You are on page 1of 45

1.

KONSEP DAN PRINSIP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH

RENDAH Konsep dan prinsip pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mempunyai ciri tersendiri seperti mata pelajaran yang lain. Ia turut mempunyai item-item utama seperti pentaksiran, pengujian, dan penilaian. Pada kali ini, perbincangan lebih menekan tiga item ini sahaja.

1.1

PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Pentaksiran juga adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.

1.1.1

Tujuan Pentaksiran

1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran 2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
1

3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran. 4. . Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. 5. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. 6. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan . 7. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

1.1.1

Ciri-ciri Pentaksiran Yang Baik

Keobjektifan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.

Kebolehtadbiran kelicinan dan kerja2 susulan yg dilaksanakan secara berpusat @ berasaskan sekolah.

Kemudahtafsiran

maklumat

ttg

calon

berdasarkan

skor,

mendiskriminasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.

Kekomprehensifan mengandungi soalan2 yg mewakili semua objektif yang penting.

1.2

PENGUJIAN Menurut Sax,1980, pengujian ialah kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan

untuk memperoleh pemerhatian sistematik tentang sifat atau trait seseorang berkaitan dengan aspek pendidikan dan psikologi. Ia merupakan suatu proses pengukuran untuk memperoleh dan membezakan tahap pencapaian prestasi pelajar dalam pelbagai matapelajaran di sekolah. Ia boleh dilaksanakan melalui beberapa bentuk ujian contohnya seperti ujian lisan, ujian bertulis atau ujian kemahiran. Akan tetapi, ia juga boleh dijalankan tanpa memberikan tugasan tertentu bagi mengesan tingkahlaku murid seperti data pemerhatian seseorang guru terhadap muridnya. Ciri yang utama bagi pengujian ialah guru perlulah mewujudkan tugasan. Sebagai contoh, guru memberi tugasan untuk membuat peta minda tentang sesuatu tajuk karangan samada secara individu atau berkumpulan. Di dalam bilik darjah, pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkahlaku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran yang diperolehi oleh murid. Pengujian juga merupakan suatu pengukuran yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid dari segi kognitif, psikomotor dan afektif yang ingin dilaksanakan secara sistematik, normal dan efektif dalam bentuk bertulis. Ia juga bersesuaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terutama di bahagian penulisan. Pengujian memerlukan murid bertindak secara eksplisit seperti menjawab secara lisan, bertulis serta

mendemonstrasikan perubahan tingkahlaku yang berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dipelajari.

1.3

PENILAIAN Apakah itu penilaian pendidikan ? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah

proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian

menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dicapai.

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran guru. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering

dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

1.3.1

Penilaian Formatif

Ialah untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh murid.

Maklum balas ini akan memberi petunjuk-petunjuk kejayaan p&p serta kelemahan-kelemahan murid untuk diperbetulkan.

Oleh kerana penilaian formatif ini bertujuan untuk membantu dan memperbaiki proses p&p, keputusan penilaian biasanya tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan di antara seseorang murid dengan murid lain.

1.3.2

Penilaian Sumatif

Bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran.

Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

1.3.3

Cara Melaksanakan Penilaian

Terdapat dua cara melaksanakannya : Informal -Seperti pemerhatian, soal jawab lisan atau kuiz Formal -Seperti ujian pensel dan kertas.

Dalam ujian pensel dan kertas pelbagai jenis soalan hendaklah digunakan.

Semua aspek perkembangan murid yang merangkumi bidang-bidang kognitif, efektif dan psikomotor akan dinilai selaras dengan kehendak komponen-komponen kurikulum.

Semua aktiviti penilaian hendaklah direkodkan supaya penganalisaan prestasi murid-murid dapat dibuat dan kerja-kerja susulan dapat dirancangkan.

Dua jenis rekod perlu disimpan bagi setiap orang murid, iaitu rekod prestasi dan rekod profail.

Rekod prestasi akan menunjukksn pencapaian & rekod profail akan menunjukkan perkembangan pembelajaran serta minat keseluruhan murid-murid dari semasa ke semasa.

1.3.4

Kepentingan penilaian dan ujian

1. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada murid-murid dalam perkara-perkara yang hendak diajar. 2. Membantu guru mengetahui sejauh manakah murid-murid mereka telah dapat menguasai atau mempelajari akan apa yang telah disampai. 3. Bertujuan untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Ini penting untuk penilaian perpektif pencapaian atau prestasi seseorang individu. 4. Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam suatu bidang subjek dengan bidang lain. 5. Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. 6. Untuk membuat jangkaan akan potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. 7. Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

2.0

TAKSONOMI DAN DOMAIN

Taksonomi dan Domain

Taksonomi Bloom

Domain Krathwohl

2.1

TAKSONOMI BLOOM Taksonomi berasal dari bahasa Yunani tassein bererti untuk

mengklasifikasi dan nomos yang bererti aturan. Taksonomi bererti klasifikasi berhirarki dari sesuatu atau prinsip yang mendasari klasifikasi. Semua hal yang bergerak, benda diam, tempat, dan kejadian sampai pada kemampuan berpikir dapat diklasifikasikan menurut beberapa skema taksonomi. Konsep Taksonomi Bloom dikembangkan pada Benjamin Bloom, seorang psikolog bidang tahun 1956 oleh Konsep ini

pendidikan.

mengklasifikasikan tujuan pendidikan dalam tiga aspek, Iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Aspek kognitif meliputi fungsi memproses informasi, pengetahuan dan keahlian mentalitas. Aspek afektif meliputi fungsi yang berkaitan dengan sikap

dan

perasaan.

Sedangkan

Aspek

psikomotor

berkaitan

dengan

fungsi

manipulatif dan kemampuan fizik. Aspek kognitif menggolongkan dan mengurutkan keahlian berfikir yang menggambarkan tujuan yang diharapkan. Proses berfikir mengekspresikan tahap-tahap kemampuan yang harus pelajar kuasai sehingga dapat menunjukan kemampuan mengolah pemikirannya sehingga mampu mengaplikasikan teori ke dalam perbuatan. Mengubah teori ke dalam keterampilan terbaiknya sehinggi dapat menghasilkan sesuatu yang baru sebagai produk inovasi pikirannya. Untuk lebih mudah memahami taksonomi bloom, maka dapat dideskripsikan dalam dua pernyataan di bawah ini:

Memahami sebuah konsep bererti dapat mengingat informasi atau ilmu mengenai konsep itu.

Seseorang tidak akan

mampu mengaplikasikan

ilmu dan konsep

jika

tanpa terlebih dahulu memahami isinya Konsep tersebut mengalami pembaikan seiring dengan perkembangan dan kemajuan zaman serta teknologi. Salah seorang murid Bloom yang bernama Lorin Anderson merevolusi taksonomi Bloom pada tahun 1990. Hasil perbaikannya diterbitkan pada tahun 2001 dengan nama Revisi Taksonomi Bloom. Dalam revisi ini ada perubahan kata kunci, pada kategori dari kata benda menjadi kata kerja. Masing-masing kategori masih diurutkan secara hirarkis, dari urutan terendah ke yang lebih tinggi. Pada aspek kognitif kemampuan berfikir analisis dan sintesis diintegrasikan menjadi analisis sahaja. Dari jumlah enam

kategori pada konsep terdahulu tidak berubah jumlahnya karena Lorin memasukan kategori baharu iaitu creating yang sebelumnya tidak ada.

Setiap kategori dalam Revisi Taksonomi Bloom terdiri dari subkategori yang memiliki kata kunci berupa kata yang berasosiasi dengan kategori tersebut. Kata-kata kunci itu seperti terurai di bawah ini.

2.1.1 Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

1)

Pengetahuan

Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.

2)

Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.

3)

Aplikasi

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan


10

masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.

4)

Analisis

Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.

5)

Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.

6)

Penilaian

Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.

11

Dalam berbagai aspek dan setelah melalui revisi, taksonomi Bloom tetap menggambarkan suatu proses pembelajaran, cara kita memproses suatu informasi sehingga dapat dimanfaat dalam kehidupan sehari-hari. prinsip didalamnya adalah :

Beberapa

Sebelum kita memahami sebuah konsep maka kita harus mengingatnya terlebih dahulu

Sebelum kita menerapkan maka kita harus memahaminya terlebih dahulu Sebelum kita mengevaluasi dampaknya maka kita harus mengukur atau menilai Sebelum kita berkreasi sesuatu maka kita harus mengingat, memahami, mengaplikasikan, menganalisis dan mengevaluasi, serta memperbaharui

Pentahapan berfikir seperti itu bisa jadi mendapat sanggahan dari sebagian orang. Alasannya, dalam beberapa jenis kegiatan, tidak semua tahap seperti itu diperlukan. Contohnya dalam menciptakan sesuatu tidak harus melalui penatahapan itu. Hal itu kembali pada kreativitas individu. Proses pembelajaran dapat dimulai dari tahap mana saja. Namun,model pentahapan itu sebenarnya melekat pada setiap proses pembelajaran secara terintegrasi.

2.2

DOMAIN KRATHWOHL

Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julung kali menggunakan terminologi afektif (affective) dalam

memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang
12

terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex).

Diasaskan oleh, David R. Krathwohl Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk

mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. -Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

GERAK BALAS Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

13

MENILAI Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipraktikkan.

ORGANISASI Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

14

3.0

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

3.1

Definisi

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ialah satu jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.

3.2

Tujuan JSU diwujudkan.

Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan tidak tahu aras)

Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan.

3.3

Ciri-ciri JSU

Merupakan matrik yg terdiri drpd 2 paksi iaitu paksi melintang aras kemahiran dan menegak kandungan.

Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yg ditetapkan.

Mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi. Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran.

Kepayahan item dlm lingkungan 20% - 80%. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain.

15

Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran.

3.4

Kepentingan JSU

Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

kertas ujian dapat digubal secara sistematik kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin; Memberi panduan untuk membentuk format ujian. Memberi panduan untuk membentuk soalan. Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun. Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain.

Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang; Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran

16

ARAS JUM PEN. KEF. APL. ANA PER

TATABAHASA 11

21

52.5

ANTONIM

SINONIM

KESALAHAN AYAT PETIKAN

12.5

10

25

JUMLAH

18

14

40

PERATUS

45

35

17.5

2.5

100

17

Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 4.

1.Wah, _______________ sungguh Menara Berkembar Petronas ini, kata Zhi Yan. A. tinggi B. rendah

18

C. renek D. rending

2.Sambal sotong yang dimasak oleh Celin itu sangat _________ A. kurus B. pedas C. lembab D. tajam

3.Rumah baru kami besar dan _______________. A. cantik B. bulat C. buruk

4.Yin Ning merebus keladi itu sehingga __________ A. mentah B. empuk

19

C. nipis D. lemau

5.Jia Qin makan _________ roti dan __________ telur semasa sarapan di warung itu. A. sehelai sebiji C. seekor sekeping B. sekeping .sebiji D. selembar sekeping

6.Menurut Caleb, di dalam laci ini ada beberapa __________ kertas. A. buah B. helai C. biji D. ekor

7.Yee Han menghadiahi Yen Mei _____________ rantai leher. A. seutas

20

B. seulas C. setitik D. sepucuk

8.Muridmurid _________ meniru semasa peperiksaan dijalankan, kata Puan Yu Jia. A. sila B. usah C. tolong

9.___________lah ke majlis hari lahir saya pada hari Ahad nanti. A. Minta B Jemput C. Usah

10.__________ berikan wang ini kepada nenek di kampung.

21

A. Tolong B. Usah C. Jemput D. Jangan

11. ____________ duduk. Doktor akan merawat kamu sebentar lagi, kata jururawat itu kepada Yi Yow. A.Jangan B. Minta C. Sila D. Usah

12.___________ beratur ketika membeli makanan. A .Murid-murid C. Kura-kura B. Semut-semut D. Layang-layang

22

13.Rambut datuk kelihatan ____________ kerana beruban. A. erat-erat B. lurus-lurus C. putih-putih D. kusut-kusut

14.Xin Yu berehat di bawah _____________ yang rendang. A. kekura B. rerambut C. jejentik D. pepohon

15.Ka Hou menyapu ____________ yang bertaburan di halaman rumahnya. A .dedaun B. dedahan C. bebola

23

D. lelangit

16.Pokok-pokok itu tumbang ____________ hujan lebat petang semalam. A. sejak B. lalu C. kerana

17.Ji Hou menasihati Daren Oi ___________ tidak nakal lagi. A. sejak B. tatkala C. supaya

18.Shuan Lin berasa amat mengantuk _____________ tertidur di atas sofa itu. A.lalu B. tetapi

24

C. kalau D. kerana

19.Kamal ___________________ buah-buahan ini untuk nenek. A.membeli B. dibeli C. beli D. Belian

20.Pulau Langkawi sentiasa ______________ oleh pelancong di dalam dan luar negara . A.dipagari B. diberikan C. dibasahi D. dikunjungi

21.Brynt ___________ bahan bacaan tentang H1N1 kepada kawan sekelasnya.


25

A.meraikan B. mengedarkan C. menyanyikan

Soalan 22 hingga 23 pilih perkataan berlawanan yang sesuai dengan perkataan bergaris . 22. Mikhail mengikut ibunya membeli ikan di pasar. A.menjual B. mengirim C. memasak D. memudahkan

23.Restoran itu baru sahaja ditutup .A.ditanam B. disimpan C. disepak

26

D. dibuka

Soalan 24 hingga 25

pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

24. I Kami tetap dengan keputusan kami hendak ke sekolah pagi ini. II Jawatan yang dipangku oleh ayah tetap dan berpencen. III Majlis perkahwinan Wing Hang tetap akan berlangsung pada bulan ini. IV Tarikh lawatan ke Ipoh sudah tetapi. A.I dan II sahaja B. I, II dan III sahaja

27

C. I, II, III dan IV

25.

Gambar yang tergantung pada dinding itu seolah-olah hidup.

II Cikgu Benjamin tidak biasa dengan cara hidup di desa. III Bara api yang di digunakan oleh ibu untuk memanggang ikan itu masih hidup. IV Walaupun Pak Daud sekeluarga miskin tetapi hidupkan mereka bahagia. A.I sahaja B. I, dan III sahaja C. I, II, III dan IV

Soalan 26 hingga 27 pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

28

26. Ibu saya guru di sekolah ini, kata Zho Hong kepada Zecharia. A.Zecharia memberitahu Zho Hong bahawa ibunya guru di sekolah ini. B.Zho Hong memberitahu Zecharia bahawa ibunya guru di sekolah ini. C.Ibu Zho Hong memberitahu Zecharia bahawa dia guru di sekolah ini. D.Menurut Zho Hong ibu Zecharia bahawa guru di sekolah ini.

27. Khalid marah akan Jamil yang bersikap biadab terhadapnya. A.Cis, berani kamu bersikap biadab terhadap aku, kata Jamil kepada Khalid. B.Amboi biadabnya kamu , kata Jamil kepada Khalid. C.Cis, berani kamu bersikap biadab terhadap aku, kata Khalid kepada Jamil. D.Oh, beraninya kamu bersikap biadab kepadaku, kata Jamil kepada Khalid.

Soalan 28 dan 29 pilih ayat yang betul.

28.

29

A.Surat itu yang saya poskan sudah menerimakah? B.Beta ingin melihat rakyat hidup dalam keadaan yang aman dan damai, titah Sultan Shah Bandar. C.Rancangan itu kami akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

29. A.Cis, ambil minuman ini dan berikan lepada rakan-rakan kamu itu! B Amboi, ambil minuman ini dan berikan lepada rakan-rakan kamu itu! C Oh, ambil minuman ini dan berikan lepada rakan-rakan kamu itu!

D Nah, ambil minuman ini dan berikan lepada rakan-rakan kamu itu!

Soalan 30 pilih ayat-ayat yang betul.

30. I Siapakah nama arnab peliharaan kamu? II Banjir itu telah memusnahkan tanaman penduduk kampung.
30

III Penanda buku ini dibuat oleh John Lim untuk rakan baiknya. IV Yanti kepada bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Mala

A.I dan III sahaja B. II dan III sahaja C.I, II dan III sahaja D. I, II, III dan I

Soalan 31 hingga 35 Baca surat di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

303 Kampung Indah,

31

Jalan Bunga Melur, 33040 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.

29 September 2009 . Menemui ayahanda yang kini berada di Kuala Lumpur, semoga berada dalam ke adaan sihat sejahtera selalu.Tujuan anakanda menulis surat ini adalah untuk memberita hu bahawa anakanda ingin menyertai rombongan sekolah melawat Melaka. Lawatan ter sebut akan diadakan pada 12 September 2009. Bagi pengetahuan ayahanda, lawatan t ersebut diadakan untuk melahirkan rasa kagum terhadap keindahan tanah air, menyemaikan perasaan cinta terhadap negara dan menimba ilmu. Antara tempat menarik yang akan anakanda lawati ialah Taman Mini Malaysia, T aman Buaya, Kota A Famosa, Makam Hang Tuah dan Makam Hang Jebat. Selain itu, a nakanda memerlukan RM100.00 sebagai bayaran lawatan dan RM80.00 untuk perbela njaan anakanda. Anakanda berharap ayahanda membenarkan anakanda menyertai ro mbongan tersebut dan dapat mengirimkan wang itu ke kampung secepat mungkin.Akhi r kata sambutlah salam sayang dari anakanda. Nenda juga mengirim salam buat ayaha nda. Sekian, terima kasih. Anakandamu,

32

31.Apakah hubungan antara penulis dengan ayahanda ? A. Adik B. Saudara C. Rakan D. Anak 32.Maksud menyemaikan dalam petikan ialah A. B. C. D. memupuk melonggokkan menyemarakkan menaburkan

33.Kesemua yang berikut ialah tempat menarik yang akan dilawati oleh penulis kecuali A. Taman Buaya B. Taman Rama-Rama C. Makam Hang Tuah D. Taman Mini Malaysia

33

34.Berapakah jumlah wang yang diperlukan oleh penulis? A.RM 80.00 B.RM 100.00 C.RM 150.00 D.RM 180.0035.

Di kampung, penulis tinggal dengan A. abang B. nenek C. ayah D. adik

Soalan 36 hingga 40 Baca pantun di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Cuaca panas perit tekak, Apabila batuk sakit dada,

34

Wahai adik kesayangan kakak, Permata ayahanda, kemanjaan bonda.

Sungguh subur padi Pak Tani, Sekali pandang seperti taman, Dengarlah sedikit nasihat ini, Pesanan kakak sebagai pedoman

Wajahmu suram hilang seri, Mandi bunga di tepi perigi, Janganlah leka menghibur diri, Hingga terlupa cita-cita nan tinggi.

Ekspedisi mendaki Gunung Tahan, Menguji ketahanan fizikal dan mental, Dunia sekarang penuh dugaan, Hadapilah dengan semangat kental

35

Pergi ke bandar tidak lama, Singgah sebentar di pasar raya, Ilmu di dada senjata utama, Mengangkat diri ke mercu jaya.

Cikgu Siti sedang mengajar, Nampak cantik berbaju belang, Wahai adik, tekunlah belajar, Kelak hidup pasti cemerlang

36.Siapakah yang menyampaikan nasihat tersebut? A. adik B. kakak C. ayah D. ibu

36

37.Apakah perkara yang boleh melalaikan seseorang daripada mengejar cita-citanya? A. selalu ke pasar raya B. menyertai ekspedisi mendaki gunung C. leka dengan keseronokan D. menjadi anak kesayangan keluarga

38.Perkataan kental dalam petikan sama maksudnya dengan A.sihat B. padat C. jelas D. kuat

39.Apakah yang diperlukan untuk mengangkat diri ke mercu kejayaan? A.duit B. ilmu C. bunga D. lembing

37

40.Semua penyataan berikut tidak benar kecuali A.nasihat tersebut disampaikan oleh ibu kepada anaknya B.kehidupan akan cemerlang jika kita sering berhibur C.kehidupan akan cemerlang jika kita mempunyai ilmu

38

REFLEKSI

39

REFLEKSI KENDIRI MOHD AZAM BIN SUPANDI Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat yang telah diberikan-Nya, saya dan rakan-rakan dapat menyiapkan Tugasan Kerja Projek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3103) ini dengan lancar dan jayanya. saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Zainal Ariff bin Mat dan rakan seperjuangan, Mohamad Haffiz Irsyad Syafiq bin Osman di atas jasa baik beliau yang sudi menghulurkan bantuan kepada kami bagi menyiap dan menyempurnakan tugasan ini. saya sedar, tanpa kehadirannya, tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kami telah ditugaskan untuk menyiapkan Tugasan Kerja Projek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3103) menganalisis, menghurai, dan mengulas konsep dan prinsip pentaksiran bahasa Melayu, Taksonomi Bloom, Taksonomi Solo, Jadual Spesifikasi Ujian dan asas pembinaan item ujian objektif dan subjektif dan juga menghasilkan jadual Spesifikasi Ujian bahasa Melayu tahun 4 dan membina item ujian objektif dan subjektif mengikut aras Taksonomi Bloom. Pada mulanya kami mengalami sedikit kesukaran kerana timbulnya sedikit kekeliruan dalam melaksanakan tugasan ini. Namun akhirnya dengan bantuan pensyarah pembimbing kami dapat menyiapkannya juga dengan jayanya. Setelah menyelesaikan tugasan ini, saya dapati bahawa saya telah dapat mempelajari serta mengetahui banyak perkara baru terutamanya tentang pentaksiran subjek Bahasa Melayu di sekolah. Mengikut pemerhatian, tinjauan dan temu bual yang
40

telah saya lakukan terhadap ketua guru panitia bahasa Melayu di sekolah saya menjalani praktikum, pentaksiran bagi subjek Bahasa Melayu sememangnya dijalankan dengan baik dan teratur, Jadual Spesifikasi Ujian juga telah dirancang dengan baik sebelum sesebuah soalan dibina. Ini adalah bertujuan bagi memastikan soalan yang dibina adalah bersesuaian dengan tahap murid dan seterusnya murid dapat menjawab soalan dengan baik. Keyakinan penguasaan saya sepanjang melaksanakan proses juga dapat berlaku dengan baik, ini kerana pihak sekolah, guru-guru, rakan-rakan dan terutamanya pensyarah pembimbing memberi kerjasama dan bantuan yang amat baik. Saya amat-amat menghargai segala jasa yang telah dicurahkan oleh kesemua pihak yang terlibat samaada secara langsung ataupun tidak langsung dalam saya menyiapkan tugasan ini. Setelah saya menyiapkan tugasan ini, saya sedar bahawa membina sebuah soalan itu bukanlah mudah seperti yang disangka, pelbagai prosedur perlu dipatuhi agar soalan yang dibina itu sememangnya yang terbaik. Sekiranya soalan yang dibina tidak berasaskan pada JSU maka ini akan mengakibatkan pelbagai masalah akan timbul seperti, masa bagi setiap soalan tidak mencukupi, terdapat topiktopik yang terlepas pandang dan sebagainya. Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang telah dinyatakan sebelum ini, rakan seperjuangan dalam arena pendidikan, dan tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang tidak putus-putus memberi kata semangat untuk menyempurnakan tugasan ini. Akhir sekali saya berharap ilmuilmu yang terkandung dalam kerka kursus ini dapatlah dikongsi kepada yang lain agar semua mendapat manfaat yang berguna untuk masa hadapan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
41

RUJUKAN

42

BUKU Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Maahmood, 2006, Tabahasa Dewan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Zulkifli bin Yaakob (2007).Perkembangan Bahasa dan Pembelajaran Kanakkanak. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd

Kamarudin Hj Husin, 1997, Pengajian Melayu 1,2,3,4,5,6, Selangor Darul Ehsan, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Buku teks Bahasa Melayu tahun 4

LAMAN WEB

43

http://www.slideshare.net/Sanomikayo/jadual-spesifikasi-ujian-jsu

muat turun pada 15 ogos 2010.

http://www.slideshare.net/.../2a-konsep-pentaksiran-1180437

muat turun pada 15 Ogos 2010.

http:// kheru2006.i8.com/Asas_Pentaksiran_Pembelajaran.htm muat turun pada 15 Ogos 2010.

44

LAMPIRAN

45

You might also like