You are on page 1of 3

PERSIAPAN SEBELUM MATI

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, hatta malaikat maut sekali pun..yang kekal abadi hanyalah zat ALlah SWT. Percaya dan yakin tentang adanya kematian dan kehidupan semula selepas kematian termasuk di dalam rukun iman. Tiada seorang pun di kalangan kita yang hidup selama-lamanya. Sepanjang-panjang umur Nabi Nuh AS, baginda juga pergi meninggalkan dunia ini. Persoalannya, apakah persiapan kita untuk berhadapan dengan kematian itu ? Kematian yang mencari kita ada kalanya menjadi nikmat, terutamanya bagi mereka yang benar-benar beriman kepada ALLah dan rindu untuk menemuiNya. Namun demikian, ianya bertukar menjadi azab bagi mereka yang sering menderhakai Tuhannya dan hidup penuh dengan dosa. ALlah SWT berfirman : "Carilah bekalan..sesungguhnya sebaik-baik bekalan (untuk menuju akhirat) ialah taqwa." Antara lain maksud taqwa di sini ialah berbekalkan pahala daripada amalan ibadah yang dilakukan semasa di dunia. Jadi, apa tunggu lagi? Bersegeralah kita memperbanyakkan amalan soleh agar tidak menyesal di saat tibanya kematian. Bukankah Nabi SAW pernah bersabda : "Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara yang lain - yakni beramal ibadahlah kamu ketika kamu berada di dalam 5 peluang ini. Apa dia 5 peluang itu ? Ketika hidup, sihat, ada masa lapang, muda belia (gagah) dan ketika masih banyak harta (untuk disedekahkan). Antara persediaan yang boleh dilakukan : 1) Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala. 2) Sentiasa jauhi dari melakukan dosa. 3) Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah. 4) Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan. 5) Sentiasa berdoa mohon keselamatan dan rahmatNya. 6) Sediakan wasiat. 7) Banyakkan amal jariah. 8) Ajarkan ilmu yang bermanfaat. 9) Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah. 10) Lunaskan hutang piutang. 11) Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti. 12) Sentiasa berperasaan khauf dan raja'. 13) Sentiasa berbaik sangka kepada Allah.

dalil digalakkan mengingati mati dan persediaan untuk menghadapinya.

- - )1( : -86 )2( : - - -86 - - : . : : )3( . -07 - - . . . . . )4( .

Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielak kerana setiap manusia pasti menghadapi maut. Tentang kesakitan yang dirasai ketika sedang bertarung dengan maut, Rasulullah saw menjelaskan dalam hadis-hadisnya bahawa sakit ketika hampir mati itu laksana kesakitan ditetak seratus kali dengan pedang yang tajam atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika hidup-hidup. Amatlah beruntung seseorang itu sekiranya dia mati dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan) dan adalah menyedihkan sekiranya dia mati dalam keadaan suul-khatimah. Tentang tanda-tanda samada seseorang itu akan mendapat kebajikan atau tidak, terdapat hadis Rasulullah saw dari Salman Al Farisi yang bermaksud: Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu: Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya Kedua: berlenang air matanya dan Ketiga: lubang hidungnya kembang kempis Itu adalah tanda bahawa rahmat Allah sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati itu. Sebaliknya jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, ini menandakan azab Allah sedang menimpa dia. (Hadis riwayat Abdullah, Al-Hakim dan At-Tarmizi) Berdasarkan hadis ini, ada sebilangan mukmin yang ketika hampir mati, masih terdapat sisa-sisa dosa padanya. Namun Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani menentukan orang itu mati dalam keadaan khusnul khatimah dan mengampuni segala dosa-dosanya itu. Dipercayai bahawa kematian berlaku pada jasad manusia secara beransur, dari hujung kaki ke peha. Apabila rahmat diturunkan padanya kerana mati dalam khusnul khatimah ini, si mati akan merasa terlalu gembira dan kegembiraaan itu terlahir dengan keluarnya peluh pada pelipisnya. Air mata yang keluar dan hidung yang kembang kempis pula adalah tanda bahawa si mati amat malu pada Allah SWT terhadap sisa-sisa dosanya yang belum sempat ditaubatinya. Orang-orang yang kuat imannya akan merasa malu untuk melakukan dosa semasa hidupnya kerana merasa bahawa Allah sentiasa memerhatikannya. Oleh itu, disaat kematiannya, Allah melimpahkan rahmatNya dengan mengampunkan dosa-dosanya. Orang-orang yang kafir pula, dia tidak merasa malu pada Allah SWT. Oleh itu apabila nyawanya hendak dicabut oleh Izrail, wajahnya gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Ini juga merupakan penanda bagi azab yang diterimanya disebabkan oleh dosa-dosa dan kekufurannya. Dari Alqamah bin Abdullah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan -lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa see kor khimar. Terdapat juga orang mukmin yang berdosa, dan Allah menimpakan kekasaran dan mala petaka sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah atas segala dosanya. Oleh itu apabila rohnya keluar dari jasad, dosanya telahpun terhapus. Kadang-kadang kita melihat seorang mukmin yang mati dalam kepayahan dan seorang kafir yang mati dalam ketenangan. Hendaklah kita berbaik sangka dengan orang mukmin tersebut kerana mungkin itu merupakan kaffrarah terhadap dosanya dan dia menemui Allah SWT dalam keampunan kerana sisa-sisa dosanya telah pun dikaffarah. Orang kafir yang mati dalam ketenangan pula, mungkin semasa hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana janji Allah bahawa setiap kebajikan akan dibalas.

Tetapi kerana dia tidak beriman, kebajikan itu tidak menjadi pahala dan kekufurannya akan diazab di akhirat kelak. Oleh itu, kita yang masih hidup harus sentiasa berbaik sangka dan mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Moga-moga kita akan menemui Allah dalam keadaan khusnul khatimah dan dalam limpahan rahmat dan keampunanNya. Nabi Idris beritahu Izrail kesakitan ketika mati DIKATAKAN punca Nabi Idris diangkat ke syurga kerana baginda melakukan amal yang banyak, jika dihitung sama dengan penduduk bumi pada waktu itu.

Maka, Malaikat Izrail (malaikat pencabut roh), menjadi cinta dan rindu sekali kepadanya. Izrail meminta izin kepada Allah supaya dibolehkan mengunjungi Nabi Idris. Allah mengizinkannya lalu Izrail menjelma dalam bentuk manusia dan memberi salam kepada Nabi Idris, sebelum duduk di sampingnya. Seperti biasa, Nabi Idris sedang berpuasa. Setiap kali berbuka, ada malaikat datang membawa makanan dari syurga. Nabi Idris makan makanan itu sambil mempersilakan Izrail supaya bersamanya, namun malaikat itu tidak mahu. Beliau terus tekun mengerjakan ibadatnya hingga terbit fajar dan matahari. Izrail setia duduk di sampingnya. Melihat hal itu, Nabi Idris menjadi kagum dan berkata: Hai orang lelaki, apakah engkau mahu berjalan -jalan bersama aku supaya kita boleh senang? Kedua-duanya lalu berjalan bersama-sama hingga tiba di sebuah ladang. Izrail bertanya: Apakah engkau mengizinkan aku mengambil buah-buahan ini untuk kita makan bersama? Jawab Nabi Idris: Maha Suci Allah, kelmarin engkau tidak mahu makan ses uatu yang halal, tetapi hari ini engkau menghendaki makan yang haram. Mendengar jawapan itu, Izrail diam tidak berkata. Mereka meneruskan perjalanan selama empat hari. Nabi Idris melihat keanehan orang itu yang berbeza dengan orang lain. Maka Nabi Idris bertanya kepadanya: Siapakah sebenarnya engkau ini? Jawabnya: Aku adalah Izrail. Nabi Idris bertanya: Apakah engkau yang ditugaskan mencabut roh? Balasnya: Ya, memang tugas aku mencabut roh daripada semua makhluk Allah yang bernyawa. Nabi Idris berkata: Selama empat hari bersama aku, apakah engkau akan mencabut roh manusia? Jawabnya: Ya, akulah yang mencabut semua roh. Dan sesungguhnya bagi aku mencabut roh itu hanyalah seperti hidangan makanan yang aku hadapi, sama dengan halnya engkau menghadapi makanan lalu menyuapkan makanan itu layaknya. Nabi Idris berkata: Hai malaikat pencabut nyawa, apakah engkau datang ini untuk sekadar berkunjung atau untuk mencabut nyawa aku? Izrail memberitahu hanya untuk berkunjung selepas diizinkan Allah. Nabi Idris berkata: Hai malaikat pencabut nyawa, aku mempunyai hajat kepadamu. Tanya Izrail: Apakah hajatmu? Nabi Idris berkata: Hajat aku supaya engkau mencabut nyawa aku dan kemudian Allah menghidupkan aku kembali, sehingga aku boleh beribadat kepada Allah sesudah aku merasakan sakitnya mati itu. Jawap Malaikat Izrail: Sesungguhnya aku tidak mencabut nyawa seseorang kecuali Allah mengizinkan kepadaku. Maka Allah memberi wahyu: Hai Izrail, cabutlah nyawa Idris tu! Izrail terus mencabut nyawa Idris dan Nab i Idris pun mati seketika itu juga. Izrail menangis seraya merendahkan diri memohon kepada Allah supaya Dia menghidupkan kembali Nabi Idris sebagai temannya yang akrab itu. Allah mengkabulkan permintaannya dan menghidupkan Nabi Idris. Izrail bertanya: Hai Idris, bagaimana rasanya mati itu? Idris menjawab: Rasanya seperti binatang terkupas kulitnya dalam keadaan hidup, maka sakit mati itupun melebihi daripadanya seribu kali lipat. Izrail berkata: Cara hati-hati dan halus yang aku lakukan pada waktu mencabut nyawa engkau itu dan belum pernah aku lakukan terhadap seorang pun sama sekali. Kemudian Nabi Idris berkata: Hai malaikat pencabut nyawa, aku mempunyai hajat lagi iaitu ingin melihat neraka jahanam hingga aku menyembah Allah lebih giat lagi, selepas aku melihat belenggu dan bentuk seksaan yang ada dalam neraka. Allah memberi wahyu kepada Izrail membawa Nabi Idris ke neraka. Lalu mereka pergi dan baginda melihat penyeksaan Allah yang mengerikan. Kemudian kedua-duanya kembali. Nabi Idris berkata: Hai Izrail, aku punya hajat lain iaitu engkau mengajakku ke syurga hingga aku boleh melihat sesuatu yang diciptakan Allah untuk hamba-Nya dan aku akan boleh bertambah taat. Allah memberi wahyu kepada Izrail supaya membawa Idris ke syurga.

Saat-saat ketika seorang insan menghadapi mati Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya. Tapi tak tahu bila. Ingatlah bahawa mati itu terlalu hampir kepada kita.

You might also like