You are on page 1of 31

GEOGRAFI 23/2

KERJA KURSUS

NAMA CALON : SITI SARAH BT MOHD AFFANDI

TINGKATAN : 3 CERDAS

NO. KAD PENGENALAN : 940807 – 10 – 5680

ANGKA GILIRAN :

ALAMAT SEKOLAH : SMK JITRA, 06000 JITRA, KEDAH DARULAMAN

TAJUK KERJA KURSUS : PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN DI JITRA DAN NEGARA

BANDINGANNYA DI TOKYO, JEPUN

GURU PENILAI : PUAN AZHARINA BT AHMAD

BIL ASPEK MARKAH MARKAH


PENUH DIPEROLEH
1 Tajuk Kajian 1
2 Senarai Kandungan 1
3 Penghargaan 2
4 Pendahuluan 2
5 Objektif Kajian 2
6 Kawasan Kajian 8
7 Kaedah Kajian 2
8 Dapatan Kajian 25
9 Rumusan 2
10 Lampiran 2
11 Rujukan 2
12 Penilaian Umum 1
Aspek 1 – 7
25
Aspek 9 – 12
Aspek 8
25
Jumlah Markah
50
Tahap Pencapaian

……………………………….
(TANDATANGAN GURU)
Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 1
SENARAI KANDUNGAN

Bil Bab / Aspek Muka Surat

1 Aspek 1 : Tajuk 1

2 Aspek 2 : Senarai Kandungan 2

3 Aspek 3 : Penghargaan 3

4 Aspek 4 : Pendahuluan 4

5 Aspek 5 : Objektif Kajian 5

6 Aspek 6 : Kawasan Kajian 6–8

7 Aspek 7 : Kaedah Kajian 9

8 Aspek 8 : Dapatan Kajian 10 – 19

8.1 Jenis dan Pola Petempatan

8.2 Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan

8.3 Fungsi Petempatan

8.4 Masalah Petempatan

8.5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan

9 Aspek 9 : Rumusan 20

10 Aspek 10 : Lampiran 21 – 40

11 Aspek 11 : Rujukan 41

PENGHARGAAN

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 2


Saya Siti Sarah Bt Mohd Affandi dari kelas 3 Cerdas ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada Pengetua SMK Jitra, Tuan Abu Seman Bin Sareh Md Isa, kerana memberi

kebenaran untuk menjalankan kajian Geografi Tempatan. Saya juga ingin mengucapkan kepada

Guru Geografi saya, Puan Azharina Bt Ahmad atas tunjuk ajar yang beliau berikan kepada saya

untuk menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya, Encik Affandi

Bin Abdul Rahim @ Yusof dan Puan Aziyen Bt Mansor kerana memberi sumbangan dari segi

kewangan dan tenaga untuk saya menyiapkan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya, NurNisa Amirah Bt Mohd Zaini, Nur Hidayah Bt

Hashim dan Anissa Anis Afiqah Bt Abdullah kerana bekerjasama dengan saya dalam mengumpul

maklumat. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada responden saya, Puan

Noraini Bt Mustapa dan Abdul Aziz Bin Mansor atas kerjasama mereka memberi maklumat

kepada saya.

PENDAHULUAN

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 3


Bagi memenuhi kehendak sukatan pelajaran Geografi, saya Siti Sarah Bt Mohd Affandi,

murid tingakatan 3 Cerdas telah memilih tajuk ‘petempatan dan perkembangan di Jitra dan

negara bandingannya Tokyo, Jepun.

Saya memilih kawasan Jitra kerana saya tinggal di sini dan ini memudahkan saya

memahami petempatan kajian. Dengan memilih kawasan ini juga, saya dapat menjimatkan kos

perbelanjaan dan tidak perlu menggunakan perkhidmatan awam untuk pergi ke kawasan kajian.

Negara yang dibandingkan dengan kawasan kajian saya ialah Jepun. Saya memilih

Tokyo, Jepun kerana terdapat banyak maklumat yang boleh didapati dengan berbagai sumber dan

rujukan.

Saya telah menjalankan kajian ini bersama beberapa orang rakan sekelas. Kami telah

bekerjasama bagi memperoleh, mengumpul data dan maklumat yang diperlukan untuk menulis

laporan lengkap secara individu.

Saya menyiapkan kerja kursus ini selama dua bulan. Tiga minggu saya bersama rakan

mengumpul maklumat dan tiga minggu lagi saya mendokumentasikan kajian saya. Selebihnya

saya gunakan untuk memperbaiki kerja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 4


Kajian ini dijalankan bagi memenuhi objektif berikut:

 Mengenal pasti jenis dan pola petempatan.

 Menjelaskan faktor yang mempengaruhi petempatan.

 Menghuraikan fungsi petempatan.

 Menerangkan masalah petempatan.

 Menyenaraikan langkah mengurangkan masalah petempatan.

 Menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian.

Saya amat berbangga dan bersyukur dengan segala kelengkapan yang ada di Pekan Jitra ini.

KAWASAN KAJIAN

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 5


Dalam kajian ini, saya telah memilih kawasan tempat tinggal di Pekan Jitra dan negara

bandingannya iaitu Tokyo, Jepun sebagai kawasan kajian. Saya memilih kawasan ini kerana saya

tinggal di kawasan ini dan ia merupakan kawasan yang sesuai dan sedang membangun sesuai

dengan tajuk geografi yang diberikan.

Pekan Jitra terletak di kawasan Parlimen Kubang Pasu, Kedah Darulaman. Jitra

berhampiran dengan sempadan Kedah – Thailand, kira-kira 35 km dari sempadan. Rata – rata

penduduknya boleh bertutur dalam bahasa Siam,malahan ada yang berkuturunan Siam, terutama

yang tinggal berdekatan dengan sempadan.

Pekan Jitra hampir dengan Lebuhraya Utara Selatan ke Bukit Kayu Hitam dan ke selatan

iaitu Kuala Lumpur. Dalam peta, kedudukan Jitra ialah 6.3° Utara dan 100.4° Timur. Jarak Pekan

Jitra dengan pekan yang terdekat iaitu Bandar Darulaman ialah 12 km.

Bersama ini saya sertakan peta daerah Kubang Pasu, peta Tokyo,Jepun dan peta kawasan

kajian.

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 6


Peta Tokyo, Jepun

Peta Daerah Jitra, Kedah

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 7


KAEDAH KAJIAN

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 8


Ketika menjalankan dan menyiapkan kerja kursus Geografi ini, saya telah menggunakan

pelbagai kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antara kaedah yang saya gunakan ialah:

• Pemerhatian

Saya telah memerhati tentang persekitaran dan perkembangan tempat kajian dan

membuat sedikit sebanyak catatan yang berkenaan untuk dimasukkan ke dalam kerja

kursus ini. Melalui pemerhatian ini, saya telah menangkap gambar kawasan kajian.

• Internet

Saya telah mengkaji tentang petempatan dan perkembangan negara bandingan iaitu

Tokyo, Jepun melalui internet. Kaedah internet juga membolehkan saya mendapat

maklumat yang lebih terperinci tentang Pekan Jitra. Saya telah melayari laman web

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tokyo,
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tokyo, http://ms.wikipedia.org/wiki/jitra dan

http://www.tokyo.com.
http://www.tokyo.com.

• Temu bual

Saya telah menemu ramah responden saya iaitu Puan Noraini Bt Mustapha, berumur 41

tahun yang tinggal di No 436, Taman Suria 2, 06000 Jitra dan Abdul Aziz Bin Mansor

yang berumur 49 tahun dan tinggal di No 216, Taman Siswa 2, 06000 Jitra, Kedah. Saya

telah bertanyakan soalan yang berkaitan dengan kawasan kajian iaitu Pekan Jitra.

• Soal selidik

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, saya telah membuat soal selidik di

kawasan kajian. Saya telah menggunakan borang soal selidik seperti dalam lampiran

untuk dijawab oleh responden.

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 9


Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 10
POLA DAN JENIS PETEMPATAN

Jenis petempatan yang terdapat di Pekan Jitra ialah petempatan bandar. Ini kerana Pekan

Jitra kini makin giat menjalankan kegiatan ekonomi. Kegiatan ekonomi utama di Pekan Jitra

ialah perniagaan, perkilangan dan perkhidmatan.

Pola petempatan yang terdapat di Pekan Jitra ini ialah berpusat dan berjajar. Bangunan

yang dibina di Pekan Jitra kebanyakannya di sekitar persimpangan jalan yang menyebabkan pola

berpusat dan dibina di sepanjang tepi jalan serta dibina rapat-rapat yang terjadinya pola bejajar.

Di kawasan ini terdapat pelbagai kemudahan asas dan awam di sediakan.

Jenis petempatan di Tokyo, Jepun juga merupakan petempatan bandar. Faktor

pembandaran Tokyo, Jepun ialah kerana Tokyo dikenali sebagai pusat perniagaan dan ekonomi

utama di serantau Asia Timur.

Pola petempatan di Tokyo, Jepun pula ialah berpusat dan berkelompok. Pola petempatan

di Tokyo, Jepun dipengaruhi oleh pembinaan pesat bangunan yang menyebabkan petempatan

tersebut berpusat di tengah kota. Selain itu, pulau-pulau yang terdapat di Tokyo, Jepun juga

menyebabkan petempatan berkelompok.

Nilai dan unsur patriotisme yang saya dapat sepanjang menjalankan kajian tentang jenis

dan pola petempatan ialah saya berasa selesa dengan sistem petempatan di Pekan Jitra yang

teratur dan terancang seperti yang terdapat di Tokyo, Jepun.

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 11


FAKTOR PETEMPATAN

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi petempatan di Pekan Jitra. Antara faktor

yang mempengaruhi Pekan Jitra ialah bentuk muka bumi. Permukaan bentuk muka bumi yang

terdapat di Pekan Jitra ialah bertanah pamah sesuai untuk pembangunan dan perkembangan

petempatan. Hampir seluruh bangunan di Pekan Jitra dibina di kawasan permukaan rata. Faktor

ini juga membuatkan Pekan Jitra maju sebagai kawasan pertanian kerana penanaman padi pesat

dijalankan di sini. Antara kawasan pembangunan yang sedang membangun ialah Pekan Jitra 1

dan Pekan Jitra 2.

Jenis Kediaman Bilangan Jenis Kediaman


Rumah teres 1 tingkat 5000
Rumah teres 2 tingkat 4500
Rumah kembar dua setingkat 4800
Rumah kembar dua dua tingkat 3000
Rumah banglo 2900

Bilangan Jenis Kediaman Di Pekan Jitra

14%
25% Rumah Teres 1 Tingkat
Rumah Teres 2 Tingkat
15%
Rumah Bekembar 1 Tingka t
Rumah Bekembar 2 Tingka t
22%
Rumah Banglo
24%

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 12


Faktor lain yang mempengaruhi petempatan dan perkembangan Pekan Jitra ialah

ekonomi dan perniagaan. Faktor inilah yang menyebabkan Pekan Jitra berkembang pesat

sehingga menjadi sebuah pekan yang dikenali ramai. Perniagaan yang dijalankan di sini

kebanyakan terdiri daripada perniagaan perkhidmatan, restoran dan barangan. Contohnya seperti

Mourice Saloon (perniagaan perkhidmatan dandanan rambut), Newtown (perniagaan makanan)

dan Aneka (perniagaan barangan).

Begitu juga terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan petempatan di

Tokyo,Jepun. Antaranya sama seperti faktor yang mempengaruhi pekan Jitra iaitu bentuk muka

bumi. Bentuk muka bumi yang mempengaruhi Tokyo ialah bertanah rata namun kedudukannya

berada dibahagian lingkaran aktif gempa bumi. Maka bangunan pencakar langit jauh lebih

sedikit jika dibandingkan dengan bandar lain kerana peraturan pembinaan gempa bumi.

Selain itu, faktor lain yang mempengaruhi Tokyo,Jepun ialah kemajuan ekonomi yang

berasaskan perindustrian. Tokyo juga dikenali sebagai sebuah pusat kewangan antarabangsa

utama yang menempatkan beberapa ibu pejabat terbesar dunia syarikat-syarikat bank pelaburan

dan insurans. Kegiatan ekonomi di Tokyo juga menyebabkan perkembangan pengangkutan

seperti Lebuhraya Tokyo yang dibina bagi memudahkan aliran eksport dan import.

Nilai yang saya dapat ketika menjalankan kajian tentang faktor petempatan ialah

timbulnya semangat daya saing dalam diri saya untuk bersaing dengan kemajuan Tokyo, Jepun.

Saya berharap agar suatu hari nanti Pekan Jitra dapat berkembang maju sepertimana yang

terdapat di Tokyo, Jepun.

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 13


FUNGSI PETEMPATAN

Pekan Jitra iaitu petempatan bandar mempunyai pelbagai fungsi kepada penduduknya.

Salah satu fungsi yang berguna pada penduduk ialah pekan Jitra terkenal dengan kegiatan

pertanian padi. Terdapat banyak sawah yang diusahakan oleh para penduduk di sini. Padi yang

dikeluarkan juga merupakan padi yang amat berkualiti. Kebanyakan orang yang datang ke Jitra

dapat melihat keindahan padi di merata tempat. Oleh kerana padi banyak dikeluarkan dan

dimajukan oleh penduduk di sini, kilang-kilang beras dibina di beberapa kawasan. Antaranya

terdapat kilang beras di Tanjung Pauh dan terdapat juga di kawasan perumahan Taman Suria 2.

Selain itu, Pekan Jitra juga berfungsi sebagai pusat pendidikan yang maju. Banyak

sekolah dan institusi tinggi dibina dikawasan ini. Kemajuan pendidikan di Pekan Jitra dapat

dibuktikan apabila terdapatnya beberapa buah sekolah yang dianugerahkan ‘Sekolah Primier

Daerah’ (SMK Jitra) dan ‘Cluster School’ (SMK Jitra, SMK Bandar Darulaman, SK Bandar

Darulaman dan SK Ahmad Tajuddin). MRSM Kubang Pasu juga dibina disini. Antara institusi

tinggi yang terdapat di kawasan ini ialah POLIMAS, IPDA, Kolej Komunitin dan Universiti

Utara Malaysia.

Tahun Purata Pelancongan Ke Pekan Jitra


2005 600
2006 800
2007 1300
2008 2000

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 14


PURATA PELANCONG KE PEKAN JITRA
2500

2000

1500

1000 PURATA PELANCONG KE


PEKAN JITRA
g
cP
ln
ou
e
a
r
t

500

0
2005 2006 2007 2008

Tahun

Begitu juga fungsi yang terdapat pada negara bandingannya iaitu Tokyo,Jepun. Selain

perindustrian berasaskan ekonomi, Tokyo juga terkenal dengan perindustrian berasaskan

pertanian. Pertanian di Tokyo mempunyai subsidi yang tinggi dan merupakan satu sektor yang

dilindungi. Antara pertanian yang giat dijalankan di Tokyo ialah pertanian beras. Tokyo juga

sedang menghasilkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sedap dan berkualiti tinggi namun

sangat mahal.

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 15


Selain itu, Tokyo,Jepun juga mempunyai fungsi yang sama seperti Pekan Jitra iatu

sebagai pusat pendidikan yang terbesar diserantau Asia Timur. Pusat pendidikan yang disediakan

di Tokyo amat maju dari segi kemudahan ICT yang berteknologi tinggi.

Selepas saya mengkaji fungsi yang terdapat di Pekan Jitra serta negara bandingannya

Tokyo,Jepun, saya amat berbangga kerana fungsi Pekan Jitra boleh dikatakan setaraf dengan

fungsi kemudahan yang terdapat di Tokyo, Jepun.

MASALAH PETEMPATAN

Walaupun Pekan Jitra merupakan pekan yang kecil, namun terdapat juga beberapa

masalah yang menimpa penduduk di sini. Perkembangan petempatan Pekan Jitra menyebabkan

berlakunya kesesakan lalu lintas di beberapa buah jalan. Faktor yang menyebabkan kesesakan

lalu lintas mungkin disebabkan sistem pembangunan mahupun pertambahan penduduk di Pekan

Jitra. Selain itu, sistem lalu lintas di Pekan Jitra yang tidak cekap juga menyebabkan kesesakan

terutamanya pada waktu puncak iaitu awal pagi ketika pekerja ke pejabat seperti di depan jalan

raya berdekatan POLIMAS dan IPDA dan waktu petang ketika pulang kerja terutama di Jalan

Osman Arof pada sekitar pukul 7.30 malam.

Masalah lain yang menimpa penduduk di Pekan Jitra juga penduduk dunia kini iaitu

pemanasan global. Faktor yang menyebabkan masalah ini mungkin disebabkan penebangan

hutan yang cukup berleluasa di kawasan ini. Ini disebabkan banyak kawasan perumahan dibina

mungkin kerana pertambahan penduduk yang mendadak di kawasan ini. Contoh yang ketara kita

dapat lihat ialah seperti di Taman Cermai dan Taman Pulasan yang dibina pada dasarnya dahulu

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 16


kawasan tersebut merupakan kawasan berbukit namun digondol dan diratakan untuk

membangunkan kawasan perumahan. Kesan daripada tindakan tersebut berlakunya pemanasan

global yang semakin ke kemuncak dan timbul masalah-masalah lain yang bakal menimpa

penduduk Pekan Jitra seperti banjir dan sebagainya.

Begitu juga dengan Tokyo,Jepun walaupun mempunyai kemudahan berteknologi tinggi

namun negara bandingan tersebut tetap berdepan dengan pelbagai masalah yang menimpa.

Antara masalah yang sedang menimpa bandar Tokyo, Jepun ialah pencemaran udara yang

mencapai tahap yang tertinggi. Faktor yang menyebabkan pencemaran udara mungkin

disebabkan banyak kenderaan dan kilang yang mengeluarkan gas-gas yang merbahaya seperti

karbon monoksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan oksida nitrogen. Gas-gas tersebut boleh

membahayakan penduduk Tokyo dan hidupan disana.

Selain daripada masalah pencemaran udara, Tokyo juga sedang berhadapan dengan

masalah penduduk yang berlebihan. Masalah penduduk berlebihan ini makin merumitkan

kerajaan Jepun. Ini kerana pertambahan pendatang asing yang berhijrah ke Tokyo semakin

meningkat. Penduduk berlebihan di Tokyo,Jepun juga telah menyebabkan kekurangan tempat

tinggal. Disebabkan masalah ini, terdapat masalah-masalah lain yang timbul iaitu seperti

pembinaan rumah di atas tanah kerajaan dan milik persendirian lalu mewujudkan kawasan

setinggan. Masalah ini mungkin disebabkan penduduk yang berpendapatan rendah tidak mampu

membeli rumah kerana harganya mungkin amat tinggi.

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 17


Melalui kajian ini, pengajaran yang saya dapati ialah sayangi tempat tinggal kita daripada

terjebak dengan masalah-masalah yang berlaku. Saya amat bersyukur kerana masalah yang

dihadapi oleh penduduk Pekan Jitra tidak seteruk yang dihadapi oleh penduduk Tokyo,Jepun.

LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN

Sikap keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang berlaku di Pekan Jitra telah

menemukan langkah untuk mengurangkan masalah yang dihadapi. Antara langkah yang diambil

oleh kerajaan dan penduduk di sini ialah melebarkan jalan raya. Melebarkan jalan raya telah

dijalanakan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Ini kerana jalan raya yang lebar dapat

menampung jumlah kenderaan yang banyak walaupun pada waktu puncak. Contoh pelebaran

jalan raya yang dilakukan ialah Jalan Jitra – Alor Setar. Jalan raya di Pekan Jitra juga telah dinaik

taraf supaya pengguna jalan rayua dapat menggunakannya dengan selesa dan dapat

mengelakkan kemalangan.

Langkah seterusnya untuk mengurangkan masalah yang dihadapi seperti pemanasan

global ialah kerajaan telah memperkenalkan kaedah ‘Green Belt’. Kawasan Pekan Jitra juga

telah ditanam dengan pelbagai pokok.langkah ini bertujuan untuk penghijauan pekan dan untuk

mengurangkan pemanasan yang dihadapi. Selain itu, kerajaan juga telah menyarankan

pemeliharaan hutan dilakukan seperti di Universiti Utara Malaysia dan IPDA yang mengekalkan

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 18


kehijauan semula jadi.. Kempen-kempen yang berkaitan dengan pemeliharaan alam semulajadi

juga giat dijalankan untuk menyedarkan penduduk Jitra betapa pentingnya hutan.

Begitu juga dengan masalah yang dihadapi di Tokyo,Jepun. Kerajaan Jepun sedang

mencari instiatif untuk mengurangkan masalah yang dihadapi. Antara langkah yang diambil ialah

penguatkuasaan undang-undang dan Akta Alam Sekitar. Kilang-kilang di Tokyo dikehendaki

memasang dan meninggikan cerombong asap dan kilang yang membebaskan gas merbahaya

akan didenda. Kempen tentang pencemaran udara juga giat dijalankan di sekitar metropolitan

Tokyo, Jepun.

Bagi mengurangkan masalah pertambahan penduduk dan kekurangan tempat tinggal

yang dihadapi oleh Tokyo,Jepun ialah kerajaan dan pihak swasta telah memperbanyakkan

pembinaan rumah kos rendah dan pangsapuri yang mampun dimiliki oleh penduduk bandar

Tokyo yang berpendapatan sederhana dan rendah. Kerajaan juga telah menempatkan semula

kawasan setinggan di petempatan terancang. Pembukaan kawasan perkilangan di luar bandar

Tokyo juga dapat mengurangkan penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Kawalan

kemasukan pendatang asing ke Tokyo juga diperketatkan.

Saya amat terharu dengan keprihatinan kerajaan yang begitu sensitif dengan masalah

yang dihadapi oleh penduduk Pekan Jitra. Saya juga berharap agar penduduk Pekan Jitra sentiasa

memelihara kawasan ini sebaik mungkin.

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 19


RUMUSAN

Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan sepanjang dua bulan menyiapkan kerja

kursus ini menunjukkan bahawa Pekan Jitra merupakan sebuah petempatan yang sedang

berkembang maju. Pemilihan Pekan Jitra dalam menjalankan kerja kursus ini amat bersesuaian

kerana memenuhi segala objektif yang diinginkan dalam kerja kursus ini.

Selepas saya mengkaji segala latar belakang dan objektif-objektif mengenai Pekan Jitra

ini, saya dapat membuat beberapa kesimpulan mengenai kawasan ini. Apa yang boleh saya

rumuskan, Pekan Jitra merupakan sebuah petempatan bandar yang sedang membangun kerana

adanya kegiatan ekonomi yang giat dijalankan. Pola petempatan yang terdapat di Jitra

merupakan petempatan berpusat dan berjajar yang dipengaruhi oleh sebab tertentu.

Perkembangan Pekan Jitra juga disebabkan bentuk muka bumi yang bertanah pamah

sesuai untuk pembangunan dan kegiatan ekonomi yang giat dijalankan seperti perniagaan.

Pekan Jitra juga berfungsi sebagai pusat pertanian padi yang semakin maju diusahakan oleh

penduduk tempatan dan Pekan Jitra juga merupakan pusat pendidikan yang semakin membangun

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 20


dan terdapat banyak pencapaian yang dicapai di beberapa buah sekolah yang boleh menaikkan

nama Pekan Jitra.

Namun, disebalik faktor dan fungsi perkembangan Pekan Jitra, terdapat juga beberapa

masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini. Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk

Pekan Jitra ialah kesesakan lalu lintas dan pemanasan global. Namun kerajaan telah mengambil

langkah untuk mengurangkan masalah tersebut seperti penghijauan bandar dan pelebaran jalan.

Oleh itu, saya amat bersyukur dan berasa amat selesa tinggal di Pekan Jitra kerana

mempunyai kemudahan yang selengkapnya. Walaupun kemudahan Pekan Jitra tidak semaju

Tokyo, Jepun namun saya amat berbangga dengan kawasan tempat tinggal saya ini.

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 21


BORANG TEMU BUAL

Nama : Noraini Binti Mustapa

Umur : 41 Tahun

Alamat:
Alamat: No 436, Taman Suria 2, 06000 Jitra, Kedah Darulaman.

Pelajar : Adakah Pekan Jitra semakin bertambah maju sekarang?

Responden :Ya, Pekan Jitra kini lebih membangun dan bertambah maju berbanding dahulu.

Pencapaian ini amat membanggakan penduduk disini.

Pelajar : Pada dasarnya sebelum Pekan Jitra dimajukan, Pekan Jitra membangun sebagai

kawasan apa?

Responden : Pekan Jitra dahulu merupakan kawasan pokok getah dan juga merupakan tempat

penanaman padi yang luas.

Pelajar : Bilakah Pekan Jitra mula membangun?

Responden : Pekan Jitra mula membangun sekitar tahun 1984.

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 22


Pelajar : Siapakah yang bertanggungjawab membangunkan Pekan Jitra?

Responden : Orang yang bertanggungjawab membangunkan Pekan Jitra ini ialah Tun Hussein

Onn dimana beliau ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia serta Dato’

Osman Ishak.

Pelajar : Sebelum Pekan Jitra membangun, nama Pekan Jitra dikenali sebagai?

Responden : Nama pekan ini tidak berubah. Sama seperti sekarang iaitu Pekan Jitra.

BORANG TEMU BUAL

Nama : Abdul Aziz Bin Mansor

Umur : 49 Tahun

Alamat:
Alamat: No 216, Taman Siswa 2, 06000 Jitra, Kedah Darulaman.

Pelajar : Apakah pandangan encik tentang pekan ini?

Responden : Pekan ini merupakan pekan kecil yang sedang membangun maju untuk

memenuhi kehendak penduduk.

Pelajar : Ketarakah perubahan yang dialami oleh Pekan Jitra?

Responden : Apa yang saya lihat sejak saya menetap disini, Pekan Jitra banyak mengalami

perubahan yang positif dan memberangsangkan.

Pelajar : Selama encik tinggal di Pekan Jitra ini, apakah masalah yang paling besar

pernah dihadapi oleh penduduk pekan ini?

Responden : Masalah yang paling serius pernah dihadapi ialah kejadian banjir yang berlaku

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 23


tahun 2005. kami seolah-olah terperangkap didalam pekan ini selama beberapa

hari dan tidak mempunyai bekalan yang mencukupi untuk makan.

Pelajar : Jika encik menjadi pegawai kerajaan, apakah langkah yang encik akan ambil

untuk mengurangkan masalah yang dihadapi?

Responden : Kemungkinan saya akan menguatkuasakan aktiviti penebangan hutan yang

makin berleluasa di Pekan Jitra. Orang yang menebang hutan ini langsung tidak

mempunyai kesedaran tentang alam sekitar dan kita patut bertanggungjawab

untuk mendenda pihak-pihak yang sedemikian.

BORANG SOAL SELIDIK

Bahagian A

Arahan : Sila isi tempat kosong di bawah.

Nama : Nur Farhana Bt Omar

Umur : 23 Tahun

Jantina : Perempuan

Bangsa : Melayu

Pekerjaan : Pelajar

Bahagian B

Arahan : Sila tulis ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam tempat kosong di bawah:

1. Adakah kemudahan untuk orang ramai di kawasan anda lebih baik berbanding dahulu?

Ya

2. Adakah peluang pekerjaan lebih banyak berbanding dahulu?

Ya

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 24


3. Adakah pencemaran di Pekan Jitra semakin serius berbanding dahulu?

Tidak

4. Adakah jalan raya sekarang lebih sibuk berbanding dahulu?

Ya

5. Nyatakan hak milik rumah anda. (Arahan


(Arahan : Tulis ‘sendiri’ atau ‘sewa’)

Sendiri

BORANG SOAL SELIDIK

Bahagian A

Arahan : Sila isi tempat kosong di bawah.

Nama : Cheeya a/p Manne

Umur : 38 tahun

Jantina : Perempuan

Bangsa : India

Pekerjaan : Suri Rumah

Bahagian B

Arahan : Sila tulis ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam tempat kosong di bawah:

1. Adakah kemudahan untuk orang ramai di kawasan anda lebih baik berbanding dahulu?

Ya

2. Adakah peluang pekerjaan lebih banyak berbanding dahulu?

Ya

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 25


3. Adakah pencemaran di Pekan Jitra semakin serius berbanding dahulu?

Ya

4. Adakah jalan raya sekarang lebih sibuk berbanding dahulu?

Ya

5. Nyatakan hak milik rumah anda. (Arahan


(Arahan : Tulis ‘sendiri’ atau ‘sewa’)

Sewa

BORANG SOAL SELIDIK

Bahagian A

Arahan : Sila isi tempat kosong di bawah.

Nama : Khoo Boo Chin

Umur : 56 Tahun

Jantina :Lelaki

Bangsa : Cina

Pekerjaan : Guru

Bahagian B

Arahan : Sila tulis ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam tempat kosong di bawah:

1. Adakah kemudahan untuk orang ramai di kawasan anda lebih baik berbanding dahulu?

Ya

2. Adakah peluang pekerjaan lebih banyak berbanding dahulu?

Ya

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 26


3. Adakah pencemaran di Pekan Jitra semakin serius berbanding dahulu?

Ya

4. Adakah jalan raya sekarang lebih sibuk berbanding dahulu?

Tidak

5. Nyatakan hak milik rumah anda. (Arahan


(Arahan : Tulis ‘sendiri’ atau ‘sewa’)

Sewa

BORANG SOAL SELIDIK

Bahagian A

Arahan : Sila isi tempat kosong di bawah.

Nama : Nimme a/p Syoqrin

Umur : 19 Tahun

Jantina : Perempuan

Bangsa : Siam

Pekerjaan : Pelajar

Bahagian B

Arahan : Sila tulis ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam tempat kosong di bawah:

1. Adakah kemudahan untuk orang ramai di kawasan anda lebih baik berbanding dahulu?

Ya

2. Adakah peluang pekerjaan lebih banyak berbanding dahulu?

Ya

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 27


3. Adakah pencemaran di Pekan Jitra semakin serius berbanding dahulu?

Ya

4. Adakah jalan raya sekarang lebih sibuk berbanding dahulu?

Ya

5. Nyatakan hak milik rumah anda. (Arahan


(Arahan : Tulis ‘sendiri’ atau ‘sewa’)

Sendiri

BORANG SOAL SELIDIK

Bahagian A

Arahan : Sila isi tempat kosong di bawah.

Nama : Balla a/l Khuraman

Umur : 55 Tahun

Jantina : Lelaki

Bangsa : India

Pekerjaan : Pemandu Van

Bahagian B

Arahan : Sila tulis ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam tempat kosong di bawah:

1. Adakah kemudahan untuk orang ramai di kawasan anda lebih baik berbanding dahulu?

Tidak

2. Adakah peluang pekerjaan lebih banyak berbanding dahulu?

Ya

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 28


3. Adakah pencemaran di Pekan Jitra semakin serius berbanding dahulu?

Tidak

4. Adakah jalan raya sekarang lebih sibuk berbanding dahulu?

Ya

5. Nyatakan hak milik rumah anda. (Arahan


(Arahan : Tulis ‘sendiri’ atau ‘sewa’)

Sewa

Gambar – Gambar di Tokyo

Lebuhraya Tokyo Bandaraya Tokyo

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 29


Eitai Bridge, Tokyo NRT Tokyo, Jepun

Eitai Bridge, Tokyo

Pemandangan Penuh Bandaraya Tokyo Bangunan di Tokyo

Gambar – Gambar di Pekan Jitra

Darulaman Golf & Country Club Sungai Kelubi

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 30


Suasana di Pekan Jitra Lama Suasana di Pekan Jitra Baru

SMK Jitra Bank Islam Cawangan Jitra

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra Page 31

You might also like