You are on page 1of 3

MOHD FAIQ BIN AB.

LATIF (T2MU1)

PENERANGAN KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Menurut Ee Ah Meng (1988), pengajaran mikro merupakan satu daripada perkembangan paling penting dalam bidang pengajaran praktik. Fungsi utama pengajaran mikro ini ialah bertujuan bagi memberikan maklumat bailk secara serta-merta tentang cara pelaksanaan pengajaran dalam kelas walaupun hanya dalam kuantiti yang lebih kecil. Kemahiran yang telah dipilih ialah kemahiran pengukuhan. Kemahiran ini diterapkan semasa mengajar langkah ketiga dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengukuhan yang digunakan oleh guru adalah bertujuan bagi menggalakkan tingkah laku yang diingini. Apabila sesorang murid memberikan jawapan yang betul, guru akan memujinya sebagai pengukuhan tingkah laku itu. Menurut Mok Soon Sang (2000), untuk menggunkan kemahiran peneguhan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, guru haruslah memahami dan mematuhi beberapa prinsip iaitu bentuk pengukuhan haruslah diberi dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keberkesanan pengukuhan. Peneguhan juga hurslah diberkan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif. Peneguhan negatif seperti mengkritik atau menyindir harus dielakkan. Teknik memberi peneguhan juga perlu sepadan dengan umur, jantina dan status sosial pelajar yang berkenaan. Apa yang penting, peneguhan haurslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya pelajar yang menerima pengukuhan itu berasa bangga dan mesra. Seterusnya ialah objektif kemahiran kemahiran pengukuhan. Pertama memberi galakkan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Kedua mengukuhkan kosep atau isi supaya kekal dalam ingatan. Menggalakkan pelajar yang terlibat serta pelajar-pelajar lain terus menunjukkan tingkah laku yang positif. Keempat memupuk semangat keyakinan untuk pelajar yang mewujudkan tingkah laku yang positif. Kelima pula memperbaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul. Sementelahan, kesan-kesan kemahiran pengukuhan ke atas pembelajaran ialah membawa semangat ingi belajar. Murid lebih bersemangat dan berminat terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bersama guru berkenaan. Murid-murid juga akan mencuba untuk memberi tingkah laku yang positif dengan lebih giat lagi. Apatah lagi, muridmurid lain yang belum menerima peneguhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang baik. Dalam situasi ini, disiplin kelas akan bertambah baik dan aktiviti pengajaranpembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Guru boleh memberi peneguhan lebih baik apabila murid berada dalam kumpulan kerana ia akan merangsang murid lain untuk turut serta aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga akan menambah percambahan fikiran. Menurut Ab Rahim Selamat (1989), percambahan fikiran

MOHD FAIQ BIN AB. LATIF (T2MU1)

sesuai digunakan di dalam kelas kerana ia menggalakkan pelajar memberi idea secara cepat. Idea yang dikeluarkan juga dibuat secara giliran iaitu ikut urutan dan pusingan. Terdapat beberapa komponen dalam kemahiran pengukuhan (peneguhan). Pertama ialah lisan-positif. Pengukuhan ini adalah dalam bentuk kata-kata positif seperti baik, bagus, satu cubaan yang bagus dan sebagainya. Ia amat penting bagi guru dalam menjaga tutur kata supaya murid berasa senang dengan guru. Kedua ialah gerak isyarat positif. Gerak isyarat positif ini boleh diamalkan guru termasuklah senyaman, anggukan kepala, menepuk tangan dan sebagainya. Ketiga ialah dampingan. Hal ini boleh ditunjukkan kepada murid melalui cara guru yang berminat terhadap pencapaian muridnya dengan mendekati, berdiri di sebalah atau duduk di sisi murid sebagai satu cara pengukuhan. Perkara yang keempat ialah sentuhan. Perkara ini amat biasa dilihat di dalam kelas. Guru boleh menggunakan berbagai-bagai jenis sentuhan yang diterima masyarakat, misalnya adalah munasabah bagi seorang lelaki menyentuh kepala, bahu, bahagian belakang tubuh badan seorang murid lelaki yang telah memberikan jawapan yang betul. Ia amat berkesan dalam mengukuhkan tingkah laku positif murid yang berkenaan. Komponen kelima ialah penggunaan jawapan murid. Semasa mengajar, guru boleh menggunakan jawapan murid sekiranya didapati sempurna. Ia tidak bermakna guru perlu menolak jawapan murid secara total dan langsung tidak menerima jawapan murid yang tidak sempurna. Ini melibatkan kepandaian seseorang guru untuk menguruskan kelas dan jawapan murid. Keenam ialah lisan-negatif. Keadaan seperti ini berlaku apabila guru menggunakan kata-kata seperti bukan, salah, tidak atau menyindir murid. Hal ini perlu dielakkan ole h guru dan menggantikannya dengan perkataan yang lain yang difikirkan lebih sesuai mengikut keadaan semasa kelas. Ketujuh ialah gerak isyarat negatif. Hal ini jelas dilihat apabila guru menggeleng-gelengkan kepalanya atau merenung secara marah atau serius ke arah murid yang melakukan kesalahan itu. Terakhir ialah tiada pengukuhan. Dalam hal seperti ini guru tidak menggunakan sebarang pengukuhan walaupun masanya sesuai untuk digunakan pengukuhan. Secara amnya, guru perlu juga main tarik-tali dengan muridmuridnya iaitu bertimbang rasa dengan murid supaya momentum murid dapat dikekalkan dalam kelas. Konklusinya, komponen-komponen kemahiran pengukuhan amat penting dan perlu diterapkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pada langkah-langkah yang wajar.

MOHD FAIQ BIN AB. LATIF (T2MU1)

Bibliografi Ab Rahim Selamat. (1989). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Ee Ah Meng. (1988). Pedagogi Untuk Bakal Guru. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Mok Soon Sang. (2000). Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

You might also like