You are on page 1of 1

Pengenalan

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pengenalan Seni Dalam Pendidikan, pengetahuan dan kemahiran asas dalam seni peringkat sekolah rendah, aplikasi dan pengurusan dalam aktiviti kreatif yang mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan aktiviti mengenal irama, warna dan ruang serta deria dan seni, menjalankan aktiviti meneroka, memperoleh pengalaman dan ekspresi melalui seni, melaksanakan dan menguruskan aktiviti kreatif yang mengintegrasikan seni visual, muzik dan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran pelbagai mata pelajaran. This course exposes students to the introduction to the Arts in Education, knowledge and basic skills in arts in primary school, application and management of creative activities that help stimulate imagination, expression, inquiry and multiple intelligences in teaching and learning, implementing activities on knowing rhythm, colour and space as well as senses and arts, exploring, experiencing, espressing through arts, implementing and managing creative activities by integrating music, movement and visual art which will enhance the teaching in the teaching and learning of various subjects.

Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan peranan Seni Dalam Pendidikan; 2. Menerangkan konsep asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan sebagai cara menghubungkaitkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran; 3. Merancang , mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti meneroka, mengalami dan mengekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak, 4. Mengaplikasikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam pelbagai mata pelajaran yang lain,. 5. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni.;

You might also like