You are on page 1of 9

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 23 Disember 2005 / 21 Zulkaedah 1426 Keperluan Terhadap Institusi Fatwa dan

Kepentingannya

Muslimin yang dirahmati Allah, Sebagai umat Islam kita percaya bahawa Islam merupakan pegangan dan cara hidup kita. Kita juga percaya bahawa Islam mempunyai jawapan bagi setiap permasalahan hidup.

Salah satu cara bagi umat Islam mengetahui akan hal agamanya dan bagaimana mengamalkannya dalam kehidupan, adalah dengan cara bertanya kepada yang mengetahui. Di dalam istilah fikh ia dikenali sebagai FATWA. Khutbah kali ini akan menyentuh tentang kepentingan fatwa dan kesannya dalam kehidupan masyarakat Islam. Perkataan fatwa, menurut ibn Mandzur berasal dari perkataan Arab yang bererti penjelasan tentang hukum syara terhadap perkara yang menjadi keraguan. Kepentingan fatwa dalam kehidupan masyarakat Islam tidak dapat dinafikan. Ini adalah kerana Islam memerintahkan umatnya bertanya kepada orang yang lebih arif dan alim jika mereka tidak mengetahui sesuatu perkara. Fiman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl, ayat 43:

Maksudnya: Maka bertanyalah kamu kepada ahl al-zikr (berpengetahuan agama) jika kamu tidak mengetahui. Banyak ayat-ayat al-Quran memberikan gambaran tentang kepentingan fatwa di zaman Rasulullah s.a.w. Antaranya firman Allah dalam surah an-Nisaayat 176:
2

Yang bermaksud: Mereka (orang-orang Islam) meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad mengenai masalah kalalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu dalam masalah kalalah itu. Walaupun Rasulullah s.a.w sebagai Mufti yang unggul telah meninggalkan kita, tugas Baginda telah diambil alih oleh para ulama kerana mereka merupakan pewaris anbiya. Jika di dalam sesebuah negara tidak ada seorangpun yang layak memberi fatwa kepada manusia, maka berdosalah semua penduduk negara tersebut. Selain itu, memberi fatwa adalah tugas yang amat mulia dan agung, kerana ia menepati kedudukan Nabi Muhammad s.a.w, menyampaikan ajaran Allah s.w.t, mengajar dan memberi petunjuk kepada manusia ke jalan yang benar Saudara-saudaraku yang dikasihi sekelian, Rasulullah s.a.w diutus oleh Allah s.w.t kepada jin dan manusia sebagai rahmat kepada sekian alam. Menyeru kepada kebaikan dengan mengajarkan syariat Allah s.w.t dengan sejelas-jelasnya.

Dalam menjalankan tugas memberi penjelasan hukum (fatwa) kepada manusia, Rasulullah s.a.w menyampaikannya melalui tiga cara. Pertama, penjelasan hukum melalui Al-Quran. Kedua, melalui as-Sunnah. Ketiga, melalui ijtihad Baginda s.a.w. Adapun contoh fatwa yang dikeluarkan oleh Baginda s.a.w yang menentukan hukum melalui al-Quran, firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 222:

Maksudnya:

Dan

mereka

bertanya

kepadamu

(wahai

Muhammad) mengenai (hukum) haid. Katakanlah: darah haid itu adalah mendatangkan mudarat. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhi wanita (jangan bersatu dengan isteri kamu) dalam masa haid itu dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersatu) sebelum mereka suci.. Ayat diatas memberikan penjelasan hukum tentang wanita yang datang haid. Sebagai penjelasan kepada yang bertanya, Allah s.w.t menurunkan ayat di atas melalui lidah RasulNya s.a.w.

Adapun contoh penjelasan hukum melalui as-Sunnah pula, terdapat banyak ayat-ayat al-Quran diturunkan secara umum memerlukan penjelasan lanjut daripada as-Sunnah. Antaranya perintah mendirikan sembahyang dalam surah al-Hajj ayat 77:

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman rukulah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang). Walaupun perintah sembahyang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t, namun perlaksanaannya secara terperinci masih lagi samar. Sebagai penjelasannya baginda bersabda:

Maksudnya: Dan sembahyanglah kamu sepertimana kamu melihat aku sembahyang. (riwayat Imam Bukhari) Akhir sekali, contoh fatwa Baginda s.a.w. melalui ijtihad pula, mengenai tawanan Badar. Ketika hendak di buat ketentuan hukum mengenainya, tidak ada ayat al-Quran yang menjelaskan hukum tersebut. Untuk mengatasinya, Baginda berijtihad dengan mendapatkan pandangan para sahabat.

Saidina Abu Bakar r.a. mengesyorkan agar diambil tebusan dari mereka tanpa di jatuhkan hukuman bunuh dengan harapan mereka akan mendapat hidayah memeluk agama Islam. Manakala pandangan saidina Umar r.a. pula, tawanan-tawanan tersebut perlu di jatuhkan hukuman bunuh kerana kekejaman yang dilakukan terhadap Rasulullah s.a.w. dan orang Islam. Setelah mengkaji kedua-dua pendapat, Baginda s.a.w.

cenderung kepada pendapat Saidina Abu Bakar r.a. lalu menolak pendapat yang diusulkan oleh Saidina Umar r.a. kerana pendapat Saidina Abu Bakar lebih peri kemanusiaan. Namun, fatwa yang dikeluarkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui ijtihadnya sendiri di perbetulkan oleh Allah s.w.t. dan mendapat teguran. Ini dirakamkan dalam surah al-Anfal ayat 67:

Bermaksud: Tidak patut, bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Dengan turunnya ayat diatas, maka hukum yang diputuskan oleh Baginda s.a.w. melalui ijtihadnya diperbaiki. Lalu Baginda mengubah keputusan seperti mana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Daripada kejadian di atas, terdapat tiga hikmah penting yang perlu diberi perhatian: Pertama, kesilapan dalam memutuskan sesuatu hukum (fatwa) melalui ijtihad bukanlah suatu keaiban. Kedua, kejadian ini membuktikan bahawa syariat Allah s.w.t terpelihara daripada sebarang kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. Kerana ia datang dari Allah s.w.t, makanya sentiasa dipantau sehingga mendapat restu Allah s.w.t. Ketiga, ijtihad digalakkan dalam Islam. Dengannya umat Islam dapat menentukan hukum-hukum syara yang baru dalam keskes yang belum pernah ada nas (dalil) sebelumnya dalam alQuran atau as-Sunnah. Setelah kewafatan Baginda s.a.w, tugas menyampaikan fatwa dipikul oleh para sahabat, para tabiin dan tabiit tabiin, imamimam mujtahid, para ulama hinggalah ke hari ini mengikut
7

garis-pandu fatwa dan dasar yang telah ditetapkan oleh Baginda s.a.w. Begitulah perkembangan secara ringkas fatwa yang melalui berbagai peredaran masa dan zaman sehinggalah sampai zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, institusi fatwa diselaraskan. Antara penguatkuasaan yang dilakukan beliau ialah, pengeluaran fatwa di lakukan oleh mufti-mufti yang dilantik oleh pemerintah sahaja. Kedua, jawatan Mufti dilantik secara rasmi oleh pemerintah. Ketiga, institusi fatwa mendapat perhatian pemerintah dan berjalan dengan lebih sistematik. Saudara-saudara kaum muslimin rahimakumullah Dari apa yang telah saya sampaikan, kita boleh mengambil dua rumusan. Pertama, fatwa merupakan ijtihad ulama dan satu-satunya alat yang boleh digunakan untuk menentukan hukum. Kedua, proses mengeluarkan fatwa untuk menentukan sesuatu hukum, hanya dilakukan oleh Mufti yang dilantik didalam sesebuah negara. Manakala masyarakat Islam yang hidup dibawah naungan negara tersebut dianjurkan agar mengikuti fatwa yang dikeluarkan setelah proses yang disepakati oleh para ulama serta pakar-pakar dalam bidang-bidang tertentu.
8

Begitulah saudara sekelian apa yang sepatutnya berlaku pada hari ini. Institusi fatwa perlu dipertahankan dan di hormati, kerana dengannya umat Islam dapat memelihara maslahat syariah dan kepentingan manusia sejagat beserta mampu untuk mengatasi cabaran kehidupan masakini.

You might also like