You are on page 1of 1

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH.

Fungsi telefon bimbit juga lebih banyak dan terdapat beraneka model pada masa kini makin meluas. Pada kebiasaannya, masyarakat mampu memiliki telefon bimbit, termasuklah murid sekolah. Penggunaan telefon bimbit mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada para murid. Telefon bimbit memudahkan ibu bapa menghubungi seseorang murid . Selain itu, murid sekolah dapat berbual-bual dengan sahabat ataupun saudara yang jauh melalui telefon bimbit. Di samping itu, telefon bimbit boleh mengurangkan kebosanan kepada murid sekolah. Mendegar lagu dalam telefon bimbit sementara bosan merupakan satu hiburan yang menyenorokkan kepada murid sekolah. Fungsi telefon bimbit yang banyak juga membolehkan murid mengambil gambar atau melayari internet . Penggunaan telefon bimbit juga memberi kesan negatif kepada murid. Jika murid menggunakan telefon bimbit dalam masa yang panjang, sinaran radiasi yang dikeuarkan sedikit sebanyak akan mengganggu kesihatan mereka. Pembelian telefon yang baru memerlukan perbelanjaan yang besar. Setiap panggilan telefon dan penghantaran pesanan ringkas (SMS) turut melibatkan bayaran. Murid sekolah masih tidak bekerja, jadi ibu bapa merekalah terpaksa menanggung kos pembelian dan penggunaan telefon bimbit anak mereka. Selain itu penggunaan telefon bimbit akan menyebabkan murid sekolah mengabaikan muridan mereka. Hal ini demikian kerana ada sesetengah murid sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah atau pada masa tuisyen. Mereka asyik menghantar sms dengan rakan-rakan dan kurang memberikan tumpuan kepada apa yang diajar oleh guru mereka. Lama-kelamaan, murid dan mereka akan terabai dan keputusan muridan akan merosot. Kesimpulannya, penggunaan telefon memang mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada murid sekolah. Oleh itu, para murid perlulah menggunakannya secara bijak. Para ibu bapa turut berperanan dalam mengawal penggunaan telefon bimbit.

You might also like