You are on page 1of 36

AGAMA DAN MASYARAKAT

PENGENALAN
AGAMA: sebuah institusi sosial yang menyumbang kepada pembentukan struktur masyarakat.
Fokus institusi agama: hubungan manusia dan pegangan mereka terhadap fenomena dan implikasi yang boleh diperolehi. Asas kemunculan agama: perasaan untuk mencari satu kuasa tertinggi/perasaan ingin beragama (worshipping instinct)
2

Sebab-sebab manusia beragama

1. warisan kebudayaan kumpulan, suku kaum atau keluarga 2. faktor keselamatan

3. kesejahteraan di akhirat
4. jawapan persoalan kehidupan yang sukar dijawab

5. elemen pengukuhan ikatan persaudaraan


3

DEFINISI AGAMA
-Agama- merujuk kepada peraturan, tatacara atau hubungan yang wujud di antara manusia dan raja-raja

-Igama-merujuk kepada hubungan dewa-dewa -Ugama- bermaksud hubungan yang terjalin di antara manusia dengan manusia lain. Ada pendapat yang mengatakan kata agama berasal dari perkataan gam dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud jalan. Di dalam bahasa Belanda (ga, gaan) dan Inggeris (go)membawa maksud jalan
4

RELIGION berasal dari bahasa Latin-religere atau religare


yang bermaksud berhati-hati

AD-DEEN
Maksud 1)Keadaan Terhutang- dengan Tuhan sebagai pencipta, pentadbir dan pemilik alam ini 2)Ketundukan- makhluk di alam ini adalah lemah, hina dan mesti tunduk kepada kekuasaan Tuhan

3)Kecenderungan semulajadi- manusia secara sukarela untuk tunduk dan berbakti kepada Tuhan
4)Kuasa Kehakiman atau Kebijaksanaan Konsep din- gambaran masyarakat yang hidup dalam sistem undang-undang, keadilan dan dipimpin oleh kepimpinan mengikut Islam
5

ISTILAH UMUM

Religion is belief in a god and activities that are connected with the belief.
Agama merujuk kepada aspek kepercayaan kepada tuhan sama ada kepercayaan kepada satu atau banyak tuhan. Kedua, aktiviti keagamaan mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama tersebut.
6

Istilah Sarjana Sosiologi

Taylor & Spencer mentakrifkan agama sebagai fikiran manusia semata-mata Durkheim & Freud menyatakan agama lebih bersifat naluri dan emosional akibat dari nafsu dorongan seksual

Schoeps:
Dalam buku The Religion of Mankind menyatakan hubungan yang wujud antara manusia dan kuasa terbesar/agung yang dipercayai(manusia) dan manusia merasai adanya kebergantungan dengan kuasa agung itu Tiga perkara manusia dengan kuasa agung i. Kepercayaan

ii.

Ketakutan dan kepatuhan

iii. Menterjemah kepercayaan, ketakutan dan kepatuhan itu melalui upacara-upacara tertentu (spt. pemujaan) Semua ini direalisasikan dengan aktiviti kegamaan(ritual)
8

Nottingham:
Menyatakan agama suatu pegangan berkaitan dengan manusia untuk mengukur dalamnya makna dari kewujudan alam semesta. Menimbulkan sifat khayal Membangkitkan kebahagiaan kebatinan

Menampilkan dunia lain (akhirat)


Alam-alam ghaib Melepaskan manusia dari belenggu adat yang usang

Istilah Sarjana Islam:


Syeikh Ibrahim Al-Baijuri mendefiniskan agama sebagai sesuatu kepercayaan yang diturunkan Tuhan melalui utusan-Nya meliputi perturan-peraturan tertentu. Dinamakan agama kerana manusia tunduk kepada Tuhan dan di bawah peraturan Tuhan

10

Fungsi dan Peranan Agama


1. Manusia dan keadaan ketidakpastian
Manusia perlukan keamanan, kesejahteraan dan kebahagiaan yang diluar jangkaan.

2. Kemampuan manusia untuk menguasai keadaan hidup terbatas


Kadangkala manusia tidak mencapai apa yang diinginkan Manusia dalam keadaan tidak upaya
11

3. Manusia mesti hidup bermasyarakat


Institusi masyarakat membentuk agihan tugas, kerja pendapatan dan hasil. Keadaan kerja menyebabkan wujudnya kekurangan Kekecewaan kerana agihan tidak adil Agama membantu mengharmonikan kekecewaan ini

12

MENGAPA MANUSIA BERAGAMA?


1. Sifat semulajadi
Manusia percaya kewujudan alam semulajadi menguasai alam semesta

2. Jawapan kepada persoalan hidup yang sukar


Persoalan sukar seperti kematian

13

3. Warisan kebudayaan Agama ikutan kelompok masing-masing

Agama nenek moyang


Agama diutuskan oleh nabi dan rasul

4. Keselamatan Rasa selamat dan sejahtera apabila menganuti agama

Ada kuasa agung yang mengawasi manusia

14

5. Pengukuhan Persaudaraan Membentuk budaya kekeluargaan Ikatan persaudaraan Islam

6. Kesejahteraan di Akhirat
Agama menyentuh kehidupan selepas mati Menjanjikan bentuk-bentuk kesejahteraan selepas mati

Janji kesejahteraan terdapat dalam kitab-kitab suci agama


15

ASAL-USUL AGAMA

Pendapat beberapa ahli sosiologi barat tentang kemunculan agama tetapi berbeza dengan sarjana sosiologi Islam
Barat berpendapat agama muncul sejak ratusan tahun dahulu sejajar dengan kewujudan manusia

Penulis The Ancient City kemunculan agama berkait rapat dengan perasaan dalaman dan ransangan psikologi
Idea menyatakan agama muncul dari tindakbalas manusia terhadap kekuatan alam

16

1. Teori Tylor (Sir Edward Burnett Tylor (1800an))


Makhluk halus @ semangat roh mendiami serta menguasai semua benda termasuk matahari, laut, sungai dan bulan Semangat dikenali sebagai animae Kepercayaan dicetus oleh diri manusia apabila menemui fakta dalam mimpi Yakin terdapat 2 unsur kepada diri iaitu (i) tubuh kasar (ii) jiwa dan roh yang menghidupkan tubuh yang kasar. Manusia maju beralih kepada bertani dan memburu. Kepercayaan Politeisme (kepecayaan banyak tuhan) kepada Monoteisme (kepercayaan tuhan yang satu)
17

2. Teori Muller

Pengasas Frederick Max Muller


Menyatakan kemunculan agama berkait rapat dengan hal yang tidak mampu diramalkan manusia mengenai alam ini.

Menyatakan juga agama bermula dengan pemujaan semangat

3. Teori Schmidt Oleh William Schmidt Mendakwa agama bermula dari kepercayaan Tylor dan Muller. Agama pertama dinamakan Monoteisme Permulaan
18

4. Sarjana Islam
Ahli sosiologi Islam menyatakan manusia pertama Adam Ajaran Nabi Muhammad menyembah tuhan yang satu.

Agama Adam serupa dengan agama yang di bawa Muhammad.

19

CIRI-CIRI AGAMA
Mempercayai Ketuhanan (Belief in Diety) Tiga aliran falsafah kewujudan Tuhan a. Athies Masyarakat yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan b. Theis

Masyarakat yang mempercayai kewujudan Tuhan @ Tuhantuhan


c. Agnostik

Masyarakat yang menyatakan kewujudan tuhan boleh dibuktikan @ tidak boleh dibuktikan.
20

Dua bentuk fahaman Theis iaitu monotheistic dan politeistik


Monotheistic - percayai wujudnya tuhan yang satu (Islam, Kristian & Yahudi) Politeistik - mempercayai banyak tuhan (Hindu & Buddha)

21

2. Doktrin Kesejahteraan (Doctrine of Salvation)

Doktrin tertinggi bagi setiap pengaruh agama Mempercayai individu perlu diselamatkan dari sebarang ancaman berbentuk fizikal, mental & kerohanian. Dalam Islam, ancaman adalah bala, musibah dan seksa selepas kematian & memasuki syurga adalah kebahagiaan Penganut Hindu mempercayai kelahiran semula (Mokhsa). Buddha berkaitan doktrin Nirvana yang merujuk kepada kehendak (desires) dan kesedaran (conciousness).
22

3. Kod Tingkah Laku (Code of Conduct)


Ajaran nilai dan moral dalam agama Bagaimana berkelakuan, mengatur kehidupan sesama manusia dan ketika berhubungan dengan tuhan Berbuat baik dan larangan makan dan minum.

4. Penggunaan cerita-cerita suci (The use of sacred stories)


Cerita suci bagi menguatkan keyakinan pada agama Ahli sosiologi mengatakan cerita suci sebagai mitos Dalam Islam, menolak sama sekali cerita mitos yang bertentangan dengan ajarannya.
23

5. Upacara bercorak keagamaan(Religious Rituals)

Amalan ritual diadakan untuk memperkukuhkan ajaran agama Ritual mencakupi tingkahlaku seperti berpakaian, pengorbanan nyawa dan harta, pengucapan formal, menyanyi (kristian), berdoa (Islam), memuja (Hindu & Buddha), menari, berteriak dan sebagainya.

24

KLASIFIKASI AGAMA
1. Agama Langit (revealed religion) Agama yang diturunkan secara wahyu oleh Tuhan

Penurunan kitab suci


Taurat kepada Nabi Musa untuk masyarakat Yahudi Injil kepada nabi Isa akhirnya didakwa kemunculan Kristian Al-Quran kepada Nabi Muhammad kepada seluruh umat Islam

25

Ciri-ciri umum agama langit


Menganggap alam bukan sebagai tuhan. Alam adalah ciptaan tuhan. Tuhan adalah pencipta kepada alam dan bersifat Maha Suci dan Maha Berkuasa Mengakui kewujdan kitab suci sebagai pedoman dan ikutan. Semua peraturan adalah ketetapan yang mesti dipatuhi.

26

Agama langit yang bersifat immanent (penjelmaan tuhan dalam diri manusia tertentu)
Agama Yahudi dan Kristian menyakini tuhan yang satu tetapi masih mengaitkan diri manusia dengan rupa bentuk dan kuasa tuhan. Yahudi mendakwa mereka suci dan berbeza dengan makhluk lain dan hanyalah makhluk tuhan

27

Agama Kristian juga menghubung kaitkan manusia memiliki kuasa ketuhanan


Mendakwa penjelmaan tuhan dalam Isa Penjelmaan Isa selaku tuhan dalam gereja Penjelmaan tuhan dalam roti dan wain dalam upacara Eucharist Penjelmaan unsur tuhan dalam upacara penyucian

28

Agama langit bersifat transcendent (Pemisahan mutlak antara tuhan dan bukan tuhan)
Agama yang dikaitkan adalah Islam. Memisahkan ketuhanan dengan rupa alam secara mutlak. Wujudnya perbezaan antara tuhan dan bukan tuhan. Tuhan pencipta yang tunggal, tidak beristeri dan tidak mempunyai anak.

29

2. Agama Budaya (natural religion)

Mendakwa bahawa alam ini hanya dapat dibezakan dalam fikiran.


Tuhan dan alam maya adalah satu. Masih wujud perbezaan pendapat mengenai kepercayaan ini iaitu :
Agama yang mempercayai tuhan boleh menjelma dalam segala benda (agama kuno Afrika dan Hindu Veda). Agama yang mempercayai tuhan dalam bentuk penjelmaan tertentu. Hubungkait tuhan dengan alam tabii. Hubungan ini diperlihatkan dalam bentuk mitos.
30

FUNGSI AGAMA DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT DI MALAYSIA


1. Mengawal nilai moral masyarakat
Nilai-nilai dan moral yang baik diajar dalam agama

Cth: Islam - penekanan akhlak yang baik


Masyarakat perlu patuhi nilai-nilai ini Hukuman dan ganjaran dijanjikan oleh agama kepada manusia.

31

2. Mencetus semangat dan motivasi hidup serta kerjaya


Agama memberikan kekuatan dan kepercayaan untuk berjaya dalam hidup

Agama memberikan keyakinan hidup bermasyarakat

3. Membentuk Stratifikasi Sosial Masyarakat


Masyarakat membentuk stratifikasi sosial bagi mencapai keperluan-keperluan hidup
Agama mengiktiraf kepimpinan masyarakat, pendidikan, kesejahteraan individu dan sebagainya.

32

4.

Mengawal Berlaku perubahan sosial negatif yang tidak terkawal


Agama berperanan menyokong undang-undang & membendung perubahan sosial negatif masyarakat

5.

Membentuk Pendidikan yang sempurna


Cth : Institusi pondok yang diamalkan masyarakat Islam

Mubaligh kristian membina sekolah sejak kemasukan Inggeris di Tanah Melayu

6.

Membangunkan Aspek Kesenian, Kebudayaan dan Kesusasteraan


Pengaruh reka bentuk bangunan berdasarkan budaya dan agama
33

AGAMA DAN KONFLIK SOSIAL

Abad ke 14-konflik antara agama dan kepentingan sosial.

Penguasaan agama terhakis dengan fahaman sekularisme (Pemisahan agama dalam kehidupan manusia)

Fahaman sekularisme dalam pemikiran manusia


1. Pekerjaan Sejak revolusi industri Perancis peranan agama diketepikan dan pekerjaan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
34

2. Perang Sekularisme menolak pegangan agama (doa) dan hanya menganggap ketenteraan dan taktikal yang boleh mencapai kemenangan.

3. Kegiatan Ekonomi

Sekularisme keuntungan diterapkan yang menghakis kedudukan agama dalam bidang ekonomi.
Kemunculan fahaman kapitalisme yang hanya berorientasikan keuntungan semata-mata

35

4. Pemerintahan Zaman pertengahan kuasa gereja memberikan hukum agama

Sekularisme menetapkan hukuman adil berdasarkan rasional

5. Ilmu dan Sains


Pengetahuan saintifik hanya menekankan aspek rasional Agama dinafikan dalam ilmu tabii dan sains tulen

36

You might also like