You are on page 1of 17

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

[IPTW0113]

AHLI KUMPULAN
NUR NASHA AMALINA BT NASIR FATIN FATINI BT MOHAMAD DAELAMI FATIN AQILAH BT MOHD SUHAIMI

NO MATRIK
PLPPIP2011/052/KIC PLPPIP2011/017/KIC PLPPIP2011/098/KIC

NAMA PENSYARAH: TUAN HAJI ZULKIFLI BIN HUSIN

TAMADUN ISLAM & TAMADUN TITAS

BIL
1 2 3 4 5

ISI KANDUNGAN

NO. MUKA SURAT

TAMADUN ISLAM & TAMADUN TITAS

SOALAN: Dalam kumpulan tuliskan esei mengenai penjelasan bentukbentuk cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Islam. Huraikan kaedah-kaedah penyelesaian secara praktikal terhadap cabarancabaran ini. Cadangkan juga beberapa cara meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat majmuk negara. 1) Huraikan penjelasan bentuk-bentuk cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Islam.
Sesungguhnya cabaran abad ke-21 terasa amat getir sekali kepada umat Islam, apatah lagi ianya datang dalam pelbagai bentuk serta menikam umat ini dari pelbagai sudut. Cabaran itu pula bukan sahaja dari luar tetapi juga dari kalangan golongan Muslim sendiri. Hasilnya dapat kita lihat hari ini apabila ada sebahagian golongan tersebut yang berpaut pada budaya yang tidak seiring dengan apa yang dituntut oleh agama Islam. Juga pada masa yang sama ada sebahagian umat Islam yang ingin kembali kepada jalan benar dengan hanya cenderung kepada unsur-unsur tertentu tetapi malangnya mengabaikan unsur-unsur lain yang lebih penting, seperti memelihara kebajikan rakyat, meningkatkan pendidikan, dan mengembangkan pemikiran akli umatnya. Cabaran yang kita sedang lalui sekarang ini ialah cabaran kejahilan umat tentang Islam dalam hubungan dengan akidah, syariat dan hidup rohaniah. Cabaran akidah yang dimaksudkan di sini ialah kegagalan umat Islam hari ini untuk memahami dan menghayati konsep tauhid.Terdapat golongan muslim yang tidak mengenal Allah sebagai pencipta sehingga membawa mereka menderhaka dan mengingkari Allah pencipta sekalian alam.Kedengkelan mereka terhadap perkara akidah ini juga,memberi peluang kepada musuh-musuh Allah untuk menanamkan keyakinan dihati-hati orang Islam dengan ideologi,fahaman,ajaran,pegangan dan aliran yang sesat lagi menyesatkan.Maka lahirlah golongan yang telah berpegang dengan fahaman sekularisma,liberalisma,femanisma dan bermacam lagi seperti yang telah diperkenalkan oleh orang yahudi dan krisrian.Tidak hanya datang fahaman dari orang musyrik tetapi aliran -aliran yang telah menghancurkan pegangan kita kepada Allah dan Rasulullah SAW yang telah dicipta sendiri oleh orang Islam seperti aliran

TAMADUN ISLAM & TAMADUN TITAS

Muktazilah,Jabariah,Qadriah,Syiah,Murjiah dan berbagai lagi yang menyesatkan dan memecahbelahkan umat Islam.Ditambah lagi dengan wujudnya ajaran-ajaran sesat yang menghairankan dan mengelirukan umat Islam.Sesungguhnya semua ini akan merosakkan hubungan kita dengan Allah dan menyebabkan ramai muslim tergelincir dari akidah yang sebenar. Dalam cabaran syariah hari ini,ramai dikalangan orang Islam yang meninggalkan segala yang diwajibkan dan melakukan segala yang dilarang atau yang diharamkan.Terdapat ramai orang Islam yang meninggalkan solat,tidak berpuasa di bulan Ramadhan,tidak menutup aurat,tidak membayar zakat dan terlihat dalam ciri-ciri orang perseorangan kita yang tidak mencerminkan ciri-ciri keperibadian Islam dengan mengamalkan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan Islam seperti perjudian, perzinaan, kecurian, penganiayaan dan minum arak yang melibatkan harta, kehormatan diri, dan keamanan masyarakat dan rumah tangga. Keadaan ini akhirnya telah menimbulkan penyakit sosial yang lain dikalangan muslim antaranya ialah pelacuran,rogol,rasuah,buang dan bunuh anak,pecah amanah dan lain-lain lagi serta menimbulkan wabak penyakit yang mana Allah turunkan sebagai peringatan kepada manusia seperti AIDS,siflis,selsema burung,H1N1 dan sebagainya. Semua cabaran dalam bentuk akidah dan syariah adalah berpunca daripada kegagalan umat Islam memahami dan menghayati ajaran Islam yang sebenar.Kurangnya penghayatan ini juga menyebabkan orang Islam tidak berusaha untuk memantapkan rohani mereka.Amalan seperti membaca dan mentadabbur alQuran, berzikir ,berfikir tentang ciptaan Allah,bangun malam beribadah,menghadiri majlis-majlis ilmu dan bersedekah telah cuba dilenyap dan dikikis dari kehidupan umat Islam.Amalan-amalan baik ini telah diganti dengan hiburan-hiburan yang melalaikan seperti nyanyian , filem dan internet yang berbaur lucah,seram dan ganas . Dalam hubungan ini juga kita boleh lihat kemerosotan dalam hubungan antara ibubapa dengan anak, suami dengan isteri, jiran dengan jiran, majikan dengan pekerja, ketua dengan anak buahnya, guru dengan muridnya, demikian seterusnya. Kemerosotan dan keruntuhan akhlak dalam kalangan para ahli hiburan juga yang kononnya menjadi

TAMADUN ISLAM & TAMADUN TITAS

contoh dan ikutan masyarakat Islam khususnya golongan muda merupakan fenomena yang sangat membimbangkan.

Masalah kemelesetan ekonomi yang di alami sekarang hingga menyebabkan kebuluran kepada sebuah negeri yang dahulunya senang dan kaya-raya, adalah berpunca daripada sikap manusia yang tidak tahu berterima kasih kepada Allah s.w.t. Begitu juga masalah keamanan yang sentiasa mengancam manusia baik daripada masalah-masalah dalaman mahupun luaran yang menyebabkan manusia sekarang berada dalam kebimbangan dan ketakutan, juga berpunca daripada masalah iman. Persoalan kemerosotan ekonomi yang membawa kepada masalah kemiskinan yang menjadi fokus utama masyarakat Islam kini sehingga menjadikan masalah itu masalah besar yang mesti diperangi habis-habisan, sebenarnya jika ditinjau dari sudut alSunnah, apakah ianya benar-benar masalah besar dan berat, maka kita akan dapati masalah itu kecil. Akirnya rumusan yang kita boleh buat ialah semua cabaran ini tidak akan dapat kita depani dengan sempurna sekiranya kita masih lagi tidak berjaya melaksanakan perundangan Islam secara menyeluruh kerana berpunca daripada ketidakyakinan pemimpin dan masyarakat Islam terhadap undang-undang Allah yang mampu memelihara agama,harta,keturunan,akal dan maruah manusia.Percaya dan yakinlah kita semua umat Islam kepada dustur Ilahi iaitu al-Quran dan Sunnah Baginda Rasullullah SAW supaya kembali dan berpegang dengan kedua-duanya supaya kita tidak sesat dan mampu mendepani cabaran tersebut,insyaAllah.

TAMADUN ISLAM & TAMADUN TITAS

2) Huraikan kaedah kaedah penyelesaian secara praktikal terhadap cabaran-cabaran ini.


Peranan Ibubapa amatlah penting untuk mengekang cabaran masa kini iaitu gejala social. Masalah gejala sosial makin merungcing pada masa kini dan pelbagai cara dapat digunakan untuk mengatasi masalah ini. Yang pertamanya adalah dengan menghidupkan kembali peranan ibubapa yang aktif dalam memastikan tahap akhlak dan keperibadian anak-anak sentiasa utuh dalam diri mereka. Ibu apa seharusnya memerhatikan setiap gerak- geri atau pergerakan anak anak merekan dan cuba untuk mengetahui atau mengatasi masalah yang dihadapi oleh anak anak. Ibu bapa juga seharusnya mengenali siapa kawan anak mereka apa yang mereka melakukan bersama rakan rakan terebut kerana salah satu punca masalh social adalah dari pengaruh rakan sebaya. Sikap mengambil tahu ibu bapa amatlah penting untuk mengekang masalah ini. Seterusnya, ibu bapa perlu memberikan keyakinan, keberanian kepada anak anak dan menunjukan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan kerana ibu bapa adalah role model kepada anak oleh itu mereka perlu menunjukan keperibadian yang mulia tepati janji dan lain lain. Selain itu, ibu bapa perlu menekan ciri ciri islam dan menekan akhlak kedalam anak anak dengan ini anak anak akan mendapat ilmu tentang agama dan tidak melakukan perkara perkara yang dapat menyalahi tuntutan agama islam. Peranan media massa juga adalah amat penting dewasa ini kerana media massa digunakan untuk memberikan sumber terkini kepada masyarakat. Contoh media massa seperti internet, media cetak dan television selalu digunakan oleh masyarakat kini. Oleh itu, media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan selain itu, media massa juga mampu mencorakkan hati budi dan sahsiah umat kerana ia beroperasi selama 24 jam. Seharusnya media massa perlu bebas dari cengkaman faham budaya komersial yang melampau, fahaman kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Selalin itu melalui media massa pelbagai benda kita boleh dapat seperti laman-laman atau homepage yang mengandungi unsur2 khurafat, seks atau lucah, syirik dan membatasi syariat islam. Terdapat juga laman web yang berunsur menghina atau mencemeh

TAMADUN ISLAM & TAMADUN TITAS

agama islam namun masih saja ada pengguna yang melawati laman web tersebut. Sepatutnya, media masa perlu bebas dari segala anasir anasir sedemikian. staf yang berkerja di media massa hendaklah meningkatkan rasa bertanggungjawab dan mereke perlu menegakkan kebenaran bukannya benda yang salah. Seterusnya,sistem pendidikan juga perlu diubahsuai mengikut pendekatan Islam, iaitu Al-Quran dan Al-sunnah perlu menjadi teras dalam sistem pendidikan. Lakukan Program pembelajaran anak-anak ketika mereka berusia 7 tahun hingga mereka berumur 17 tahun program ini perlu dimulakan dengan penghafalan dan ilmu tafsir AlQuran dan Al-sunnah, dengan itu anak-anak akan diserap nilai-nilai Islam ke dalam diri mereka. Anak-anak yang diajar dengan asas-asas kukuh Al-Quran dan Al-sunnah akan dapat memahami Islam secara keseluruhan seterusnya akan membentuk satu masyarakat Islam yang baik dan diberkati Allah s.w.t yang sudah pastinya akan menjadi masyarakat yang memahami Islam suatu masa kelak. Dengan menggubal satu kurikulum pendidikan Islam khusus untuk orang awam agar mereka terus berpegang teguh dengan ajaran Islam. Selain itu jadikan fungsi masjid dan surau sebagai tempat penyebaran ilmu dengan itu tidak akan terdapat masalah umat islam yang kekurangan ilmu. Selain itu pendidikan tidak formal ini seharusnya diwajibkan dihadiri oleh masyarakat islam.Ini kerana pendidikan dalam Islam tidak dihadkan kepada umur tertentu atau disyaratkan atas kedudukan tertentu. Akhir sekali, cara untuk mengatasi masalah cabaran umat islam masa kini adalah peranan pemimpin dan kerajaan, pemimpin perlulah seseorang yang amat mengetahui pasal agama ataupun rakyat akan goyah jika pemimpin merupak seseorang yang tidak mempunyai ciri ciri agama islam di dalam dirinya. Kerajaan boleh mengunakan masjid yang dahulunya tempat menyebarkan agama islam sebagai tempat yang boleh memberikan ilmu kepada umatnya dengan cara ini ia dapat mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ibadah manusia kepada Allah. Ilmu yang dipelajari akan membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah. Selain itu, para ulama dan ilmuan yang jujur boleh memberikan ilmu di rumah ibadah tersebut dan Pelbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk

TAMADUN ISLAM & TAMADUN TITAS

tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah umat sebagai contoh adalah Kelas Fardu Ai,Kelas Tajuid & Qiraat, Kelas Bimbingan Remaja,Kelas Bahasa Arab dan lain lain. Oleh itu, Jentera Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan Berkanun, NGO dan Badanbadan Korporat dan orang awam hendaklah mengembleng tenaga untuk bersamasama meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempen hidup beretika.

TAMADUN ISLAM & TAMADUN TITAS

3) Cadangkan juga beberapa cara meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat majmuk negara.
Pada zaman sekarang, masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam aman dan harmoni. Hubungan antara masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India ini terjalin erat dan membentuk masyarakat yang bersatu padu. Idea penubuhan Datuk Seri Mohd Najib B. Tun Abd. Razak tentang slogan 1 Malaysia telah membawa negara kita ke arah satu anjakan paradigma dan mengubah cara hidup masyarakat majmuk yang tinggal di negara Malaysia. Terdapat beberapa cara yang dapat dilaksanakan oleh semua pihak untuk meningkatkan lagi cara hidup masyarakat majmuk dan mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara kita ini. Cara pertama bagi meningkatkan cara hidup masyarakat majmuk dan mengekalkan keharmonian dan keamanan di Malaysia ialah sikap individu itu sendiri. Hal ini demikian kerana, amannya sesuatu komuniti amnya bergantung kepada individu itu. Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap tolak ansur dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Setiap rakyat haruslah sentiasa mengamalkan nilai nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Dengan adanya pengamal sikap-sikap murni dalam diri masyarakat di Malaysia, hidup setiap masyarakat rakyat pelbagai kaum akan sentiasa aman dan harmoni. Sebagai contohnya, rumah kita mengadakan rumah terbuka sempena sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, tidak seharusnya kita menghalang jiran kita walaupun mereka bukanlah seagama dengan kita dari mengunjungi kita dan bersama-sama meraikannya bersama kita. Seandainya setiap rakyat mengamalkan sikap bertolak ansur dan sayang menyayangi antara satu sama lain, sudah pasti keharmonian masyarakat berbilang kaum akan dapat dikekalkan. Tegasnya, sikap individu memainkan peranan yang paling penting untuk meningkat cara hidup masyarakat majmuk di negara kita ini. Cara kedua bagi meningkatkan cara hidup masyarakat majmuk dan mengekalkan keharmonian dan keamanan di Malaysia ialah amalan masyarakat itu sendiri. Amalan masyarakat yang baik dapat mengamankan masyarakat majmuk di Malaysia. Keamanan masyarakat ini dapat dikekalkan dengan penglibatan pelbagai kaum dan setiap aktiviti yang diadakan dalam sesebuah komuniti. Sebagai contoh,

TAMADUN ISLAM & TAMADUN TITAS

pengamalan tradisi sukan komuniti tahunan dengan penglibatan dari setiap golongan kaum yang berlainan disertai dengan pengamalan sikap-sikap terpuji dalam tradisi yang dilakukan. Seandainya amalan tradisi dalam sesebuah masyarakat dengan penglibatan pelbagai kaum tidak diamalkan, sudah pastilah keharmonian masyarakat tidak dapat dikekalkan. Pendek kata, amalan tradisi masyarakat dengan penglibatan masyarakat majmuk dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran hidup bermasyarakat dalam komuniti pelbagai kaum. Cara ketiga bagi meningkatkan cara hidup masyarakat majmuk dan mengekalkan keharmonian dan keamanan di Malaysia ialah melalui media massa. Hal ini demikian kerana, media massa merupakan satu mekanisma atau alat sebaran am yang dapat menyampaikan maklumat atau berita kepada orang ramai dengan cepat dan dalam masa yang singkat. Sikap mudah terpengaruh dengan media massa seperti radio atau televisyen merupakan senario yang biasa kita lihat pada hari ini. Dengan tersiarnya iklan-iklan atau cerita-cerita yang bertemakan perpaduan dan keharmonian, semangat cinta akan keamanan akan terus tersemat di dada semua rakyat di Malaysia. Sebagai contoh, cerita dan iklan seperti filem Papadom dan iklan TM yang memaparkan persahabatan antara kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Seandainya, media massa tidak memainkan peranan mereka sebagai alat sebaran am terpantas, sudah pasti keharmonian dan kemakmuran masyarakat sukar dikekalkan dalam anggota masyarakat di negara kita. Jelaslah bahawa media massa merupakan mekanisma penghubung antara masyarakat dalam mengekalkan keharmonian rakyat berbilang kaum di Malaysia. Cara terakhir bagi meningkatkan cara hidup masyarakat majmuk dan megekalkan keharmonian dan keamanan di Malaysia ialah pihak sekolah. Pihak sekolah mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan komuniti pelbagai kaum. Seterusnya, pihak sekolah juga haruslah menggalakkan pemakaian pakaian tradisi kaum masing-masing semasa sambuatansambutan seperti sambutan Hari Kemerdekaan, perayaan dan sebagainya supaya masyarakat berbilang kaum di negara kita akan dapat merasai nikmat keharmonian dan kemakmuran hidup dalam masyarakat majmuk di negara Malaysia. Sebagai contoh,

TAMADUN ISLAM & TAMADUN TITAS

bagi kaum Melayu mereka hendaklah memakai baju Melayu dan baju kurung manakala kaum Cina memakai cheongsam dan memakai sari bagi kaum India . Seandainya pihak sekolah mengabaikan tanggungjawab mereka dalam menyemaikan semangat perpaduan terutama dalam diri pelajar sudah pasti keharmonian dan keamanan hidup bermasyarakat yang berbilang kaum di negara sukar diterapkan dan diamalkan oleh semua masyarakat. Sesungguhnya, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di negara Malaysia. Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian antara masyrakat berbilang kaum di negara kita. Dalam konteks ini,masyarakat haruslah berganding bahu dan bertolak ansur di samping pengamalan amalan tradisi serta bekerjasama antara satu sama lain bagi meningkatkan cara hidup masyarakat majmuk dan mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara kita ini.

TAMADUN ISLAM & TAMADUN TITAS

L A M P I R A N

TAMADUN ISLAM & TAMADUN TITAS BORANG KOLABORASI

TARIKH
6/3/2013

PERKARA
Menerima tugasan dari pensyarah. Menerima tugasan mengenai perkara yang perlu dilakukan.

CATATAN

7/3/2013

Membentuk ahli kumpulan yang terdiri daripada: o o o Fatin Aqilah bt Mohd Suhaimi Nur Nasha Amalina bt Nasir Fatin Fatini bt M. Daelami

13/3/2013 20/3/2013

Pembahagian tugas ahli kumpulan. Perbincangan kumpulan. Mendapatkan bahan dari perpustakaan dan internet. Menghantar draf pertama kepada pensyarah. Menghantar tugasan kepada pensyarah.

TAMADUN ISLAM & TAMADUN TITAS

DRAF ESEI SOALAN 1 Dari luar tetapi juga dari kalangan golongan muslim sendiri. o Berpaut pada budaya yang tidak seiring dengan apa yang dituntut oleh agama Islam. Kejahilan umat tentang islam dalam hubungan dengan akidah, syariat dan hidup rohaniah. o Kegagalan umat islam hari ini untuk memahami dan menghayati konsep tauhid. o Tidak mengenal allah sebagai pencipta. o Memberi peluang kepada musuh-musuh allah untuk menanamkan keyakinan dihati-hati orang islam dengan ideologi,fahaman,ajaran,pegangan dan aliran yang sesat lagi menyesatkan. Meninggalkan segala yang diwajibkan dan melakukan segala yang dilarang atau yang diharamkan. o Perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan islam. o Menimbulkan penyakit sosial yang lain dikalangan muslim. Kegagalan umat islam memahami dan menghayati ajaran islam yang sebenar. o Kegagalan umat islam memahami dan menghayati ajaran islam yang sebenar. o Amalan-amalan baik ini telah diganti dengan hiburan-hiburan yang melalaikan. Sikap manusia yang tidak tahu berterima kasih kepada allah s.w.t. o Kemerosotan ekonomi yang membawa kepada masalah kemiskinan.

TAMADUN ISLAM & TAMADUN TITAS

SOALAN 2
Peranan ibubapa. o Menghidupkan kembali peranan ibubapa yang aktif. o Memerhatikan setiap gerak- geri atau pergerakan anak anak mereka. Media massa o Memberikan sumber terkini kepada masyarakat o Mampu mencorakkan hati budi dan sahsiah umat Sistem pendidikan juga perlu diubahsuai mengikut pendekatan islam. o Penghafalan dan ilmu tafsir al-quran dan al-sunnah o Menggubal satu kurikulum pendidikan islam khusus untuk orang awam agar mereka terus berpegang teguh dengan ajaran islam o Masjid dan surau sebagai tempat penyebaran ilmu Peranan pemimpin dan kerajaan. o Mengunakan masjid yang dahulunya tempat menyebarkan agama islam sebagai tempat yang boleh memberikan o Mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ibadah manusia kepada allah o Kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah umat

TAMADUN ISLAM & TAMADUN TITAS

SOALAN 3
Sikap individu itu sendiri o amannya sesuatu komuniti amnya bergantung kepada individu itu. o mengamalkan sikap tolak ansurdan saling sayang menyayangi antara satu sama lain o pengamal sikap-sikap murni dalam diri masyarakat di Malaysia, hidup setiap masyarakat rakyat pelbagai kaum akan sentiasa aman dan harmoni o mengamalkan sikap bertolak ansur dan sayang menyayangi antara satu sama lain, sudah pasti keharmonian masyarakat berbilang kaum akan dapat dikekalkan. Pihak sekolah o mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan komuniti pelbagai kaum o menggalakkan pemakaian pakaian tradisi kaum masing-masing semasa sambuatan-sambutan Amalan masyarakat o penglibatan pelbagai kaum dan setiap aktiviti yang diadakan dalam sesebuah komuniti o pengamalan tradisi sukan komuniti tahunan dengan penglibatan dari setiap golongan kaum yang berlainan disertai dengan pengamalan sikapsikap terpuji dalam tradisi yang dilakukan. Media massa o merupakan satu mekanisma atau alat sebaran am yang dapat menyampaikan maklumat atau berita kepada orang ramai dengan cepat dan dalam masa yang singkat o Sikap mudah terpengaruh dengan media massa

TAMADUN ISLAM & TAMADUN TITAS

BIBILOGRAPHY
1. Karangan 3: Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum. Accessed on 18th March 2013 from:http://wirawarisan.com/cikgulina/?p=37. 2. V. (2011) Masalah umat islam dizaman millenium, masa kini | Zikri Husaini. [online] Available at: http://zikrihusaini.com/masalah-umat-islam-dizamanmillenium-masa-kini/. [Accessed: 18 Mar 2013]. 3. Scribd.com (n.d.) Masalah Umat Islam Kini dan Penyelesaian. [online] Available at: http://www.scribd.com/doc/2163197/Masalah-Umat-Islam-Kini-danPenyelesaian [Accessed: 18 Mar 2013]. 4. Cabaran Islam Masa Kini [ accessed on March 13 2013] From, http://www.epondok.com.my/index.php?p=mpengasuh/siri11.php 5. Masalah Umat dan Penyelesaian [ accessed on March 13 2013] From, http://kamipemikir.wordpress.com/artikel/masalah-umat-dan-penyelesaian/ 6. Fauzi Deraman Cabaran Umat Masa Kini [ accessed on March 13 2013] From, http://www.ukm.my/kamal3/motivation/Cabaran%20umat%20Islam%20masa%20 kini.htm

You might also like