You are on page 1of 25

Banding beza moral, akhlak dan etika

Diva Hairi Kimi Chun

KONSEP MORAL

MORAL
( Peter Baelz: Ethics and Belief : 1) Membicarakan persoalan betul atau salah, benar atau tidak dan apakah yang perlu dibuat atau yang harus ditinggalkan terhadap sesuatu perkara dalam satusatu keadaan.

Contoh: Salahkah seseorang perempuan menumpang kereta seorang lelaki Beberapa pertimbangan moral ( moral judgement ) oleh gadis itu akan melahirkan keputusan dan tindakannya. Dia perlu menyoal diri sendiri? Masyarakatnya? Persoalan lain ?

Peter Baelz ( Ethics and Belief ) Moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, adalah berfaedah jika dapat dibezakan antara keduanya, sekalipun kita selalu tidak berjaya membezakannya.

( G.J. Warnock: The Object of Morality:hal 1-10 )

Moral secara mudah boleh dikatakan sebagai cara atau berbagai-bagai cara untuk melihat dan mempersoalkan berbagai-bagai isu berhubung dengan perbuatan atau tingkah laku.

Amalan bermoral dilihat dalam situasi berikut:


Pengawalan diri terhadap sesuatu kehendak nafsu atau dapat menahan diri dari melakukan sesuatu tingkah laku yang dianggap salah. Kawalan ke atas keperluan fizikal yang berdasarkan kepada peraturan-peraturan masyarakat yang telah diterima secara rasional.

Bertindak secara rasional terhadap sesuatu keputusan moral yang melibatkan pentafsiran tindakan betul melalui maklumat atau pengetahuan yang cukup dan dihuraikan dengan pemikiran secara objektif dan kritis. Sentiasa menjaga dan bertindak dalam keadaan yang berdisiplin serta menghayati sesuatu standard hidup yang dicapai oleh sosio-ekonomi masyarakat

AKHLAK

AKHLAK
( Dr. Miqdad YalJin ) Meringkaskan akhlak kepada 3 aspek: Sifat semula jadi yang dimiliki oleh seseorang secara fitrah; Sifat yang dimiliki oleh seseorang melalui latihan atau sebagainya yang akhirnya diterima sebagai adat atau tabiat; dan Akhlak meliputi dua demensi, batin iaitu kejiwaan dan zahir iaitu kelakuan

( Jamil Saliba: al-Mujam al-Falsafi ) Dari segi istilah: Akhlak bermaksud kejiwaan yang darinya akan terbit tingkah laku dan perbuatan manusia

( al-Ghazali ) Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, darinyalah terbentuknya perbuatan dengan mudah, dengan tidak berkehendakkan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

RUMUSAN

AKHLAK Keadaan yang lahir daripada jiwa seseorang sebagai daya penggerak kepada wujudnya satu-satu perbuatan, dan perbuatan itu sendiri perlu dilakukan dengan motif yang baik, berterusan dan bukan disebabkan oleh desakan atau dorongan emosi.
Ia merupakan gabungan moral dan etika. Akhlak lebih menekankan autoriti wahyu di samping tidak menolak akal, sedangkan moral dan etika lebih memberatkan taakulan manusia.

ETIKA

ETIKA Perkataan etika juga mempunyai berbagaibagai pengertian. Pengertian biasa digunakan sebagai satu peraturan yang menjadi panduan hidup manusia.

( Stroll & R.H. Popkin: Introduction to Philosophy: hal 249-251)

Contoh:

Seseorang yang percaya membunuh adalah salah dalam masa yang sama ia wajib mempertahankan tanah air jika dicerobohi. Apakah yang perlu dilakukan jika negara diancam? Jika enggan berjuang untuk negara bermakna tidak menjalankan kewajipan kepada negara, jika sebaliknya dia akan melakukan pembunuhan. Dalam keadaan seperti ini kemampuan sesuatu teori etika akan teruji keutuhannya dan akan terletak sejauh mana ia dapat menolong menyelesaikan situasi berkenaan.

Peter Baelz: Etika terbahagi kepada 2 bahagian:

Etika Deskriptif Etika Normatif

Etika Deskriptif:

Satu disiplin yang membicarakan sejarah sistem moral. Ia menyatakan kepada kita apakah sistem moral yang dianuti oleh seseorang individu atau oleh segolongan tertentu. Menyedarkan kita bahawa di dunia ini terdapat pelbagai sistem moral yang relatif. Seperti sistem moral kepada orang-orang Kristian, Buddha, Yahudi, Islam; moral pada abad pertengahan, moden dsb; apa yang dianggap tidak bermoral oleh golongan yang lain; dan kadang-kadang pula penilaian moral berbeza mengikut perbezaan individu, masa, tempat dan keadaan.

Etika Normatif:
Menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada. Ia juga akan mencadangkan suatu undangundang moral yang dianggap terbaik atau sepatutnya, bukan undang-undang moral yang telah sedia ada dan sedia diterima. Contoh pembentukan etika perubatan yang berfungsi bagi menentukan suatu bentuk perlakuan yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang terlibat dengan profesyen perubatan. (

Adanya nilai-nilai mutlak (ethical absolutism) yang sesuai mengikut perubahan, yang dihubungkan dengan ajaran-ajaran agama dan bukannya bersifat relatif ( ikut perubahan budaya ). Contoh; Berjudi, arak, zina, pembunuhan, penipuan adalah dianggap buruk oleh manusia sejagat dan sesuai dengan perubahan budaya, masa, tempat dan keadaan.

TEORI ETIKA
3 jenis ( menurut ahli falsafah ):

Metaetika:
Meta "di sebalik apa yang dilihat secara kasar" Mengkaji asal-usul serta maksud konsep etika ( ciptaan @ luahan emosi manusia ) Persoalan isu kebenaran ( sejagat, kuasa Tuhan, peranan akal ) Melibatkan isu-isu metafizik, psikologi, linguistik ( abstrak )

Etika Normatif ( Normative Ethics ):


Membuat kritikan dan penilaian ke atas sistem moral Cadang sistem yang standard ( ukuran unggul ) tentu kelakuan bauk buruk Contoh : Jika saya mahu orang lain menghulurkan makanan ketika saya kebuluran, maka saya patut ( baik ) menghulurkan makanan kepada orang lain Jika saya tidak mahu jiran mencuri kereta saya, maka saya tidak boleh ( salah ) mencuri kereta Adakah boleh ( betul ) saya " meminjam " daripada rakan tanpa memberitahunya terlebih dahulu?

Persoalan: Adakah nilai moral itu hakiki atau ciptaan manusia? Nilai berbentuk metafizik Apakah sebab manusia perlu bermoral? Sebab psikologikal Apakah maksud baik? Baik linguistik

Etika Gunaan ( Applied Ethics ):

Analisis ke atas isu-isu dalam pelbagai bidang khusus, kontroversi Contoh etika sosial: etika alam sekitar etika perubatan etika perguruan etika perniagaan

Etika dalam konteks Moral / Akhlak

Tatacara perlakuan: betul - salah baik -buruk benar - palsu boleh - tidak mudarat
Menurut kamus Cambridge Etika kajian baik buruk perlakuan Sistem kepercayaan diterima mengawal t/laku manusia ( khusus moral ) Ilmu etika kajian tentang betul - salah dari sudut moral

You might also like