You are on page 1of 1

KEBUN ARNAB Di dalam sebuah hutan, tinggal sekumpulan binatang. Mereka berbaik-baik antara satu sama lain.

Arnab merupakan binatang paling rajin. Dia membersihkan kawasan hutan untuk dijadikan kebun. Kebun Arnab tersusun rapi dan cantik. Kebunnya terletak di tepi bukit dan berhampiran dengan sebatang sungai. Sekeliling kebun ditumbuhi dengan pelbagai jenis pokok yang rimbun dan menghijau. Ini menjadikan kebun itu redup dan cantik. Pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran terdapat di kebun Arnab. Antaranya ialah pokok pisang, jambu, pokok rambutan, pokok ubi, jagung, kacang dan sayuran. Tanamannya hidup dengan subur dan berbuah lebat. Binatang-binatang lain seperti rusa, pelanduk, kambing dan monyet sering datang meminta makanan daripada Arnab. Arnab menasihatkan binatangbinatang itu supaya berusaha jangan hanya meminta-minta. Semua binatang sayang akan Arnab. Pada suatu hari datang seekor gajah ke kebun Arnab untuk mendapatkan makanan. Gajah bertindak ganas mengambil makanan tanpa kebenaran Arnab. Tanaman Arnab banyak yang rosak. LATIHAN MENGUJI BACAAN KEFAHAMAN 1 Soalan kefahaman mengikut aras kesukaran Taksonomi Bloom Pengetahuan Di manakah binatang itu tinggal? Kefahaman Mengapakah arnab dianggap rajin? Aplikasi Apakah yang dimaksudkan dengan bertindak ganas? Analisis Buktikan arnab seekor binatang yang baik hati. Sintesis Apakah tajuk yang sesuai untuk teks tersebut? Penilaian Sekiranya anda berada di tempat arnab, apakah tindakan anda terhadap gajah?

You might also like