merta dalam bentuk pujian, senyuman, pelukan dan tepukan atau sentuhan. Teguran yang positif serta membina dapat menyedarkan murid berkenaan perlakuannya. Kanak-kanak dapat mengatasi masalah tiada kawan contohnya, apabila guru memberi Setiap catatan yang dibuat berkenaan perubahan tingkah laku dan hasilan kerja kanak-kanak

4.3.8 Teknik Penaksiran Penaksiran Kemajuan Kanak-kanak ialah: 32

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Membuat kajian untuk mengenalpasti perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai oleh kanak-kanak dari segi JERIS untuk menjalankan tindakan susulan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.

Disamping itu ia dapat mengkaji faktor-faktor penghalang proses perkembangan sedia ada seperti pembentukan sikap, pengetahuan dan lain-lain.

Langkah mengenalpasti pembentukan

sikap, penguasaan

kemahiran, konsep dan pengetahuan yang telah dicapai oleh kanak-kanak di dalam persekitaran yang tertentu selaras dengan perkembangan dan pertumbuhan di samping mengkaji faktor-faktor yang membantu / menghalang proses perkembangan sedia ada.

1. Membuat pemerhatian TEKNIK TEKNIK PENAKSIRAN 2. Mengumpul maklumat 3. Menilai hasil kerja. 4. Ujian (contoh lisan, mendengar, melihat) 5. Penilaian kendiri kanak-kanak

AKTIVITI LATIHAN Anda dikehendaki membuat rujukan perpustakaan berdasarkan teknikteknik penaksiran berikut: Membuat pemerhatian Mengumpul maklumat 33

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Menilai hasil kerja. Ujian (contoh hafazan surah dan doa) Penilaian kendiri kanak-kanak

Setelah anda melakukan rujukan perpustakaan, 2. Bincangkan dalam kumpulan kecil berkaitan tajuk-tajuk tersebut. Anda digalakkan mengadakan perbincangan maya bersama rakan anda. 3. Buat catatan perkara-perkara utama yang telah dibincangkan itu dalam bentuk pengurusan grafik/ peta minda. Contoh peta minda:

Teknikteknik Penaksiran

34

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Kesimpulannya, Guru prasekolah perlu menguasai sepenuhnya aspek teknik-teknik panaksiran dalam membuat taksiran ke atas kanakkanak / pelajar prasekolah. Penguasaan guru terhadap aspek tersebut adalah sangat penting dalam usaha membuat penilaiaan yang tepat dan berkesan. Sekarang bagaimana dengan anda? sudahkah anda dapat menguasai teknik-teknik tersebut? 4.4 Rumusan Setelah membincangkan dan moral tentang kanak-kanak penaksiran prasekolah perkembangan serta dapat

kerohanian

mengetahui beberapa cara dalam membuat taksiran, diharapkan anda boleh melaksanakannya dengan baik dan berkesan apabila anda berada dalam lapangan yang sebenar nanti. Semoga perbincangan / isi kandungan dalam tajuk ini dapat membantu anda memahami konsep penaksiran / pemerhatian dalam perkembagan kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah.

35

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

36

You might also like