Professional Documents
Culture Documents
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda yang betul dan membaca dengan lancar menggunakan pelbagai teknik bacaan. Penekanan perlu juga diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu, bahan sastera dan bahan bukan sastera secara kritis.
suku kata, diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul; membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas, mengikut tanda baca dan intonasi yang betul; membaca dan memahami maklumat tersurat daripada bahan multimedia untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan serta menyatakan urutan dengan betul;
sambungan
membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bahan bukan grafik bertujuan untuk menyatakan maksud serta memindahkan maklumat dengan betul; dan membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif untuk menambah ilmu pengetahuan, memperkaya kosa kata serta meningkatkan kelancaran bacaan.
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
2.2.2 Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
2.2.3 Membaca dan memahami ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
2.3.1 Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan berjeda.
2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.
2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.
2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dalam bahan multimedia dengan tepat.
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untuk menyatakan maklumat mengikut urutan dengan betul. 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada pelbagai bahan multimedia yang sesuai.
2.5 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.
2.5.1 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik yang mempunyai perkataan dengan betul.
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bahan bukan grafik dengan betul.
2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul bahan bukan grafik untuk memindahkan maklumat kepada bentuk grafik serta ayat dengan betul.
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.
2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.
Jangan buang sampah merata-rata. Jaga kesihatan dan keselamatan diri dan keluarga kamu. Latihan menaakul. Soaljawab dengan murid. Contoh soalan: Mengapakah sampah yang dibuang merata-rata mengganggu kesihatan?
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan berbentuk didik hibur untuk menambah ilmu dan kosa kata.
dan memahami perkara yang dibaca. Peringkat melatih murid membaca dan mencari maklumat (pengetahuan). Peringkat melatih murid membina dan memperkukuh sikap gemar membaca.
Rumusan
Fikirkan cara terbaik untuk kita melaksanakan aktiviti membaca. Masukkan perkara yang diperlukan ke dalam aktiviti tersebut. - pengabungjalinan kemahiran bahasa - penyerapan ilmu, nilai, EMK - pentaksiran/penilaian - pengayaan - pemulihan
Bahan dirujuk
Standard Kurikulum - Standard Kandungan - Standard Pembelajaran Buku Panduan Guru Buku teks Bahan rujukan yang lain
Cara Penyampaian
Pelbagaikan Aktiviti yang menarik (didik hibur) menjurus pada penguasaan standard pembelajaran yang perlu dikuasai bagi Fokus Utama dan Fokus Sampingan yang ditetapkan. Pilih Teknik Pengajaran yang sesuai dan menarik. Gunakan Media (BBM) yang sesuai, mencukupi dan dipelbagaikan.
Penyampaian Berkesan
Penyampaian yang mudah difahami oleh murid Aktiviti mudah dilaksanakan Aktiviti menarik dan disukai oleh murid. Dapat menarik tumpuan murid Aktiviti sesuai dengan jiwa murid (rancang aktiviti yang murid suka) Ada kemahiran yang boleh dikuasai dan ada ilmu yang diperolehi.
Langkah pengajaran. i. Teliti dan fahamkan maklumat dalam bahan yang diberi. cara untuk murid faham: baca maklumat dan bincangkan perkara dalam maklumat berdasarkan bahan dan pengalaman sedia ada murid.
(Serap aspek kreativiti dan inovasi)
teknik membaca yang boleh diaplikasikan: bacaan kuat beberapa orang murid secara individu dan kumpulan - bacaan senyap secara individu untuk memahami maklumat data - bacaan secara kumpulan menggunakan kad ayat yang dipaparkan. Contoh kad ayat: Berbasikal murid lelaki 30 orang dan murid perempuan 20 orang Masukkan kemahiran menaakul semasa berbicang dengan mengemukakan soalan bercapah seperti: - Cara manakah yang paling ramai murid gunakan? - Pada pandangan kamu mengapa paling sedikit murid ber basikal ke sekolah?
Adakan aktiviti permainan bahasa memadankan kad perkataan dengan dengan kad perkataan.
Serapkan aspek ilmu dan nilai dalam perbincangan. Gabungjalin kemahiran menulis 3.3.4 membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul. Beri soalan pemahaman untuk menilai penguasaan murid. Bimbing murid memindahkan maklumat dari maklumat grafik ke dalam bentuk bukan grafik. Bimbing murid lemah membaca dan memahami data dari bahan grafik. Beri bahan bacaan lain kepada murid pandai.