You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE TIGA SESI 2013/2014 Tarikh : 27 Julai 2013 Masa : 9.

pagi Tempat : kelas 4 UKM SKSML Kehadiran ; 1. Puan Saniah Binti Sulaiman 2. Puan Rohana Binti Jaafar 3. Ir Dr Mahadi Bin Abd Murad 4. Dr Abdul Munir Bin Abd Murad 5. En Roslien Bin Mohd Said 6. Ir Dr Zainul Asri bin Mamat 7. Puan Noor Halimaton Saadiah Binti Aziz 8. Puan Siti Wan Aishah Bin Wan Ilias 9. En Muzzan Bin Talib ( wakil pentadbir Akademik ) 10. Syed Kamal Azira Bin Syed Mohamed Zain ( SU ) Tidak hadir 1. Puan Hasimah binti Sariman 2. En Muhammad Fairuz Bin Abd Aziz 3. Puan Sharifah binti Lasman 4. Cik Ailleen May Anak Rindis Rinyod 5. Puan Khadijah Binti Abd Rashid 6. En Zolkafli Bin Ibrahim 7. Puan Norzirah Binti Ismail 8. En Mohd Asrin Bin Mohd Arif 9. Puan Wan Anna Wahidah Binti Wan Mat Tahir

1. Ucapan pengerusi a. Ucapan aluan dari YDP. Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat. Beliau juga mengucap selamat datang dan tahniah kepada Ir Dr Zainul Asri Bin Mamat atas perlantikan sebagai AJK PIBG yang baru menggantikan En Mohd Fadzili Bin Mohd Tahir. b. YDP memaklumkan pada hari Khamis ( 25 /7/ 2013 ) beliau telah berjumpa dengan YB Shahrom yang bermurah hati menyumbang RM 1000 untuk Program Ihya Ramadhan. Sumbangan tersebut akan di masukkan ke dalam akaun PIBG. c. Projek penambahbaikan kantin sekolah juga telah dimaklumkan kepada YB Shahrom . Beliau telah meminta kertas cadangan projek tersebut.

d. YDP memaklumkan Dato Sharif Bin Jajang memohon untuk mengadakan mesyuarat cawangan UMNO di dewan sekolah. Dr Munir mencadangkan agar pihak sekolah memohon kebenaran daripada PPD Sepang. Tindakan : Guru Besar e. YDP juga memohon agar mengadakan mesyuarat bersama Dato Sharif bin Jajang pada 8 / 9 / 2013 selaku pengerusi Yayasan Sepang. Tindakan : Setiausaha 2. Ucapan Penasihat a. GB mengucapkan ribuan terima kasih. b. GB memaklumkan akan mengadakan ;i. Majlis Jamuan Raya peringkat sekolah pada 23/8/2013 ii. Kem Bestari Solat pada 24/8/2013 iii. Kem Kepong Tahun 6 pada 26/8/2013. c. GB juga memberitahu KPM memaklumkan tiada peruntukan membaiki tandas sekolah melalui surat yang dihantar kepada pihak sekolah. d. GB juga memaklumkan sekolah kekurangan dua orang guru yang telah bertukar ke sekolah lain. Kekurangan ini akan ditampung dengan pertukaran guru dari sekolah yang lebihan guru. Tindakan : Makluman 3. Pembentangan dan pengesahan minit a. Minit telah dibentangkan oleh pengerusi dan disahkan dengan pembetulan oleh i. Disahkan oleh Pn Siti Wan Aishah Bin Wan Ilias ii. Di sokong oleh Dr Munir Bin Murad

4. Perkara berbangkit a. Tabung tahun enam perlu ditubuhkan dengan segera. Akaun biasa akan dibuka dengan dua penama. Tindakan : Guru Besar b. GB memaklumkan kedai buku sekolah diberi kontrak selama dua tahun dengan bayaran enam ribu setahun. Pustaka Al-Azim telah memegang kontrak tersebut dan telah membuat bayaran. Duit sewa kedai sekolah akan disimpan ke dalam akaun SUWA. Tindakan : Makluman c. Ahli mesyuarat telah meminta GB supaya menerangkan jenis-jenis akaun yang terdapat di sekolah pada mesyuarat akan datang. Tindakan : Guru Besar d. Pembelian akhbar The Star perlu disediakan kertas kerja untuk dibuat perbandingan pembelian majalah. Tindakan : Setiausaha e. Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk membiayai Projek membaiki tandas sebanyak RM 1500. Tindakan : YDP f. YDP memaklumkan Yayasan Sepang akan menaja Program Kepong tahun enam. Dato Sharif mohon agar pada kali ini program ini menjadi dan ada maklum balas selepas keputusan diumumkan. Oleh itu, ahli mesyuarat bersetuju untuk mendahulukan perbelanjaan program kepong dengan syarat duit pungutan derma dan sumbangan perlu dimasukkan ke dalam akaun PIBG untuk program tahun 6 akan datang. Tindakan : Bendahari g. Ahli mesyuarat juga telah bersetuju untuk menyumbang RM 200 kepada pihak masjid pada 5/9/2013 iaitu program terakhir bacaan Yasin di masjid. Tindakan : Bendahari dan YDP h. Di samping itu juga, surat jemputan kepada ibu bapa untuk bacaan Yasin pada setiap hari Jumaat akan dikeluarkan. Tindakan : Dr Abd Munir i. Pembinaan surau sekolah.

You might also like