You are on page 1of 1

D.

Peristiwa Bercanggah (Discrepant Events)

Teknik Peristiwa Bercanggah sesuai dijalankan menggunakan teknik ramal-perhatiterang. Bezanya,guru menggunakan situasi di mana biasanya terdapat percanggahan antara ramalan murid dengan pemerhatian yang akan mereka lakukan. Dengan lain perkataan, Peristiwa Bercanggah menyebabkan berlakunya apa yang dikatakan konflik kognitif iaitu keadaan ketidakseimbangan yang berlaku dalam minda murid disebabkan percanggahan tersebut. Peristiwa Bercanggah dikatakan mampu memotivasi murid secara intrinsik kerana mereka akan seboleh-bolehnya cuba merungkai konflik kognitif tadi supaya berada dalam zon selesa semula. Contoh 5.4 menunjukkan bagaimana teknik ini boleh dijalankan menggunakan teknik ramal-perhati-terang. Untuk pengetahuan anda, kajian menunjukkan kebanyakan murid mempunyai kefahaman yang salah mengenai konsep arus elektrik. Misalnya murid beranggapan arus merupakan suatu bahan yang boleh mengalir (seperti air) dan akan berkurang apabila melalui suatu rintangan seperti mentol. Kefahaman salah ini (atau lebih popular dipanggil miskonsepsi atau konsepsi alternatif) dapat dikesan jika murid memberi respon seperti dalam Contoh

You might also like