You are on page 1of 26

PENGENALAN Pembiakan ialah proses biologi untuk melahirkan organisma yang baru.

Ia merupakan ciri yang asas bagi kesemua kehidupan yang diketahui. Kaedah pembiakan terbahagi kepada 2 jenis yang utama iaitu pembiakan seks dan pembiakan aseks. Dalam pembiakan aseks, suatu organisma dapat membiak tanpa melibatkan organisma yang lain dalam spesisnya. Pembahagian sel bakteria menjadi dua sel anak merupakan satu contoh pembiakan aseks. Pembiakan aseks bukan sahaja terhad kepada organisma sel tunggal. Kebanyakan tumbuhan mempunyai keupayaan untuk membiak secara aseks. Pembiakan seks memrlukan penglibatan dua organisma, lazimnya daripada setiap jantina. Pembiakan manusia merupakan pembiakan seks yang biasa. Secara amnya, organisma yang lebih rumit akan membiak secara seks sedangkan organisma sel tunggal akan membiak secara aseks. Pembiakan seks ialah proses biologi yang mana organisma-organisma mencipta keturunan yang mempunyai gabungan bahan genetik yang disumbangkan oleh dua (biasanya) ahli spesies yang berasingan. Setiap organisma menyumbang setengah daripada komposisi genetik anak melalui gamet haploid. Kebanyakkan organisma membentuk dua jenis gamet. Dalam spesies anisogami, kedua-dua jantina dirujuk sebagai jantan ( menghasilkan sperma atau mikrospora) dan betina (menghasilkan ova atau megaspora). Dalam spesiesisogami, bentuk gamet adalah serupa, tetapi juga boleh mempunyai sifat yang berbeza dan diberikan nama sewajar. Umpamanya, dalam alga hijau, gametnya diberi gelaran plus dan minus. Beberapa jenis organisma, seperti siliat mempunyai lebih daripada dua gamet.

Manusia , kebanyakan binatang, dan tumbuhan membiak secara seks. Organisma yang membiak secara seks mempunyai dua set gen bagi setiap trait (digelar alel). Anaknya mewaris satu alel bagi setiap trait daripada setiap induk untuk memastikan bahawa mereka menerima gabungan gen kedua-dua induknya. Setelah menerima dua salinan setiap gen, hanya sifat satunya akan dinyatakan supaya dapat melindungi alel yang boleh membawa kesan yang buruk.

SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA Melindun gi testis Zakar ORGAN PEMBIAKAN LELAKI Menghanta r sperma ke organ seks wanita Skorotum

Uretra Testis Tempat laluan sperma dalam zakar

Memastikan suhu testis sentiasa tetap dan rendah sedikit daripada suhu badan

Menghsilka n hormon testosetron

Menghasilkan sperma

Vesikel Semen

Duktus Sperma

Menyalurkan sperma dari testis ke vesikel semen

Menghasilka n cecair Semen

Menyimpa n sperma Organ pembiakan lelaki : Struktur dan fungsi

Komponen utama sistem pembiakan lelaki

Organ pembiakan lelaki

TESTIS Testis yang juga dikenali sebagai gonads lelaki atau buah zakar terdapat dalam struktur yang dikenali sebagai skrotum iaitu kerandut buah zakar.Pada manusia,terdapat sepasang testis dengan setiap satu seberat 10-15 gram, 5 cm panjang,bergaris pusat 2.5 cm, berbentuk bujur dan berwarna putih

kemerahan.Setiap testis mengandungi 1000 salur halus yang disebut tubul seminiferus, yang setiap satunya sepanjang 1.2-1.8 meter. Di tubul semeniferus ini, sebanyak 300 juta spermadisintesis setiap hari. Selain mensistesis sperma melalui satu proses yang dinamakan

spermatogenesis, testis juga menghasilkan sejenis hormon yang dikenali sebagai testosteron. Hormon ini mula disintesis sewaktu bayi lelaki di dalam kandungan lagi dan akibat pengaruh hormon inilah testis yang pada ketika itu berada di abdomenturun ke dalam skrotum dua bulan sebelum dilahirkan.

Struktur testis

SPERMA Sperma dihasilkan oleh testis melalui proses spermatogenesis. Apabila diejakulasi, sperma boleh hidup selama 48 jam di salur pembiakan wanita.Sperma terdiri daripada bahagian kepala, badan dan ekor. Kepala mengandungi bahan nuclear dan granul yang dikenali sebagai akrosom. Di sini, terdapat enzim hialuronidase dan proteinase yang memudahkan sperma menembusi ovum. Bahagian badan mengandungi mitokondrin yang penting untuk metabolisme.Hasil metabolisme pula menghasilkan tenaga yang penting untuk pergerakan sperma. Ekor berfungsi untuk menolak sperma ke hadapan. Kadar kelajuan pergerakan sperma dalam faraj wanita adalah kira-kira 3mm/minit. Sperma sampai ke salur uterus 30-60 minit selepas hubungan seks.

Struktur sperma AIR MANI

Air mani adalah cairan tubuh yang keluar dari zakar lelaki hasil daripada nafsu syahwat. Ia biasanya mengandungi spermatozoa. Air mani dikeluarkan oleh gonad (kelenjar seksual) dan organ-organ seksual lainnya dari lelaki atau binatang hermafrodit, termasuk siput, untuk persenyawaan sel telur perempuan atau betina. Proses pengeluarannya disebut pancutan.

Carta aliran zigot

Menghasilkan hormone estrogen dan progestrogen

Menghasilkan ovum

Ovari Berfungsi menerima sperma dari organ seks lelaki

ORGAN PEMBIAKAN WANITA

Tempat percamtuman ovum dan sperma

Faraj

Tiub fallopio

Serviks

Membantu menolak ovum yang matang masuk ke dalam uterus

Uterus Satu bukaan berbentuk cincin berotot yang bersambung dengan hujung uterus

Membenarkan fetus berkembang jika persenyawaan ovum berlaku

Organ pembiakan wanita : Struktur dan fungsi

Komponen utama sistem pembiakan wanita

Organ pembiakan wanita

Struktur ovum

Ovum (jamak ova, berasal dari perkataan Latin ovum, bermaksud telur atau sel telur) adalah sel pembiakan atau gamet wanita haploid. Kedua-dua haiwan dan embriofit mengandungi ovum. Perkataan ovul digunakan untuk ovum muda bagi haiwan, begitu juga dengan struktur tumbuhan yang membawa gametofit betina dan sel telur yang berkembang menjadi benih selepas persenyawaan. Dalam tumbuhan renek dan alga, ovum juga turut digelar sebagai osfera. Proses perkembangan ovum digelar ogenesis.

Banding Beza - Sperma dan ovum Persamaan Sperma 1. Merupakan sel pembiakan 2. Dihasilkan dalam badan manusia 3. Mempuyai nukleus 1. 2. Ovum Merupakan sel pembiakan Dihasilkan dalam badan manusia

3.

Mempunyai nukleus

Perbezaan Sperma 1. Sel pembiakan lelaki 2. Sel terkecil dalam badan manusia 3. Mempunyai bahagian ekor untuk bergerak 4. Dihasilkan oleh individu lelaki 5. Boleh hidup selama 72 jam dalam badan wanita 6. Berbentuk seperti berudu Ovum 1. Sel pembiakan wanita 2. Sel terbesar dalam badan manusia

3. Tidak mempunyai ekor

4. Dihasilkan oleh individu wanita 5. Boleh hidup selama 24 jam dalam badan wanita 6. Berbentuk bulat

Pengenalan tumbuhan

Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semesta. Tumbuhan merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae. Biasanya, organisma yang menjalankan proses fotosintesis diklasifikasikan sebagai tumbuhan. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalani proses fotosintesis.Tumbuhan merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanji. Sel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai dinding sel. Secara amnya tumbuhan dibahagikan kepada :1. tumbuhan berbunga sama ada: 1. pokok berbuah 2. pokok tidak berbuah 2. Tumbuhan tidak berbunga. Dari perspektif biologi, tumbuhan merujuk kepada organisma hidup dalam alam tumbuhan.

Menggunakan akar, batanga dan daun

Dipanggil sebagai klon

Daun

Akar

Pembiakan tampang

Biji benih

Batang

Tiap-tiap sel mewakili pokok yang sebenar

Kerata n KAEDAH PEMBIAKAN TUMBUHAN

Cantuman tunas

Lenturan pucuk

Cantuman

Lenturan perparitan

Lenturan (layering)

Cantuman mata tunas

Cantuman belahan

Lenturan udara (tut) Lenturan busut

Bunga 1. 2. 3. Sekuntum bunga yang lengkap terdiri daripada sepal, ranggi, stamen, dan pistil. Stamen ialah organ pembiakan jantan bagi bunga. Pada stamen terdapat anter yang mengeluarkan butir debunga, iaitu gamet jantan bunga. Pistil ialah organ pembiakan betina bagi bunga. Pada pistil terdapat ovari yang mengandungi ovul, iaitu gamet betina bunga.

Struktur bunga Pendebungaan 1. 2. 3. Pendebungaan ialah proses pemindahan debunga dari anter ke stigma. Pendebungaan berlaku dengan dua cara, iaitu pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk. Persenyawaan berlaku selepas pendebungaan. Butir debunga bercantum dengan ovul untuk membentuk zigot. Zigot akan berkembang menjadi 4. 5. 6. embrio dan akhirnya menjadi buah. Pendebungaan dibantu oleh agen pendebungaan seperti haiwan, angin, dan air. Pembiakan aseks pada tumbuhan berlaku melalui pembiakan vegetative atau melalui spora. Tumbuhan berbunga melakukan pembiakan aseks melalui pembiakan

vegetatif, iaitu sama ada melalui batang, daun, rizom, bebawang, umbisi, 7. tuber, sulur dan daun. Tumbuhan tidak berbunga seperti cendawan dan paku pakis membiak melalui spora.

Bunga ialah organ pembiakan seks pada tumbuhan

Struktur bunga

1. Bunga ialah organ pembiakan seks pada tumbuhan 2. Pistil aadalah organ seks betina yang terdiri daripada ovary, stigma, stil dan ovul. 3. Stamen ialah organ seks jantan yang terdiri daripada anter dan filamen. 4. Butir debunga ialah gamet jantan yang terbentuk di anter. 5. Ovul ialah gamet betina yang terbentuk di ovari.

Agen Pendebungaan 1. Agen pendebungaan tumbuhan ialah angin, serangga dan air.

2.

Perbandingan antara agen pendebungaan angin dengan serangga:

Struktur 1. Tangkai

Agen Angin Panjang

Agen Serangga Pendek

2. Saiz bunga Kecil

Besar

3. Petal

Berwarna putih/pudar

Berwarna terang

4. Nektar

Tidak menghasilkan nektar

Menghasilkan nektar

5. Bau

Tidak berbau

Berbau harum

6. Stamen 7. Debunga

Filamen panjang dan anter besar Bilangan banyak, kecil dan ringan

Filamen pendek dan anter kecil Bilangan sedikit, besar dan melekit Pendek dan melekit

8. Stigma

Panjang, berbulu dan terdedah

9. Stil

Panjang

Pendek

Pencaran Dan Agen Pencaran 1. Pencaran ialah proses penyebaran buah dan biji benih ke tempat pertumbuhan yang baru oleh agen-agen pencaran.

2.

Pencaran mengelakkan kesesakan tumbuhan dan persaingan antara induk dengan anak-anaknya untuk mendapatkan bekalan keperluan hidup seperti air, cahaya dan garam mineral.

Pembiakan Seks dan Aseks

Persamaan dan Perbezaan antara Pembiakan Seks dan Aseks Persamaan Pembiakan Seks Pembiakan Aseks

1. Berlaku pada haiwan dan tumbuhan 1. Berlaku pada semua haiwan dan tumbuhan

Perbezaan Pembiakan Seks Pembiakan Aseks

1. Melibatkan gamet jantan dan gamet betina

1. Tidak melibatkan gamet jantan dan betina

2. Berlaku pada tumbuhan melibatkan proses pendebungaan dan

2.

Berlaku pada tumbuhan tetapi tidak melibatkan proses pendebungaan dan

persenyawaan persenyawaan 3. Tumbuhan menghasilkan buah dan biji benih 4. Berlaku ada haiwan melibatkan 4.Berlaku pada haiwan tetapi tidak persenyawaan luar dan dalam melibatkan persenyawaan luar dan dalam 5 Berlaku dalam kadar yang lambat 6.Hanya melibatkan satu jenis pembiakan seperti pertunasan, belahan dedua, penjanaan semula, batang rayap dan pengsporaan. 7.Mempunyai struktur 7.Tidak mempunyai struktur 6.Terdapat banyak jenis pembiakan 5. Berlaku dengan kadar yang cepat 3. Tumbuhan menghasilkan spora

pembiakan khusus 8. Melibatkan dua individu induk 8.

pembiakan khusus Hanya satu induk terlibat

9.

Individu baru merupakan gabungan dua keturunan induk

9.

Individu baru hanya daripada satu keturunan

RUJUKAN http://pro-batin.blogspot.com/2011_01_01_archive.html http://www.scribd.com/doc/22974008/Sistem-Reproduktif

http://ms.wikipedia.org/wiki/Air_mani http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp? e=PMR&s=SCI&b=JAN&m=3&r=m&i=NOTA http://cikguraimi.blogspot.com/2011/06/quick-revision-f3-chapter-4.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Ovum http://www.google.com.my/imgres? q=struktur+ovum&hl=ms&gbv=2&tbm=isch&tbnid=Vys9Yq4lN_rylM:&imgrefurl=http:/ /www.tutorvista.com/content/biology/biology-iv/reproduction-in http://yuzamri.blogspot.com/2008/05/kaedah-pembiakan-tanaman.html