You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS (PEKA) SK TELUK WANG BIL.

1/2013
TARIKH : 28.01.2013 HARI : AHAD MASA : 1.30 PM TEMPAT : BILIK BUKU TEKS

KEHADIRAN

1 PUAN JURAIDAH BINTI YUSOFF 2 PUAN ROSHADA BINTI KASSIM 3 PUAN ROSNI BINTI ZAINON 4 PUAN HANISHAH BINTI ABDUL HALIM 5 PUAN NORASYIKIN BINTI AHMAD 6 CHE AZNIM BINTI MOHD NOR

TIDAK HADIR Tiada AGENDA 1. PERUTUSAN PENGERUSI 2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MNIT MESYUARAT 3. PERKARA BERBANGKIT 4. PERLAKSANAAN PEKA / UJIAN DAN PEPERIKSAAN, KSSR 5. HAL- HAL LAIN

i.

Perutusan Pengerusi 1. Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir . 2. Pengerusi memaklumkan Puan Norasyikin Ahmad menyertai Panitia Sains dan mengajar mata pelajaran Sains tahun 6C menggantikan Cik Aznim.

ii.

Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat 3. Puan Juraidah membentangkan Minit Mesyuarat Panitia Sains(PEKA) kali pertama 2013. 4. Cadangan : Puan Roshada bt Kassim Disokong : Puan Rosni

iii.

Perkara Berbangkit 5. Tiada perkara berbangkit

iv. Perlaksanaan PEKA / Ujian dan Peperiksaan, KSSR 6. Puan Juraidah mohon cadangan dari semua guru sains bagaimana hendak membuat rekod PEKA dengan lebih baik. Puan Roshada menyatakan menggunakan cara sebelum ini iaitu penggunaan buku rekod dan penskoran lengkap. Puan Aznim menyokong untuk menggunakan buku rekod yang biasa dan tidak berubah kepada cara lain. Puan Juraidah menyatakan guru perlu sediakan lembaran kerja murid sebagai bukti dan pelaporan. 7. Lantikan Jawatankuasa Pengurusan Peka Sains Peringkat Sekolah (lihat lampiran) 8. Puan Hanishah maklumkan bahawa murid tahap 1 (tahun 1,2,3) akan diberi penilaian mengikut band. Setiap guru tahap 1 akan memasukkan markah SPPBS (penilaian) sebanyak 4 kali (3 bulan sekali) di samping fail evidens diwujudkan. 9. Pengerusi memaklumkan penggunaan makmal komputer harus mengikut standard pembelajaran (rujuk band 1 hingga 6) Makluman

v.

Hal- Hal Lain 10. Pengerusi meminta semua guru menggunakan sepenuhnya kemudahan bilik sains. Peminjaman keluar bahan dan peralatan bilik sains harus direkodkan sebagai rujukan Tindakan : semua Guru Sains

vi.

Ucapan Penangguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua dan berharap segala perancangan yang telah dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 2.30 pm

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.. (CIK AZNIM BINTI MOHD NOR) S/U PANITIA SAINS SK TELUK WANG

.. (JURAIDAH BINTI YUSOFF) KETUA PANITIA SAINS SK TELUK WANG

You might also like