You are on page 1of 10

Friday, February 23, 2007

KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK PERTENGAHAN & AKHIR


PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI Konsep kendiri adalah apabila seseorang kanak-kanak mula membesar, mereka akan mula bertanya pada dirinya Siapakah saya ? Sukakah saya pada diri saya ? semuanya persoalan yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan diri sendiri. Konsep diri adalah sesuatu yang kompleks. Antara fungsi konsep kendiri ialah untuk penilaian kendiri contohnya ialah Adakah saya lakukan dengan betul ? Selain itu ia juga berperanan sebagai pengukuhan kendiri dan juga berfungsi untuk penentuan dalaman dan luaran. Menurut David Shaffer, konsep kendiri merupakan kombinasi antara fizikal dan psikologikal yang dianggap sebagai sesuatu yang unik pada setiap individu. Beliau menggunakan istilah looking glass self untuk menegaskan bahawa seseorang itu memahami dirinya seperti pantulan bagaimana orang lain bergerak balas terhadap diri mereka. Sistem kendiri terbahagi kepada 3 iaitu :Pengetahuan kendiri ( self-knowledge ) : Apakah yang kanak-kanak tahu tentang dirinya Penilaian kendiri ( self-evaluation ) : Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pandangan kanak-kanak terhadap dirinya Pengaturan kendiri ( self-regulation ) : Bagaimana dan bila kanak-kanak memperoleh kawalan kendiri. Dalam membincangkan mengenai konsep diri kanak-kanak ini, kajian yang dilakukan oleh Hazel J.Markus dan Paula S.Nurius mendapati bahawa kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur 6 hingga 12 tahun perlulah dibentuk konsep dirinya kerana pada masa ini mereka mempunyai hubungan yang luas dengan masyarakat. Konsep diri bukanlah berbentuk statik tetapi ia dinamik dan ia mempunyai hubung kait antara individu dengan pengaruh luar. Ibubapa memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk harga diri ( self-esteem ) kanak-kanak. Self-esteem adalah kunci yang sangat penting untuk mereka berjaya dalam kehidupan pada masa akan datang. Self esteem adalah bagaimana kita memahami diri kita yang sebenarnya. Kanak-kanak yang mempunyai self-esteem yang tinggi merupakan kanakkanak yang mampu melakukan / berkebolehan memperlihatkan tanggungjawab, boleh mengurus emosi yang positif & negatif dan juga boleh menawakan bantuan kepada orang lain. Kanak-kanak yang mempunyai self-esteeem yang rendah pula akan bertingkah laku contohnya kanak-kanak merasakan diri tidak disayangi dan tidak diingini, merendah diri terhadap kebolehan dan bakat yang dimiliki dan juga kanak-kanak tersebut akan mengelak untuk melakukan sesuatu yang baru. TEORI-TEORI KENDIRI PENDEKATAN KOGNITIF-PERKEMBANGAN yang diperkenalkan oleh Robert Selman. Beliau telah menjalankan kajian terrhadap ramai kanak-kanak dan beliau telah memberi watak utamanya berhadapan dengan dilema. Kanak-kanak kemudiannya diarahkan supaya memberitahu apakah perasaan dan fikiran watak utama dalam cerita itu. Kanak-kanak juga ditanya bagaimana agaknya dilema tersebut boleh diselesaikan. Selman lebih berminat dengan cara penaakulan kanak-kanak tersebut berbanding dengan jawapan soalan yang diberikan. Daripada kajian itu, beliau telah membina satu model pengetahuan kendiri yang mempunyai 5 tahap ( Bayi hingga remaja ). Kanak-kanak pertengahan sudah dapat

memahami tingkah laku mungkin berbeza daripada perasaan dan motif contohnya ialah seseorang mungkin tersenyum tetapi tidak bermakna dia sedang gembira. Kanak-kanak akhir pula mengalami kendiri yang stabil. Teori yang kedua ialah TEORI PEMBELAJARAN PERSEKITARAN. Ahli-ahli psikologi yang berpegang kepada teori ini menyifatkan bahawa konsep efektif-kendiri sebagai kebolehan kendiri yang dinilai oleh individu itu sendiri untuk melihat kejayaan sesuatu perkara yang dilakukan. Bandura menjelaskan bahawa kanak-kanak pada mulanya tidak memahami proses yang berlaku pada dunia sosial mereka. Pada masa inilah, ibubapa memainkan peranan untuk menjelaskan kepada kanak-kanak tersebut. Ia adalah bertujuan untuk membnatu kanak-kanak belajar tentang tahap keupayaan atau efektif-kendiri. Terdapat dua jenis mekanisme yang boleh menggalakkan perkembangan penilaian efektifkendiri. Yang pertamanya ialah melalui modelling iaitu kanak-kanak memerhati model tertentu untuk melakukan sesuatu perkara. Mekanisme yang kedua pula ialah melalui reaksi dalaman badannya seperti rasa tertekan, sakit perut dan lain-lain lagi perkara yang melibatkan reaksi emosi. Penggunaan tanda-tanda rangsangan ini hanya boleh dilakukan oleh kanakkanak yang sudah memperoleh keupayaan kognitif yang tinggi. Menurut Bandura, penilaian efektif-kendiri yang tinggi akan akan meningkatkan usaha dalam sesuatu perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Posted by kanak2pertengahan dan akhir at 12:17 AM No comments:

SISTEM MORAL KANAK-KANAK PERTENGAHAN & AKHIR


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK MORAL Sistem Moral ( Akhlak ) merupakan satu bentuk prinsip yang sesuai di mana ia bertujuan untuk membantu individu membezakan antara benar dan salah. Terdapat 3 komponen moral iaitu :AFEKTIF @ EMOSI yang merangkumi komponen yang mengandungi unsur-unsur perasaan yang memberikan kefahaman terhadap tindakan betul atau salah yang akhirnya mendorong untuk sesuatu tindakan moral. KOGNITIF ialah komponen yang menumpukan tindakan benar atau salah dan membuat keputusan untuk melakukannya KOMPONEN TINGKAH LAKU Antara teori-teori perkembangan moral ialah TEORI PIAGET yang diperkenalkan oleh Jean Piaget berdasarkan pemerhatian semulajadi terhadap kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan moral kepada dua tahap iaitu Tahap Pertama : Moaraliti Heteronomus ( 6-10 tahun ) yang mana kanak-kanak mempercayai peraturan datang dari ibubapa atau orang-orang yang mempunyai autoriti lain. Peraturan juga dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah dan pada tahap ini kanak-kanak hanya dapat melihat sesuatu peraturan dengan satu pandangan sahaja. Tahap Kedua : Moraliti Autonomus @ Kerjasama ( 10-11 ke atas ). Tahap ini dicirikan dengan fleksibiliti moral. Kanak-kanak sudah mula kurang egosentik dan peraturan tidak dilihat sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah. Menurut Piaget lagi, pergerakan dari satu tahap ke tahap lain bergantung kepada kematangan kognitif dab pengalaman sosial terutama sekali pengalaman menyelesaikan konflik yang berlaku sesama kawan-kawan.

Selain dari teori Piaget, TEORI KOHLBERG juga mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Kohlberg berpendapat bahawa moraliti berkembang mengikut satu siri. Ia berkembang secara universal dalam tiga tahap dan dalam satu tahap terbahagi kepada dua peringkat. Beliau membina teorinya berdasarkan gerak balas kanak-kanak terhadap sesuatu dilema yang dialaminya. Dalam peringkat kanak-kanak pertengahan dan akhir, tahap tersebut dikenali sebagai Moraliti Prakonvensional ( 0 hingga 9 tahun ) Ia adalah berdasarkan kepada betul atau salah tingkah laku bergantung kepada tekanan luaran. Kanak-kanak akan mematuhi peraturan demi mengelak daripada dikenakan dendaan atau memperoleh ganjaran atau untuk kepentingan diri kanak-kanak tersebut. Tahap ini mempunyai 2 peringkat iaitu Peringkat 1 : Orientasi Dendaan dan Taat di mana motif utama tingkah laku untuk mengelak dendaan dan Peringkat 2 : Orientasi Egoistik yang membolehkan seseorang kanak-kanak mematuhi peraturan demi untuk menerima ganjaran untuk memuaskan kehendak diri mereka. Moraliti Konvensional ( 9 hingga 15 tahun ) Mesti akur pada norma yang dipegang oleh majoriti dan perlu dikekalkan oleh sosial menjadi cara utama penaakulan moral pada tahap ini. Kanak-kanak sudah boleh menerima pendapat dan motif orang ain. Mereka juga sudah bertanggungjawab untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Tahap ini mempunyai 2 peringkat iaitu Peringkat 3 : Moraliti Budak baik yang mana apa yang betul ialah apa yang dipersetujui oleh autoriti. Peringkat 4 : Moraliti Mengekalkan Susunan Sosial dan Autoriti pula ialah apa yang betul sekarang ialah apa yang akur atau selaras dengan peraturan yang dilaksanakan oleh autoriti. Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura pula menekankan aspek komponen tingkah laku dalam menjelaskan aspek moral. Beliau menfokuskan kepada tingkah laku luaran kanakkanak yang boleh dilihat dan bukannya penaakulan moral dan penilaian moral. Tingkah laku moral dipelajari sama seperti tingkah laku-tingkah laku lain yang dipelajari melalui prosesproses peneguhan dan dendaan dan pemerhatian. Contohnya dalam Islam, menurut Imam Al-Ghazali pula menghuraikan bahawa akhlak adalah suatu keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang melahirkan tindakan, perlakuan, atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran. Ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam diri atau jiwa manusia yang telah tetap, sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu. Anak-anak harus disediakan dengan aspek pengawasan, prinsip muraqabah bahawa Allah Maha Besar dan sedang memerhatikan segala amal baik atau buruk yang mereka lakukan. Firman Allah: Luqman menasihati anaknya dengan berkata , Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) seberat biji sawi sekalipun, serta ia tersembunyi di dalam batu besar ataupun di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dibicarakan dan dibalas-Nya) kerana sesungguhya Allah amat luas pengetahuan-Nya, lagi amat meliputi segala yang tersembunyi. (surah Luqman ayat 16)

Posted by kanak2pertengahan dan akhir at 12:15 AM 2 comments:

PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK SOSIAL Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan social melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku social atau melakukan penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan kongnisi sosial,persahabatan,dan perhubungan dengan rakan sebaya. Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan -peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai,dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.Proses sosialisasi ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya.Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.Namun demikian,terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Perbincangan tentang perkembangan sosial tidak akan lengkap tanpa menyentuh teori perkembangan sosial. Salah satu teori perkembangan social yang penting telah dikemukakan oleh Erik Erikson. Oleh kerana teori ini menekankan perkembangan sosial, aka teori ini dinamakan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik.Individu dakatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap peringkat perkembangan ini.Di antara lapan peringkat perkembangan sosial ini,empat peringkat yang pertama menerangkan perkembangan social di kalangan bayi dan kanak-kanak. Huraian ringkas tentang keempat-empat peringkat ini adalah seperti yang dikemukakan bawah. PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON PERINGKAT/USIA PERKEMBANGAN

PENGARUH PENTING Berdaya Tindak lwn Rasa Bersalah ( 2 atau 3 tahun-6 tahun) -Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri. -Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya tinda.Namun demikian,masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa. -Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan -Identifikasi 4. Rajin lwn Rendah Diri (6-11 tahun) -Pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya. Sekolah dan guru -Pendidikan dan pembelajaran -Galakan Perkembangan yang dinyatakan di sini hanya merangkumi kanak-kanak pertengahan & kanak-kanak akhir. KONSEP TEORI PERSAHABATAN Robert Selman mengemukakan bahawa dalam perhubungan persahabatan kanak-kanak terdapat 3 tahap iaitu Tahap Pertama berlaku semasa kanak-kanak pra sekolah di mana sahabat dianggap sebagai kawan sepermainan sahaja. Biasanya sahabat yang menjadi teman adalah kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah kanak-kanak tersebut. Pada tahap ini, persahabatn dieratkan lagi dengan perkongsian alat permainan dan kanak-kanak pada tahap ini tidak mementingkan nilai persahabatan. Tahap Kedua pula karakteristik pada permulaan persekolahan. Selman mengelarkan tahap ini sebagai one way assistance. Tahap ini berlaku kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun. Kawan adalah sahabat setia yang boleh dipercayai dan diharap untuk membantu mereka pada bila-bila masa. Tahap Ketiga merupakan tahap yang membolehkan kanak-kanak akhir dan remaja awal mempunyai persahabatan yang dikenali oleh Selman sebagai intimate and mutually shared relationship. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah meningkat remaja dan persahabatan yang dijalinkan lebih mendalam dan nilai persahabatan sudah mula difahami. Kepentingan persahabatan dalam perkembangan psikologi kanak-kanak dapat dilihat melalui 2 fungsi persahabatan iaitu Fungsi 1 ialah : PENEGUH KEPADA TINGKAH LAKU KANAK-KANAK. Sahabat dapat memberikan sokongan dan juga sahabat boleh menerima segala kebaikan dan keburukan diri kita. Fungsi yang ke 2 ialah MODEL SOSIAL KEPADA KANAK-KANAK.

Kanak-kanak juga akan bertindak untuk melakukan tingkah laku yang juga dilakukan oleh sahabat mereka. Tingkah laku meniru model ini adalah boleh mendatangkan kesan yang positif dan juga negative kepada kanak-kanak. Disebabkan itulah, ibubapa berperanan untuk memastikan kanak-kanak berada dalam perkembangan sosial yang sihat. Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan berpandangan, mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang lain. Banyak pendapat yang menyatakan bahawa persahabatan kanak-kanak sangat penting. Kawan-kawan membuktikan hubungan yang dijalinkan sesama mereka ( kalangan kanakkanak ) di mana kawan yang bersedia untuk bermain dan sama-sama melibatkan diri dalam apa jua aktiviti. Antara cara membantu kanak-kanak rasa hebat tentang dirinya ialah memperlihatkan kasih sayang dengan cara memuji atas usaha yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Selain itu, keluarga boleh meluangkan masa bersama dengan cara melakukannya bersama-sama contohnya membaca buku atau pergi berjalan. Selain itu, menggalakkan anak-anak membincangkan apa yang dilakukannya di sekolah. Selain itu, kanak-kanak juga boleh diberikan tanggungjawab mengikut kemampuan kanak-kanak. Dalam pada itu, ibubapa juga perlulah memperihalkan tingkah laku yang baik dan sebaliknya. Islam sangat menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita. Kanak-kanak harus didedahkan lebih awal mengenai hal ini sejak di peringkat tamyiz (peringkat sebelum baligh) lagi. Antara aspek yang sering ditekankan dalam ajaran Islam ialah adab memandang muhrim dan bukan muhrim. Aspek kedua yang harus dijelaskan kepada kanak-kanak ialah aspek penjagaan aurat. Batas-batas aurat lelaki dan perempuan mestilah diajari sejak awal lagi supaya apabila tiba usia baligh mudah untuk melenturkan anak-anak ini. Posted by kanak2pertengahan dan akhir at 12:13 AM No comments:

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK KOGNITIF


PERKEMBANGAN KOGNITIF Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanakkanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai. Kemahirankemahiran ini adalah seperti lompat tali atau skipping, berenang ,menunggang basikal dan meluncur (skating). Misalnya,kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telahpun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik. Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan

pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri. Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan & akhir kanak-kanak, Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang ( IJP ) meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanak-kanak. Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada peringkat pra-sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain. Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan meng-gunakan simbol. Terdapat perbezaan yang konsisten antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan dalam pergerakan, ketangkasan, koordinasi, dan kekuatan fizikal. Misalnya kanak-kanak lelaki mengatasi kanak-kanak perempuan dari segi kekuatan kuasa kaki dan koordinasi tangan dan kaki. Lelaki didapati lebih mahir dalam pergerakan seperti menendang,melontar,menangkap,berlari,melompat jauh,memukul dan sebagainya manakala perempuan pula mempunyai kelebihan dalam kemahiran motor yang memerlukan kelenturan,keseimbangan,dan pergerakan berirama dan gimnastik. Ketua Bidang Dasar, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Sharifah Nor Puteh berkata, pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Menurut beliau , Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran,'' jelasnya. Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami. Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan ibubapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu. Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah memikirkan perkara

yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap ini juga, kanak-kanak sudah mula menggunakan memparktikkan kemampuan baru melalui lawak dan pergaduhan dengan ibubapa dan dengan yang lain. Posted by kanak2pertengahan dan akhir at 12:10 AM 3 comments:

Thursday, February 22, 2007


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK EMOSI
Secara amnya, emosi adalah perasaan atau kompenen efek dalam tingkah laku seseorang manusia (Lefrancois,2001) Santock ( 1998 ), seorang ahli psikologi perkembangan mendefinasikan emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi ( physiological arousal ) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum. Emosi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif. Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira, seronok, ghairah, dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas,marah,sedih,rasa bersalah,dan sebagainya.Kanak-kanak dikatakan boleh mengalami kedua-dua jenis emosi ini serentak. Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mastura Badriz, berkata ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka. 1. Jenis Emosi atau Perasaan dan implikasi pada kanak-kanak: Gembira - Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai. Marah - Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian. Takut - Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman. Sedih - Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih. Geli - Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak terkena apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.

Cemas - Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik. Malu - Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri. Rasa bersalah - Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap keluar dari standard tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain. Rasa bangga - Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira. Perkembangan emosi kanak-kanak usia pertengahan Sudah pandai menyembunyikan emosi yang negatif dengan berpura-pura menunjukkan keseronokan. Sudah mula memahami dan menghurai emosi yang kompleks : perasaan malu, rasa bersalah, rasa bangga dan cemburu. Perasaan takut mula berkembang kepada yang lebih realistik - takut sekolah, takut berkomunikasi, takut kejadian jenayah. Mahu disayangi tetapi bukan ditonjolkan depan ramai. Amat memerlukan bantuan mengenalpasti emosi marah agar tidak out of control; belajar mengawal perasan. Perlu perhatian dan dorongan mengatasi rasa takut. Mula memahami keperluan kumpulan. Menurut Dr. Sharifah Nor, dalam perkembangan sosio emosi pula ia adalah untuk membolehkan mereka ( kanak-kanak ) dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untukmenghadapi cabaran dalam kehidupan harian. Pada peringkat pertengahan ini, kanak-kanak mengawal emosinya berasaskan pemikiran. Mereka menganggap satu cara untuk tidak sedih dengan cara memikirkan sesuatu yang akan lebih menggembirakannya. Kanak-kanak akhir pula merupakan peringkat yang dikenali sebagai pra remaja. Mereka akan mengalami emosi yang menfokuskan terhadap tubuh badannya. Mereka bimbang dengan apa yang orang sekeliling fikirkan tentang diri mereka dan keinginan yang tinggi untuk privasi dan sangat sensitif terhadap tubuh badan. Kanak-kanak pada peringkat akhir pula mengalami perubahan di mana mereka sudah mula jauh dengan ibubapa. Mereka juga lebih selesa bersendirian melayan perasaan. Posted by kanak2pertengahan dan akhir at 11:55 PM 5 comments:

Monday, February 5, 2007


PENDAHULUAN

KANAK-KANAK PERTENGAHAN & AKHIR Kanak-kanak pada lingkungan pertengahan umur sudah boleh membaca, menulis dan juga mengira. Mereka juga ingin berjaya dan mencapai sesuatu yang diidamkan. Peranan ibubapa ketika ini amat penting dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan moral dan psikososial.Kanak-kanak ini merupakan kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara 6 hingga 8 tahun. Kanak-kanak pada tahap pertengahan umur ini bermula apabila kanak-kanak menganggap perkongsian lingkungan yang kecil untuk menjalankan tanggungjawab kepada tingkahlaku dalam perhubungan antara ibubapa, rakan sebaya dan juga yang lain. Manakala kanak-kanak pada peringkat akhir pula berada pada lingkungan umur antara hingga 12 tahun. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK FIZIKAL Kadar pertumbuhan fizikal pada peringkat ini didapati agak perlahan tetapi konsisten. Peringkat ini juga merupakan satu tempoh yang tenang sebelum berlaku lonjakan pertumbuhan bagi remaja. Perubahan fizikal yang utama melinatkan sistem skeletal atau tulang rangka, sistem otot, dan kemahiran motor. Kanak-kanak perempuan didapati membesar dalam kadar yang lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lelaki.. Penambahan berat adalah disebabkan oleh pembesaran saiz tulang,sistem otot dan saiz organ. Masalah pertumbuhan yang sering dihadapi oleh kanak-kanak pada peringkat ini adalah masalah yang berkaitan dengan nutrisi seperti mulnutrisi atau overnutrisi yang menyebabkan masalah kegemukan atau obesity. Masalah obesiti adalah berpunca daripada warisan mekanisme fisiologi dan faktor persekitaran. Pada waktu ini juga, kanak-kanak akan mengalami penguguran gigi dan gigi kekal akan tumbuh menggantikan gigi yang sudah tiada. Menurut Jaafar Mahmud, pada hakikatnya pengukuran fizikal berkembang secara perlahan semasa kanak-kanak di peringkat ini. Apa yang dapat dilihat secara jelas adalah perkembangan dalam kemahiran motor.

You might also like