You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AJK PIBG PERTAMA/2013 SK ULU GERUNTUM TARIKH HARI MASA TEMPAT KEHADIRAN : : : : 1 MAC 2013 JUMAAT

9.00 PAGI BILIK GERAKAN, SK ULU GERUNTUM. : -Penasihat -Pengerusi -Naib pengerusi -Setiausaha -Bendahari -AJK (Wakil Guru) -AJK (Wakil Guru) -AJK (Wakil Ibu Bapa) -AJK (Wakil Ibu Bapa) -AJK (Wakil Ibu Bapa) -AJK (Wakil Ibu Bapa)

1. En Mohamad Yusri Bin Mohamad Yusuf 2. En Bah Judu A/L Ah Tangoi 3. En Bah Onn A/L Bah Tilan 4. Cik Syakhira Husna Bt Illias 5. En Mohamad Amir Shah Bin Ahmad 6. En. Renganathan A/L Chinathambi 7. En Supramaniam A/L Munusamy 8. En Bah Pani A/L Harun 9. En Bah Anjang A/L Bah Pergam 10. En Robin A/L Bah War 11. Pn Wah Moon A/P Mohamad TIDAK HADIR BERSEBAB : 1. En Mohd Ridzuan Bin Ismail 2. En Uda Gegak A/L Long 3. Pn Beledheed A/P Bah Awin

-AJK (Wakil Guru) -AJK (Wakil Ibu Bapa) -AJK (Wakil Ibu Bapa)

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa PIBG dan pihak pentadbir dalam mesyuarat kali ini. 2. UCAPAN YANG DIPERTUAN AGUNG PIBG (YDP) 2.1. YDP mengalu-alukan kedatangan setiap ahli jawatankuasa ke mesyuarat kali pertama pada tahun ini. 2.2. YDP memaklumkan bahawa setiap keputusan yang diambil sewaktu mesyuarat ini dijalankan akan dipersetujui walaupun terdapat beberapa AJK yang tidak dapt hadir pada hari ini. 3. UCAPAN PENASIHAT PIBG 3.1. Penasihat PIBG mengalu-alukan kehadiran ahli jawatankuasa kerana berusaha untuk hadir ke mesyuarat pada kali ini. 1

3.2. Penasihat PIBG menegaskan peranan ahli jawatankuasa PIBG adalah sebagai partnership dalam membantu memajukan sekolah. PIBG bukan badan bayangan tetapi perlu menolong sekolah 100%. 3.3. Penasihat memaklumkan bahawa pihak sekolah telah memberi borang soal selidik kepada ibu bapa namun malang sekali pihak sekolah hanya menerima 30 borang daripada 90 borang yang telah diberi. Borang soal selidik ini amat penting bagi sekolah merangka program kejayaan murid sekolah ini. 3.4. Penasihat memaklumkan bahawa jumlah murid pada waktu ini adalah seramai 131 orang. Penasihat PIBG mengakui bahawa berlaku keciciran di mana terdapat 2 orang murid tidak mahu datang kes sekolah walaupun nama mereka telah didaftarkan. Pihak sekolah juga telah berusaha memujuk mereka dengan pergi ke rumah mereka namun masih gagal membawa mereka ke sekolah. Pihak sekolah amat berdukacita dengan situasi ini. Pihak sekolah telah berbincang dengan ibu bapa terbabit dan memohon agar ahli jawatankuasa PIBG dapat memainkan peranan. 3.5. Penasihat memaklumkan bahawa jumlah guru adalah seramai 16 orang. Seorang guru iaiatu Pn Zaiharani Bt Zainon Abidin telah bertukar ke Pulau Pinang dan tempatnya diganti oleh Encik Abdul Rahim Bin Daud dari SK Pos Dipang. 3.6. Penasihat memaklumkan bahawa keputusan UPSR pada tahun lepas adalah 16.7% sahaja. 5 orang murid telah lulus semua matapelajaran. Penurunan peratusan pencapaian sekolah menurun dan ini membimbangkan pihak sekolah. 3.7. Penasihat memohon agar pada mesyuarat kali ini, setiap ahli jawatankuasa dapat menetapkan tarikh untuk menjalankan Mesyuarat Agung PIBG. 3.8. Penasihat memaklumkan bahawa kewangan PIBG berada dalam keadaan kritikal. 4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 4.1. Encik Bah Anjang A/L Bah Gaji mencadangkan minit mesyuarat yang lalu dan disokong oleh En. Renganathan A/L Chinathambi 5. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 5.1. YDP memaklumkan hari sukan sekolah telah dijalankan dengan jayanya walaupun diadakan agak lewat.ini kerana program sepanjang tahun lepas agak padat. YDP menasihatkan agar pada tahun ini sukan sekolah akan diadakan seawal bulan Julai. YDP memohon agar sukan sekolah tidak dijalankan pada hari Ahad kerana semua ahli jawatankuasa yang menganut agama Kristian perlu hadir ke upacara sembahyang pada hari Ahad. Ahli mesyuarat memutuskan untuk membawa usul ini ke Mesyuarat Agung yang bakal diadakan kelak. Tindakan : Setiausaha PIBG/YDP

5.2. Pengerusi Majlis mencadangkan agar Mesyuarat Agung PIBG diadakan pada 15 Mac 2013. Semua ahli jawatankuasa memutuskan untuk menerima cadangan tersebut. Makluman : Semua AJK 5.3. Pengerusi Majlis membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun lepas (2012/2013) iaitu Hari Anugerah, Program Sarana dengan kerjasama YEOP Berhad dan Penyampaian Wang Bantuan Persekolahan 2013. Makluman : Semua AJK 6. LAPORAN BENDAHARI 6.1. Bendahari membentangkan penyata kewangan yang bertarikh 1 Januari hingga 30 Disember 2012. Beliau memaklumkan bahawa baki di bank adalah RM 40.00 sahaja. Tindakan : Makluman 6.2. Beliau memaklumkan bahawa YEOP Berhad telah memberi sumbangan sebanyak RM 1000 untuk pembangunan pasukan hoki sekolah. Tindakan : Makluman 6.3. Bendahari mencadangkan agar PIBG membuat sumbangan bagi menambahbaik kewangan PIBG seterusnya permohanan penambahan wang PIBG akan dihantar ke Pejabat Pelajaran Perak setelah mendapat kelulusan ahli jawatankuasa PIBG. 6.3.1. Ahli jawatankuasa mencadangkan agar setiap keluarga pada tahun ini menyumbang sebanyak RM 15 berbanding tahun lepas hanya RM 10. 6.3.2. Semua ahli mesyuarat menyokong cadangan ini dan memutuskan usul ini akan dibawa ke Mesyuarat Agung kelak. Tindakan : Makluman 7. HAL-HAL LAIN 7.1. Penasihat PIBG memohon agar semua ahli jawatankuasa membenarkan anak mereka tinggal di asrama. Ini bagi membolehkan pihak sekolah menjalankan kelas malam. Tindakan : Makluman 7.2. Penasihat PIBG memohon agar ahli jawatankuasa menjaga keselamatan anak mereka dengan memantau keluar masuk asrama. Jika mahu membawa anak keluar, sila catat di pondok pengawal. Banyak masalah berlaku apabila murid keluar masuk asrama sesuka hati mereka. Tindakan: Makluman 7.3. Penasihat memaklumkan bahawa Bantuan Persekolah sebanyak RM 100 akan diberi. Pada tahun ini pihak sekolah berharap bantuan KWAPM akan diterima secepat yang mungkin dan berharap agar tidak berlaku sebarang keciciran. Tindakan : Makluman 7.4. Penasihat memaklumkan bahawa Bah Samsi dan Rocky A/L Bah Love disenaraikan sebagai pelajar cicir. 3

Tindakan : Makluman 7.5. Ahli jawatankuasa memaklumkan bahawa terdapat beberapa kanak-kanak di Empangan Min dilihat tidak pergi ke sekolah. Ahli jawatankuasa bimbang sekiranya berlaku keciciran di kawasan terbabit. Bagi mengatasi masalah ini, ahli jawatankuasa memutuskan agar setiap wakil kampung untuk pergi memantau dan memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kanak-kanak yang telah cukup umur tetapi tidak hadir ke sekolah. Tindakan : Semua AJK 7.6. Ahli jawatankuasa mengutarakan pertanyaan kepada ahli mesyuarat sekiranya terdapat pelajar asrama sakit atau lapar, kepada siapa perlu pelajar terbabit rujuk. Penasihat memaklumkan bahawa terdapat warden yang tinggal di asrama dan sekiranya terdapat masalah, pelajar terbabit boleh merujuk kepada warden. Tindakan: Penasihat PIBG/ Makluman 7.7. YDP memaklumkan bahawa setiap wakil kampung perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Ini bagi memastikan setiap maklumat tentang sekolah dapat disampaikan dengan tepat. Tindakan : Semua AJK 7.8. YDP memberi cadangan jika pelajar sekolah melakukan kesalahan maka guru boleh memberi tindakan atau hukuman yang setimpal bagi membolehkan murid terbabit sedar dengan kesalahan yang telah dilakukan. Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 pagi.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

............................................. ( SYAKHIRA HUSNA ILLIAS ) Setiausaha PIBG, SK Ulu Geruntum, Gopeng.

............................................... ( En Bah Pani A/L Harun ) Yang Dipertua PIBG, SK Ulu Geruntum, Gopeng.

You might also like