You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS DAN SAINS TULEN KALI PERTAMA TAHUN 2013 Tarikh Hari Masa Tempat

Pengerusi Kehadiran : : : : : : 8 Januari 2013 Selasa 1.45 petang Makmal 3, SMK Sg. Kob Pn. Yaumee Anita Bt. Mohd. Nawi (Ketua Panitia) 1. Pn. Rohaya Said 2. Pn. Haniza Bt. Hamzah 3. Pn. Fairuz Bt. Darus 4. Pn. Hanani Bt Mansor 5. Pn. Nurul Asyiken Bt Md Rashid 6. En. Rosdi Bin Abu Bakar 7. En. Jayasiman a/l Subramaniam 8. En Abd. Rahim b Abu Hassan 9. Pn. Salha bt Mat Isa 10. Pn. Siti Nor Basirah Bt Bakri 11. En. Zamri Bin Saad 12. En. Nurul Hafiz Bin Mohd. Zain Pn. Ramlah Bt. Mohd. Isa (Guru Kanan Sains dan Matematik)

Turut hadir I.

II.

PERUTUSAN PENGERUSI Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia dan mengucapkan selamat datang kepada 2 orang ahli panitia yang baru iaitu En Zamri dan En Nurul Hafiz yang memikul tugas sebagai guru matapelajaran Fizik menggantikan Pn. Fazila Mustafa Makluman: Semua guru PERUTUSAN PENTADBIR 2. Pn. Ramlah mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. 3. Guru-guru diminta supaya memahami Dashboard yang menyatakan bahawa Kedah menjadi Top 5 di Malaysia. Perancangan Tahunan Panitia juga perlu mematuhi kehendak Dashboard. 4. Pada tahun ini, beberapa kem akan dianjurkan bagi pelajar target A 5. Bagi tingkatan 4 dan 5, jumlah pelajar target A sudah dikenalpasni. 6. Pada minggu pertama persekolahan, Tuan Pengetua memohon semua guru supaya menyerahkan Kontrak Latihan Pelajar. 7. Semua guru boleh merujuk kepada Buku Bahtera bagi jadual pencerapan mengikut kehendak SKPM. Tindakan: Semua guru Makluman: Semua guru MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KEDUA 8. Pn. Hanani mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn. Rohaya. PERKARA BERBANGKIT 9. TOV tingkatan 2 dan Tingkatan 4 perlu didisi oleh guru untuk HC3.

III

IV

10. 11.

Pada tahun 2012, inkubator sudah dibeli dan pada 2013, buku rujukan baru akan dibeli Bagi PEKA, semua guru telah menyerahkan fail PEKA kepada Puan Ramlah, guru Matapelajaran tahun ini sila ambil semula di tempat Puan Ramlah. Tindakan: Semua guru Makluman: Semua guru

AGENDA PROFESIONAL 12 Pemantauan Kurikulum berkualiti (PKB) a. Penolong Kanan akan mengisi markah SKPM bagi semua guru. b. Guru-guru perlu menyerahkan buku latihan pelajar selepas setiap kali dicerap. Makluman: Semua guru 13 Analisis & Post Mortem PMR Tahun 2012 g. Bagi Sains, peratus lulus menurun daripada 92.41% kepada 87.65%. Tetapi, bilangan pelajar yang mendapat A meningkat daripada 17 orang ke 28 orang pelajar. h. Terdapat 4 buah kelas yang lulus 100% iaitu 3Arif, 3 Bijak, 3 Cekal dan 3 Usaha. i. Kelas 3 Waja mencatatkan bilangan pelajar yang paling ramai gagal iaitu 12 orang diikuti kelas 3 maju iaitu 9 orang. j. Kelas 3 Bijak mencatatkan jumlah A paling banyak iaitu 15 orang diikuti 3 Arif iaitu 10 orang, 3 cekal 2 orang dan 3 Elit 1 orang pelajar. k. Tiada pelajar yang gagal 1 matapelajaran subjek Sains , tetapi terdapat 2 orang pelajar yang gagal 2 matapelajaran iaitu Sains dan Matematik. l. Menurut analisis PMR, jika kita dapat mengatasi gagal 1 dan 2 subjek, peratus lulus sekolah akan meningkat ke 76.9%. m. Penilaian yang dapat dibuat bagi program 2012 ialah, Kelas Bimbingan Berfokus diadakan secara borong dan bukan berfokus, Program LATU hanya berkesan kepada pelajar di kelas yang berpotensi baik sahaja, manakala bagi kelas yang kurang berpotensi, tidak membantu dan tidak sesuai. Dicadangkan bahawa pada tahun ini, LATU bagi kelas yang kurang berpotensi, dibuat P&P seperti biasa tanpa membuka pembahagi kelas. Pada tahun 2012 juga berlaku vandalisme di kalangan pelajar kelas belakang semasa Program LATU dan mereka mengambil kesempatan untuk ponteng dan membuang masa. Makluman: Semua Guru 14 Perancangan Strategik 2013 n. Kelas Bimbingan Berfokus PMR akan diadakan dari bulan Februari hingga Ogos Tindakan: Puan Hanani & En. Shahril o. Kelas Bimbingan Berfokus SPM akan diadakan dari bulan Februari hingga September Tindakan: Pn. Rohaya & En. Zamri p. LATU PMR akan diadakan dari bulan Jun hingga September. Tindakan: Pn. Haniza & En. Shahril q. LATU SPM akan diadakan dari bulan Jun hingga Oktober Tindakan: Pn. Nurul Asyiken & En. Hasni r. Konsep Masteri bagi tingkatan 1 dan 2, cuma perlu tambah maklumat yang sedia pada papan kenyataan. Guru boleh meminta bantuan daripada ahli Persatuan Sains dan Matematik yang diterajui oleh Puan Alifah bagi menyiapkan papan kenyataan. Tindakan: Pn. Siti Basirah s. Program Jom Skor A dicadangkan untuk menggunakan buku koleksi peperiksaan sebenar yang disusun mengikut topik. Bagi matapelajaran Fizik, adalah dicadangkan supaya pelajar membeli buku sendiri. Bagi subjek Kimia(40 buah), Biologi(40 buah) dan Sains(80 buah), buku tersebut akan dibeli dengan menggunakan wang Panitia sains Tindakan : Semua guru Sains. t. Bengkel teknik menjawab soalan PMR Kertas 2 dan SPM Kertas 2 & 3 dicadangkan diadakan Kem 1 hari dari pagi sehingga petang pada 6/4/2013. Program ini hanya menggunakan khidmat guru SMK Sungai Kob sahaja. Tindakan : Pn. Haniza, Pn. Ramlah & En. Rosdi

u.

v.

w. x. y.

z.

aa. bb. cc. dd. ee.

ff. gg.

Kem Smart Sains & Matematik PMR Fasa 1 bagi Kumpulan A akan diadakan dengan anjuran bersama Panitia Kemanusiaan pada 1/2/2013 hingga 2/2/2013. Sejumlah 50 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan akan dipilih bagi menyertai program ini dan mereka dikehendaki tidur di sekolah. Guru perlu menyediakan bahan bagi aktiviti. Slot bagi Sains adalah pada hari Sabtu pada pukul 10 pagi hingga 12 tengahari. Tindakan : Semua guru Sains dan Matematik Kem Smart Sains dan Matematik SPM Fasa 1 Kumpulan A tidak dianjurkan bersama dengan panitia lain. Tarikh yang dipersetujui ialah 21/2/2013 hingga 22/2/2013, hari Khamis hingga Jumaat. Pelajar akan tidur di sekolah. Fasa kedua dicadangkan diadakan pada 18/4/2013 hingga 19/4/2013. Tindakan : Semua guru Sains & Matematik. Kem Guru Muda akan dilaksanakan oleh ahli Panitia Matematik. Terdapat 7 program bagi melaksanakan Program Semua Lulus Sains dan Matematik. Butiran adalah seperti berikut. Program Memoriku akan dijalankan dari bulan Januari hingga Ogos. Pelajar akan diberi latihan pada setiap hujung minggu bagi mengingat kembali sukatan Tingkatan 4 (SPM) dan Tingkatan 1 & 2 (PMR). Tindakan : Semua guru Sains Klinik Sains dan Matematik membolehkan pelajar dibimbing oleh guru bagi menjawab soalan yang mudah. Sasaran adalah pada pelajar yang lemah dan perlaksanaannya adalah pada waktu Pendidikan Jasmani atau Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, mengikut kesesuaian guru yang mengendalikannya. Tindakan : Semua guru Sains & Matematik. Program Retest memerlukan pelajar menjawab semula soalan ujian atau peperiksaan selepas perbincangan bersama guru bagi mengukuhkan kefahaman pelajar. Tindakan : Semua guru Sains & Matematik LDP Kursus Pengajaran Kreatif akan menggunakan khidmat penceramah jemputan Tindakan : Pn. Yaumee LDP PBS bagi Tingkatan 1 & 2 akan diadakan pada 12/1/2013, masa 8.30 pagi Tindakan : En. Rahim LDP Kursus Pemantapan PEKA sains Tingkatan 4 dan 5 akan diadakan pada 12/1/2013 masa 8.30 pagi. Tindakan : Pn. Nurul Asyiken. Program Minggu Bermaklumat Sains dan Matematik memerlukan masa 2 minggu untuk dilaksanakan kerana 1 minggu terlalu pendek dan tidak semua aktiviti dapat dijalankan. Program ini akan dianjurkan bersama Persatuan Sains dan Matematik. - Aktiviti Dunia Sains diganti dengan Pertandingan Melukis Banner bertemakan Sains dan Teknologi. - Aktiviti yang ditambah ialah Membina Model Dengan Menggunakan Konsep Sains dengan menggunakan bahan terpakai. Aktiviti ini akan dijalankan bersama dengan Persatuan Rekacipta dan penyertaan adalah secara berkumpulan. Seorang guru perlu mempunyai 1 kumpulan di bawah penyeliaannya. - Aktiviti lain seperti Pertunjukan sains, Roket Air, Kuiz Spontan, Buku Skrap dan Formula One dikekalkan pada tahun ini. - Jumlah aktiviti adalah 7. Info Sains akan dilaksanakan dengan mempamerkan maklumat berkaitan dengan sains dan teknologi dalam bilik-bilik khas dan papan kenyataan sains. Tindakan : Pn. Haniza, Pn. Hanani Buletin Sains /Matematik akan diterbitkan 2 kali setahun Tindakan : Pn. Siti Basirah, Pn. Haniza dan Pn. Hanani.

15

Anggaran Perbelanjaan panitia 2013 hh. Wang bagi Sains Teras adalah RM10 350 dan sejumlah RM10 000 perlu dibelanjakan. Wang bagi Sains Tulen adalah RM4354 dan sejumlah RM3800 perlu dibelanjakan. Makluman: Semua guru ii. Pembantu makmal perlu wujudkan sebuah buku log bagi merekod keperluan makmal yang sudah rosak atau tiada. Antara peralatan yang sudah tiada ialah kaki retort, sumber kuasa dan carta. Tindakan : Pembantu makmal Penilaian dan Pengajaran jj. Ketua Panitia akan memberikan Kontrak Latihan Pelajar kepada semua guru Tindakan: Pn. Yaumee Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kk. Pada 12/1/2013 akan diadakan LDP bagi PBS. Semua guru sains dan matematik dijemput hadir Tindakan: Semua guru sanis & matematik PEKA ll. Hanya pelajar Tingkatan 3 hingga 5 yang terlibat pada tahun ini. Guru perlu mengambil fail PEKA pelajar dari bilik Pn. Ramlah Tindakan : Guru matapelajaran matapelajaran

16

17

18

VI

HAL-HAL LAIN 19. Plug elektrik di Makmal 3 yang terbakar perlu dibaiki. Tindakan : Pn. Yaumee dan En. Zamri 20. En. Ishak (PK Petang) memesan supaya guru menulis evidens yang dinilai di ruang sebelum refleksi di dalam rancangan mengajar harian. Makluman : Semua guru 21. Guru matapelajaran bagi Tingkatan 4 & 5 perlu merujuk kepada Dashboard manakala bagi guru Tingkatan 3 perlu merujuk kepada Profil Makluman : Semua guru 22. Pembantu makmal perlu membantu guru untuk mengendalikan eksperimen. Akan tetapi, radas yang digunakan perlu dicuci oleh pelajar sendiri kerana ia terdapat di dalam konstruk penilaian PEKA Tindakan : Pembantu makmal Makluman : Semua guru 23. Kepala paip bagi semua makmal perlu dibeli. Dicadangkan supaya wujudkan 3 pili air di luar makmal. Tindakan: Pn. Yaumee 24. Pembantu makmal perlu menyediakan keperluan radas dan peralatan eksperimen mengikut kumpulan pelajar di dalam basin yang berasingan bagi memudahkan guru dan pelajar mengendalikan eksperimen dengan sistematik. Tindakan : Pembantu makmal Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.40 petang Disediakan oleh: . (Pn. Fairuz Binti Darus) S/U Panitia sains Disemak oleh: (Pn. Yaumee Anita Bt Mohd Nawi) Ketua Panitia Sains

You might also like