You are on page 1of 21

NAMA : SITI NUR UMAIRATUL SYAFIQAH BINTI MOHD HAMSAH TAHUN : 1 CCT ( TEKNOLOGI PEMBINAAN ) NO.

KAD PENGENALAN : 970713-01-5438 TAJUK FOLIO : KESAN PENYALAHANGUNAAN DADAH KE ATAS KOORDINAT BADAN DAN KESIHATAN NAMA PENSYARAH : PUAN PAZIAH BINTI SAHIR

SENARAI KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA SURAT

1. 2. 3. 4.

PENGHARGAAN PENDAHULUAN DADAH DAN CIRI-CIRINYA JENIS-JENIS DADAH - 7 JENIS DADAH - KETERANGAN 7 JENIS DADAH - GAMBAR JENIS DADAH KESAN PENYALAHANGUNAAN DADAH - SOSIAL - EKONOMI - FIZIKAL - PSIKOLOGI - GAMBAR BERKAITAN KESIMPULAN - DIRI SENDIRI - KELUARGA - NEGARA RUMUSAN RUJUKAN

1 2 3 4-8

5.

9 - 11

6.

12 - 13

7. 8.

14 15

PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengarah saya iaitu Puan Hajah Maimunah Binti Sidin kerana telah membenarkan saya menjalankan tugasan yang diberikan ini sehingga selesai. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya, Puan Paziah Binti Sahir atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau ketika menjalankan tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Mohd Hamsah Bin Saram dan Azizah Binti Abu kerana telah banyak memberikan saya dorongan sepanjang tugasan ini dijalankan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada rakan rakan saya iaitu Nor Syahirah Binti Md Don, Melissa Natasha Binti Menhad yang turut membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini sehingga sempurna dan selesai.

PENDAHULUAN
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalahmasalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".

DADAH DAN CIRI-CIRINYA


Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang). Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang. Diperoleh secara haram. Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah. Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.

JENIS-JENIS DADAH
1. Heroin 2. Morfin 3. Candu 4. Ganja 5. Syabu 6. Ecstacy / MDMA 7. Ketamin

KETERANGAN 7 JENIS DADAH


1. Heroin - adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna
oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

2. Morfin - adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik. 3. Candu - adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

4. Ganja - Pokok ganja ini berasal dari kawasan beriklim panas


seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurangkurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana tetrahydrocannabinol (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama

5. Syabu - Dadah tiruan mengandungi METHAMPHETAMINE


dari Sodium Bicarbonate. Jenis Designer Drug yang merupakan ketulan-ketulan cerah atau Colourless Crystalline Substances. Negara Pengeluar China (pengeluar asal), Filipina Klasifikasi - METHAMPHETAMINE. Harga 4-5 kali ganda harga heroin. 6. Ecstacy / MDMA - Ia dipanggil feel good drug dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

7. Ketamin - pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap


disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

GAMBAR JENIS-JENIS DADAH


1.

- KETAMIN 2.

- ECSTACY / MDMA 3.

- SYABU 4.

- GANJA

5.

- CANDU 6.

- MORFIN 7.

- HEROIN

KESAN PENYALAHANGUNAAN DADAH

1. Sosial

- Penagih akan hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab


terhadap pekerjaan, keluarga serta masyarakat di sekeliling mereka.

- Penagih tidak akan menghiraukan kesihatan dan kebajikan sebelumnya. - Prestasi dan disiplin kerja mula merosot, tingkah laku dan sikap berubah
daripada apa yang biasa diamalkan dan diperhatikan sebelumnya.

- Penderaan dan keganasan terhadap ahli keluarga juga boleh berlaku.


2. Ekonomi

- Penagihan dadah boleh menyebabkan kos ekonomi pada Negara boleh


terjejas disebabkan menanggung kos untuk merawatnya.

- Kehilangan dan kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi. - Kerajaan terpaksa menyediakan kos yang tinggi akibat daripada masalah
penyalahangunaan dadah yang berterusan.

- Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam
penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

3. Fizikal

- Pengaruh terhadap sistem penting pada tubuh badan manusia seperti sistem
saraf, pernafasan, jantung, metabolisme, dan otot-otot.

- Keadaan diri penagih menjadi tidak terurus, proses kehidupan akan terjejas
dan menjadi tidak normal.

- Penagih juga mungkin mengalami sawan dan gangguan fungsi otak. - Kadar pernafasan penagih menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar
degupan jantung berkurangan serta tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolisme badan.

4. Psikologi

- Pengaruh dadah pada otak dan minda. - Seseorang itu akan hilang kawalan diri dan pemikiran. - Mereka boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi. - Badan tidak lagi berfungsi dengan sempurna dan amat sukar untuk
dipulihkan seperti sediakala.

GAMBAR BERKAITAN DENGAN KESAN PENYALAHANGUNAAN DADAH

KESIMPULAN
1. Kesan kepada diri-sendiri : Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah. Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja. Pitam, pengsan dan berperasaan ganas. Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatisis, Tibi, HIV/Aids dan maut. Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.

2. Kesan kepada keluarga : Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga. Rumah tangga menjadi porak peranda. Berlaku penceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga. Anak-anak menjadi terabai dan seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka. Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.

3. Kesan kepada Negara : Negara dan masyarakat terpaksa menaggung kos yang tinggi akibat masalah penyalahangunaan dadah yang berterusan. Penagihan adalah boleh menyebabkan ekonomi pada Negara boleh terjejas disebabkan menanggung kos untuk merawatnya. Kehilangan dan kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi

RUMUSAN
Hasil daripada tugasan yang saya jalankan menunjukkan bahawa terdapat beberapa kesan penyalahangunaan dadah dari segi sosial, ekonomi, fizikal dan psikologi. Dadah boleh membawa maut dan merosakkan fungsi saraf dalam badan kita. Dengan ini, kita haruslah menjauhkan diri daripada dadah dan benci akan dadah kerana dadah membawa maut. Akhir sekali, kita mestilah berjaga-jaga dan jangan sesekali kita mencuba untuk mengambil dadah.

RUJUKAN
1.

http://www.slideshare.net/cikgupaklong/jenisjenis-dadah http://panduanpercuma.info/info/5850/fakta-tentang-dadahjenis-jenis-dadah-dan-kesannya/ Buku sains tingkatan 4. http://www.docstoc.com/docs/130004078/PenyalahgunaanDadah

2.

3.

4.

You might also like