You are on page 1of 15

PSIKOLOGI

Pengenalan
Diri manusia adalah unik dan ia dianugerahkan oleh Tuhan. Setiap individu mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Diri individu akan lengkap sekiranya terdapat hubungan yang amat rapat di antara individu dan psikologi.

Definisi
Psikologi berasal dari perkataan greek iaitu psyche dan logos. Psyche bermaksud jiwa atau roh dan merupakan intipati kehidupan. logos bermaksud kajian dan dirujuk sebagai ilmu dan sains. psikologi didefinisikan sebagai kajian saintifik mengenai tingkahlaku dan pengalaman sebagaimana yang dinyatakan oleh Kalat (1999).

Matlamat

Bidang psikologi bukan menerangkan tingkahlaku manusia dan proses mental sahaja tetapi meliputi perkara bagi mengembangkan kehidupan dan memperbaiki diri individu dan masyarakat secara umum. Terdapat enam matlamat psikologi yang utama iaitu:
Deskripsi atau pemerihalan Meramal Modifikasi Mempengaruhi

Bidang utama

Ilmu psikologi boleh dibahagikan kepada dua komponen yang utama iaitu bidang asas dan bidang gunaan

Ia di fokuskan kepada bidang-bidang gunaan


Bidang-bidang gunaan berkait rapat dengan aspek pekerjaan, kehidupan, kesihatan, kemasyarakatan dan sebagainya.
Psikologi Industri dan Organisasi Psikologi Klinikal dan Kaunseling Psikologi Sekolah dan Pendidikan Psikologi Kesihatan Bidang-bidang Lain

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PSIKOLOGI

-ciri-ciri saintifik yang terdapat dalam matlamat bidang psikologi perlu dikembangkan dengan kaedah kajian yang saintifik. -antara kaedah-kaedah yang boleh digunakan:

Kaedah

Tinjauan Kaedah Pemerhatian Kaedah Eksperimen

HUBUNGAN PSIKOLOGI DAN DIRI

-bidang-bidang penting dalam psikologi mempunyai hubungan rapat dengan diri individu antaranya

Perkembangan Manusia Motivasi Emosi Personaliti Kecerdasan

Perkembangan manusia

Melihat bagaimana individu berkembang dan mengalami perubahan di sepanjang hayatnya. Perkara yang menjadi pokok perbincangan ialah proses perkembangan dan kematangan fizikal, proses perkembangan intelektual, proses perkembangan mental yang melibatkan hal-hal kognisi dan persepsi, perkembangan sosial dan sebagainya. Teori perkembangan yang penting ialah Teori Perkembangan Kognitif Piaget,Teori Erikson dan Teori Perkembangan Moral Kohlberg.

Motivasi

mengikut Abraham Maslow keperluan manusia dalam lima tahap penting: 1. Keperluan kesempurnaan kendiri 2. Keperluan Penghargaan kendiri 3. Keperluan sosial/kasih sayang 4. Keperluan keselamatan 5. Keperluan fisiologi

Emosi
Didefinisikan sebagai tindak balas subjektif melalui perasaan dan disusuli dengan perubahan gerak balas tubuh atau perubahan fisiologi. Emosi terdiri daripada dua komponen iaitu komponen fisiologi dan komponen kognitif. Komponen fisiologi diperhatikan melalui perubahan fizikal tubuh. Komponen kognitif pula melibatkan reaksi mental .

Personaliti

Personaliti berasal dari perkataan persona yang bermaksud topeng yang digunakan oleh aktor. Dalam bahasa mudah merujuk kepada perwatakan yang kita tonjolkan seharian. Ahli psikologi telah membahagikan komponen pemikiran yang mempunyai hubungan dengan personaliti kepada tiga kategori iaitu a) ld b) Ego c) Superego

Kecerdasan
Kecerdasan merupakan keupayaan dan kemampuan individu mempergunakan ilmu pengetahuannya. Juga satu keupayaan untuk penyesuaian diri terhadap persekitaran.

Bidang-bidang sains sosial yang lain menerapkan atau mengambil bidang psikologi sebagai asas atau digunakan untuk menerangkan bidang-bidang ilmu yang lain.

Rumusan

Bab ini telah membicarakan beberapa aspek penting mengenai psikologi yang menjadi teras individu memahami dirinya. Psikologi melihat tingkah laku individu itu sendiri dan hubungannya dengan orang lain. Ia bukan hanya sekadar pemahaman untuk diri sendiri tetapi adalah asas penting kehidupan setiap insan. Pengetahuan mengenai psikologi boleh diterapkan bagi kegunaan memajukan diri serta memahami orang lain.

You might also like