You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SK SS19 SUBANG JAYA JLN SS19/6 SUBANG JAYA 47500 PETALING JAYA, SELANGOR MINIT MESYUARAT

KEDUA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK SS19 SUBANG JAYA Tarikh Masa Tempat Kehadiran : 11.1.2010 12.30 tengah hari : Pusat Sumber Pendidikan Khas Pn. Rosidah Zakaria Pn. Zaini Mt Isa Pn. Rosnilawati Mamat En. Zaidi Rajuli En. Ahmad Atiqi Mahdi Pn. Siti Hawa Mat Lias Pn. Nor Aini Kasim Pn. Ong Lee Lai En. Malik Sulaiman bin Muhammad Pn. Anariza Mohd Sabri Pn. Azmira Zubir Pn. Nurul Huda Salman Pn. Wan Yusniza Cik Arlinawati

: :

1.0

Ucapan Pn. Rukiah Muri 1.1 Pn. Rukiah menegur ada guru-guru yang hanya menulis satu rancangan pengajaran di dalam buku rekod mengajar harian. Oleh itu, guru-guru diminta menulis rancangan mengajar bagi setiap mata pelajaran. 1.2 Pn. Rukiah juga berharap guru-guru lebih berdedikasi mengajar muridmurid pendidikan khas memandangkan reputasi kelas khas semakin menurun. 1.3 Pn. Rukiah juga meminta guru-guru berjimat cermat memandangkan bil air dan elektrik kini di bawah tanggungan pihak sekolah. 1.4 Guru-guru diingatkan supaya berada di dalam kelas semasa waktu P&P. Guru-guru tidak boleh mengharapkan pembantu pengurusan murid (PPM) untuk mengajar murid di dalam kelas. 1.5 Apa sahaja keputusan, tindakan dan aktiviti yang ingin dijalankan atau dibuat, perlu merujuk kepada Guru Besar terlebih dahulu. 1.6 Buku Rekod Harian PPM perlu dihantar setiap minggu kepada Guru Besar. Ucapan Pn. Rosidah 2.1 Aktiviti Ko-Kurikulum

2.0

2.1.1 Pn. Rosidah memaklumkan hasil daripada mesyuarat pertama PPKI, ahli mesyuarat telah sepakat untuk mengadakan aktiviti ko-kurikulum bagi murid PPKI pada setiap hari Rabu (12.00 tengah hari hingga 2.00 petang). Oleh itu, ahli mesyuarat memohon kebenaran daripada Guru Besar untuk mengadakan aktiviti ko-kurikulum tersebut. 2.1.2 Ahli mesyuarat juga memohon untuk tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum di aliran perdana sekiranya aktiviti kokurikulum PPKI dijalankan. 2.1.3 Guru Besar akan berbincang dengan GPK Ko-Kurikulum terlebih dahulu berkenaan hal di 2.2 2.2 Buku Kerja Murid PPKI 2.2.1 Pn. Rosidah memaklumkan bagi tahun 2010, buku kerja bagi murid PPKI akan difotostat. Oleh itu, Pn. Rosidah meminta kebenaran daripada Guru Besar untuk meminta duit daripada ibu bapa untuk membayar buku kerja yang difotostat itu. 2.2.2 Guru Besar telah memberi kebenaran kepada guru-guru untuk hal di 2.2.1.

3.0

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) 3.1 PPM mengutarakan masalah berkaitan elaun pendidikan khas kepada Guru Besar. 3.2 Guru Besar meminta PPM merujuk kepada Pn. Naiedah berkenaan hal di 3.1 3.3 Pn. Wan Yusniza meminta kebenaran kepada Guru Besar untuk berada terus di PPKI semasa waktu pagi dan petang memandangkan Pn. Wan Yusniza terpaksa menjaga 2 kelas (Kelas 5 dan 6). 3.4 Guru Besar memberi kebenaran kepada Pn. Wan Yusniza untuk berada di kelas khas sepenuh masa. 4.0 Hal-hal Lain 4.1 Bagi murid yang tidak pernah hadir ke sekolah, ahli mesyuarat telah sepakat untuk mengambil tindakan ke atas murid tersebut. Murid tersebut akan dibuang namanya daripada senarai murid PPKI SKSS119 Subang Jaya. Walaubagaimanapun, Pn. Zaini diminta untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada ibu bapa murid berkenaan. 4.2 Pn. Rosidah memaklumkan bahawa pada tahun ini, aktiviti renang akan dijalankan seperti biasa setiap hari Rabu di Kompleks 3K, Subang Jaya. Ia akan dikendalikan oleh En. Malik Sulaiman. 4.3 Aktiviti terbaru adalah bowling. Ia akan di adakan pada hari Selasa (sebulan 2 kali) di bawah kendalian En. Ahmad Atiqi.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang. Disediakan oleh,

.. (PN. ANARIZA BINTI MOHD SABRI) Setiausaha Program Pendidikan Khas Integrasi SK SS19 Subang Jaya

You might also like