You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT MESYUARAT AJK INDUK EXCHANGE PROGRAMME ANTARA IPG KAMPUS PULAU PINANG, IPG KAMPUS IPOH,

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN & IPG KAMPUS ILMU KHAS TAHUN 2013 KALI KE I

Tarikh Hari Masa Tempat Pengerusi Kehadiran

: 16 Julai 2013 : Selasa : 1.30 petang : Blok Muhibah BM 3-6 : Puan Cynthia Kam : Semua AJK Induk

Turut Hadir : Puan Susan Tiang (Penyelaras Exchange Programme

1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi 1.2 Pengerusi menerangkan tentang jawatan kuasa dan bertanya sekiranya ada mana-mana AJK ingin menukar jawatan. Theresa Empuau dan GOh Zhi Xi bertukar portfolio di mana Theresa sebagai AJK Penyambut untuk IPG Kampus Tuanku Bainun dan Goh Zhi Xi sebagai AJK Penyambut IPG Kampus Ipoh. 1.3 Pensyarah yang terlibat: a. Puan Juliet Monica Menezes: Persembahan Pancaragam & Kediaman Tetamu b. Dr. Toh Lai Chee: Persembahan Boria c. Puan Susan Tiang: Penasihat AJK Induk, Penyusunan Jadual Latihan & Persembahan, Persembahan Angklung d. Puan Ong Chiew Khim: Persembahan Nyanyian e. Puan Tan Yan Sang: Persembahan Piano & Pengurusan Pengangkutan Piano Digital ke Dewan Persidangan
1

f. Puan Asyira binti Ismail: Pengurusan Siaraya dan Sistem Audio (mikrofon dll.)

2. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada

3. TAKLIMAT UNTUK SEMUA AHLI JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM 3.1 AJK Keselamatan: Pengerusi meminta AJK untuk bersiap sedia dengan pelanpelan untuk menjaga keselamatan peserta sepanjang program. Keselamatan individu, kumpulan serta kenderaan dan tempat meletak kenderaan. 3.2 AJK Siaraya & Dewan: - Berada di bawah tanggungjawab Pn. Asyira (siaraya dan mikrofon). Tindakan oleh AJAK Yeap Tzyy Yi. Mikrofon perlu didapatkan pada 13 September 2013 daripada Encik Sayuti (di bilik Mikro). Kunci bilik audio dalam Dewan Persidangan perlu didapatkan daripada beliau juga. Jumlah: 6 mikrofon beserta mic stand. Mikrofon akan dibawa/dijaga pulang ke bilik oleh AJK. Mic stand tidak perlu dibawa pulang. -Pancaragam tiada tempat duduk yang mencukupi di atas pentas. AJK perlu pastikan kerusi dan tempat duduk yang cukup dan tersusun. - Piano digital akan berada di bawah tanggungjawab Cik Tan Yan Sang. AJK perlu mencari individu untuk mengangkat pergi dan kembali piano digital ke tempat asalnya. Piano digital mesti diangkat pada pagi 14 September 2013. 3.3 Angklung latihan dalam proses. 3.4 Boria dalam sesi latihan 3.5 AJK Penyambut Tetamu: AJK pelu bersiap sedia untuk bawa tetamu ke asrama. Sekiranya tiada bilik yang kosong, penggunaan bilik AJK dan ahli yang terlibat adalah diperlukan buat sementara waktu. 3.6 Pengerusi Majlis (malam persembahan): Jimmy Peter dan Guganeswaree akan berbincang untuk mendapatkan maklumat
2

tentang

susunan

acara

dan

persembahan. Setiap IPG akan membuat 8 persembahan piano dan 8 persembahan nyanyian, manakala acara selingan adalah angklung oleh IPG Kampus Pulau Pinang. 3.7 AJK Peralatan: Thaevandran perlu memastikan kerusi yang masuk mesti keluar semula dalam jumlah yang tepat dan perlu mengelakkan individu yang membuat persembahan tidak terlibat dalam hal mengangkat barang dan susunan bagi memberi peluang peserta berehat dan membuat persediaan. persembahan pancragam, boria dan

4.0 HAL-HAL LAIN 4.1 Semua AJK perlu mencari rakan setugas yang lain bagi melancarkan gerak kerja.

PENUTUP a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh

mesyuarat yang berikutnya. b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

______________________ (MOHD FAIQ BIN AB. LATIF) Setiausaha Program Exchange

_________________ (Susan Tiang) Penyelaras, Program Exchange

Tarikh : 22 Julai 2013

You might also like