You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK HAJI AHMAD BADAWI 13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG.

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA PANITIA SEJARAH 2013 Tarikh Masa Tempat Kehadiran : 8 Januari 2013 : 2.30 Petang : Bilik Guru Kanan, SMK Datuk Haji Ahmad Badawi. :Pn. Che Sayang binti Bakar (Guru Kanan Kemanusiaan) Pn. Noridah binti Abu Bakar (Pengerusi) Pn.Hjh Maizatul Fadzilah binti Osman Pn. Azeerawaty binti Abd. Aziz Pn.Mazani binti Abu Osman Pn. Siti Munira binti Mohd Nasri : Tuan Haji Che Johar bin Jaafar En. Khairul Hazmy bin Hashim

Tidak hadir bersebab

Agenda : 1. Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru Sejarah. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru Sejarah yang hadir walaupun berhadapan dengan pelbagai tugas yang lebih penting. 1.3 Pengerusi juga mengingatkan tentang tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan Sepanjang tahun 2013 ini. Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Pn. Hjh Maizatul Fadzilah binti Osman mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn. Azeerawaty binti Abd Aziz.

2.

3.

Pengurusan Kurikulum 3.1 Pengerusi mengingatkan semua guru Sejarah supaya memastikan buku rekod mengajar sentiasa ditulis dengan lengkap. Tindakan Selain itu, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan juga perlu dimasukkan di dalam ruangan yang telah disediakan di dalam buku rekod mengajar. Tindakan

3.2

3.3

4.

Guru-guru yang menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan Tingkatan 1 dan 2 pula telah membuat sedikit penambahbaikan dengan memasukkan Dokumen Standard Prestasi (DSP) di dalam Rancangan Pengajaran Tahunan yang sedia ada berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Makluman 3.4 Penulisan refleksi di dalam buku rekod mengajar perlu diubah daripada menggunakan peratus kepada jumlah pelajar yang mencapai semasa sesi p&p tersebut berlangsung. Tindakan 3.5 Selain itu, semua guru Sejarah perlu melekatkan takwim dan pelan kelas di bahagian belakang buku rekod mengajar. Tindakan 3.6 Pengerusi memaklumkan bahawa Panitia Sejarah masih mengekalkan visi dan misi yang sama. Makluman Pengurusan buku nota dan latihan 4.1 Semua guru Sejarah disarankan agar menggunakan: Tingkatan 1 : Buku Nota (buku panjang) dan buku latihan (buku panjang) Tingkatan 2 : Buku Nota (buku panjang) dan buku latihan (buku panjang) Tingkatan 3 : Modul dan buku latihan (buku panjang) Tingkatan 4 : Buku Nota (buku panjang) dan buku latihan (panjang) Tingkatan 5 : Modul dan buku latihan (buku panjang)

5.

Tindakan 4.2 Pn. Hjh Maizatul Fadzilah binti Osman mencadangkan supaya guru-guru menggunakan kertas lukisan untuk mencatat nota-nota penting terutamanya bagi tingkatan 4. Tindakan Penyedia soalan 5.1 Pengerusi meminta agar guru-guru Sejarah menyediakan soalan peperiksaan seperti ketetapan yang berikut: UP1 PPT PN.NORIDAH PN.AZEERAWATY TN HJ CHE JOHAR PN NORIDAH PN AZEERAWATY UP2 PAT/PERCUBAAN PN.MAZANI PN.SITI MUNIRA TN HJ CHE JOHAR PN AZEERAWATY PN AZEERAWATY

TINGKATAN 1 2 3 4 5

PN.SITI MUNIRA PN AZEERAWATY PN NORIDAH

PN MAIZATUL EN KHAIRUL HAZMY PN NORIDAH

Tindakan

6.

Analisis Keputusan PMR 2012 6.1 Pelajar yang lulus dalam peperiksaan PMR 2012 bagi mata pelajaran Sejarah ialah sebanyak 98.3%.Peningkatan sebanyak 2.6% berbanding tahun 2011.Bilangan pelajar yang gagal ialah sebanyak 3 orang. Makluman Peningkatan peratus lulus bagi mata pelajaran Sejarah adalah disebabkan kesungguhan guru,guru berpengalaman,dan jumlah latihan yang banyak. Disamping itu, kelas tambahan,Perkampungan Ilmu, dan Kem Sejarah yang dijalankan turut menyumbang kepada peningkatan peratus lulus mata pelajaran Sejarah PMR 2012. Makluman Manakala, antara kelemahan yang dikenal pasti menjadi punca kegagalan pelajar untuk lulus dalam mata pelajaran Sejarah adalah masalah pembelajaran dan masalah disiplin. Makluman

6.2

6.3

7.

Program Peningkatan Akademik 7.1 Kelas tambahan akan diadakan untuk semua kelas pada tahun 2013. Hal ini kerana, pada tahun sebelum ini hanya kelas-kelas tertentu sahaja yang terlibat dengan kelas tambahan. Tindakan 7.2 Teknik menjawab juga akan diadakan sebanyak 2 kali setahun. Tindakan 7.3 Selain itu, program Perkampungan Ilmu akan diteruskan seperti biasa seperti tahuntahun yang lepas. Tindakan 7.4 Panitia juga akan mengadakan program Kem Sejarah seperti yang telah dijalankan pada tahun lepas. Tindakan 7.5 Disamping itu, penggunaan modul latih tubi dalam p&p juga akan dijalankan bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar. Tindakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) 8.1 Pn. Azeerawaty memaklumkan bahawa bagi Tingkatan 1 jumlah evidens adalah sebanyak 100 evidens. Manakala bagi Tingkatan 2 pula jumlah evedens telah dikurangkan iaitu sebanyak 70 evidens. Makluman

8.

8.2

9.

Pentaksiran Pusat berbentuk tugasan jangka panjang pula akan diadakan kepada pelajar Tingkatan 2. Makluman 8.3 Puan Azeerawaty juga memaklumkan bahawa deskriptor Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) bagi Tingkatan 2 adalah jelas berbanding Tingkatan 1 pada tahun lepas. Makluman 8.4 Pengerusi memaklumkan bahawa PBS Tingkatan 3 diadakan seperti biasa. Soalan akan diedarkan pada akhir bulan Februari atau awal bulan Mac. Makluman Hal-hal lain 9.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Pn. Noraini telah menyediakan borang untuk permintaan alat tulis.Jadi, kepada guru Sejarah yang memerlukan kelengkapan alat tulis untuk kegunaan mata pelajaran Sejarah atau PBS Sejarah diminta menyenaraikannya. Makluman dan Tindakan

9.2

10.

Pengerusi memaklumkan tentang cadangan perbelanjaan. Antaranya ialah pembelian fail poket dan kemudahan fotostat bagi pelajar Tingkatan 3.Selain itu, pembelian buku rujukan untuk kegunaan pelajar turut diusulkan. Tindakan 9.3 Pn. Che Sayang binti Bakar mengucapkan tahniah atas pencapaian mata pelajaran Sejarah bagi peperiksaan PMR 2012. Beliau juga meminta agar semua guru Sejarah melengkapkan maklumat guru di muka hadapan buku rekod mengajar. Makluman & Tindakan 9.4 Pn. Che Sayang binti Bakar meminta Panitia Sejarah menyediakan post mortem bagi peperiksaan PMR 2012. Kerjasama antara guru dalam Panitia Sejarah sangat digalakkan. Tindakan Penutup 10.1 Saudari Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan beliau berharap agar prestasi mata pelajaran Sejarah dapat ditingkatkan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

... (Pn. Siti Munira binti Mohd Nasri)

. (Pn. Noridah binti Abu Bakar) Ketua Panitia Sejarah SMK Datuk Haji Ahmad Badawi

You might also like