You are on page 1of 4

Hari: Isnin. Tarikh: 19 July 2010. Kelas: 3N. (1525-1635) Subjek: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Tajuk: Kemahiran Sukan dan Rekreasi. Subtajuk: Lempar Cakera. Objektif: i) Menyatakan teknik lempar cakera yang betul. ii) Melakukan kemahiran asas lempar cakera dengan teknik betul dan selamat. iii) Menyatakan langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian dalam acara lempar cakera. Kemahiran: Permainan. ABM: Buku teks, cakera, padang. Nilai Murni: Bekerjasama. Disiplin. Bertanggungjawab. Kebersihan. Kaedah: Guru memperkenalkan peralatan dan kemudahan lempar cakera. Guru menunjukkan kemahiran lempar cakera yang terdiri daripada fasa persediaan, fasa putaran, fasa lemparan, dan fasa ikut lajak. Para pelajar dibenarkan berlatih serta menunjukkan kemahiran lempar cakera agar menguasai kemahiran. Seterusnya para pelajar diarah untuk meneruskan latihan kemahiran lempar cakera.

Refleksi: Para pelajar mengikuti pembelajaran dengan baik. Terdapat segelintir pelajar yang sudah menguasai kemahiran asas lempar cakera. Guru memantau latihan kemahiran para pelajar. Guru membenarkan pelajar balik ke kelas 10 minit lebih awal.

LATIHAN ANSUR MAJU

Latihan 1

Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.

(a) Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit (b) Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan. Ingat, jangan menggenggam cakera. Pegangan seperti yang diterangkan sebelum ini. (c) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.

Latihan 2

Tujuan: latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.

(a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan. (b) Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki. (c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan.

Latihan 3

Tujuan: latihan berpusing selepas menghayun cakera.

(a) Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri. (b) Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing kea rah lawan jam (ke sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.

(c) Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri ayng berpaksi. (d) Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang. (e) Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan badan sebagia panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur laju. (nota): pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan dan tanpa memegang cakera.

Latihan 4

Tujuan: simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.

(a) Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan hayunakan cakera. (b) Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke depan bulatan. (c) Apabila cakera sampai kea rah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika lemparan, pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah

You might also like