You are on page 1of 14

http://pasarnota.blogspot.com/2011/12/falsafah-pendidikan-guru.

html

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru(FPG) Menurut Choong Lean Keow didalam bukunya Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Guru(FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). FPG menjelaskan jenis guru diperlukan oleh negara kita. Apa yang terkandung di dalam FPG ialah guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan budaya negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Berdasarkan huraian FPG di atas, dapatlah disimpulkan bahawa guru sangatlah penting untuk negara kita dan institusi pendidikan guru cukup berperanan untuk melahirkan guru-guru bagi mendidik anak bangsa untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Analisis Falsafah Pendidikan Guru Untuk menganalisis FPG, perlu kepada dua perspektif iaitu cabang-cabang falsafah dan elemen-elemen yang terkandung. Antara yang terdapat di dalam cabang falsafah adalah metafizik, epistemologi, aksiolgi dan logik. Cabang Falsafah Metafizik Ciri-ciri FPG Menjamin perkembangan individu, Memelihara masyarakat yang bersatu padu, demokratik , progresif dan berdisiplin. Epistemologi Berpandangan progresif dan saintifik Analisis Peranan guru sebagai agen perubahan dalam dunia pendidikan yang dinamik realiti bidang pendidikan Ilmu sentiasa berkembang lanjut penemuan baru dan inovasi Tanggungjawab guru untuk memperoleh ilmu baru agar tidak ketinggalan zaman Asikologi Berpekerti mulia, Menunjukkan aspirasi negara, Guru sebagai rol model dan teladan yang baik- bermoral, beretika, bersifat profesional

Menyanjung warisan kebudayaan negara Logik Berpandangan progresif dan saintifik

dan sebagainya.

Amalan penaakulan logik dalam menjalankan tugas profesional dan rutin harian pengajaran dan pembelajaran, Peningkatan diri secara profesional demi menjamin mutu profesion perguruan dan kualiti

Bagi analisis untuk elemen-elemen yang terkandung di dalam Falsafah Pendidkan Guru(FPG) pula adalah: Implikasi FPG terhadap Sistem Pendidikan Negara Terdapat beberapa implikasi FPG terhadap Sistem Pendidikan Negara. Pertama, memang tidak dapat dinafikan bahawa FPG menghuraikan ciri-ciri guru yg diperlukan untuk memenuhi aspirasi negara dan Wawasan 2020. Justeru, guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan. Kedua, guru disifatkan sebagai rol model dan teladan bagi golongan murid. Sehubungan itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik. Umpama pepatah Melayu, bapa borek, anak rintik. Jikalau anak meniru tingkahlaku bapa mereka di rumah, murid akan meniru tingkahlaku guru mereka di sekolah. Tingkahlaku seorang guru yang baik akan mempengaruhi tingkahlaku empat puluh orang murid(secara purata) yang diajar. Sebagai rumusan, maka ternyata peranan utama yang dimainkan oleh para pendidik dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kengsaan. Justeru amat penting untuk kita berganding bahu dalam hal tersebut demi kepentingan negara amnya dan generasi muda khasnya. http://ipgmalaysia.blogspot.com/2009/03/elemen-elemen-falsafah-pendidikan.html

http://treebuilder.blogspot.com/2011/01/elemen-elemen-dalam-falsafah-pendidikan.html

Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Dengan berpandukan kepada pernyataan falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasakan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara

Berlandaskan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, maka dapat diringkaskan seperti berikut

Elemen pertama dalam FPK ialah Pendidikan suatu usaha berterusan. Elemen ini adalah sangat penting kerana pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berahlak mulia. Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat.

Maka, pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sebagai pendidikan asas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika, disambungkan di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam

peringkat kanak-kanak dan remaja, sekolah di tempat-tempat seperti dan diteruskan di peringkat selepas institut pendidikan tinggi, tempat bekerja dan komuniti, atau dengan pembelajaran secara kendiri berbentuk ICTsecara on-line dan melalui media massa. Pendidikan sepanjang hayat membolehkan kita mengbadapi dan menangani pelbagai pembangunan yang pesat, khasnya perkembangan k-ekonomi dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Justeru itu, pendidikan secara berterusan ini merupakan hasrat utama FPK.

Elemen seterusnya ialah Memperkembang potensi individu.

Dari segi perkembangan unsur jasmani pula, penekanan tumpuan adalah kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti memperkembang kepada tahap keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan diri ataupun melakukan riadah dengan sempurna; Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat dan akhir sekali ialah meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara.

Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat, iaitu memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal, memiliki perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaran yang muhibbah,kerjasama dan perpaduan serta mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian

Dalam perkembangan unsur rohani, penekanan tumpuan ialah kepada sifat kejiwaan dan kebatian, iaitu mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta dan dapat memupuk dan membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia.

Dalam elemen perkembangan potensi secara menyeruluh dan bersepadu, perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara berasingan. Ia harus diperkembangan secara menyeruluh dan bersepadu. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, di samping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Potensi yang ada pada diri individu hendaklah diperkembangkan ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasi bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain.

Selain itu, elemen seterusya yang ditekankan ialah membentuk insan yang seimbang dan harmonis. Seperti yang diketahui umum, insan yang seimbang dan harmonis merupakan insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak mahir, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan sihat dan cergas, serta kematangan emosi dan sosial. Selain itu, insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani, telah diperkembangkan secara menyeruluh, bersepadu dan dalam tahap optimum. Di samping itu, insan ini juga adalah individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara. Individu ini akan sentiasa beriktiar dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi, dan melaksanakan tangungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna, demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.

Seterusnya, dalam elemen kepercayaan kepada Tuhan. Kepercayaan ini merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh itu, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya.

Maka, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan seperti mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh penciptanya, mengetahui hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta, menyedari manusia dijadikan untuk memajukan alam atau menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan diri sendiri dan seterusnya melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan.

Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang ditekankan dalam FPK juga. Elemen ini menyaran rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan iaitu gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan juga adalah elemen yang ditekankan dalam FPK. Hal ini disebabkan kerana rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara dengan cekap dan sempuma. Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran yang sesuai dalam perlaksanaan tugasnya secara cekap dan sempuma

Seterusnya, rakyat malaysia yang berakhlak mulia menyaran rakyat perlu memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Secara umumnya, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti mengetahui yang mana nilai baik dan mana yang buruk atau menyerdari kesan dan akibat daripada perbuatan baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai murni dan dapat menghayati nilai kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan serta mengamalkan perlakuan baik dan mengelakkan perbuatan buruk.

Selain itu, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga ditekankan kerana rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap Tuhan, bangsa dan negara, akan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran dengan mematuhi peraturan dan undang-undang negara dan berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama.

Rakyat Malysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri juga disarankan sebagai salah satu elemen dalam FPK. Melalui perkembangan potensi individu secara menyeruluh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat yang memiliki keupayaan seperti daya katahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup dari semasa ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa tenang dan tubuh badan yang sihat dan memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan yang baik.

Elemen yang terakhir yang ditekankan dalam FPK ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan. Sebenarnya, melalui latihan, rakyat boleh menggnunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. Rakyat Maysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara ialah rakyat yang memeroleh keupayaan seperti memupuk keharmonian keluarga, semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan, muhibbah, tolerensi dan hormat dan menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan kemajuan negara. Selain itu, individu ini juga dapat mengekalkan kestabilan negara dengan mematuhi, mengekalkan dan mempertahankan Perlembangan sebagai menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersemangat patriotik dan cintakan negara.

Sebagai kesimpulannya, peringkat keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ini boleh dicapai dengan mengamalkan sikap toleransi, berkerjasama, hormat-menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum. Suasana keharmonian yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan, dan seterusnya muncul keadaan kemakmuran masyarakat dan negara. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) boleh dicerminkan dalam Rajah 3.1, dengan menggambarkan falsafah pendidikan yang berpaksikan kepada Ketuhanan.

http://skkolapisbeluran.tripod.com/id67.html

UNSUR-UNSUR PENTING FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Menjadi warganegara Malaysia yang baik Unsur intelek Unsur rohani dan emosi Unsur jasmani

Memperkembangkan potensi individu Menyeluruh dan bersepadu Insan yang seimbang Kepercayaan kepada Tuhan Rakyat Malaysia yang boleh memberikan sumbangan.

FAEDAH DAN PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Sebagai rujukan dan panduan kepada pendidik dalam merancang sistem pendidikan mengikut keperluan semasa dan wawasan yang harus dicapai. Menjadi asas kepada matlamat pendidikan yang harus dituju oleh setiap individu. Menyenangkan setiap individu untuk menjalankan segala aktiviti samada semasa berada di bangku sekolah atau di luar daripada pengajian sekolah. Menyenangkan pihak guru dan ibu bapa untuk mengawal anak-anak mereka daripada terdedah kepada tingkah laku buruk atau perbuatan yang merugikan. Melahirkan insan atau generasi baru yang lebih bertanggungjawab kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan negara yang dicintai iaitu berdasarkan kepada amalan prinsip rukunegara dan sistem demokrasi. Mewujudkan masyarakat baru yang berkemahiran, maju dan sedia berkorban untuk memajukan negara, iaitu mengikut kemampuan masing-masing. Membolehkan setiap individu menikmati pelbagai kemudahan asas melalui perlaksanaan dalam amalan pendemokrasian pendidikan.

Mewujudkan perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan yang sama. Membolehkan setiap individu mendapatkan peluang-peluang yang lebih luas

http://teachersyafa.blogspot.com/2012/08/konsep-falsafah-pendidikan-guru-dan.html

Konsep Falsafah Pendidikan Guru Konsep Falfasah Pendidikan Guru (FPG) ialah untuk menghasilkan guru yang akan merealisasikan segala konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara. FPG di Malaysia digubal berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru, iaitu 3 dimensi utama iaitu, Ketuhanan, Kendiri dan Kemasyrakatan.Subkonseptual pula terdiri daripada jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping itu, terdapat pula unsur pengetahuan, nilai dan kemahiran. Perkara-perkara ini merangkumi tanggungjawab guru di bawah tiga dimensi iaitu :

Ketuhanan

Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Kemasyarakatan

Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan. Kendiri

Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism , pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berperkerti mulia. Dibawah dimensi-dimensi ini, Model Konseptual Pendidikan Guru merangkumi tiga aspek asas iaitu : Pengetahuan dikaitkan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan Kemahiran Ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan hasrat utnuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Nilai-nilai murni merujuk kepada perlakuan nilai murni, pengamalan guru yang penyayang dan mempunyai nilai integriti yang tinggi.

Aspek-aspek ini digabung jalinkan untuk membentuk satu disiplin perguruan yang terancang. Konsep FPG terdiri daripada 5 elemen iaitu perwatakan yang mulia, berkembang maju dan berpandangan saintifik, berkomited menegakkan aspirasi Negara, mengekalkan warisan budaya kebangsaan, dan pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu. FPG yang bersandarkan Model Konseptual tersebut bermatlamat menghasilkan guru yang berkualiti dari segi personaliti sehinggalah kepada amalan individu, berilmu serta mempunyai nilai keguruan dan berupaya memacu generasi kini untuk mencapai WawasanPendidikan dalam abad ke-21.

Analisa Elemen Falsafah Pendidikan Guru

1. Perwatakan yang mulia Seorang guru mestilah berperawakan mulia dan berdisiplin kerana guru akan menjadi contoh kepada murid-muridnya.Guru juga haruslah pandai menghargai anak-anak murid dan meraikan fitrah mereka yang mempunyai beraneka ragam sifat.

2. Berkembang maju dan berpandangan saintifik Guru hendaklah mempunyai kemahiran professional dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian pelajar. Aktiviti dalam kelas yang kreatif dan menarik juga menunjukkan bahawa guru tersebut berpengetahuan dalam bidangnya.

3. Berkomited menegakkan aspirasi Negara Integriti hendaklah dipupuk dalam diri seorang guru untuk memastikan guru tersebut cekap, jujur, boleh dipercayai , amanah , patuh kepada Negara dan mempunyai kualiti untuk melakukan sesuatu tugasan. Dengan ini, guru tersebut akan komited terhadap tugas yang digalasnya sebagai pendidik anak bangsa Negara.

4. Mengekalkan warisan kebudayaan Sudah menjadi kewajipan bagi guru untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan rakyat Malaysia terhadap anak murid mereka. Sambutan Kemerdekaan, misalnya , hendaklah disambut dengan penuh sifat

patriotisme. Dengan ini, rakyat yang bersemangat patriotisme dapat dilahirkan hasil didikan daripada guru mereka.

5. Pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu Guru sebagai ejen perubahan hendaklah membangunkan disiplin murid-muridnya agar mereka patuh kepada peraturan dan menjelaskan kepada mereka akan kepentingan mematuhi peraturan-peraturan. Guru juga hendaklah menegaskan anak-anak muridnya mengenai rasa hormat antara satu sama lain walau berbeza warna kulit, agama dan kaum. Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Antara peranan penting Falsafah Pendidikan kebangsaan dalam sistem pendidikan Malaysia ialah ;

Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan. Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan matlamat Pendidikan Negara.

Sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara. Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan. Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai pengawal keatas penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan. Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.

Implikasi Falsafah Pendidikan Guru : Peranan Guru Sebagai Pendidik. Guru perlu mempunyai pengetahuan am dan juga pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR dan pengetahuan ikhtisas keguruan. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran mengikut hasrat FPG,terutama dalam pengembangan individu dan pemeliharaan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan juga berdidiplin. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri dan etika keguruan selaras dengan FPG. Sebagai guru, perlu mempunyai akauntabiliti dan tanggungjawab untuk sentiasa berilmu dan mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan masa depan. Murut enggunakan ilmu dan kemahiran mendidik dan nilai keguruan dalam merangsang perkembangan para pelajar. Implikasi FPK dan FPG kepada peranan Guru falsafah ini menggalakkan kita sebagai guru memahami system pendidikan selain daripada membimbing kta emlaksanakan fungsi pendidikan. Boleh diperolehi dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Guru boleh menajdi ejen perubahan untuk mendidik dan melahirkan generasi yang bertanggungjawab merealisasikan matlamat dan aspirasi FPk dan visi2020 dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutama dalam ICT supaya boleh mengikut perubahan system penyampaian. Guru juga bertanggungjawab sepernuhnya dan bersifat akauntabiliti dan sentiasa berusaha untuk memperolehan mengamalkan yang telah dipelajari bagi memenuhi matlamat dan aspirasi Negara dan bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negative Sebagai seorang yang saintifik dan progresif, perlu sentiasa mengikut perkembangan terkini serta dapat membina dan memperkeyakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan guru.

Dari segi impliaksi terhadap pendidik pula, FPK telah membawa perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar falsafah pendidikan kebangsaan. Ini meliputi: Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pamdangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita-cita falsafah pendidikan kebangsaan. Perubahan professional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetauan, berketerampilan serta beraklak mulia. Seorang guru mesti emmpunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang mata pelajaran yang diajar olehnya kepada murid-murid di sekolah. Seorang guru mesti mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang mata pelajaran yang diajar olehnya kepada murid. Selain itu, guru juga perlu menguasai segala kaedah atau cara penyampaian dalam penjaran supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan oelhnya. Seorang guru juga perlulah mempunyai saik merangkumi hsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh muridnya. Sahsiah yang baik merangkumi tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat penyayang. Selain itu, seorang guru juga haruslah mempunyai pandangan dan visi yang positif. Hal ini kerana selain daripada sebagai seorang pendidik, guru juga merupakan penganti ibubapa, penasihat, pembimbing, kaunselor, pegamal dan penyebar nilai kebudayaan serta sebagai teladan kepada murid-murid dan masyarakat. Selain daripada yang tersenarai di atas, seorang guru juga perlu. Berpengatahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang diajarnya, di samping mengusai pengetahuan pedagogi pelajar. Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna. Mahir menintegrasi teknologi Maklumat dan Komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran. Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruan. Mengusai kemahiran kamunikasi dan interpersonal. Berdata tahan dalam menghadapi cabaran professional dari semasa ke semasa. Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan secara aktif.

You might also like