You are on page 1of 10

DOKTOR MUDA

SKOP 1
UNIT 1 : SAYA DOKTOR MUDA PENGENALAN

Unit 1 : Saya Doktor Muda Unit 2 : Mengenali Kemudahan Kesihatan Unit 3 : Menyampaikan Mesej Kepada Rakan dan Keluarga

Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada maksud peranan dan aktiviti Doktor Muda. Kejayaan program ini bergantung kepada setakat mana mereka memahami maksud, peranan dan tanggungjawab Doktor Muda. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menerangkan denisi Doktor Muda. 2. Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab Doktor Muda. 3. Menyenaraikan aktiviti Doktor Muda. 4. Membuat catatan dalam Buku Catatan Harian dan Buku Catatan Bilik Darjah. ISI PENTING 1. Denisi Doktor Muda. 2. Peranan dan tanggungjawab Doktor Muda. 3. Aktiviti Doktor Muda. 4. Merekodkan aktiviti.

KANDUNGAN 1. Denisi Doktor Muda Doktor Muda adalah murid yang dipilih oleh guru berdasarkan ciri-ciri tertentu dan kemudiannya diberi latihan dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa tajuk kesihatan. Seterusnya mereka akan membantu dalam memberi perkhidmatan kesihatan di sekolah dan bertindak sebagai agen perubahan kepada pengetahuan, sikap dan amalan serta tingkahlaku kesihatan untuk diri sendiri, rakan-rakan, keluarga dan masyarakat dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan. 2. Peranan dan Tanggungjawab Doktor Muda Sentiasa bersikap dan bertingkah laku sihat. Mendorong rakan-rakan supaya menjaga kebersihan diri, bersikap positif dan bertingkah laku sihat. Mempromosikan sikap dan tingkahlaku sihat di kalangan anggota keluarga di rumah. Berusaha mencapai keadaan persekitaran yang bersih dan sihat di sekolah dan rumah.

10

SKOP 1

Membantu guru dan anggota kesihatan semasa pasukan kesihatan sekolah mengadakan lawatan ke sekolah. Memainkan peranan yang aktif dalam kempen-kempen kesihatan yang diadakan di sekolah. 3. Aktiviti Doktor Muda Penimbangan berat badan. Pengukuran tinggi. Pemeriksaan ketajaman penglihatan (Carta Snellen). Pemeriksaan gigi. Pemeriksaan rambut dan telinga. Pemeriksaan pakaian sekolah. Pemeriksaan kuku tangan dan kuku kaki. Melaporkan kejadian demam, muntah dan masalah-masalah kesihatan lain kepada guru kesihatan. Menjaga kebersihan sekolah dan kawasan sekitar bersama murid lain (kantin, tandas, bilik darjah, padang). Mengesan dan memberi rawatan terhadap penyakit atau kemalangan ringan seperti luka atau calar. Memberi ceramah kesihatan kepada murid lain. Mengawasi kotak pertolongan cemas. Mencatat aktiviti dalam Buku Catatan Harian dan Buku Laporan Bilik Darjah. Menghadiri perjumpaan dengan anggota kesihatan dan ibu bapa. 4. Merekodkan Aktiviti Aktiviti Doktor Muda di Bilik Darjah (aktiviti ini dicatat dalam Buku Catatan Bilik Darjah) - Aktiviti yang dilaksanakan untuk murid darjah berkenaan. - Cadangan untuk meningkatkan lagi kesihatan murid atau meningkatkan kebersihan darjah. (Buku ini hendaklah diserahkan kepada guru darjah untuk ditandatangani dan diberi komen) Aktiviti Doktor Muda di Rumah atau Sekolah (aktiviti ini dicatat dalam Buku Catatan Harian) - Tingkahlaku sihat yang saya lakukan di rumah atau sekolah. - Tingkahlaku tidak sihat yang saya lihat di rumah atau sekolah. - Tingkahlaku sihat yang saya anjurkan kepada anggota keluarga di rumah atau rakan-rakan di sekolah.

11

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : TAYANGAN VIDEO SAYA DOKTOR MUDA A. Cara Pelaksanaan 1. Guru akan menayangkan video Skop 1 Unit 1 mengenai Saya Doktor Muda. 2. Guru memilih beberapa orang pelajar untuk menerangkan semula kandungan video yang ditayangkan. 3. Guru menerangkan kembali maksud, peranan dan tugas Doktor Muda. B. Sumber Video Skop 1, Unit 1 Pemain DVD Projektor Video C. Masa 1 jam D. Penilaian Soal Jawab AKTIVITI 2 : BUKU CATATAN DOKTOR MUDA A. Cara Pelaksanaan 1. Guru mengedarkan Buku Catatan Harian dan Buku Catatan Bilik Darjah kepada semua Doktor Muda. 2. Guru menerangkan cara mengisi kedua-dua buku tersebut dengan betul. B. Sumber Buku Catatan Harian Buku Catatan Bilik Darjah C. Masa 1 jam D. Penilaian Soal Jawab

12

SKOP 1

UNIT 2 : MENGENALI KEMUDAHAN KESIHATAN PENGENALAN Unit ini memberi pendedahan kepada Doktor Muda tentang kemudahan dan perkhidmatan perubatan, kesihatan dan pergigian yang terdapat di tempat mereka serta fungsi dan peranan yang dimainkan. Masyarakat awam sering terkeliru tentang fungsi dan peranan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menerangkan perbezaan di antara kemudahan dan perkhidmatan perubatan, kesihatan dan pergigian. 2. Menyenaraikan perkhidmatan yang disediakan di : Hospital. Pejabat Kesihatan Daerah. Klinik Kesihatan. Klinik Desa. Klinik Pergigian. ISI PENTING 1. Fungsi, peranan dan perkhidmatan perubatan. 2. Fungsi, peranan dan perkhidmatan kesihatan : Pejabat Kesihatan Daerah Klinik Kesihatan Klinik Desa 3. Fungsi, peranan dan perkhidmatan pergigian KANDUNGAN 1. Fungsi, Peranan dan Perkhidmatan Perubatan Perkhidmatan perubatan terdapat di hospital. Di setiap negeri terdapat sebuah hospital yang dahulunya dikenali sebagai Hospital Besar dan di hospital ini terdapat perkhidmatan Doktor Pakar. Sementara di setiap daerah pula terdapat sebuah hospital yang dahulunya dikenali sebagai Hospital Daerah. Di hospital ini, Doktor Pakar cuma membuat lawatan sebulan sekali bagi memeriksa dan merawat pesakit yang telah diberi temujanji. Ketua di sebuah hospital dikenali sebagai Pengarah Hospital. Peranan utama hospital adalah memberikan rawatan kepada pesakit. Di antara perkhidmatan yang disediakan di sesebuah hospital adalah :

13

a. Rawatan Pesakit Luar : Jabatan Pesakit Luar (OPD @ Out Patient Department). Unit Kecemasan dan Kemalangan (A & E @ Accident and Emergency Department). Klinik Pakar (terdapat di hospital negeri sahaja). b. Rawatan Pesakit Dalam : Wad Perubatan (lelaki dan perempuan). Wad Pembedahan (lelaki dan perempuan). Wad Kanak-kanak (12 tahun ke bawah). Wad Perbidanan dan Sakit Puan (O & G @ Obstetric and Gyneacology). - Wad Ante-Natal (sebelum bersalin) - Wad Post-Natal (selepas bersalin). - Bilik Bersalin - Wad Sakit Puan. Wad Orthopedic (Tulang) (lelaki dan perempuan). Wad ENT @ Ear, Nose & Throat (Telinga, Hidung dan Tekak). Wad Mata. Wad Psikiatrik (Rawatan Jiwa). Unit Rawatan Rapi (ICU @ Intensive Care Unit). Unit Rawatan Jantung (CCU @ Cardiac Care Unit). Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU @ Neonatal Intensive Care Unit). c. Dewan Bedah (OT @ Operation Theatre) di hospital tertentu sahaja. d. Unit Farmasi (ubat-ubatan). e. Unit Makmal Perubatan. f. Unit Radiologi (x-ray). g. Unit Tabung Darah. h. Unit Fisioterapi dan Rawatan Cara Kerja di hospital tertentu sahaja. i. Unit Pentadbiran.

2. Fungsi, Peranan dan Perkhidmatan Kesihatan Perkhidmatan Kesihatan di daerah terdapat di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Klinik Kesihatan (KK) dan Klinik Desa (KD) yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing yang tertentu. Pentadbirannya terdapat di Pejabat Kesihatan Daerah yang diketuai oleh Pegawai Kesihatan Daerah. Perkhidmatan kesihatan lebih mementingkan aspek pencegahan. Namun begitu, perkhidmatan rawatan turut disediakan di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa. Di Pejabat Kesihatan Daerah terdapat Unit Pengurusan dan Pentadbiran serta Unit Inspektorat. Unit Inspektorat pula terbahagi kepada beberapa unit kecil iaitu:

14

SKOP 1

Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC @ Communicable Disease Control). Unit Kawalan Mutu Makanan (KMM). Unit Kawalan Mutu Air Minum (KMAM). Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor (KPBV). Unit Promosi Kesihatan. Unit Am. Unit Bekalan Air dan Kawalan Alam Sekitar (BAKAS).

Kemudahan dan Perkhidmatan di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa : Klinik Ibu Mengandung. Klinik Kanak-kanak dan Imunisasi. Jagaan Selepas Bersalin dan Perancang Keluarga. Perbidanan di Rumah. Pusat Bersalin Alternatif (di Klinik Kesihatan tertentu sahaja). Rawatan Pesakit Luar (OPD) di Klinik Desa bagi rawatan kes-kes ringan sahaja. Klinik Warga Sihat. Kemudahan lain di Klinik Kesihatan : Unit Kecemasan. Unit Makmal Perubatan. Unit Farmasi. Unit X-ray (di Klinik Kesihatan tertentu sahaja). Unit BAKAS. 3. Fungsi, Peranan dan Perkhidmatan Pergigian Perhidmatan pergigian boleh didapati melalui Klinik Pergigian Besar, Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan / Poliklinik, Klinik Pergigian Sekolah atau Pusat Pergigian Sekolah, Klinik Pergigian Bergerak, Pasukan Pergigian Bergerak, Pasukan Pra-sekolah dan Klinik Pergigian Pakar. Penjagaan kesihatan pergigian di Kementerian Kesihatan terdiri daripada penjagaan asas dan penjagaan pakar. Penjagaan kesihatan pergigian asas merangkumi : Pemuoridan bekalan air. Promosi kesihatan pergigian. Program-program untuk murid sekolah, murid mengandung. Perkhidmatan pesakit luar. Penjagaan kesihatan pergigian pakar termasuk : Ortodontik Periodontik. Pembedahan mulut. Pediatrik Pergigian. Perubatan / patologi mulut.

pra-sekolah

dan

ibu

15

Kemudahan rawatan pergigian yang disediakan di klinik pergigian termasuk : Tampalan gigi. Cabutan gigi. Penskaleran dan penggilapan. Rawatan endodontik (salur akar gigi). Sealan sur. Pembuatan dentur (gigi palsu). Rujukan untuk rawatan pakar seperti rawatan ortodontik, periodontik dan pembedahan mulut. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : KENALI KEMUDAHAN KESIHATAN A. Cara Pelaksanaan 1. Guru akan menayangkan video Skop 1 unit 2 mengenai Kenali Kemudahan Kesihatan. 2. Guru memilih beberapa orang murid untuk menerangkan semula kandungan video yang ditayangkan. 3. Guru menerangkan kembali perkhidmatan kesihatan yang disediakan. B. Sumber Video Skop 1 Unit 2 Pemain DVD Projektor video C. Masa 1 jam D. Penilaian Soal Jawab AKTIVITI 2 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR A. Cara Pelaksanaan 1. Guru menganjurkan lawatan ke premis kesihatan seperti Klinik Kesihatan, Klinik Desa dan Hospital. C. Masa 3 jam D. Penilaian Soal Jawab

16

SKOP 1

UNIT 3 : MENYAMPAIKAN MESEJ KEPADA RAKAN DAN KELUARGA PENGENALAN Kebolehan dan kemahiran menyampaikan mesej kepada orang lain merupakan aspek yang perlu ada pada Doktor Muda. Dengan kebolehan dan kemahiran tersebut, Doktor Muda akan mempunyai keyakinan untuk menyampaikan mesej secara berkesan. Secara tidak langsung mereka yang menerima maklumat tersebut akan memberi tumpuan untuk mendengar dan cuba memahami serta mengikuti apa yang disampaikan. Kebolehan dan kemahiran ini akan meningkatkan lagi kredibiliti Doktor Muda dalam menjalankan tugas-tugas beliau. OBJEKTIF Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat : 1. Menyenaraikan kaedah-kaedah dan teknik-teknik penyampaian mesej secara berkesan. 2. Menyenaraikan cara-cara meningkatkan kredibiliti semasa menyampaikan maklumat kepada rakan dan keluarga. ISI PENTING 1. Kaedah-kaedah dan teknik-teknik penyampaian mesej secara berkesan. Membuat persiapan tajuk. Membuat persiapan diri. Adab semasa berucap. Petua komunikasi berkesan. 2. Petua komunikasi berkesan. 3. Cara-cara meningkatkan kredibiliti semasa menyampaikan ucapan atau ceramah. KANDUNGAN 1. Kaedah-kaedah dan Teknik-teknik Penyampaian Mesej Secara Berkesan Membuat persiapan tajuk - Memahami tajuk atau topik yang akan disampaikan. - Menggunakan bahasa yang mudah difahami. - Memberi contoh-contoh yang berkaitan. - Mempunyai pertalian antara isi-isi penting. - Menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai seperti gambar, carta selak atau poster. Membuat persiapan diri - Pakai pakaian seragam Doktor Muda atau berpakaian kemas dan bersih. - Pakaian mestilah bersih. - Air muka mestilah baik senyum dan kelihatan bersedia. - Berjalan dan melangkah dengan tenang dan tidak menggelabah.

17

- Berlatih berucap beberapa kali sebelum memberi ceramah sebenar. - Berlatih menggunakan alat bantu. - Telitilah cara-cara berucap yang dilakukan oleh orang lain yang mahir berucap. Adab Semasa Berucap - Wujudkan kemesraan dengan audien. - Mulakan dengan bertanya soalan berkait dengan tajuk ceramah atau cerita pendek. - Terangkan kaitan tajuk ceramah dengan kesihatan kita. - Beri pujian kepada audien kerana sudi mendengar ceramah. - Bercakap dengan sopan santun. - Suara mestilah jelas dan terang. - Berdiri dengan yakin. - Memandang kepada audien. - Tidak terlalu kerap melihat nota. - Tidak mengkritik audien. - Layan semua pertanyaan dengan adil. - Jawab semua soalan dengan memuaskan. - Ringkaskan idea sebelum berhenti. - Ulangkan kepentingan tajuk ceramah sebelum berhenti. 2. Petua Komunikasi Berkesan A - Accurate (Tepat) Maklumat atau mesej mestilah betul, tepat dan boleh dipercayai. B - Brief (Ringkas) Maklumat yang hendak disampaikan mestilah ringkas, padat dan difahami oleh audien. C - Clear (Jelas) Jelas dari segi suara dan alat atau gambar yang ditunjukkan serta jelas dari segi perkataan (tidak mempunyai banyak makna). D - Direct (Secara Langsung) Maklumat yang ingin disampaikan mestilah mempunyai berterus terang atau direct to the point dan tidak berbelit-belit. E - Easy (Mudah) Kaedah penyampaian mengelirukan.

ciri

maklumat

mestilah

mudah

dan

tidak

F - Fast (Lancar) Penyampaian maklumat mestilah segi tutur kata dan bahasa.

lancar,

tidak

tersekat-sekat

dari

G - Good Taste (Sedap Didengar) Penyampaian maklumat mestilah menggunakan bagus, bersopan dan sedap didengar. Elakkan memperbodohkan audien.

bahasa yang mengutuk dan

18

SKOP 1

3. Cara-cara Meningkatkan Kredibiliti Semasa Menyampaikan Ucapan atau Ceramah Mempunyai sikap dinamik iaitu bertenaga, aktif dan penuh minat semasa menyampaikan ucapan atau ceramah. Konsisten mengambil pendirian yang sama sepanjang ucapan. Keramahan lemah-lembut dan menekankan persamaan beliau dengan audien; tidak bongkak. Kejujuran bercakap benar. Keikhlasan tidak berpura-pura. Memberi penekanan kepada mesej memberi penekanan pentingnya mesej atau maklumat tersebut. Mengambil berat terhadap audien layan dan jawab setiap soalan dengan memuaskan. Kebolehpercayaan mengambil pendirian yang sama sepanjang masa tanpa mengira siapa audien mereka. Kepakaran berpengetahuan luas dalam topik yang diperkatakan. Daya tarikan peribadi menarik, berpakaian kemas dan mampu mempamerkan keramahan. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI 1 : PENGUCAPAN AWAM A. Cara Pelaksanaan 1. Guru menerangkan kaedah dan teknik menyampaikan ceramah atau syarahan secara berkesan. 2. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan. 3. Guru membacakan senario kepada kumpulan. Senarionya ialah : Seorang makan di rakannya memberi Doktor Muda ternampak rakannya yang tidak mencuci tangan sebelum kantin sekolah. Setelah menghampiri rakannya, beliau juga ternampak kuku panjang dan kotor. Doktor Muda merasa bertanggungjawab untuk penerangan dan menasihati rakannya tentang amalan kebersihan diri.

4. Guru meminta setiap kumpulan berbincang mengenai senario tersebut dan membuat persediaan untuk menyampaikan ceramah yang berkesan. 5. Guru memilih seorang wakil setiap kumpulan untuk menyampaikan ceramah berpandukan kepada senario berkenaan. 6. Guru akan memberikan markah kepada Doktor Muda berdasarkan isi, bahasa, kelancaran, gaya, intonasi dan susunan ceramah menggunakan Borang Penilaian dan Ulasan Pengucapan Awam seperti Lampiran 1.3. 7. Guru membuat ulasan terhadap pencapaian penceramah dan kumpulan masing-masing berpandukan Borang Penilaian dan Ulasan Pengucapan Awam (Lampiran 1.3) B. Sumber Borang Penilaian dan Ulasan Pengucapan Awam (Lampiran 1.3) C. Masa 1 jam D. Penilaian Soal Jawab

19

You might also like