You are on page 1of 3

Tutorial

Ujian Hipotesis
1. Seorang pensyarah mengatakan bahawa daripada pengalamannya
markah bagi ujian penempatan untuk pelajar yang berkebolehan biasa
bertaburan normal dengan min 75 dan varians 81. Dia merasa tahun ini
pelajarnya lebih lemah daripada pelajar-pelajar tahun lalu. Suatu
sampel rawak 20 orang pelajarnya diberi ujian untuk menunjukkan
bahawa min 75 bertentangan dengan hipotesis alternative bahawa min
adalah kurang daripada 75. Dapatkan kawasan penolakan pada aras
keertian 5%.
2. Sebuah hospital menggunakan suatu jenis ubat x yang min setiap dos
adalah 100cc. Dos yang berlebihan bagi ubat jenis x ini tidak
memberikan kesan merbahaya kepada tubuh manusia. Akan tetapi, dos
yang tidak mencukupi tidak memberikan kesan pengubatan yang
diharapkan dan akan mengganggu rawatan.Hospital tesebut telah lama
membeli ubat jenis x ini daripada satu pembekal dan mengetahui
sisihan piawai populasi alah 2cc. Apabila disemak 50 dos ubat jenis x
yang ditempah ini secara rawak, min yang didapati ialah 99.75cc. Jika
hospital tersebut menetapkan aras keertian sebagai 10% adalah dos
yang ditempah mencukupi?
3. Suatu laporan menyatakan bahawa umur min penduduk Bandar
berkahwin pertama kali adalah lebih daripada 23 tahun dengan sisihan
piwai 4.2 tahun. Suatu sampel rawak 100 orang yang sudah berkahwin
menunjukkan min umur mereka berkahwin pertama kali pada umur 24
tahun. Jika aras keertian ialah 0.05 dan umur mereka berkahwin
pertama kali bertabur secara normal, uji samada dakwaan laporan itu
boleh diterima atau perlu ditolak.
4. Sebuah mesin mengeluarkan dawai yang panjang minnya 16sm dan
sisihan piawai 0.9sm. Sampel rawak 25 dawai diukur dan didapati
panjang minnya 15.7 sm. Uji hipotesis bahawa panjang min dawai yang
dibuat bukan lagi 16 sm pada aras keertian 5%. Anggap populasi
panjang dawai hampir normal.
5. Seorang pengilang kereta bercadang membeli mesin pembuat
motorsikal yang baru. Beliau mengakui bahawa min bilangan motorsikal
yang dibuat dalam masa satu jam dengan mesin lama ialah 150 biji
dengan sisihan piawai 6 biji. Pengilang tersebut akan membeli mesin
pembuat motorsikal baru sekiranya beliau dapat membuktikan bahawa
mesin baru adalah lebih berkesan. 16 sampel larian, setiap satu
sebanyak satu jam telah dipilih secara rawak daripada mesin baru,
menghasilkan min bilangan 153 biji. Anggap bilangan motosikal adalah
bertaburan hampir Normal.Uji hipotesis pengilang dengan menggunakan
α = 0.05
6. Hayat sejenis komponen yang dikeluarkan oleh syarikat A ialah
bertaburan normal dengan min 800 jam dan sisihan piawai 40 jam. Jika
satu sampel rawak mengadungi 20 komponen menghasilkan min 788
jam, adakah data ini menyokong bahawa min populasi berlainan daripada
800jam? Gunakan aras keertian 0.05.
7. Bagi system yang sedia ada min masa pengeluaran satu produk ialah 50
saat. Syarikat berkenaan ingin menguji satu system baru berkomputer
bagi pengeluaran produk tersebut dan didapati min bagi 12 barang ialah
42 saat. Uji pada aras keertian 0.05 dan 0.01. Adakah wajar system
lama digantikan. Andaikan masa pengeluaran masa bertaburan normal.
8. Berikut adalah data yang telah direkodkan.

n 1 2 3 4 5
Kaedah 1 2.0 2.0 2.3 2.1 2.4
Kaedah 2 2.2 1.9 2.5 2.3 2.4
Dengan mengandaikan taburan populasi adalah normal, uji pada aras
keertian 0.05. Adakah kaedah-kaedah tersebut memberikan hasil yang
sama?
9. Dua sampel pencerapan tak bersandar diambil. Bagi sampel A 60 unsur,
min adalah 86 dan sisihan piawai 6. Sampel B pula adalah 75
unsurmempunyai min 82 dan sisihan piawai 9.Menggunakan α = 0.01 .
Ujikan samada 2 sampel tersebut boleh dikatan diambil daripada
populasi yang mempunyai min sama.
10. Seorang saintis ingin mengetahui sama ada varians hayat manusia di
bintang Marikh adalah melebihi 4 tahun. Untuk membuktikan
kecurigaan ini, 25 angkasawan telah dipilih secara rawak daripada
planet tersebut dan menghasilkan min 10 tahun dengan sisihan piawai 3
tahun.Uji hipotesis saintis pada aras keertian 5%
11. A seorang CEO di sebuah syarikat mendakwa bahawa lebih daripada
10% inbois yang dikeluarkan mempunyai sekurang-kurangnya 1
kesilapan. Untuk membuktikan kecurigaan ini beliau telah memilih 100
inbois secara rawak daripada rekod yang disimpan dan mendapati 12
inbois mempunyai sekurang-kurangnya 1 kesilapan. Beliau bercadang
untuk memberi amaran kepada pekerjanya, jika apa yang diragukan itu
dapat dibuktikan benar.
12. Pembuat lampu kereta memperakui bahawa lampu keluarannya
mempunyai hayat bertaburan hampir normal dengan sisihan piawai 0.9
tahun.Jika sampel rawak 10 lampu menghasilkan s=1.2 tahun, bolehkah
kita membuat kesimpulan bahawa δ > 0.9 tahun. Gunakan aras keertian
0.05.

You might also like