You are on page 1of 8

SEMINAR KEIBUBAPAAN ANJURAN BERSAMA NEWMIND SOLUTIONS DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM) TAJUK:

SEMINAR KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DALAM KELUARGA KE ARAH PENINGKATAN KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN MENGIKUT KAEDAH NLP 1. TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan Seminar Kecemerlangan Pendidikan Dalam Keluarga Ke Arah Peningkatan Kemahiran Keibubapaan Mengikut Kaedah NLP kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam program pembangunan keluarga. 2. PENGENALAN Seminar yang dianjurkan ini adalah berteraskan kepada pendidikan. Pendidikan sebenarnya melibatkan setiap orang dan menyentuh kehidupan semua manusia. Proses pendidikan seseorang bermula sebaik saja ia dilahirkan dan berakhir sehingga ke liang lahad. Suasana rumah yang aman dan teratur di mana terdapat kasih sayang serta berdisiplin di kalangan setiap ahli keluarga akan melahirkan anak- anak yang bersikap positif dan nilai diri yang tinggi. Anak-anak yang mempamerkan tingkah laku yang baik lazimnya datang daripada keluarga yang memberi mereka peluang memerhati dan mencontohi tingkah laku yang baik dari ibu bapa mereka sendiri sebagai model untuk diikuti. Justeru, kekalnya sesuatu umat itu adalah kerana ketinggian dan kesempurnaan akhlaknya. Apabila lenyap dan runtuh akhlaknya maka runtuh dan lenyaplah umat tersebut. Kata-kata ini adalah rumusan yang dapat diambil daripada peristiwa sejarah umat manusia dan tamadunnya. Setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai kepada setiap ibu bapa agar anak

tersebut menjadi insan yang berguna dan berbudi pekerti dengan akhlak yang mulia. Ibu bapa merupakan insan yang bertanggungjawab mendidik, memelihara, mengasuh, memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Sesungguhnya di tangan ibu bapalah terletaknya corak masa depan anak-anak kerana mereka diamanahkan dengan tanggungjawab ini.Keluarga merupakan antara pengaruh utama dalam kehidupan seseorang remaja. Ini adalah kerana keluarga merupakan penyebar kepada sosialisasi yang pertama ditemui sejak mereka dilahirkan ke dunia. Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan menjejaskan masa depan mereka yang menyebabkan mereka terjerumus kepada keruntuhan akhlak dan tidak mampu untuk membentuk diri mereka menjadi orang yang berguna dan berwawasan. Keluarga terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa berperanan dalam mendidik dan membentuk jiwa dan rohani anak-anak. Mereka selaku ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap setiap diri anak-anak termasuk berfungsi sebagai pelindung dalam segala hal di sepanjang usia kehidupan anak-anak. Ini menunjukkan sekiranya ibu bapa bercita-cita untuk melihat anak-anak mereka menjadi insan yang berguna dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara, maka didikan dan asuhan yang sempurna merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga mestilah menunjukkan contoh teladan yang baik supaya anak-anak melihat ibu bapa mereka mengamalkan sesuatu perkara itu dalam kehidupan seharian dan bukan hanya menyuruh anak-anak melakukannya. Ini akan menyebabkan berlakunya kekeliruan di kalangan anak-anak. Menyedari institusi keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi anak-anak yang bermula daripada peringkat kanak-kanak sehingga remaja, maka pihak NewMind Solutions menyedari tanggungjawab untuk menyebarluaskan pengetahuan berkenaan betapa pentingnya keluarga dalam pembentukan asas perkembangan diri anak-anak untuk memperkukuhkan lagi institusi keluarga ke arah peningkatan kesejahteraan sosial selaras dengan misi KPKWM.

3.

OBJEKTIF Pelaksanaan program ini akan membantu pihak Kerajaan dan Pertubuhan dalam membangunkan institusi kekeluargaan, khususnya ibu bapa untuk mencapai lima (5) objektif seperti berikut:a. Ibu bapa akan mengetahui kemahiran-kemahiran dalam mendidik anakanak dan kedua- dua pihak iaitu ibu dan bapa, saling berkongsi peranan dalam mewujudkan keluarga bahagia dan harmoni. b. Ibu bapa mengenal pasti peranan dan tanggungjawab serta mahir berkomunikasi di antara anggota keluarga, terutama antara anak-anak dan ibu bapa serta antara pasangan masing-masing. c. d. e. Ibu bapa akan mengetahui, memahami dan melaksanakan pendidikan dari rumah. Ibu bapa akan memperolehi ilmu dan mengetahui bahawa pendidikan menyeluruh dan seimbang amat penting dalam pembangunan keluarga. Ibu bapa dapat mengetahui, memahami dan bertindak terhadap isu-isu anak-anak masa kini ke arah pembentukan imej diri anak-anak yang positif.

4.

KOMPONEN PROGRAM 4.1 CADANGAN TARIKH Terbuka dan boleh dirunding pada tarikh yang sesuai mengikut keperluan pihak kementerian. 4.2 CADANGAN TEMPAT Terbuka kepada rundingan. 4.3 KUMPULAN SASAR Program disasarkan kepada semua ibu bapa.

4.4

BILANGAN PESERTA Bilangan Kumpulan Sasar adalah seperti berikut: a. b. Bengkel : 20 - 30 orang setiap sesi Ceramah Umum : Terbuka / Boleh dirunding

4.5

BILANGAN PROGRAM Bilangan program akan ditentukan berdasarkan keperluan dan sasaran kawasan/masyarakat.

4.6 Bil 1. 2. 3. 4. 5.

KAEDAH PELAKSANAAN Tarikh Tempat Bil. Peserta Kaedah Pelaksanaan

5.

TENTATIF PROGRAM TENTATIF PROGRAM

SEMINAR KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DALAM KELUARGA KE ARAH PENDINGKATAN KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN MENGIKUT KAEDAH NLP Tarikh Tempat : _________________ : _________________ PROGRAM Pendaftaran Peserta Taklimat Program & Suai Kenal Ceramah 1 : "Memahami Keperluan Fisiologi dan Psikologi Anak-Anak Masa Kini". REHAT / MINUM PAGI Ceramah 2 : "Stress dan Cara Mengatasinya". REHAT / MAKAN TENGAHARI / SOLAT ZOHOR Ceramah 3 : "Kefungsian Keluarga Asas Teras Kecemerlangan Pendidikan Anak-Anak". Ceramah 4 : "Komunikasi Berkesan Dalam Keluarga". Majlis Penutupan Bersurai

MASA 8.00 pagi - 8.30 pagi 8.30 pagi - 8.45 pagi 8.45 pagi - 10.00 pagi 10.00 pagi - 10.30 pagi 10.30 pagi - 12.00 pagi 12.00 tghri - 2.00 petang 2.00 petang - 3.30 petang 3.30 petang - 5.00 petang 5.00 petang - 5.30 petang

6.

ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN SEMINAR KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DALAM KELUARGA KE ARAH PENDINGKATAN KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN MENGIKUT KAEDAH NLP i. Pakej Kursus Tanpa Penginapan/ Pakej Kursus Beserta Penginapan RM0 X 0 orang X 1 hari/ malam ii. Sewa dewan (Sekiranya dilaksanakan di dewan orang ramai/dewan orang ramai/ yang seumpama dengannya) RM0 x 0 hari iii. Penceramah RM0 x 0 jam iv. Bahan Guna Habis RM0 x 0 orang v. Pengangkutan (Hanya untuk Labuan, Sabah dan Sarawak sahaja) RM0 x 0 orang vii. Insurans RM0 x 0 orang Jumlah (1 Program) Jumlah Keseluruhan (RM0 x 0 (bilangan program) : 0.00 : 0.00 : 0.00 vi. Sijil : 0.00 : 0.00 : 0.00 : 0.00 : 0.00 : 0.00

7.1

Sumber kewangan yang akan disediakan oleh: i. Peruntukan Pertubuhan Sendiri. ii. Peruntukan kewangan yang dipohon oleh KPWKM.

7.

FAEDAH Faedah-faedah yang boleh diperolehi oleh para peserta yang menyertai seminar ini adalah seperti berikut:a. Ibu bapa memperolehi kemahiran-kemahiran mendidik anak seperti cara memahami anak-anak dari segi perkembangan keseluruhan anak-anak mengikut peringkat umur. b. c. Ibu bapa mengetahui, memahami, menyedari dan dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing dengan sempurna. Ibu bapa menyedari bahawa kemahiran keibubapaan melalui proses pembelajaran dan peningkatan kemahiran bermula di rumah amat penting bagi memastikan proses pendidikan di rumah dilaksanakan. d. Ibu bapa mengetahui, memahami dan menyedari mengenai keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) dalam pendidikan bagi memperolehi kesempurnaan dalam kehidupan. e. Ibu bapa menyedari kelemahan dan kekuatan yang ada pada anak mereka dan berupaya menjadi aspirasi khususnya dalam membentuk imej diri anak-anak yang positif.

8.

KESIMPULAN Ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap setiap diri anak-anak termasuk berfungsi sebagai pelindung dalam segala hal di sepanjang usia kehidupan anak-anak. Ini menunjukkan sekiranya ibu bapa bercita-cita untuk melihat anakanak mereka menjadi insan yang berguna dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara, maka didikan dan asuhan yang sempurna merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Dalam pendidikan akhlak, institusi keluarga sebenarnya memainkan peranan penting. Peranan institusi keluarga amat penting dalam pembentukan peribadi anak-anak bermula daripada peringkat kanak-kanak sehingga remaja. Keluarga merupakan sumber dalam pembentukan asas perkembangan diri remaja.

Oleh itu hubungan antara ibu bapa dengan remaja adalah sangat penting dan menjadi penentu kepada masa depan seseorang remaja. Sehubungan itu, penganjuran seminar keibubapaan seumpama ini memberi kesan terhadap pembangunan institusi keluarga. Harapan melalui program ini, ia dapat menyampaikan maklumat dan mesej yang berguna secara lebih bersistematik dan berkesan terutamanya dalam aspek keibubapaan. Maka, amatlah wajar program seumpama ini diberi sokongan dan dokongan oleh masyarakat berdasarkan kesan positif serta kesinambungannya melalui pendekatan program yang berterusan.

You might also like