You are on page 1of 9

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOPEN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAHUN 2007/2008 TEMPAT : SM DATUK ABDUL RAZAK

TARIKH : 24 JULAI 2008 (KHAMIS)


1. MENGUMUMKAN KETIBAAN

Yang Berhormat Tn Shamsulkahar b Mohd Deli , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran NSDK mewakili Menteri Besar NSDK
2. NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Negaraku. 3. BACAAN DOA

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Dengan Limpah Kurnianya Marilah sama-sama kita mohon taufik serta hidayah Sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan tahun 2007/2008 Majlis mempersilakan En.Mohd Aris B Yusof, Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NS untuk membacakan doa. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada .En.Mohd Aris b. Yusof.atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN PROTOKOL Yang Berhormat Tn Shamsulkahar b Mohd Deli , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili Menteri Besar NSDK Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Adenan b Deraman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Yang Dihormati Tn Hj Jamali b Hj Salam, Timbalan Pengarah Pelajaran NSDK Yang Berusaha Tn Mohd Noh B Abadan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan Tahun 2007/2008 Tn Hj Azam b Md.Atan, Pengetua Kanan SM Datuk Abdul Razak Merangkap Pengerusi Majlis Pengetua Malaysia Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah Ketua-ketua Jabatan Bahagian Teknologi Pendidikan ,JPNS dan Jemaah Nazir Negeri Sembilan Tn Hj Isa Pengetua Merangkap Pengerusi Majlis Pengetua NSDK Tn Kamarolzaman b Othman Guru Besar SK Batu Kikir Merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar NSDK Pengetua-pengetua kanan , para pengetua Guru-guru Besar cemerlang, para guru besar, Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan Para jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan Asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

4.

UCAPAN ALUAN Sirih pinang di dalam puan Buat santapan putera idaman Sebagai hidangan puteri rupawan Buat cicipan dagang nan maulan Selamat datang kami ucapkan Buat tuan puan budiman Ke sidang majlis penuh taakulan Bersama merapat ukhwah dan taulan

Hadirin yang dihormati, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dapat kita mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat NSDK . Saya bagi pihak JK Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat serta para jemputan ke Majlis ini. Untuk makluman semua majlis ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan para pendidik menghasilkan serta menggunakan BBM Perisian Multimedia interaktif merentasi KBKK secara bersepadu serta menggalakkan guru-guru membina laman web yang berinformatif sesuai dengan matlamat dan halatuju pendidikan ke arah pembentukan dan juga perluasan pembestarian sekolah, selaras dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu meningkatkan kualiti infrastruktur sokongan pengajaran dan pembelajaran yang berkarisma. 4.1. TAYANGAN KLIP VIDEO

Hadirin yang dihormati, BTPN merupakan jaringan peringkat negeri yang melaksanakn dasar dan aplikasi teknologi pendidikan. Ia merupakan pusat professional pendidikan untuk membantu guru-guru meningkatkan kualiti pendidikan dalam bilik darjah. Hal ini dilaksanakan melalui konsep perkongsian, permuafakatan dan penglibatan kumpulan guru di semua peringkat seluruh Negara. Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan, program peningkatan profesinalisme guru dan penyebaran inovasi pendidikan dilaksanakan melalui perkhidmatan sokongan serta penyebaran budaya teknologi pendidikan. Dengan ini dipersembahkan tayangan klip video korporat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK. Terimaka kasih diucapkan kepada krew penggambaran atas penghasilan klip video korporat BTPN, NSDK

4.1

UCAPAN KPP

Tuan-tuan dan puan-puan, Majlis pada petang ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Mohd Noh b Abadan, Ketua Penolong Pengarah Bhg Tekn Pend Negeri NSDK. Majlis dengan hormatnya mempersilakan Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan KPP BTPNNS atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. 4.2 UCAPAN PENGARAH BTP Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya mempersilakan Tn Hj Adenan bin Deraman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM menyampaikan ucapan. Dipersilakan Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah BTP, KPM 4.3 UCAPAN PERASMIAN Hadirin yang dihormati, Kini tibalah masanya yang kita tunggu dan nantikan iaitu Perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat negeri Sembilan Tahun 2007/2008. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Tn Shamsulkahar b Mohd Deli , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran NSDK mewakili Menteri Besar NSDK menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis pada petang ini. Dipersilakan Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat.

4.4 TAYANGAN MULTIMEDIA Hadirin yang dihormati, Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif merentasi KBKK berasaskan MS Powerpoint merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN pada setiap tahun. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri melalui rangkaiannya iaitu Pusat Kegiatan Guru sentiasa memberikan bimbingan kepada guru-guru setempat dalam meng hasilkan bahan sumber pendidikan yang dapat meningkatkan potensi minda pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan En Noor Haslin.. dari SMK Jelai Felda mempersembahkan BBM Perisian Multimedia Interaktif merentasi KBKK berasaskan MS Powerpoint yang telah dihasilkan. Terima kasih diucapkan kepada En Noor Haslin 5 PENYAMPAIAN SIJIL/ANUGERAH Hadirin yang dihormati, 5.1 Acara seterusnya adalah penyampaian sijil dan watikah MS ISO 9001/2000. Untuk penyempurnaan acara dijemput En Kamaruzzaman b Hj Ayub, wakil Pengurusan BTPNNS mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Adenan b. Deraman, Pengarah Bahagian Tekologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia naik ke pentas. Dipersilakan Tn Mohd Noh b Abadan menerima Sijil MS ISO 9001/2000. Tahniah diucapkan. Seterusnya dipersilakan En Mat Azalan b. Budin, Penolong Pengarah BTPNNS menerima watikah perlantikan pasukan petugas Kualiti BTPNNS Tahun 2008. Penyampaian sijil penghargaan diteruskan dengan mempersilakan wakil PKG Tampin bagi menerima sijil penghargaan penyediaan dokumen ISO. Dipersilakan juga wakil PKG penyediaan dokumen ISO. Rembau menerima sijil penghargaan

Di kesempatan ini juga disampaikan anugerah pendokumentasian Terbaik PKG Negeri Sembilan. Bagi Kategori PKG Berbangunan anugerah ini diberikan kepada PKG Rompin. Dipersilakan wakil PKG Rompin..

Bagi Kategori PKG Berbangunan khas anugerah ini diberikan kepada PKG Kota. Dipersilakan wakil PKG Kota.. Tahniah diucapkan.. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah BTP, KPM atas penyempurnaan acara itu tadi. 5.2 Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis pada petang ini kita teruskan dengan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang diadakan dan anugerah-anugerah kecemerlangan TEKNOPEN. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Mohd Noh b Abadan, Ketua Penolong Pengarah BTPNNS mengiringi Yang Berhormat Tn Shamsul Kahar b Mohd Deli , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan mewakili Menteri Besar NS menyempurnakan acara. 5.2.1 Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif Berasaskan MS Powerpoint Kategori Sekolah Menengah Tempat Ketiga dimenangi ...................................... Tempat Kedua dimenangi .. Tempat Ketiga disandang Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif Berasaskan MS Powerpoint Kategori Sekolah Rendah Tempat Ketiga dimenangi ...................................... Tempat Kedua dimenangi .. Tempat Ketiga disandang Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif Berasaskan MS Powerpoint Kategori Pra - Sekolah Tempat Ketiga dimenangi ...................................... Tempat Kedua dimenangi .. Tempat Ketiga disandang

5.2.2 Seterusnya Anugerah Pertandingan Laman Web Sekolah Tempat Ketiga dimenangi Tempat Kedua dimenangi Tempat Ketiga disandang 5.2.3 Anugerah seterusnya adalah Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang. Bagi Kategori Sekolah Menengah Bandar, dipersilakan .............. Bagi Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, dipersilakan ...... Bagi Kategori Sekolah Rendah Bandar, dipersilakan .............. Bagi Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, dipersilakan .......... Sekolah-sekolah yang disebutkan tadi mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2008. 5.2.4 Anugerah seterusnya adalah Anugerah Tokoh Nilam Negeri Bagi Kategori Sekolah Menengah Bandar, dipersilakan .............. .. Bagi Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, dipersilakan ...... Bagi Kategori Sekolah Rendah Bandar, dipersilakan .............. Bagi Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, dipersilakan .......... .. Pelajar-pelajar yang disebutkan tadi mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada awal tahun ini. 5.2.5 Seterusnya disampaikan juga anugerah Guru Inovatif Negeri Sembilan. Dipersilakan 5.2.6 Seterusnya bagi anugerah Pemimpin ICT Negeri Sembilan. Dipersilakan

5.2.7 Seterusnya bagi anugerah Guru ICT Negeri Sembilan. Dipersilakan 5.2.8 Anugerah seterusnya adalah Anugerah Pengguna Tertinggi dan Aktif Think.com. Bagi kategori sekolah menengah dimenangi oleh .. Bagi kategori sekolah rendah dipersilakan .. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat atas kesudian menyampaikan hadiah dan sijil-sijil penghargaan.

5.1 PENYAMPAIAN CENDERAMATA Sebagai tanda penghargaan & terima kasih kami, pihak majlis menjemput Tn Mohd Noh B Abadan, Ketua Penolong Pengarah BTPNNS untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Tn Shamsul Kahar b Mohd Deli , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan. Tk Tuan Seterusnya dijemput Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Adenan B Deraman Pengarah Bahagian Tekologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. TK tuan Dijemput juga Yang Dihormati Tn Hj Jamali b Hj Salam, Timbalan Pengarah Pelajaran NSDK. TK tuan Dijemput juga Tn Hj Azam b Md.Atan, Pengetua Kanan SM Datuk Abdul Razak Merangkap Pengerusi Majlis Pengetua Malaysia. TK tuan Terima kasih diucapkan kepada Tn KPP BTPNNS

5.2 UCAPAN PENUTUP & JAMUAN Tuan-tuan dan puan-puan, Maka sempurnalah sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN . Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program ini amat dihargai dan kami berasa begitu terharu dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak. Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung Semoga kecemerlangan teknologi pendidikan mewarnai kegemilangan pelajar, guru, institusi pendidikan dan negara. Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Sebelum bersurai, sudilah apa kiranya menjamu selera hidangan yang tersedia. Pihak majlis menjemput Tn Mohd Noh B Abadan mengiringi Yang Berhormat serta para tetamu ke tempat jamuan. Sekian, wbt.

You might also like