You are on page 1of 11

Bahan-bahan ( 6 ketul )

6 ketul ayam 3/4 cawan tepung gandum 1/4 cawan tepung kanji 2 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk cili 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional) 1 biji telur 1/2 cawan susu(fresh milk)

Cara-cara
1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya. 2. Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati. 3. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak. 4. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing. 5. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper. 6. Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.

Ayam Goreng Ala KFC


Resepi : Ijan Blogresepi Sumber : Kak Nur & Zaliedana Bahan Untuk Perap Ayam 6-8 ketul ayam 3 ulas bawang putih ditumbuk (MaDiHaA lebihkan 2 ulas lagi) Sedikit garam 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus Secubit baking powder Secubit serbuk perasa Bahan untuk tepung 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe ~ MaDiHa guna separuh tpg beras pulut + separuh tpg jagung utk sukatan yg ini.. ) 3 ulas bawang putih ditumbuk (MaDiHaA skip yang ini.. tapi lebihkan bawang putih
utk perap tu)

Sedikit garam 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus Secubit baking powder Secubit serbuk perasa

Bahan Tambahan 1 biji telur Minyak secukupnya

Coleslaw
Resepi : MamaFaMi Fotopages Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna Bahan2 Kobis - disagat/ hiris halus Carrot - disagat Mayonese secukupnya sedikit serbuk kayu manis sedikit gula Cara2 Sayur yg disagat tadi rendam sebentar dlm air sejuk. Kemudian toskan. Masukkan dlm mangkuk yg besar dan campurkan mayonese secukupnya, sikit serbuk kayu manis & gula. Kacau hingga sebati dan sejukkan dlm peti sejuk sebelum hidang.

Sos Kentang Putar


Resepi : Daun Pandan Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna Bahan-bahan ( 3 - 4 orang ) * * * * * * * * * * * 650 ml air 5 sudu besar stok ayam (MaDiHaA guna 1 kiub ayam brand Knorr) 1 biji bawang besar - cincang 1 batang saderi - cincang (MaDiHaA guna 2, 3 tangkai daun sup) 40 gm mentega 20 gm tepung gandum 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram sedikit serbuk lada hitam kicap pekat garam

Cara-cara 1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk. 2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.

3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel. 4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam. 5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

Bila tengok gambar ni mesti dah boleh teka lepas ni resepi apa kan... hehehe.. ok.. tunggu resepi seterusnya akan menyusul...

NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin. Selamat mencuba!

Puding Roti Karamel


Resepi : Chef Hanieliza Sumber : Mamawandiha Fotopages

Bahan-bahan Bahan A: 1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti Bahan2 B 1 buku roti (MaDiHaA guna 7 keping roti murah je ) 1 tin susu cair 1 tin air buah dari fruit cocktal/peach (MaDiHa guna buah peach) 2 biji telur (MaDiHaA guna 4 biji) 1/2 cawan gula 1 sudu teh esen vanilla 2 sudu besar tepung kastad Hiasan 1 tin buah koktel/peach ceri (jika suka) Cara Memasak 1. Panaskan kukusan. 2. Gaul rata semua bahan B & tapis (MaDiHaA masukkan dlm blender ajer.. pastu kisar & terus tuang dlm loyang berisi gula karamel tadi) 3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan. 4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis. (tak tutup pun) 5. Kukuskan selama 30 minit. 6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar. 7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach 8. Sejukkan & bolehlah dihidang Nota dari MaDiHaA: sebelum terbalikkan ke dlm pinggan.. renggang2kan (guna pisau kecil) sikit puding dari bahagian tepi loyang supaya tiada bahagian yg melekat. Selamat mencuba! Anda mungkin juga meminati:

Puding Roti Marbel Coklat.. yang ni untuk jiran sebelah ...

Kek Oren Puding Karamel

TIP UNTUK AYAM GORENG BERSELAPUT HABUK ROTI/ BREAD CRUMB. 1. Sekiranya ingin goreng ketulan ayam di selaputi Habuk Roti (bread crumb) tentukan ketulan ayam anda terlebih dulu perlu direndamkan dalam susu butter atau susu cair sejat. Adunkan dengan 1 biji telur (ikut anggaran) dalam adunan . 2. Semasa penyalutan bread crumb, isikan bread crumb ke dalam beg plastik. Masukkan bread crumb dalam beg plastik kemudian masukan ketulan ayam anda ingin menyaluti. 3. Untuk mendapatkan hasil gorengan ayam goreng bread crumb terbaik, ketulan ayam yang diselaput itu perlu di dimasukan dalam peti sejuk bahagian pembekuan tanpa dibungkus selama 30 hingga 60 minit sebelum digoreng. TIP UNTUK MENYEDIAKAN RESEPI AYAM GORENG KENTUCKY FRIED CHICKEN YANG LEBIH RANGUP : 1. Kita boleh ciplak resepi-resepi dari restoren masakan tekenal kepada resepi yang lebih lazat dan garing di dapur rumah anda. Biasanya ramai di antara kita bangga dengan hasil resepi mereka sekan sama dengan ayam goreng KFC. Sebenarnya bila anda lakukan ciplak resepi orang lain, apa yang anda harus hasilkan ialah satu resepi yang lebih baik daripada resepi ciplak itu sendiri. Maka ujian demi ujian perlu dilakukan untuk dapatkan keputusan yang terbaik. Ini sama juga resepi-resepi yang Mamak tulis diblog ini sebab itu. Mamak halakan dunia akhirat segala ilmu ini diciplak oleh penggemar nasi kandar. Tidak perlu mohon kebenaran. Blog ini adalah untuk anda semua buat apa Mamak nak buat harta dengan Ilmu dan Ilham yang dikurniakan Allah SWT. Matlamat Mamak bukan mencari duit melalui blog ini atau cari publisiti murahan. Tetapi mamak minta kat orang Islam janganlah guna blog Mamak untuk re-direct ke web-site cari makan anda . Ia satu perbuatan yang zalim pada pembaca. Ingat!, rezeki perlu dicari sendiri bukan dengan kaedah mudah dengan titik peluh orang lain. Allah tak akan restui hasil usaha kita dengan kaedah cara penipuan. Carilah Hidup yang Tenang bukan Hidup yang senang. Hidup ini bukan berkekalan didunia ini tetapi akhirat juga kekal..maka ingatlah dunia kita yang tidak ada kematian ituOK hehehe!. Mamk mula dah melalut. Mai kita sambung balik. 1. Ketulan ayam yang bersaiz yang dikehendaki boleh dibeli di pasaraya-pasaraya. Tetapi daging ayam dipasaraya adalah kebanyakannya ialah ayam yang telah sejuk dan dibekukan. Kadangkala entah berapa kali ia di bekukan dan dicairka ais nya mungkin tidak pasti, ini mneyebabkan texture dagingnya rosak dan kadangkala beracun. Suhu penyimpanan di ruang pamiran daging ayam tidak begitu diendahkan dan yang Mamak tak faham bagaimana daging ayam ini tidak berbau berjam-jam tanpa suhu sejuk yang diperlukan untuk mengekalkan kesegaran ayam itu. Mungkin betul juga sesetengah pihak mengatakan daging ayam sekarang direndamkan dalam bahan kimia pengawet untuk mayat. Allahuwallam. Kita makan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita dan keluarga maka semolek-moleknya belilah ayam segar di pasar-pasar pagi untuk mendapatkan kesegaran daging ayam dan juga untuk menaga kesihatan keluarga atau pun pelanggan. Walau pun ia mahal sedikit dari daging ayam yang dijual pasaraya-pasaraya terbesar tetapi kita mendapat faedah yang banyak. Kalau beli di pasar harian anda boleh memileh ayam yang berat 1.8kg 2.0kg dipotong 8 atau 10 bahagian. Tukang pemotong ayam itu tahu apa yang anda maksudkan. Kalau ada masa baca posting Mamak bertajuk cara menyimpan ayam diblog ini. Ketulan ayam yang telah beli itu perlu dibersihkan dari lemak yang berlebihan.

2. Sediakan bahan salutan: 1 cawan susu krim dan masukkan sebutir telur. Pukul rata. Telur adalah pelekat yang baik untuk salutan seterusnya. Telur juga digunakan melekatkan tepung popia setelah diisi inti supaya popia anda tidak terbuka semasa goreng nanti. dari gunak gam tepung gunakan putih telur sebagai pelekat pada kulit popia yang telah diisi inti. Tip buat popia hahaha?. 3. Sediakan bahan kering (tepung) untuk salutan. Bahan salutan untuk ayam KFC resepi original ini ialah 1 1/2 cawan tepung gandum dicelur tepung biasanya (kering) dengan kadaran 1 1/2 cawan tepung jagung untuk ranggup. Sekiranya anda ingin keras sedikit ranggupan untuk tahan lama tanpa kawalan suhu tambahkan satu sudu besar tepung beras atau tepung ubi. Jangan lupa masukkan 1/2 sudu serbuk penaik (baking powder). Baking powder punyai cara tersendiri untuk mengaringkan ketulan ayam anda. Masukkan perencah ke dalam tepung tersebut seperti berikut: 2 sudu kecil (tsp) garam, 1/2 tsp serbuk cili, 1 tsp serbuk bawang, 1 tsp serbuk bawang putih dan anda juga boleh mencuba rahsia resepi KFC original yang lama seperti berikut : 2 cup tepung gandum biasa, 1/2 sudu baking powder, 2 cup tepung jagung, perencahnya: 1/2 tsp thyme, 1/2 tsp oregano, 4 tbsp paprika, 1 tbsp serbuk halba (mustard), 1 tbsp serbuk lada hitam, 2 tsp garam bawang putih dan 1 tbsp garam celery ( 8 ketul ayam), 6-8 cup minyak masak, 2 butir telur yang dipukul untuk salutan awal sebelum diadunkan dgn tepung. Suhu gorengan 315 F. Masa 10-15 minit. 4. Sekiranya anda ingin keranggupan yang lebih, buat salutan dua kali. Ulangi celur dalam telur yang telah dipukul kemudian tepung kering. Sekiranya anda ingin resepi gorengan Mamak Nasi kandar, ketulan ayam perlu di peram dengan bawang putih, halia, bawang dikisar dan juga serbuk kari dan daun kari yang dihiris. Masukan telur yang telah dipukul sebelum celur dalam tepung yang telah dicairkan dengan air. Tentang kelikatan adunan tepung terpulang pada anda. Ketebalan salutan terletak pada adunan tepung.yang ditambah serbuk kunyit untuk kekeningan. Mamak tak pakai baking powder tetapi gunakan sedikit kapur makan. Tapi awas kegunaa kapur makan kerana ia memerlukan pengalaman. keputusannya sama dengan Baking Powder. Mamak suka buat adunan tepung beras dan tepung gandum kerana ia lebih tahan lama dalam keadaan sejuk. Selamat mencuba. Practice Make Perfect. Apa pun kena cuba dulu. Catitkan resepi yang anda cuba setiap kali. Mamak Haji harap anda ketemukan resepi rahsia ayam goreng anda sendiri. Dalam mempelajari seni kulnari ini tak boleh give-up. Sentiasa cuba untuk dapatkan resepi yang baru. Insyallah sekiranya ada yang kurang faham tulisan mamak yang bertabur ini, sila e-mailkan pada Mamak: mohd.roslan99@gmail.com pasti mamak akan jawap setiap e-mail. Kalau tak jawap itu bermakna mamak terlupa ( umuq dah lanjut memang macam itu) sila hantaq lagi. Jangan kecil hati nooo. Tip untuk kemuliaan hidup pulaksesiapa yang masih belum hutang puasa bulan ramadhan tahun lepas, jangan lupa membayar hutang puasa anda itu segerahahaha!.

RESEPI: PERIA GORENG RANGUP MAMAK PENANG. BAHAN-BAHAN:


1 atau 2 biji peria cina atau peria katak (5-6 biji). 1 sudu besar serbuk cili.

1/4 sudu kecil garam atau secukup rasa. 1 sudu besar (tbsp) santan pekat ( tidak mestikan). 50 gm tepung gandum. 1 sudu besar (tbsp) tepung ubi kayu. 1 sudu besar (tbsp) tepung beras. 1 biji telur dipukul. 1/2 kiub ayam (knorr atau maggi) tidak kemestian. 100 liter air ais atau sejuk atau kelikatan yang diperlukan untuk adunan tepung goreng yang sempurna.

Cara-Cara Penyediaan: 1. Basuh buah Peria. Potong dan buang kedua hujung peria. Kerat melintang dua (berbentuk selinder). Bersihkan biji dan isinya supaya peria berongga, jangan cacatkan betuk bulatnya. Hiriskan peria. Jangan terlalu nipis akan hangus dan rupa bulat akan terjejas. jangan tebal, sukar untuk masak, habis ahngus tepung tapi peria tak masak. 2. Ambil sebuah bekas masukkan serbuk cili, tepung beras dan garam dan adunkan. Ambil hirisan peria satu persatu tekapkan (tekan) pada pada adunan tepung disediakan pada keduadua belah permukaan. Asingkan semua hirisan yang selesai tekap. Cara ini untuk mengeringkan hirisan peria supaya bila goreng ia akan ranggup dan garam untuk mengurangkan pahit. 3. Dalam sebuah bekas lain masukan tepung gandum, tepung ubi dan tepung yang baki adunan tekapan. Masukan santan, lada hitam, telur telah dipukul, air dan garam secukup. Adunkan supaya anda dapat adunan tepung goreng kelikatan yang tepat. Terlalu pekat adunan tepung akan menhilangkan fizikal peria. maka adunan tepung gorengan kelikatanya perlu seperti gorengan pisang. Dalam adunan tepung untuk goreng tak semestinya anda ikut cara mamak haji anda boleh sediakan berbagao adunan tepung goreng ini. kalu ada tepung gorengan ayam yang berlebihan boleh juga gunakan untuk gorengan ini. Biiasa untuk berniaga mamak haji cuma gunakan tepung berlebihan ayam goreng ia lagi lazat. yang penting dalam gorengan ini ailah tekapan kepada tepung untuk mengeringkan air yg terdapat dalam hirisan peria tersebut. Kalau tidak tepung tidak akan melekat pada hirisan peria. nanti tepung kemana, peria kemanahahaha!. 4. Panaskan minyak, bila minyak panas secukup(miinyak perlu panas, uji minyak panas dulu), masukkan sekeping demi sekeping hirisan peria yang dicelup tepung. Mas goreng cuma 5-6 minit saja. Bila garing akan dan toskan minyak berlebihan. Sudah siap peria goreng ranggup. Mudah bukan?. Nota: Tentang tepung goreng anda perhatikan mamak haji gunakan tepung beras dan tepung ubi kerana, masalah besar orang berniaga ialah bila gorengan ini panas, memanglah ranggup bila sejuk?. Akan lemau. Maka dengan sebab inilah mamak haji sengaja keraskan adunan tepung ini. Untuk suri rumah yang ingin makan panas-panas cuma gunakan tepung jagung dan gandum dalam nisbah 1:2 sudah memadai. kalau nak ranggup gunakan setiap cawan tepung 1/2 sudu kecil baking powder. Lebih mudah. dalam sertiap resepi yang penting bagaimana nak buat, selepas itu olah saja resepi ikut selera anda. Biasanya resepi yang olah itu lebih sedap dari resepi asli. Dalam resepi ini mamak haji suka masukkan perwarna merah oren, sedikit supaya warnanya meanrik mata pelangan. tetapi untuk goreng di rumah warna serbuk cili yang merah sudah memadai. Masak seperti ini perlu sabar. kalu nak cepat

memang tak jadi. Anda kalau tidak percaya resepi ini semakin hari semakin mamak-mamak nasi kandar malas nak buathahaha!. Kita kalau jadi tukang masak yang bagus tanamkan sifat sabar dalam diri. tapi jangan buat pelangan sabar menanti. Itu sikap malas namanyahahahaha!. wassalam.

AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI II Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang Sumber : K.Nor@SecubitGaram Bahan-bahan : 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan) 2 tangkai daun kari 2 sudu besar tepung jagung (DJ guna tepung goreng kfc) 2 sudu besar rempah beriani (DJ guna 1 peket kecil rempah beriani Faiza) 1 sudu besar rempah kari daging 1/2 sudu makan serbuk kunyit 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+) sedikit air sejuk (jika perlu) 1 sudu makan kicap pekat 1 sudu makan pes asam jawa garam dan gula secukupnya Bahan-bahan kisar : 6-7 batang serai 6 biji bawang merah 1 inci halia 1/2 inci lengkuas 4 ulas bawang putih Cara-cara : Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk). Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi. ***ayam ni sebelum diperap bersama perencahnya, DJ rebus 1/2 masak terlebih dahulu dan kemudian ditoskan dan barulah diperap. Ini utk mempercepatkan lagi masa memasak dan mengelakkan ia terhangus. (lupa nak buat, K.Nor goreng direct jer tanpa rebus dulu )

Bahan2: 12 ekor udang saiz besar 2 sudu butter

3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja sedikit daun kari sedikit cili padi serbuk kunyit & garam minyak utk menggoreng Cara2: Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2009/06/butter-prawn-2.html#ixzz21aefUuyT

You might also like