You are on page 1of 4

Ya Allah!

Kami adalah hambaMu, Hadir di hadapan pintuMu, Wahai yang Maha Pemurah, Ya Allah yang Maha Pemurah, yang Maha Berkuasa. Kami pohon ampunilah kami, abaikanlah kesalahan-kesalahan kami. Ya Allah! Kau telah memberi petunjuk pda kami, tetapi kami membelakangkan petunjukMu, Engkau memanggil kami, masih kami tidak peduli, Engkau meletakkan halangan-halangan agar kami tidak melakukan dosa, masih kami melepasi halangan itu. Engkau memperingatkan kami,kami memekakkan telinga dan terus berdosa. Ya Allah, Engkau telah murka pada kami,murka pada kami, kami mahu meredakan Mu,kami mahu meredakan Mu. Ya Allah gembiralah pada kami,dengan perjumpaan ini, gembirakan seluruh negara kami. Oh Tuhan yang Maha Berkuasa! Kami melupakan sejarah hebat kami, kami melupakan peristiwa Karbala Kami melupakan pengorbanan-pengorbanan telah dibuat KekasihMu s.a.w, kami melupakan bantuanbantuan Baginda saw, Baginda mengikat batu-batu pada perutnya yang mulia kerana kelaparan, hanya untuk kami,gigi nya patah hanya untuk umat ini Baginda akan menangis sepanjang malam, perkataan yang keluar dari bibir hanyalah ummati,ummati Umatku,umatku Oh Tuhanku, setiap nabi-nabi, di hari Penghisaban akan berteriak nafsi,nafsi - aku,aku. Telah sampai kepada kami tentang Nabi kesayanganMu saw,bahawa Baginda akan menangis di hari yang menakutkan itu Ya Robbi Umatku,umatku Ya Allah,jika Engkau menghalau kami, itu akan menyakiti NabiMu saw, wahai yang Maha Berkuasa, selayaknya kami memerima setiap hukuman Kami telah mengisi alam ini dengan kegelapan dosa-dosa kami, dengan tipu daya kami, Oh Maha Mulia, andai Engkau goncang kami, itu selayaknya buat kami Sebenarnya kasih-sayang ehsanMu lah yang membuatkan kami tidak ditukar menjadi kera atau khinzir sebagai hukuman, Kau telah merahmati kami dengan negara ini semata-mata untuk meninggikan Islam,agar kami membina keadilan disini, maruah setiap manusia dilindungi, Tetapi sebaliknya! Ia menjadi tempat pembunuhan dan pencurian Kami melihat darah mereka yang tidak berdosa berhamburan merata-rata, mayat anak-anak tanpa anggota menjadi biasa,anak-anak pergi ke masjid untuk menyembahMu, tetapi yang pulang hanya tulang-tulang mereka, hanya topi mereka dijumpai,basah kuyup dengan darah mereka Peniaga hancur hilang ke udara bersama kereta sorong, dia tidak tahu atas dosa jenayah apakah ini telah berlaku. Darah-darah sepanjang jalan raya bagaikan merayu dan menangis atas jenayah apakah perkara ini berlaku kepada ku?

Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa. Inilah balasan dosa-dosa kami, Selayaknya kami ditukar menjadi kera-kera dan babi-babi,selayaknya kami di rejam batu-batu melalui syurga. Engkau berkuasa untuk melakukan apa saja. Sememangnya kami layak untuk semua itu Tetapi wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, demi airmata kekasihMu saw,yang mengalir jatuh dari wajah Baginda dengan banyak itu sehingga ribuan kali turunnya Jibrail, tika Nabi saw tersedu sedan tidak terkawal, Engkaulah Ya Allah yang menghantar Jibrail as datang bertanya mengapa, Baginda membalas kerisauan umatku membuat aku menangis Oh Tuhanku,Engkaulah.yang menjanjikan Aku akan mengembirakan kamu tentang umatmu Oh Tuhan Maha Berkuasa,kami juga umat Baginda Ya Allah, walaupun seluruh kedudukan kami telah kami hilangkan, tiada kesolehan,tiada zuhud,tiada ilmu,tiada kebaikan,tiada kemurahan. Kami ada semua kerosakan di riba kami, tetapi kami masih umat Nabi Mu saw, sekurang-kurangnya kami mempunyai satu lagi kebaikan dari Nabi kami saw- ketika Baginda pulang dari menziarahi ahli-ahli syurga Baqi Baginda berkata Aku mahu menemui saudara-saudaraku, para sahabah telah bertanya bukankah kami saudara mu ya Rasul Allah? Baginda menjawab Bukan,kamu sahabat ku. Saudaraku adalah mereka yang beriman kepada ku dan membawa kalimahku, tetapi mereka tidak pernah melihatku. Wahai Tuhan yang Maha Kuasa, pemilik alam ini, oh Pemilik Alam. HambaMu ini tidak sanggup melihat saudaraku di bakar, Nabi saw lebih mulia dariku,Baginda memanggil kami saudara-saudaranya. Baginda pasti akan amat sedih melihat kami dibakar, ya Allah,selamatkanlah kami dari kesakitan yang bersangatan, selamatkan kami dari api nerakaMu. Kami tidak mampu berbuat apa-apa,tidak mampu berbuat apa-apa,tiada kebaikan langsung pada kami,tiada langsung kebaikan kami, kami fakir,dunai kami telah dirampas,akhirat kami telah dirampas,apa yang di ribaan kami telah rosak,semua nya koyak,kami menadah mangkuk yang bocor Wahai yang Maha Kuasa! Tangan-tangan yang kami tadah kepadamu untuk berdoa juga telah hitam kerana dosa-dosa kami. Lidah-lidah yang kami meminta kepadaMu juga telah hitam kerana dosa-dosa kami. Mata yang menangiskan airmata ini juga telah banyak engkar kepada perintahMu. Kami tiada kebaikan, kami ada kekuatan kerana kekasihMu saw. Demi Baginda, demi airmata yang Baginda titiskan,sehingga di hari pembalsan Baginda saw akan terus memanggil kami Umatku,Umatku. Kami umat Baginda, ini yang kami ada untuk dipersembahkan. Kami tiada apa-apa lagi, kami telah kehilangan segalanya. Kami pengembara yang sesat, yang telah dimurkai,kami penunggang yang kehilangan. Wahai Allah, hanya satu sandaran kami, menjadi pengikut Nabi saw. Kasihanilah kami,kurniakanlah bantuan Mu,kasihanlah seluruh umat. Lebih dari itu kasihilah negara kami. Api dan darah telah menjadi murah. Ya Allah, Maha Kuasa, wahai Tuhan kami Kami telah lemah ya Allah, tetapi Engkau tidak lemah ya Allah, kesemua kami lemah ya Allah, Wahai Allah, bantulah ya Allah. Bantulah demi airmata anak-anak kecil yang bersih dari dosa,mereka tidak pernah bersalah,O Allah, datangkanlah bantuan demi anak-anak ini, kami datang merayu memanggilMu.

Jika anak-anak ini disakiti mereka memanggil ayah mereka,jika dipersalahkan mereka memberitahu ibu mereka. Kami juga datang kepada Mu walaupun kami di hukum, kerana kasihMu kepada kami melebihi kasih ibubapa kami sendiri. Kami datang mengadu kesakitan ini kepada Mu, kami bersaudara sedang memerangi sesama kami, orang luar juga memerangi kami, rakan rakan kami mengkhianati kami, sepertinya kami adalah musuh,bagaimana dapat kami adukan tentang musuh kami,jika aduan tentang sesama kami sendiri tiada penghujungnya, si peyembelih adalah Muslim, yang di sembelih juga Muslim,yang menculik dan membunuh kanak-kanak adalah dari kalangan kami sendiri, yang berhati batu dan zalim itu dari kami Kasihilah kami, restuilah kami dengan bantuanMu, demi darah dan pengorbanan para syuhada Karbala,demi pengorbanan para Sahabah ra, kasihanilah kami, darah sahabah ditumpahkan demi menghidupkan agama. Demi airmata kekasihMu saw, oh Maha Kuasa, demi airmata Nabi saw, Madinah telah menjadi saksi akan tangisan Nabi, sehingga kini ia tetap menjadi saksi, bahawasanya di setiap malam sejadah,tanah dan masjid Nabawi telah dibasahi airmata Baginda Jibrail pun turun untuk mengelap airmata rahmat,dari wajah Baginda yang dirahmati, dan Engkau ya Alllah pernah berkata Engkau akan mengembirakan Baginda akan hal umat nya ini. Oh Allah, kami telah penat, bilakah kegelapan malam ini akan berakhir? Biasanya malamMu hanyalah 10 hingga 12 jam sahaja, bilakah kegelapan malam kami ini akan berakhir? Bilakah akan berakhir, telah berlanjutan ia beratusan tahun ya Allah , bilakah umat akan aman, bilakah kehidupan kami akan dipenuhi keamanan dan kasih sayang? Oh Allah Maha Berkuasa, kami sungguh hina dan berdosa sehingga tiada apa kebaikan untuk kami persembahkan kepadaMu. Kami tiada apa-apa melainkan rahmat dari airmata NabiMu saw. Kasihilah kami, gembiralah akan kami, peliharalah negara ini, pimpinlah sektor2 kerajaan,polis,peniaga, orang-orang kampung dan warga ini. Satukanlah wilayah kami dan tingkatkan kemesraan diantara kami.Mereka yang membakar api nasionalisma,pimpinlah, mereka dari kalangan kami,dari kami. Syaitan telah menyesatkan kami. GEmbiralah dengan pertemuan kami ini. Hidupkan lah intitusi pelajaran kami dengan suasana agama. Padamkanlah ketidakhormatan dan keingkaran. Tinggikanlah darjat mereka yang telah meninggalkan kami, mereka yang masih hidup Engkau takdirkanlah akhir kami dengan iman. Sesiapa yang sakit kau sembuhkanlah,mereka yang terperangkap didalam hutang bebaskanlah mereka, rahmati lah mereka yang sedih dan kecewa. Ya Allah redholah akan kami,terimalah kami,terimalah. Wahai Maha Kuasa, matikan kami dalam iman. Cerahkanlah kubur-kubur kami. Pada hari kebangikitan semula, rahmatilah kami dengan lindungan arash Mu. Rahmatilah kami dengan minum dari telaga Kausar Nabi saw. WaHAI YANG Maha Berkuasa, ketika Engkau menyeru di hari kebangkitan Wahai pendosa-pendosa, berpisahlah kamu dari mereka yang soleh, tolonglah ya Allah jangan dikumpulkan kami bersama-sama penjenayah. Tolong janganlah kami di tangkap, diikat dan di gari. Kami tidak mampu menahan kesakitan api dari mancis,bagaimana kami menanggung api neraka? Redailah kami, selamatkanlah kami dari kesukaran hari itu. Rahmatilah seluruh manusia dengan kekayaan iman dan masukkan kami kedalam syurga. Keluarkanlah kami dari api neraka, Robbana Aa thina fiddunya hasanah.Ameen

You might also like