You are on page 1of 42

Pn.

NUR AILI HANIM BT HANAFIAH


email: aili@uum.edu.my phone:039284296 room: 3035

MJA1013 Pengantar Sains Sosial


Pengenalan

Sains

Sosial

Pengenalan
Ilmu adalah suatu keperluan dalam kehidupan manusia. Ini kerana darjat & martabat manusia itu diukur berdasarkan tahap pengetahuan yang mereka kuasai. Justeru bagi mengangkat diri maka manusia perlu menguasai ilmu yang ada dipersekitaran mereka.

Samb

Secara umumnya ilmu boleh diperolehi melalui 2 kaedah:


Kaedah Formal
Proses pembelajaran dengan kurikulum tertentu spt di sekolah dsb.

Kaedah Tidak Formal


Proses pembelajaran tanpa ada kurikulum spt pembacaan, pergaulan dsb.

Pembahagian Ilmu

Umum membahagikan ilmu kepada 2 bahagian:


Ilmu Sains
Ilmu yang menggunakan kaedah kajian secara saintifik bagi menerangkan sebab musabab sesuatu perkara itu berlaku.

Ilmu Kemanusiaan
Ilmu yang melibatkan nilai kejiwaan dan nilai estetika dalam diri manusia

Pembahagian Ilmu Sains

Ilmu sains pula dibahagikan kepada 2 kumpulan:


Sains Tulen
Kajian tentang fisiologi kehidupan & alam semulajadi spt struktur tubuh badan manusia, kajian saraf dsb.

Sains Sosial
Kajian tentang fenomena & isu yang berlaku ke atas diri dan kelompok manusia spt kemiskinan, pengangguran, keciciran dsb.

Namun kedua-dua ilmu ini menggunakan kaedah SAINTIFIK & SISTEMATIK bagi membuktikan kesahihan kajian yang dilakukan.

Apa Itu Sains Sosial?

Sains Sosial kelompok ilmu yang mengkaji fenomena sosial (hubungan) manusia dengan menggunakan metodologi kajian secara saintifik & sistematik. Ia wujud akibat dari hubungan & interaksi manusia yang berlaku secara kompleks. Ini menyebabkan timbulnya fenomena (masalah) sosial manusia Dan fenomena inilah yang dikaji mengikut disiplin sains sosial dengan menggunakan kaedah yang saintifik & sistematik

Samb

Kaedah saintifik & sistematik dalam kajian sains sosial merangkumi 2 komponen utama:
Penemuan pola (corak) tertentu sebagai sebahagian bukti bagi menentukan objektif kajian Penghasilan generalisasi sebagai andaian umum tentang wujudnya sesuatu isu atau fenomena.

Kajian Sosial & Kaedah Saintifik


Kajian sains sosial dianggap mempunyai AUTORITI ia dijalankan secara saintifik dengan menggunakan data-data empirik. Ia juga sebagai alternatif dalam mengubah tanggapan pemikiran manusia yang terlalu bergantung kepada ilmu kemanusiaan (ilmu teologi & ilmu falsafah) semasa Zaman Gelap (dark age) Eropah.

Fenomena Sosial & Fenomena Fizikal

Fenomena Sosial juga disebut masalah sosial spt penagihan dadah, diskriminasi, jenayah, penceraian, kemiskinan dsb. Terdapat banyak punca yang menyumbang pada terjadinya fenomena sosial Ia bergabung untuk menimbulkan satu fenomena sosial yang sama. Pelbagai faktor ini telah menyebabkan ia agak sukar untuk menentukan punca utama yang menyebabkan terjadinya sesuatu fenomena. Cth: Penagihan Dadah di Kalangan Remaja

Samb
Fenomena fizikal jelas mempunyai sebab musabab (cause & effect) sesuatu isu/kes itu berlaku. Ia dikaji dengan menggunakan peralatan ukuran tepat. Kaedah penyelesaiannya adalah lebih mudah

Cth: Faktor Utama Kemalangan Jalanraya Adalah Kerana Tayar Tidak Memenuhi Spesifikasi Yang Telah Ditetapkan Oleh SIRIM

Samb..
Ia akan saling berkaitan di antara satu sama lain Ia membantu menghasilkan ilmu generik bersifat gunaan (applied) yang saling melengkapi di antara satu sama lain. Terdapat beberapa ilmu utama dalam disiplin sains sosial:

Antropologi , Ekonomi , Geografi , Psikologi Politik , Sejarah , Sosiologi

Disiplin Sains Sosial

Umum telah menentukan disiplin utama Sains Sosial ialah mengkaji manusia dalam konteks sosial mereka. Namun ia berbeza mengikut pecahan disiplin ilmu itu sendiri: Ilmu itu luas & manusia tidak berupaya menguasai semua ilmu & ia perlu dikhususkan mengikut bidang yang tertentu. Ilmu akan semakin bertambah setiap hari. Maka ia perlu kepada sub-bidang untuk memudahkan manusia mempelajarinya. Setiap bidang itu mempunyai fokus & kepentingan yang berbeza. Minat akan mendorong manusia untuk meningkatkan tahap kefahaman terhadap sesuatu bidang ilmu.

Pendekatan Kajian Sains Sosial

Wujud 2 pendekatan untuk mengkaji sains sosial.


Kualitatif
Kajian berasaskan fakta & analisis kepustakaan Lebih subjektif

Kuantitatif
Kajian berasaskan angka. Menggunakan statistik & eksperimen

Sejarah Perkembangan Sains Sosial


Sejarah ilmu mengalami 2 pertembungan hebat Ia disebabkan salah faham manusia terhadap nilai yang wujud dalam ilmu Pertamanya ilmu agama yang hanya terangkum dalam pemikiran religious yang sempit. Keduanya ilmu rasional yang menolak pandangan agama kerana ia berasaskan logika fikiran manusia.

Ilmu Zaman Yunani & Greek


Peringkat awal ilmu manusia wujud pd zaman Greek & Yunani Zaman ini ilmu diasaskan oleh sifat rasional yang digabungkan dengan nilai falsafah. Ilmu dicerna oleh akal dengan memikirkan punca kejadian alam & fenomena yang berlaku berasaskan logik & praktikal. Namun ia belum mencapai tahap saintifik

Samb

Tokoh pd zaman ini ialah:


Aristotle (384-322 S.M.)
Banyak menulis ilmu berasaskan pemerhatian empirik yang menekankan pembuktian dalam pemerhatian beliau. Megunakan kaedah Penaakulan induktif (memerhati perisiwa & membuat generalisasi Menjelaskan bahawa ilmu itu perlu difahami dalam konteks epistemiologi (falsafah) terlebih dahulu.

Tokoh lain ialah Plato (428-348 S.M.) dan Socrates (470-399 S.M.)

Zaman Pertengahan
Bermula 476-1453 M dengan penguasaan golongan agama (Kristian) ke atas institusi ilmu. Ilmu rasional (logika) disekat kerana mereka mempercayai bahawa segala fenomena (peristiwa) yang berlaku adalah takdir yang perlu diterima tanpa perlu memikirkan sebab musabab ia berlaku.

Samb
Telah berlaku paradigma pemikiran di antara golongan Agama dengan golongan Rasionalis dalam menentukan fenomena sesuatu kejadian. Tokoh pd zaman ini:

Galileo Galilei (1564-1642 M)


Mengemukakan idea melalui Teori Copernicus yang meletakkan matahari di pusat cakerawala. Beliau dituduh sebagai pengamali ajaran sesat (heresy). Beliau telah menarik balik idea tersebut dan bertaubat kerana melanggar ajaran agama

Zaman Renaissance
Renaissance bermaksud Kelahiran Semula Zaman ini dianggap penting dalam mengembangkan institusi ilmu berasaskan logika & rasional. Bermula 1453-1690 M hasil penguasaan semula ilmu oleh para sarjana. Ilmu mula dipecahkan kepada 3 bahagian

Ilmu fizik Ilmu metafizik Ilmu kemanusiaan

Zaman Enlightenment
Ia bermaksud zaman Pencerahan setelah pudarnya pengaruh gereja dalam masyarakat Eropah. Bermula 1650-1700 M dan lebih dikenali sebagai The Age of Reason. Sains diterokai secara meluas dan dikaji secara saintifik (bersistem)

Samb

Ia mengalami 2 perubahan dimensi


Perkembangan pemikiran saintifik
Refleksi Revolusi Indusri (1750-an) telah melonjak sains fizikal apabila terciptanya peralatan baru spt James Watts (1769M) enjin wap, James Hargreaves (1765M) mesin tenunan Spinning Jenny dll. Perkembangan alat cipta ini telah menjadi pemangkin kepada perkembangan ilmu lain spt ekonomi, sosial, politik dsb.

Samb
Perubahan sosial masyarakat
Ia berlaku secara tidak langsung akibat dr revolusi alat cipta zaman tersebut. Kesannya juga dirasai dalam konteks ilmu ekonomi, politik, sosial dsb. Tranformasi berlaku dr masyarakat tradisional yang berasaskan tanaman kepada masyarakat industri yang banyak menggunakan mesin. Hasilnya muncul pelbagai masalah sosial masyarakat yang berpunca dr sikap manusia yang terlalu mengejar perubahan dalam hidup.

Teori & Pendekatan Sains Sosial


Sains Sosial mempunyai pelbagai teori & pendekatan yang berfungsi memberi penjelasan saintifik terhadap fenomena sosial. Ia terbina sejak abad ke 19 M secara umum bagi menyatukan disiplin sains sosial yang berbeza di bawah gagasan ilmu kemanusiaan

Peranan Teori Dalam Sains Sosial


Dalam sains sosial TEORI mempunyai peranan tersendiri & menjadi sebahagian dr prosedur penyelidikan. Ia sebagai panduan kepada pengkaji untuk meneroka subjek pemerhatian mereka dengan lebih jelas.

Samb

Ahli sains sosial telah menggariskan 5 ciri tentang fungsi teori dalam membantu pemahaman.
Mewujudkan pengklasifikasian Menjangka perkara yang bakal berlaku Menjelaskan perkara yang telah berlaku Membantu memahami sebab musabab berlakunya sesuatu perkara Memberi panduan tentang perkara yang hendak di kaji.

Definisi Teori
Kenyataan/andaian abstrak tentang perhubungan antara pembolehubah bg menjelaskan sesuatu fenomena. Ia terhasil dr pemerhatian & usaha untuk memahami sesuatu fenomena. Teori mestilah berupaya diuji, berjaya menghasilkan kebenaran dan boleh mewujudkan fakta.

Samb..
Dalam sains sosial, teori akan diuji secara berterusan (berulang kali) kerana fenomena sosial sukar untuk dibuktikan secara tepat. Teori umum pula menjadi lebih sukar diuji kerana jaringan pembolehubah adalah terlalu kompleks. Dan kebanyakkan teori sains sosial adalah bersifat umum kerana ia berupaya untuk digeneralisasikan ke atas fenomena sosial secara umum dan tidak terhad kepada sesuatu konteks sahaja.

Teori Umum Sains Sosial


Teori umum wujud bagi membantu manusia melihat fenomena sosial secara bersistem (skima) dan menghasilkan pemahaman secara sistematik tentang hubungan sosial manusia dan persekitaran mereka. Cth: Teori Relativiti Albert Einstein

Perspektif Sistem
Perspektif sistem adalah pendekatan untuk melihat kehidupan masyarakat sebagai sebuah entiti yang wujud di dalamnya pelbagai unsur yang kompleks. Justeru, apabila masyarakat dilihat sebagai sebuah sistem maka kajian akan lebih terfokus kepada komponen dan hubungkait di antara komponenkomponen tersebut.

Samb
Semakin besar sistem semakin kompleks susunatur sistemnya & semakin kompleks komponen yang terdapat di dalamnya. Maka secara analitikalnya, sistem sosial manusia itu terbahagi kepada 3:

Makro
Meso Mikro
Sistem yang besar dr segi saiz & komponen yang berinteraksi di dalamnya CTH: Organisasi & Komuniti Sistem yang sederhana saiz & komponennya tidak terlalu kompleks CTH: Sebuah Keluarga Sistem paling kecil atau sistem asas masyarakat CTH: individu

Samb

Wujud 2 bahagian dalam perspektif sistem:


Sistem Terbuka
Sistem yang menerima dan menyumbang kepada persekitaran (sentiasa berinteraksi) Ia memiliki 4 ciri: Menerima sesuatu dr persekitaran Menyumbang sesuatu kepada persekitaran Melakukan proses menukar unsur kemasukan (input) menjadi produk (output) Memiliki mekanisme keseimbangan Mengalami perubahan. CTH: Manusia

Samb
Sistem tertutup
Bertujuan menampung kewujudan secara bersendiri tanpa berinteraksi dengan persekitaran. Perkembangan amatlah terhad dan kadangkala tidak berkembang langsung Ia berguna kepada ahli sains sosial bagi memerhati fenomena tahap dinamik rendah CTH: Masyarakat terpencil yang mengalami perubahan secara perlahan.

Teori Strukturalisme / Fangsionalisme


Strukturalisme kajian ke atas fenomena sosial & budaya dengan mengandaikan bahawa wujud struktur tertentu spt mitos & nilai dalam pembentukan sesebuah masyarakat Struktur tersebut mungkin sesuatu yang abstrak tetapi kewujudannya telah memberi tafsiran yang tersendiri.

Samb
Fungsionalisme kajian ke atas fungsi sesuatu elemen sosial memberi kesan tertentu dalam operasi & kewujudan masyarakat. Ia menekankan kepentingan struktur dalam mempengaruhi keseluruhan fenomena sosial yang merangkumi tindakan yang boleh dan tidak boleh dilakukan di dalam masyarakat.

Samb
Tindakan yang selari dengan nilai masyarakat dikira sebagai berfungsi (functional) Tindakan yang salah dalam masyarakat akan dikira sebagai sesuatu yang pincang (disfunctional) Teori ini juga menekankan saling bergantungan struktur & fungsi antara komponen di dalam masyarakat. Keseimbangan amat bergantung kepada peranan yang dilakukan oleh komponen-komponen masyarakat tersebut. Justeru, kestabilan & keharmonian sosial bergantung kepada keupayaan masyarakat memelihara keseimbangan fungsi & struktur dalam masyarakat.

Teori Evolusi
Asasnya Teori Evolusi mengandaikan bahawa masyarakat akan berubah secara seragam berasaskan peraturan yang telah ditetapkan. Ia banyak melihat perubahan2 yang berlaku di dalam sistem sosial masyarakat. Idea evolusi sering dikaitkan dengan tokoh2 seperti Charles Darwin, Auguste Comte, Herbert Spencer dan Karl Marx.

Samb..

August Comte (1798-1857)


Membuat andaian bhw wujud 3 tahap pemikiran manusia
Teologi
Pemikiran manusia berasaskan agama & kepercayaan ghaib

Metafizik
Pemikiran manusia yang dipengaruhi oleh idea abstrak tentang kejadian & fenomena fizikal

Positivisme
Manusia berfikir dengan menggunakan kaedah sains untuk meneroka fenomena dan kejadian di sekeliling mereka

Samb

Herbert Spencer (1820-1903)


Andaian bhw wujud persamaan proses evolusi antara organisme biologi dengan manusia. Idea beliau dipengaruhi oleh idea Darwin yang menekankan konsep Suvival of The Fittest dalam menerangkan perubahan masyarakat itu berlaku secara semulajadi. Yang kuat akan menonjol & yang lemah akan terhapus secara nature mengikut hukum alam. Justeru, idea ini menolak unsur paksaan dalam sistem sosial manusia.

Samb

Lewis Henry Morgan (1818-1881)


Mempopularkan Teori Evolusi Budaya Membuat andaian bhw masyarakat dibahagikan kepada 3 tahap suvival
Savagery
Masyarakt hidup secara nomad & menjalankan aktiviti berburu dan mengutip makanan

Barbarisme
Masyarakat manusia tinggal setempat & bercucuk tanam secara asas

Civilization
Masyarakat manusia hidup setempat & mula menggunakan teknologi

Samb

Karl Marx (1818-1883) & Frederick Engels (1820-1895)


Terpengaruh dengan idea Morgan tetapi lebih tertumpu kepada aspek perubahan material. Evolusi berlaku dalam konteks pengeluaran sumber & mod pengeluaran Ia seiring dengan perubahan material dalam kehidupan manusia Hasilnya wujud Teori Materialisme Sejarah Perubahan hidup manusia wujud kerana dorongan ekonomi Konflik & kuasa antara kelas menjadi asas utama dan sumber perubahan (evolusi) dalam masyarakat.

Kesimpulan
Ilmu sains sosial seharusnya dipelajari oleh semua ahli masyarakat. Dengan mengetahui kepentingan sains sosial maka secara tidak langsung kita dapat mengetahui betapa kompleks penjanaan struktur dalam ilmu pengetahuan Ini menjadikan kita berupaya untuk menilai kepentingan sesuatu ilmu tanpa memandang serong kepentingan ilmu yang lain.

You might also like