You are on page 1of 19

PENGAJARAN MIKRO LANGKAH 3

(KONSEP TEKSTUR)
Oleh: Mohd Faiq bin Ab. Latif
T2MU1 PISMP Ambilan Januari 2012 07 September 2013 Sabtu Pensyarah: Puan Susan Tiang

Subjek: Kurikulum Pendidikan Muzik

KEMAHIRAN YANG DIGUNAKAN


- Kemahiran Pengukuhan

KEMAHIRAN PENGUKUHAN
Komponen Kemahiran Pengukuhan
i. Lisan positif
a. Guru menggunakan perkataan yang positif sepanjang pelaksanaan proses pengukuhan dan pengayaan. b. Pengukuhan ini adalah dalam bentuk kata pisitif seperti baik bagus satu cubaan yang baik atau pun ya. a. Guru menggunakan bahasa badan yang menyenangkan murid seperti mengangguk kepala, menepuk tangan dan sebagainya. a. Guru berada di sisi murid semasa memberi penerangan secara kumpulan. Guru boleh menunjukkan minat terhadap pencapaian murid dengan mendekatinya, berdiri di sebelah atau duduk di sisi murid. a. Guru boleh menggunakan berbagai-bagai jenis sentuhan yang diterima masyarakat seperti sentuhan bahu bagi murid lelaki.

ii. Gerak isyarat positif


iii. Dampingan

iv. Sentuhan

v.

Penggunaan Jawapan Murid


a. Semasa murid memberi pandangan, guru harus menilai dan memberi peluang menerima idea murid

vi. Lisan Negatif


a. Keadaan ini berlaku apabila guru menggunakan kata-kata seperti bukan, salah atau tidak untuk menyindir.

vii. Gerak Isyarat Negatif


a. Perkara ini jelas dilihat apbila guru menggelengkan kepala atau merenung secara marah ke arah murid yang melakukan kesalahan itu.

viii. Tiada Pengukuhan


i. Guru tidak menggunakan sebarang pengukuhan walaupun masanya sesuai untuk digunakan pengukuhan.

LANGKAH YANG AKAN DIAJAR


Langkah 3

LANGKAH-LANGKAH YANG AKAN DIAJAR


Langkah 3 (Aktiviti Pengukuhan dan Pengayaan Konsep Tekstur)
1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan; Kumpulan Vanila dan Kumpulan Cokelat. 2. Secara undian, salah satu kumpulan akan menyanyikan lagu Suara Kita dan kumpulan yang lain menyanyikan lagu Keranamu Malaysia. 3. Guru memberi arahan bahawa murid-murid perlu menyanyikan lagu yang diberikan dalam tekstur nipis dan tebal. Ia bermakna dalam lagu Suara Kita satu kumpulan perlu memasukkan nyanyian solo dan secara berkumpulan mengikut kreativiti murid-murid sendiri. 4. Guru memberi galakan dan dorongan positif dari segi kata-kata yang membina motivasi muridmurid.

Sebagai contoh: dalam lagu Suara Kita, frasa satu dan dua nyanyian secara solo manakala frasa ketiga dan keempat adalah nyanyian berkumpulan.

Contoh:
Lagu Suara Kita -nyanyian solo (tekstur nipis): dengarkan lah oh dengarkan, merdunya suara kita. -nyanyian kumpulan (tekstur tebal): marilah nyanyi bersama, hati gembira.

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM DAN SELEPAS


Set Induksi, Langkah 1, Langkah 2, Penutup/Penilaian

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM DAN SELEPAS


Langkah Sebelum Set Induksi Soal jawab pengalaman sedia ada antara guru murid. 1. Guru akan bertanya kepada murid tentang lagu solo yang pernah mereka dengar dan minati. 2. Guru bertanya kepada murid tentang lagu nyanyian koir atau kumpulan yang pernah mereka dengar. 3. Guru menunjukkan imej yang terdapat pada kepingan BBB yang disediakan.

10

4. Guru bertanya tentang berapa suara yang akan didengari sekiranya hanya satu imej (penyanyi) pada kepingan BBB menyanyikan lagu Suara Kita. Andaian jawapan: satu suara kedengaran 5. Guru bertanya pula sekiranya kesemua imej pada kepingan BBB menyanyi pada masa yang sama, berapa banyak suara akan kedengaran. Andaian jawapan murid: banyak suara kedengaran. 6. Guru menerangkan bahawa pada hari itu kelas akan mengenali bahawa lagu mempunyai teksturnya tersendiri.

11

Langkah 1 - Ulangkaji lagu Suara Kita dengan sebutan vokal a, e, i dan u yang betul Pengenalan Konsep Tekstur
1. Guru memainkan lagu Suara Kita dan menyanyi bersama-sama dengan murid beserta pergerakan badan bebas setempat. 2. Guru membetulkan sebutan huruf vokal dalam lirik lagu. Contohnya: - huruf vokal a: nyanyi - huruf vokal e: perempuan - huruf vokal i: lelaki - huruf vokal u: merdunya 3. Guru memainkan lagu Keranamu Malaysia dan menyanyi bersama-sama dengan muridmurid. 4. Guru bertanya apakah perbezaan antara kedua-dua lagu - Andaian jawapan murid: lagu Suara Kita nyanyian seorang, lagu Keranamu Malaysia nyanyian kumpulan.

12

5. Guru menerangkan konsep tekstur dengan BBB. 6. Guru mengambil sekeping polisterin dan meletakkan ke dalam satu kotak BBB bagi melambangkan nyanyian lagu oleh seorang penyanyi. 7. Guru mengambil pula baki kepingan polisterin dan meletakkannya ke dalam kotak BBB yang kedua secara satu persatu sehingga bertindan-tindan yang melambangkan nyanyian oleh ramai orang.

8. Guru bertanya pula kotak kepingan polisterin yang manakah lebih tebal?

13

Andaian jawapan murid: kotak nyanyian kumpulan (murid dapat melihat dengan jelas bahawa kotak nyanyian kumpulan amat tebal berbanding kotak nyanyian solo yang amat nipis). 9. Guru menerangkan bahawa lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi bertekstur nipis manakala lagu yang dinyanyikan oleh ramai penyanyi dikenali sebagai tekstur tebal. 10. Guru menerangkan bahawa ketebalan sesebuah lagu itu dikenali sebagai tekstur.

14

LANGKAH 2
1. Guru memainkan lagu Suara Kita dan menyanyi bersama murid. 2. Guru memanggil seorang murid dan menyuruhnya meletakkan kepingan polisterin ke dalam kotak yang sesuai. Contohnya, sekeping polisterin sepatutnya diletakkan ke dalam kotak yang tertulis nipis. 3. Guru memainkan sebahagian lagu Keranamu Malaysia dan menyanyi bersama murid. 4. Guru menyuruh seorang murid meletakkan kepingan-kepingan polisterin ke dalam kotak yang betul sebagai tanda pemahamannya.

15

PENUTUP / PENILAIAN
1. Guru memberikan murid kertas pentaksiran untuk dijawab oleh murid. (Lihat LAMPIRAN 2) 2. Guru memaikan audio seperti yang dikehendaki dalam soalan pentaksiran.

2. Guru menerangkan bahawa konsep yang telah murid belajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran adalah tentang tekstur. Tekstur nipis dan tebal yang diwakili oleh suara nyanyian solo dan nyanyian kumpulan.

16

LAMPIRAN-LAMPIRAN

17

LAMPIRAN 1 LIRIK LAGU KERANAMU MALAYSIA


Lirik Lagu Keranamu Malaysia
Buruh nelayan dan juga petani Gaya hidup kini dah berubah Anak-anak terasuh mindanya Lahir generasi bijak pandai Pakar IT pakar ekonomi Jaguh sukan dan juga jutawan Berkereta jenama negara Megah menyusur di jalan raya Alam siber teknologi terkini Kejayaan semakin hampiri Biar di kota ataupun desa Kita semua pasti merasa bangga Keranamu kami mendakap tuah Keranamu kami bangsa berjaya Keranamu kami hidup selesa Limpah budi kemakmuran negara Keranamu kami bebas merdeka Keranamu nyawa dipertaruhkan Keranamu rela kami berjuang Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu negara Malaysia Malaysia... Terima kasih Malaysia!

18

LAMPIRAN 2 SOALAN PENILAIAN

19

TAMAT.

You might also like